Rabu, Ogos 27, 2008

Ikut Orang Tua

Lambakan klip video lucah remaja kini tidak mampu ditangani lagi. Sehinggakan gambar bogel anak gadis dan bujang Melayu boleh dicapai secara mudah dan ditonton di banyak laman web.

Majoriti daripada visual terbabit dirakamkan sendiri. Gejala rakaman video lucah turut menular di kalangan pelajar sekolah, berpasangan maupun secara berkumpulan. Apakah tujuan sebenar mereka? Sekadar mengejar keseronokan? Atau mereka golongan tidak mengetahui kesan perbuatan itu kepada diri sendiri dan keluarga?

“Dia orang belajar daripada orang tua buat benda sama kut,” komen rakan secara sinis.

Memang negara pernah digemparkan dengan beberapa kes sebegitu sebelum ini. Tetapi dengarnya itu hanya koleksi peribadi kemudian diberitakan ‘terlepas’ ke tangan pihak tidak bertanggungjawab. Edaran secara meluas pastinya menjatuhkan maruah dan menjejaslan kerjaya pihak terbabit.

“Fasal hand phone dah banyak ada kamera la tu,” komen rakan seorang lagi.

Bagaimanapun saya pasti bukan itu tujuan sebenar telefon bimbit dilengkapi kamera antara 1.3 dan 5 mega pixels dipasarkan.

“Alah bro, orang kita kan ke kreatif? Kereta CC 1.3 boleh diubah suai menjadi kereta lebih kuat CC nya, jadi kereta turbo, berlambak. Ini kan pula kamera dah sedia ada, guna kan aje la. Bukan susah sangat, tekan butang rakam, sumbat dalam memory card banyak gig, jadi lah klip video,” sambung rakan.

“Betul juga,” balas saya ringkas.

Teringat kes lelaki lebih tua menggunakan khidmat ‘jurukamera’ muda tidak bertauliah merakamkan ‘aksi’ nya bersama pasangan jauh lebih muda di Felda baru-baru ini.

Manakala pada masa sama dilaporkan ada pasangan bercinta sengaja merakamkan aksi lucah mereka kemudian disebarkan sebaik hubungan retak.

Jelas, ada teknologi disalahguna kemudian membawa padah kepada golongan pencipta sendiri.

Hairan ..

2 ulasan:

  1. abg mazidul, sebut psl aksi lelaki tua buat seks kat felda tu saya ada tgk klip nye...dgn tajul 'Budak Jolai'. semua sekali ada 3 part...eeeeee...geli la tgk org tua tu...dah tua bangka pun nak buat benda x senonoh tu gak..yg girl tu lak lgsg x de rasa b'salah...eee...nau'zubillah le..semoga Allah mengampun kan dosa mereka semua...

    BalasPadam
  2. Encik mazidul, tajuk yg tertera mengingatkan saya pada kes budak yg hilang 3x ikut orang tua bongkok masuk hutan....hehehe ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.