Rabu, Ogos 10, 2011

"Mengapa tidak masuk Islam?"

Sejak berusia 7 tahun saya tinggal berhampiran perkampungan orang asli. Pada awal tahun 70 an, ramai antara mereka bersekolah bersama saya. 

Melalui pengamata , hanya segelintir mereka memeluk agama Islam.

Jika pulang ke kampung, saya kerap bertemu dengan anak mereka, kini remaja. Walhal satu ketika dahulu ayah mereka teman saya melastik burung punai dan menangkap ikan tengas di sungai.

Adik lelaki saya juga pernah berkawan dengan remaja orang asli kerana dia gemar bercampur-gaul dengan masyarakat tanpa mengira bangsa dan usia.

"Semasa sekolah dahulu dalam tahun 1995, ada surau di Pos Bersih, Ulu Slim, Slim Village. Sekarang surau itu sudah bertukar menjadi Tadika," katanya sewaktu saya hubungi selepas berbuka tadi.

Untuk rekod, selain Pos Bersih, orang asli juga menetap di Pos Keding dan Pos Tenau.

"Pos Tenau memang jauh, kalau dari pekan Slim Village kena naik four wheel drive, kira-kira 3 jam baru sampai. Itu pun kalau tidak hujan. Kalau hujan berbahaya sebab jalan tanah merah, licin. Dahulu bantuan perubatan ke pos itu dihantar menggunakan helikopter Nuri," tambahnya.

"Baru-baru ini pekerja menghantar generator sumbangan Tenaga Nasional Berhad ke Pos Tenau. Dia masuk menggunakan Hilux, dua jam setengah baru sampai," ujar adik saya.

Saya difahamkan, sehingga ke hari ini tidak ramai orang asli memeluk agama Islam di 3 pos terbabit.

"Mengapa tak masuk Islam?," itu soalan pernah saya utarakan.

Namun respondan saya temubual telah lama meninggal dunia. Mereka seangkatan usia arwah ayah saya.

"Masuk Islam susah"

Itu respon majoriti mereka.

Kakitangan jabatan agama dikatakan hanya berusaha mengislamkan mereka. Sebagai tindakan susulan kelas agama disediakan untuk mereka mendalami pengetahuan berhubung agama terbabit.

Manakala mubaligh Kristian mengambil pendekatan berbeza dan lebih berkesan. Setiap Ahad mereka dilaporkan berkunjung ke gereja kecil di kampung orang asli. Mereka mengambil peluang menjalankan acara keagamaan bersama. Tidak cukup dengan itu, bantuan makanan serta pakaian dihulurkan.

Itu fakta.

Kebanyakkan orang asli di kampung saya bekerja mengikut kesesuaian.

"Kalau getah mahal, dia orang menoreh getah, kalau durian mahal, jual durian. Harga petai naik, dia orang masuk ke hutan mencari petai," jelas adik saya berusia 28 tahun.

Ringkasnya, mereka bukan golongan hidup mewah. Barangkali sebilangan masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Agama satu perkara, bantuan ekonomi perkara ternyata lebih penting.

Kini orang Melayu juga dilaporkan menerima bantuan ekonomi dari pihak gereja. Contohnya di sini.

Dalam erti kata lain, selain menyebarkan agama Islam, pihak berkuasa perlu melihat kepentingan tindakan susualn menghulurkan bantuan kepada penganut agama syumul itu.

Usahlah kita berkata ...

"Tak kan sebab tiada bantuan ekonomi menyebabkan mereka sanggup menerima bantuan dari gereja"

... kerana kita tidak berada di tempat mereka. Pengetahuan berhubung agama Islam juga tidak sama.

Islam itu syumul, sempurna tetapi sebilangan penganut memiliki kuasa didapati tidak melaksanakan tanggungjawab mereka secara sempurna lalu menimbulkan pelbagai masalah.

17 ulasan:

  1. setuju dengan En. Mazidul dalam isu ini, terima kasih atas lontaran pandangan yang baik ini :)

    BalasPadam
  2. Salam bro,

    Pertama kali saya masuk ke Pos Tenau 15 tahun dulu. Sekitar perumahan Orang Asli mmg cantik dihiasi dgn tanaman pokok2 bunga...di antara rumah2 itu...rupanya ada sebuah gereja. Kebetulan pada mlm itu kami adakan campfire dan BBQ dgn polis dan pejabat daerah Slim River. Menjelang tgh mlm...kelihatan seorang demi seorang anak2 muda Orang Asli beredar balik. Bila ditanya kenapa cepat balik, jawapan mereka...besok pagi ada sembahyang...sister dtg dan mereka amat takut pada sister.

    Di Kg. Pisang, Rasau pula terdapat sebuah surau yang dibina kerajaan tapi Orang Asli kat situ semuanya kristian. Bila saya tanya Tok Batin...katanya dulu ada pendakwah Islam dtg. Tapi susah bagi mereka kerana semuanya tak boleh dan banyak benda tak boleh makan... haram! Bila kristian dtg, mereka bawa gitar ajak anak2 Orang Asli nyanyi...ini buatkan mereka seronok.

    BalasPadam
  3. Salam bro Mazidul... Isu berbangkit pernah saya nukilkan dalam blog saya lebih setahun dulu...Sila rujuk artikel saya di link - http://www.perisik-rakyat.com/2010/01/dakwah-kepala-hotak-kau-la.html

    Hari ni saya ulang-tayang kembali artikel tersebut bersama kepilan artikel bro hari ini...

    Sila ke link - http://www.perisik-rakyat.com/2011/08/gereja-dumcdakwah-kepala-hotak-kau-la.html

    Trima kasih...

    BalasPadam
  4. Bro Ruslie dan Topeng Perak, terima kasih banyak di atas informasi dikongsikan.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Ya, saya setuju dengan ayat "kita tidak berada di tempat mereka".

    Bila timbul isu sebegini, ramai yang memberi pendapat secara logik akal sahaja. Namun, kalau kita berada "dalam kasut mereka", daya kita untuk sekuat merekapun belum tentu ada. Paling tidak, mereka masih lagi berpuasa. Hidup yang teramat susah boleh gelincirkan arah hidup manusia, pesongkan akidah juga...dari kita salahkan orang lain tuding jari kepada pihak tertentu, apa kata sama-sama fikirkan cara penyelesaiannya.

    Ramai yang bermurah hati tolong warga asing menipu, tapi berapa ramai yang sanggup tolong anak bangsa sendiri yang benar-benar memerlukan bantuan. Kalau seorang hulur seringgitpun, golongan ini akan terbela.

    BalasPadam
  6. smti...
    mmg ramai yang hanya pandai berkata-kata...

    BalasPadam
  7. "Kalau seorang hulur seringgitpun, golongan ini akan terbela."
    Mcm iklan anak yatim kt TV tu...

    BalasPadam
  8. Pihak yang bertanggungjawab lebih byk buangkan masa untuk menangkap pasangan khalwat dan penceramah tak bertauliah, tapi lupa bila perut kosong, anak bini mau makan, hutang banyak, manusia akan mudah hilang pertimbangan. Hanya pendakwah tabligh yg tak bertauliah yg sanggup masuk ke kampung2 hulu. Pendakwah dan institusi Islam yg byk duit tak sanggup, manakah ihklasnya?????

    BalasPadam
  9. smti..metodologi yg dijalankan oleh mubaligh kristian lebih berkesan berbanding kita..
    namun cuba pula ayat "kita tidak berada di tempat mereka" ini ditujukan kepada petugas2 dan pendakwah yang telah menjalankan tugas dgn baik..dengar pula permasalahan mereka..

    BalasPadam
  10. Ya, pelbagai kaedah & cara boleh membantu - kepada yang perlu.

    Jadikan 13 orang kes gereja itu sebagai pengajaran (hakikatnya jika semua kes di seluruh negara dikumpulkan, saya yakin jumlahnya 4 angka - mungkin lebih lagi).

    Tetapi masih ada yg tidur di siang hari...

    BalasPadam
  11. Inilah jadinya kalau orang orang yg bertanggung jawab tidak menjalankan tugas mereka....jawablah di akhirat kelak...Dah banyak kali rakyat mempersoalkan wang Baitul Maal tetapi tiada tindakkan diambil oleh mereka. Apa mereka ingat itu wang simpanan mereka ke..yg sampai berkepuk kepuk dok tunggu dividen...Lupakah mereka kepada sabda Nabi...kefakiran menjurus kepada kekufuran....

    BalasPadam
  12. Kristian memang rajin masuk terutama tempat2 baru / pendalaman. konsep hiburan & tiada larangan adalah daya tarikan agama ini. Dulu2 masa saya di Sarawak, banyak kes2 kristianisasi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu silap tentang tiada larangan Rozy. malah larangana kristian lebih tegas dari Islam. cuba google Gereja Advent. cuba kamu kaji kristian dulu sebelum buat kenyataan. dan gereja kami tidak pernah menghulurkan wang kepada sesiapa mala mereka akan menghulurkan perembahan kepada gereja dan gereja akan salurkan kepada mereka yg memerlukan seperti mangsa bencana alam dan sebagainya. gereja tidak banyak duit untuk d berikan kepada org lain. dan kami kristian tidak sama sekali menginjil dan menyebarkan ajaran Alkitab terutamanya org yg beragama muslim. sebab kami tau agama itu amat sensitif. tapi betul anggota gereja tidak kenal penat lelah untuk menyebarkan ajaran Alkitab kepada org2 yg belum mengenal Tuhan terutamanya d pendalaman. Kristian jga sama seperti agama2 lain. ada yg taat dan mengikut ajaran dan ada yg hanya nama kristian sahaja. seperti agama kmu jga. Muslim tapi berjudi. begitu jga Kristian. Judi dan arak diharamkan. perbuatan maksiat juga diharamkan. malah mengubah badan walau lubang telinga untuk anting2 pun tidak dibenarkan sama sekali. Salam dari saya.. Peace..

      Padam
  13. isu lama...jabatan agama islam memang tak buat kerja,lebih suka dok ofis,patutnya kerja dakwah,menangani masalah hal ehwal orang islam atau mualaf ni dibwah pentadbiran mereka,..ni tidak ramai dok tunggu dan lihat,ada laporan baru kalang kelibut.....kutip baitulmal zakat juta2...patutnya tak boleh lihat ada fakir miskin,orang susah,ibu tunggal,pengemis,mualaf yang terpinggir oleh keluarganya,...dll

    BalasPadam
  14. DARI SIBUK MENGEJAR ENTITI PARANORMAL LEBIH BAIK RAMAI2 BERSAMA USTAZ BERDAKWAH ATAS NAMA ISLAM. ADAKAH ITU LEBIH BERMANFAAT.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.