Khamis, Februari 26, 2009

Hampir Muntah

Semalam 360 memaparkan kisah warga Bangladesh merempat di bawah jambatan berhampiran Stesyen LRT Damai, Jalan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Lebih 500 warga terbabit mendakwa ditipu ejen, kini menganggur, hidup tanpa makanan dan bekalan air bersih selama lebih 7 bulan.

Menjijikkan, mereka terpaksa mandi dan menggosok gigi menggunakan air paip bocor bertakung di lantai kemudian dikitar semula. Saya hampir muntah sewaktu membuat liputan, mujur dapat ditahan.

Jam 12 malam tadi, Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu penempatan haram itu dan menahan lebih 170 warga Bangladesh.

360 bukan bertujuan membela pekerja warga asing teraniaya cuma mengelakkan Malaysia kelihatan negara mengabaikan hak asasi manusia di mata dunia.

25 ulasan:

  1. Betul tu Bro Mazidul...Negara luar hanya tunggu masa je nak salahkan kerajaan malaysia kerana warga asing ni...

    BalasPadam
  2. Salam..Bro..!!!

    Kat malaysia nih ....bila dah terBONGKAR jer citer2 SENSASI nih baru nak ambik tindakan.....
    Gua pon tak paham.......sikap segelintir Bahagian2 Berwajib.....takkan nak sampai *ketuk kepala baru nak jalan* tak ponk jadik mcam lembu..*kena rotan kat belakanag ..baru nak jalan*

    Sifat Perihatin nih memang dah SEBATI digolongan Rakyat Malaysia....tapi dalam Kes nih ...
    Gua rasa itu Yang Terbaik......kang tak pasai2 orang cop Negara Kita macam yang dikata....

    BonGkaR lagih Bro...

    BalasPadam
  3. diorang tu teranaya.apsal x di beri tanggung jawab ni kat diorang punya ejen pekerjaan?dah jadi macam ni kerajaan kita gak yang membuang duit,masa dan tenaga untuk menguruskan diorang ni.ejen2 diorang dok lepak rumah makan duit dari orang teranaya tu.macam GAMPANG!!!

    BalasPadam
  4. aik dah keluar kat TV baru nak serbu.... baaru nak tahan.. dah lama mereka duk kat sana... selama itu takkan tak tahu kot... saya tak faham dengan jentera kerajaan nih... dah keluar kat tv baru nak sibuk sibuk.. yang abg mazidul canangkan kat blog tak nak baca n amik tau...

    BalasPadam
  5. Xillix, sifat semulajadi penguatkuasa kut :)

    BalasPadam
  6. kesian dorang..sape yg aniaya dorang ni tgu jer balasan.skrg ni kalo buat jahat takyah tunggu balasan diakhirat..

    sgt simpati :(

    BalasPadam
  7. salam bro mazidul..
    semalam bila saya tengok 360 cara kehidupan mat2 bangla tu suma rasa mcm jijik pon ada tapi rasa kesian pon ada jugak..
    boleh pulak mereka hidup dgn gaya serupa tu..7 bulan tu..
    da ler kena tipu,hidup mcm tu plak..ish..
    lepas jabatan imigresen Putrajaya tu tangkap mat2 bangla tu,dorang buat ape??hantar mereka balik ke???

    BalasPadam
  8. Hysman, salam. Semua ditahan dihantar ke Pusat Tahanan Imigresen sebelum diproses dan dihantar pulang.

    Wartawan saya menghubungi Jabatan Imigresen semalam, mereka kata sibuk. Tiba2 malam tadi tanpa dimaklumkan, operasi dibuat. Pagi tadi saya lihat liputan operasi di TV9. Pelik sungguh.

    BalasPadam
  9. DAH KELUAR TV BRU NK MENGGELABAH, BUAT ITU INI. SELAMA INI XKN PENGUATKUASA XDE WAT RONDAAN DAN SERBUAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR???
    XKN 360 NK AMBIL ALIH TUGAS DORANGKAN????????

    BalasPadam
  10. Waduh Abg MAS .. 'sifat semulajadi' tu ... bedebush kena direct kat depa tu!

    Kang kata lebih2 kang .. nti ada yg trbakar jiwa klau kata kebanyakn drp depa tu meronda kutip 'tips' n bila dh kuar tv/ berita .. baru meronda wat tugas dgn semangat 'berkobar2! Upssss!!!

    BalasPadam
  11. kedutaan bangla tu pun same tak guna, kalau dah tau rakyat die merempat kat sini, pi la hantor balik sane.. ni nanti nak hantar balik diorang ni pakai duit sape? duit rakyat malaysia jugak!!

    dah tau pendatang ni bawak problem, ketatkan la kemasukan pekerja asing, tapi tak jugak buat macam tu kan.. kenape??

    BalasPadam
  12. huh...dah kuar tv baru nak amik tindakan..tu le MALAYSIA

    BalasPadam
  13. DAH JADI SATU HAL NK HANTAR DORANG BALEK, BETUL2 MENYUSAHKAN & MEMBAZIRKN DUIT KITA... BAYAK PERLU LAGI!!!!!!

    BalasPadam
  14. Bagi sy malaysia cukup baik dan mengutamakan hak asasi manusia..Cuma org luar sahaja yg melontarkan tomahan macam tu.

    BalasPadam
  15. Bang Dul

    Tahniah saya ucapkan kerana berjaya mengurangkan masalah Negara kita.

    O
    l ( ) -- 360
    l l
    l L

    Aku pun fikir juga malam tadi, dia mandi air tu, habis berak kencing kat mana ye?

    Kenapa PBT atau pihak yang berkuasa tinggi dan pihak yang arif serta pihak yang bertanggung jawab tidak mengambil sebarang tindakan??

    Bak kata orang Amerika
    "If they take action, they don't take money, if they take money...bla bla bla bla"

    Tapi rasuah Negara kita tak seteruk di INDONeSIAl kan...

    he he he

    BalasPadam
  16. Faisal...

    macam mana depa nak hantar balik

    Depa tak de duit

    Asrama pun bandingkan dengan Reban Ayam, jauh beza.

    Bukan ada duit tu...

    Pegawai kedutaan tu sendiri pun nak balik setahun sekali dua je.

    hmmmm

    BalasPadam
  17. Salam Saudara,
    Setuju sangat " itu sifat semulajadi Pihak penguatkuasa "... Dah banyak kali dah... bila kuar kat TV bru nak sibuk perbetulkan sume... Hampeh btol... Lain kali saya cadangkan separuh gaji mereka wajib disumbangkan kepada TV3... coz sedikit sebanyak mengambil alih tugas mereka... Malaysia Oh Malaysia...

    BalasPadam
  18. cmne ek ejen2 yg tipu ni leh terlepas ek? xleh detect ke diorg ni?

    BalasPadam
  19. Baguslah tv3. Buatlah pendedahan selalu biar mereka yakni pihak berkuasa ada kerja sikit nak buat. Jangan bagi mereka beri alasan itu dan ini.

    Cuma nak tanya sikit, tv9 pagi-pagi dah ada beritakah? jam berapa ya?

    BalasPadam
  20. abg mazidul wrote:
    Xillix, sifat semulajadi penguatkuasa kut :)

    Wartawan saya menghubungi Jabatan Imigresen semalam, mereka kata sibuk. Tiba2 malam tadi tanpa dimaklumkan, operasi dibuat. Pagi tadi saya lihat liputan operasi di TV9. Pelik sungguh.


    sifat semulajadi?... kenapa begitu ye.. kata nak sama taraf dengan sistem yang swasta pakai... cepat lah..efisyen lah...

    tanpa dimaklumkan operasi di buat... huh?... ada pihak atasan bom org paling utama kot kat imegresen.. tu yang buat operasi cecepat!!!

    faisal wrote:
    kedutaan bangla tu pun same tak guna, kalau dah tau rakyat die merempat kat sini, pi la hantor balik sane.. ni nanti nak hantar balik diorang ni pakai duit sape? duit rakyat malaysia jugak!!

    dah tau pendatang ni bawak problem, ketatkan la kemasukan pekerja asing, tapi tak jugak buat macam tu kan.. kenape??


    kenapa eh... main duit agaknya... agak je tau...

    BalasPadam
  21. Bang Dul

    depa tak inform TV3 untuk liputan operasi tu ye?

    Depa tu bengang la tu konon.

    Salah sendiri, tak nak buat kerja, pastu bila 360 dedahkan, baru terasa malu.

    Depa tu mesti bengang dengan Abang Dul tu... confirmed punya

    BalasPadam
  22. bro mazidul..saya agree dgn Faisal, kenapa diorg dihantar balik at our own cost. Bukan ke government diorang yang sepatutnya initiate supaya rakyat sendiri dibawa pulang and at their own expenses. Kita pun satu hal, dah canang di TV baru ada action..bila diketuk baru keje jalan.

    BalasPadam
  23. EN MAZIDUL, KEMANA PERGINYA PENGACARA MHI IAITU WARDINA DAN HAIRUDIN? SUDAH TIDAK MUNCUL DI MHI KER?? RINDU PADA MEREKA BERDUA.. TERIMA KASIH..

    BalasPadam
  24. Salam,
    Bila dah keluar TV baru nak bertindak????.... Itu perkara biasa. Jentera Kerajaan Makan Gaji Buta???....Itu semua orang percaya.

    Yang buat otak sy berfikir skrg ni, KENAPA setelah 51 tahun merdeka, imej Jentera Kerajaan masih tidak berubah.

    Mana silap nya???

    Sy teringat zaman sekolah menengah dulu. Sekolah sy tersenarai dalam carta panas Balai Polis Cheras.

    Pendekatan yang diambil untuk mengubah imej ialah Tukar Pengetua Baru & System Displin Ala Tentera.

    Dan akhirnya, tidak sampai 2 tahun sekolah sy tersenarai dalam cadangan sekolah contoh bg zon KL. Berhasil kan?! :D

    Kesimpulan nya ialah....'kamu pikir lah sendiri'....

    Bila diimbas kembali zaman kegemilangan Jentera Kerajaan pada awal kemerdekaan sekitar tahun 1960, semua Jentera Kerajaan disanjung tinggi. Dihormati & yang paling penting DIPERCAYAI.

    Kemana pergi nya peribadi yang pernah disanjung itu??

    Sekadar Pandangan - GC-

    BalasPadam
  25. terima kasih Saudara..
    bila kuar TV baru ada action..

    tak tau sampai BILA..

    tak tau apa alasan
    tak cukup kakitangan kot?

    I cadangkan gaji elaun minyak mereka berkongsi dgn reporter hhee

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.