Selasa, November 16, 2010

Anak Melayu Gunakan Duit MARA Untuk ...

"Jangan terjun! Jangan terjun!," jerit polis berdiri di sebelah saya.

Ketika itu saya terpandang kelibat lelaki terkial-kial cuba membuka tingkap di tingkat satu bangunan (gambar di bawah) di Jalan Orkid, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, Selangor.


"Tutup tingkap! Tutup tingkap!," jerit polis sama.

Sewaktu premis diserbu saya bertemu dengan lelaki terbabit dan merakamkan gambarnya.


"Kenapa engkau nak terjun tadi?," soal saya.

"Saya takut tadi pak, tiba-tiba sahaja, ingat apa berlaku," jawabnya.

Usia lelaki warga Indonesia terbabit, 37 tahun, berasal dari Surabaya dan bekerja di tapak pembinaan di Bukit Beruntung.

"Permit saya sudah mati, tak ada dokumen sudah lebih setahun," jelasnya.

"Hebat engkau kan? Duduk di sini lebih setahun tak pernah ditangkap dek imigresen, tak pernah ditangkap polis. Isteri kamu ada permit?," tanya saya lagi.

"Tak ada juga," katanya.

"Engkau tak payah terjun. Kalau terjun tadi patah riuk, mati ke, susah anak bini. Dah lah 2 hari lagi nak hari raya. Apapun elok juga engkau kena tangkap malam ni, dah terlalu lama sangat tak menghormati undang-undang negara aku. Kalau aku tinggal di Indonesia tanpa sebarang dokumen pun salahkan?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

Selamat berhari raya haji di lock up wak!

21 pelanggan premis mesin judi, 18 berbangsa Melayu, diberkas polis dalam operasi bermula jam 9 malam tadi, antara mereka remaja berusia 20 tahun berasal dari Kedah.


"Kerja di mana?," tanya saya.

"Saya masih praktikal di kilang," jawabnya sambil menundukkan muka.

"Praktikal ada gaji ke?"

"MARA bagi elaun RM200 sebulan," ujarnya.

Tanpa dipaksa dia mengaku kalah RM20 bermain komputer diubah suai menjadi mesin judi.

"Tolong bang, jangan tunjukkan muka saya di TV, menangis emak saya kalau tengok nanti. Saya main (berjudi) pun sebab nak cari modal, nak isi minyak motor balik kampung raya," katanya.

Terkedu saya mendengar pengakuan pelajar Institut Kemahiran Mara terbabit, menggunakan wang MARA untuk berjudi.

Di premis sama, 3 warga Thailand turut diberkas kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.


"Kami orang masuk ke Malaysia tak ada passport pun tak ada masalah, setahun sekali balik Thailand," kata mereka.

Hebat!

Melalui pengamatan saya, majoriti pihak berkuasa di Malaysia hanya menumpukan perhatian membanteras kehadiran warga asing berasal dari negara lain, antaranya Indonesia, Bangladesh, Myanmar, China dan Vietnam. Saya banyak menerima aduan berhubung warga Thailand bekerja di kedai menjual makanan Siam walhal sebilangan mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial, bekerja sesuka hati tanpa bimbang diberkas. 

Sedap sangat kah tom yam masakan mereka?

Pelik. Adakah kerana Thailand negara jiran kita lalu kehadiran rakyat mereka secara tidak sah di negara ini hanya dipandang sebelah mata?


Untuk rekod, 2 gambar di atas TIADA hubung kait di antara satu sama lain.

'No booking', mesej untuk pelanggan, jika kalah berjudi mesin tidak boleh di book selepas mereka meninggalkan premis manakala wanita terbabit satu satunya anggota polis menyertai serbuan malam tadi. Iza, berasal dari Kuantan, Pahang, melangsungkan perkahwinannya bersama pasangan anggota sepasukan pada Mei lalu.

Hasil operasi diketui Cif Inspektor M. Manimaran itu 32 mesin judi disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.


Keseluruhan paparan operasi bakal dikongsikan bersama penonton dalam episod 999, Khamis ini.

Nota

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha khususnya kepada semua pembaca blog ini.

12 ulasan:

  1. Salam TM...

    Tulisan anda memang benar. Pihak berkuasa selalu tertumpu kpd Indon, Bangla dsb tetapi macam tak nampak dgn kehadiran warga Thai. Kita pulak sering dikelirukan sebab mereka guna loghat Kelantan bila bercakap...

    Pada 90an, saya pernah diberitahu oleh sesama mereka juga ttg modes operandi mereka utk menguasai bisnes tomyam di semenanjung dari Utara hingga slatan...

    Disepanjang2 kampung, mereka akan mencari rumah2 yg punya halaman luas tp terbiar, maklumlah rakyat Malaysia kan kaki relax..suka sgt tuan tanah bila tanah yg sengaja tak dikeluarkan hasil tiba2 disewa org rm500 sebulan, dgn goyang kaki siapa nak kasi banyak tu, kan, tanpa disedari penyewa mengutip hasil jualan tomyamnya mencecah ribuan ringgit satu malam, tanpa perlu bayar cukai tanah, cukai pendapatan....bijak tak?

    nak ngadu kat siapa, anda pun tahulah kerenah org2 tertntu ni...

    BalasPadam
  2. Salam Sdr MAS...

    Selamat menyambut Aidil Adha.

    Deretan kedai makan berhmapiran rumah kakcik juga sudah hampir seminggu ditutup kerana pekerja2 telah diberkas Imigresen. Sedap masakan mereka? Entahlah... macam sama je...

    Berjudi untuk cari modal? Hmmm... jangan harap.. modal yang ada terus lesap adalah...

    BalasPadam
  3. Dapat elaun dari MARA macam tu pun tak tau nak berterimakasih.

    Anak I belajar dapat elaun MARA pun selalu tak kecukupan. Bayar rumah sewa, bayar kerja assignment, bayar tambang, bayar buku.. makan.

    Jenoh nak adjust, depa senang2 lak boleh buat saham kat kedai judi. Kesian mak bapak dia..

    Wahhh cutenya polis IZA tu. Selamat Pengantin Baru IZA..

    dan

    Selamat menyambut Aidil Adha buat BRO MAZIDUL sekeluarga.

    BalasPadam
  4. wow.. tahniah abg mazidul kerana terbongkarnya rahsia yg kita semua tak sangka2.. rakyat thailand pon ada jugak..

    BalasPadam
  5. Salam
    Saya terluka dengan sikap pelajar sekarang ni bang. mse zaman saya pun, duit pinjaman atau biasiswa pun diorang gunakan untuk keprluan peribadi. contohnya handphone, kasut berjenama, beg tangan, baju dan sebagainya. Duit ini adalah pinjaman untuk memudahkan kita dalam urusan pembelajaran, tapi dorang ni....Bangga pula tunjukkan handset model terbaru. Saya, sampai habis belajar, duit itu masih ada gunakan untuk cari kerja..
    Menangis hati mak bapak tengok sikap budak2 yang bergaya tak kira keadaan. berjudi apatah lagi...sangat cetek akalnya budak2 ini. pesanan: 1. kalau nk bergaya, melaram ke..tunggulah dah kerja.
    2. Daripada gunakan utnuk berjudi, buat la bisnes internet. tak kreatif langsung!

    BalasPadam
  6. Ikut suka hati diorang jer nak keluar masuk negara kita nih, macam tak ada undang-undang. Sebab tuh lah banyak sangat pendatang asing kat negara kita. Sampai tak tahu mana orang melayu dengan orang indonesia or orang thailand, orang india malaysia atau india yang betul-betul dari india. Kalau naik pengangkutan awam tuh memang ramai rakyat asing jer dari rakyat malaysia. Hampehh..
    cantik giler pegawai polis perempuan tuh... ;P

    BalasPadam
  7. main judi nak buat modal balik raya?alahai dik,bnyk lagi cara yg halal utk tambah modal blk raya tuh...

    BalasPadam
  8. Selamat hari raya. Masa dan hari jumpa sanak saudara dan jiran..dan semua bani di Malaysia.. Kurban sehari kerja atau hiburan..melawat masjid surau, tolong jiran ramas daging fresh.
    Kalau nak kira sibuk kerja n hiburan, 26jam masih tak cukup.. Pesanan khdmat masyarakat

    BalasPadam
  9. student skrg ni selamba je kan guna duit MARA ke biasiswa lain ke untuk bermegah2 dengan barang mahal dan branded, yang pergi judi dan disko pun satu hal. baru 1 bulan semua duit habis..lepas tu mak bapak jugak kena tanggung.

    saya dulu sampai kena kerja part time sebab duit tak cukup nak bayar yuran, buku2 teks dan perbelanjaan harian.
    tolonglah bersyukur.

    betul jugak ramai benar warga thailand di malaysia ni. rilek je langsung tak takut kena tangkap.

    selamat hari raya ..

    BalasPadam
  10. Terjun tak terjun .mana untung? Kena beli beras lagi nampaknya. Hehe

    BalasPadam
  11. da dapat duit pinjaman, salh gunakan pulak , haishhh
    tak reti bersyukur !

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.