Sabtu, Oktober 12, 2013

JAMIL KHIR BAHAROM KATA AMBIL TINDAKAN TETAPI KERAJAAN NEGERI MASIH BUTA HATI


Itu kata menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Manakala Jabatan Agama Islam Kedah mendakwa tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan kes perhambaan kanak kanak berlaku di Pusat Tahfiz Amal, Yan, KEDAH.

Kelihatan berlaku PERCANGGAHAN di situ.

Pemimpin tidak buta hati dan jiwa pasti dapat melihat kezaliman sesama manusia dan seharusnya bertindak.

Usah sesekali gentar dengan kuasa manusia kerana kalian akan dihisab tatkala di Padang Mahsyar kelak. Setakat manusia boleh dikelirukan, bukan Allah.

Saya akan terus mendedahkan fakta sebenar.


8 ulasan:

  1. Takde kesungguhan sebenarnya..

    Seandainya bos tahfiz amal tu salah seorang pemimpin utama pembangkang, confirm secara automatik jabatan2 berkaitan ni ada kuasa. hehe

    BalasPadam
  2. Assalam

    Buta mata tak nampak jalan di dunia
    Kerana tidak nampak cahaya
    Tidak tahu ke mana hendak dituju
    Ke hilir atau ke hulu

    Satu arahan dari pihak atasan kerajaan sudah cukup untuk stopkan hal ini tetapi dek menjaga kepentingan peribadi, mata menjadi gelap

    BalasPadam
  3. Malam tadi ( hampir jam 9 malam ) makan sate bersama kawan di EDE CAFE .. di Jln Sultanah, Alor Setar. Tetiba di datangi dua orang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia 9 tahun .. meminta derma dan di sebelah tangan lagi ada botol ubat. Saya tak layan mereka jadi tak pasti ubat apa. Saya lihat beberapa orang anak muda menghulurkan seringgit ke 3 ringgit. Terfikir juga .. masih ' on' lagi aktiviiti minta derma ni ?? satu lagi kejadian .. minggu ketika ke ECONSAVE di sg buloh ... saya dihampiri seorang lelaki dewasa berlebai .. mohon derma untuk sekolah tahfiz di Yan, Kedah. Terkejut juga sebab yang memungut derma tu orang DEWASA. Berpakaian kemas . Ingatkan dah tukar ' kaedah' setelah ramai yang komplen. TErfikir juga .. apakah ada sek tahfiz lain di Yan ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta perhatian..Pusat Tahfiz ini bukan terletak di Yan....tetapi di Jalan Yan....ini dalam kawasan Kuala Kedah...harap dapat ambil perhatian...sebenranya di daerah Yan memang banyak pusat tahfiz tetapi tidak ada modus operasi macam ni......

      Padam
    2. kepada shaty
      Di daerah Yan memang terkenal dengan Pusat Tahfiz dan sekolah pondok...untuk perhatian semua..pusat tahfiz amal ini bukan terletak di Yan tetapi di kawasan Kuala Kedah...kebetulan jalan itu dipanggil Jalan Yan....dan ini bukan bermaksud daerah Yan...harap maklum

      Padam
  4. Di nilai bdk2 ni hampir setiap hr ade meminta derma..jelas nmpk mereka sgt letih sbb smp malam msh meminta derma..plg sy risau bdk perempuan yg bergerak sendirian..jgn nnt jd kes culik or rogol br nk bertindak..

    BalasPadam
  5. Saya masih lagi melihat kanak-kanak dari pusat tahfiz ini meminta derma dan menjual produk di kawasan Hulu Langat dan Kajang..

    BalasPadam
  6. Di Nilai, setiap malam ada. Terkejut masih ada sampai sekarang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.