Rabu, November 03, 2010

Cabaran Getir Untuk Ke Kepulauan Mentawai

Cuaca tidak menentu, awan tebal dan ombak mencecah ketinggian 6 meter setakat ini menggagalkan perjalanan krew saya dan 6 sukarelawan Mercy Malaysia ke Kepulauan Mentawai, Indonesia.

2 hari lalu pertubuhan bukan kerajaan, NGO, Surfaid International mengeluarkan kenyataan, bilangan mangsa tsunami dan gempa bumi terkorban dianggarkan lebih 4,000 bukan 500 seperti dilaporkan media Indonesia. Manakala mangsa kehilangan tempat tinggal, cedera dan tidak mendapat bantuan makanan dilaporkan mencecah 16,000.

Pulau Pagai Selatan dan Utara, lokasi paling teruk dilanda musibah. Majoriti penduduk dilaporkan tinggal di kawasan hutan dan terpaksa bertarung nyawa menempuh ombak setinggi lebih 2 meter untuk mengambil bekalan dari kapal bantuan menghampiri pantai.

Kami telah melakukan percubaan menaiki kapal laut Tentera Nasional Indonesia, TNI dan helikopter Angkatan Udara TNI serta kapal awam, setakat ini, semua usaha itu gagal. Pelbagai kerenah dan alasan kami depani dan terima.

Pasukan bantuan berjaya ke Kepulauan Mentawai dilapor menjalankan operasi merawat dan menyelamat mangsa di Sikakap.

Cuaca panas dan hujan silih berganti di Padang bagai tidak membenarkan usaha membantu mangsa dilaksanakan.

"Jika tidak berlaku musibah ini, barangkali kerajaan Indonesia tidak mengetahui kewujudan Kepulauan Mentawai"

Itu antara kenyataan sebilangan daripada penonton melontarkan komen di televisyen Indonesia. Lebih menarik lagi, segelintir berpendapat jika bencana ini tidak dapat ditangani dengan kadar segera, presiden terkini dijangka akan kehilangan kuasa dalam pilihanraya akan datang.

Hari ini, saya dan krew akan melakukan percubaan terakhir untuk ke lokasi bencana dengan apa cara sekalipun.

Jika gagal, tempoh membikin liputan tamat dan kami akan kembali ke Malaysia namun sebelum ini saya tetap berpeluang merakamkan antara usaha pelbagai NGO di Padang menghulurkan bantuan kepada ribuan mangsa.

Kerajaan Indonesia, pada hemat saya, biarpun sewaktu rakyat negara dilanda musibah terus menyukarkan proses NGO asing dari pelbagai negara menghulurkan bantuan.

Tidakkah mereka sedari, Jakarta dilanda banjir, Merapi terus memuntahkan lava gunung berapi manakala penduduk Kepulauan Mentawai masih sengsara kesakitan dan kebuluran?

8 ulasan:

  1. Semoga usaha tanpa mengenal putus asa Saudara dan krew akan membuahkan hasil...

    BalasPadam
  2. "Cuaca panas dan hujan silih berganti di Padang bagai tidak membenarkan usaha membantu mangsa dilaksanakan". - serahkan sepenuhnya pada Yang Di Atas TM...Dia yg berhak menentukan siapa yg layak diberi pertolongan...anda dan team sudah mencuba sedaya upaya...moga terus bersabar dan tidak berputus asa...
    apa pun jaga keselamtan dan kesihatan diri sendiri pun penting juga...

    BalasPadam
  3. Bro Mazidul,

    Teringat Datuk Dr Jamilah MERCY terpaksa mengadap Pegawai Kjaan Afghanistan sewaktu menghantar bantuan ke sana.

    Di waktu mengadap wajah bengis dan kesat Pegawai berkenaan untuk membawa masuk bantuan, tiba-tiba HUJAN turun! Wajah yang bengis berubah manis, dan kertas terus di-cop untuk kebenaran masuk.

    Rupanya hujan di Afghanistan adalah tanda-tanda baik!!

    BalasPadam
  4. Kalau dah begitu adat dan sikapnya apa lagi kita nak pertaruhkan, nyawa bagai tiada makna, ego meresap dalam ke hati tetapi di usik bukan main lagi lentingnya..

    BalasPadam
  5. Nampaknya hanya kita yang kesiankan diorang, tapi pemerintah tak sayangkan rakyat indonesia sendiri..Sepatutnya dalam keadaan getir yang macam ni, longgarkanlah sikit segala peraturan birokrasi untuk kebajikan dan kesenangan rakyat yang memerlukan bantuan gak...tapi kalu dah keras kepala dan sombong, anggap macam mereka boleh "handle" semuanya...tak tahulah nak cakap dasar penyangak ni...!!!

    BalasPadam
  6. Jangan berputus asa . All the best . U all r hero

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.