Jumaat, Ogos 22, 2008

Gay

Apa sudah jadi dengan lelaki? Khususnya lelaki bergelar ‘gay’.

Jika dirujuk kamus, gay bermaksud ‘joy’ atau kegembiraan. Tetapi gay saya maksudkan, lelaki ‘suka’ kepada lelaki. Dulu, tiada syak wasangka timbul melihat lelaki memegang tangan atau memeluk lelaki lain. Mereka barangkali teman rapat justeru perlakuan itu tidak dianggap janggal pada mata masyarakat. Kini, jika perbuatan sama disaksikan maka akan terpancul soalan spontan dalam minda majoriti daripada kita.

“Gay ke apa dia orang tu?”

Di barat, golongan gay menuntut hak berkahwin sesama mereka. Permintaan itu kemudian ditunaikan biarpun ada golongan membantah. Jadi tidak hairan jika ramai antara kita pernah melihat pasangan gay, lelaki dan lelaki berkahwin di gereja melalui televisyen atau wayang. Terlintas di fikiran saya, jika pasangan berkahwin lelaki dan perempuan, paderi membuat pengumuman ..

“Now I pronounce you man and wife, so you may kiss your bride”

Cup! Cup! mereka berciuman mengikut amalan masyarakat barat. Tetapi jika pasangan gay ..

“Now I pronounce you man and what?”

He! He! Mereka hanya sekadar mengukirkan senyuman dan berpegangan tangan.

Di Malaysia biarpun tiada tuntutan perkahwinan seumpama itu dibuat setakat ini, gejala gay dipercayai semakin menular terutama di kalangan masyarakat bandar.

“Puh! Kelab gay tu memang hebat. Orang biasa ada, golongan elit ada, artis ada, selebriti pun ada,” ujar kawan.

Kelab dimaksudkan itu bukan di Los Angeles, bukan juga di London tetapi di Kuala Lumpur.

Jangan tersilap, bukan semua gay itu lelaki lembut. Sebahagian mereka kelihatan normal seperti lelaki biasa. Tiada beza dari aspek fizikal malah ramai bertubuh sasa dan terjaga. Majoriti daripada mereka bekerjaya. Cuma keinginan dalaman dan dorongan nafsu menjadi faktor pembeza.

‘Spa dipercayai dijadikan sarang kegiatan maksiat gay diserbu’, petikan daripada laporan akhbar tempatan masih segara dalam ingatan saya biarpun semakin berusia.

Spa dijadikan premis golongan gay memuaskan nafsu. Pelanggan gay, pemberi ‘khidmat’ juga gay. Jadi pasti bukan sahaja servis facial, pedicure, manicure ditawarkan malah lebih daripada itu. Spa dilihat sebagai tempat selesa pasangan gay memadu kasih memuaskan nafsu. Berselindung di sebalik spa, kegiatan mereka sukar dihidu pihak berkuasa. Ide bijak tetapi ternyata gagal disempurnakan.

Mungkin ramai memandang jijik terhadap kegiatan berlaku tambahan pula apabila membabitkan hubungan seksual. Hakikatnya, ia berlaku. Bukan dulu tetapi kini biarpun tidak terjadi di hadapan mata sendiri. Jika diperah otak sekali pun, majoriti masyarakat tidak mampu memahami sebab musabab kejadian.

Bagaimana lelaki mampu jatuh cinta kepada lelaki lain? Sehingga dijadikan ‘soul mate’? Timbul persoalan, adakah wanita kini terlalu membosankan dan tidak mampu memenuhi tuntutan lelaki?

3 ulasan:

  1. masa saya pegi zurich thn 2004, saya diperkenal kan oleh rakan dgn seorg lelaki Kelantan yg menetap di sana.lelaki nie gay dan telah berkahwin dgn 'LELAKI' swiss semata2 utk dpt kerakyatan sana...emm..mcm2 le perangai manusia skrg nie...

    BalasPadam
  2. majalah mastika pernah kupas isu gay ni.. mereka ada 'port' masing2 untuk melampiaskan nafsu serakah tu.. mungkin selepas ni, jabatan agama kena perluaskan operasi tangkap khalwat ni.. bukan hanya tangkap pasangan lelaki dan perempuan, tapi juga pasangan gay ni..

    BalasPadam
  3. Dulu ada sebuah kelab gay popular dikalangan gay ni. Tak taulah sekarang ni ada lagi atau tidak. Walaupun dah berapa kali diserbu masih lagi beroperasi. Lokasinya dijalan bukit bintang berdekatan hotel yang mengadap lot 10(mm..ntah apa ka namanya dah lupa lak)Dulu ada kenalan saya mengajak masuk dalam kelab ni dimana tiada apa yg istimewanya kelab ni. siling yg terlampau rendah & keluasannya yg sempit. Tapi suasananya yg betul2 macam temapt asing yg mana kebanyakkan pasangan tanpa segan bercumbu-cumbuan didalamnya seolah2 macam kat negara asing lak. Yang teruknya kebanyakkan gay ni terdiri dari bangsa kita sendiri iaitu bangsa melayu dimana pasangannaya kebanyakkan terdiri dariorang asing. Bila dah tengok keadaan macam tu...terus saya keluar dari kelab tu. Memang tidak dinafikan muzik yg dimainkan didalam kelab tersebut memang mengasyikkan tapi suasana persekitarannya yg memualkan membuat saya tak bolih bertahan lama. Nasib baik kenalan saya ni faham & saya tanyakan pada dia apa yang istimewanya menjadi gay ni...& katanya sukar nak diluahkan pengertiannya. Syukur saya tak terus kearah tu...& kenalan saya sekarang ni tak taulah masih lagi dgn tabiatnya atau pun dah berubah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.