Selasa, April 30, 2013

FAIRUS MENDAKWA MAMPU GOYAHKAN ANWAR IBRAHIM DALAM TEMPOH 10 MINIT DI PENTAS DEBAT

"Sejak melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri membuat keputusan  balik ke Selayang, Selangor. Anak beliau 7 orang,  bukan ahli perniagaan, tidak mendapat sebarang projek istimewa. Saya beritahu beliau, bayar saya berapa sahaja Datuk Seri termampu. Setakat ini  gaji saya, RM1,000  sahaja  sebulan,"  ujar pembantu khas  Datuk Seri Dr Mohammad Fairus Khairuddin.

Ketika itu majikannya,  Datuk Seri Dr. Fairus sedang menyampaikan ceramah di PPR Seksyen 8,  Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,  sempena majlis Kenduri Rakyat.


Pembantu khas  terbabit berusia 32 tahun.

"Nasib baik saya masih bujang dan akan terus berkhidmat untuk beliau sehingga 5 Mei akan datang," ujar pembantu sama.

Jika dilihat senyuman Datuk Seri Fairus di pentas, siapakah mampu menjangkakan betapa getir cabaran didepani beliau sekarang  sebagai penyokong Barisan Nasional. Maklumat dimiliki beliau mengenai kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya menggoyahkan Ketua Umum PKR.

"Kalau saya hendak hidup senang, mengapakah saya perlu berhenti menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang? Apabila saya melihat Anwar Ibrahim mula khianat, saya tidak menunggu lama untuk berhijrah ke UMNO. Kalau fikirkan kepentingan peribadi, saya sudah duduk di tempat selesa," ucap beliau.   

Tambah  anak kelahiran Permatang  Pauh itu,  tiada satu pun projek perumahan rakyat di Pulau Pinang. 


"Beliau minat seni mempertahankan diri, Gayung Nusantara dan membaca buku untuk menambah ilmu.  Di rumah Datuk Seri, banyak sangat buku,"  kata pembantu khas beliau lagi.

Jika individu berilmu dan mampu berhujah secara bijak, kenyataan beliau sukar disanggah.

"Saya mencabar Anwar Ibrahim. Tidak perlu berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak.  Najib itu Presiden UMNO,  Anwar bekas  bantuan.  Dirikan pentas terbuka  di tempat awam,  kalau beliau anak jantan,  saya cabar beliau berdebat dengan saya, biarpun di Permatang  Pauh sekalipun,  saya bersedia. Biarkan beliau bercakap 50 minit, saya hanya perlukan 10 minit sahaja untuk menumbangkan Anwar Ibrahim, " ungkap Datuk Seri Fairus bersemangat.


Turut berada di lokasi sama, calon Parlimen BN, R. Prakash Rao dan calon DUN BN, Halimaton Saadiah Bohan.


"Ini majlis ke 17  saya  hari ini. Mazidul boleh teliti  jadual saya. Sebelum ini,  di Seksyen 4,  Kota Damansara, saya tidak mengetahui mengenai sesi Halimaton bertemu masyarakat di situ. Jika saya dimaklumkan, saya pasti datang.  Sehari, saya berkunjung ke 20 lokasi bertemu pengundi," komen Prakash.


Penceramah dari Institut Latihan Memperkasakan UMNO, ILMU, Ustaz Ahmad Izwan Hamzah turut berkongsi maklumat  dalam sesi ceramah.


Saya bertugas sebagai pengacara majlis  Kenduri Rakyat itu,   bukan bergiat di arena politik.


Melihat kaedah Datuk Seri Fairus berkongsi ilmu dan informasi di pentas ceramah, bijak andainya beliau dilantik sebagai senator apabila  Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum, PRU ke 13.  Pemegang  Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sains  Politik dan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta  sarjana Sains Politik Universiti Brainsfield, United Kingdom itu perlu  diberikan tempat untuk terus menyumbang ide membangunkan Malaysia.


"Masih ada anak muda Melayu beragama Islam yang jiwa raganya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.   Kalau saya hendakkan kesenangan dunia,  tidak perlu berceramah seperti ini. Bukan setahun dua, tiga empat tahun berpusing di serata Malaysia. Kalau saya hendak kaya, saya pernah duduk di tampuk kuasa sewaktu menyandang jawatan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Ketika itu,  Pulau Pinang, negeri kedua terkaya di Malaysia selepas Selangor. Saya juga Exco Agama Islam, Exco Keusahawanan dan Koperasi, Exco Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Pengerusi Invest Pulau Pinang bahagian pelaburan. Pada tahun 2008, kita berjaya membawa masuk 10 bilion pelaburan. Kalau saya hendak kaya, saya boleh atur proxy dan kepentingan saya," ujar Datuk Seri Fairus.

Beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika berusia 32 tahun.

Pentas kempen bakal bertambah hangat kerana kurang seminggu, rakyat Malaysia bakal mengundi di PRU ke 13.

3 hari lalu,  BIlik Gerakan PKR Kota Damansara didakwa diserang oleh  tiga  ahli PAS.


Petang semalam,  saya dihubungi oleh kenalan ahli PAS mengatakan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian sama di Balai Polis Kota Damansara.


Datuk Seri Anwar Ibrahim TAKSUB ingin menubuhkan 'Kerajaan Baru Malaysia'  kononnya selepas memenangi PRU ke 13.

Tidak salah untuk bermimpi.

Cuma mengejutkan, puak penyokong Israel kini secara terbuka menunjukkan sokongan mereka terhadap  'Kerajaan Baru Malaysia' itu.

Klik di sini untuk menonton video saya maksudkan.


SEJAK BILA JURUSALEM MERESTUI 'KERAJAAN BARU' MALAYSIA?

ASSALAMUALAIKUM DATUK SERI MINTA AIR MANI ...


Isnin, April 29, 2013

RAKYAT MEMASTIKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK AKAN DINOBATKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA



"Bro, perasan tidak, sekarang ini di beberapa lokasi, kelihatan bendera pelbagai warna dipacakkan?  Bukan bendera BN, PAS atau PKR,"  soal rakan saya.

Saya terpaku buat seketika kerana tidak mampu menjawab soalan dikemukakan.

Hari ini saya mendapat maklumat,  pembikinan bendera dan kegiatan memacak bendera terbabit dipacu majoriti oleh individu berbangsa Cina untuk menyokong kempen calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Klik di sini untuk meneliti kegiatan mereka. 


Terbukti, tanpa mengenal usia mereka membabitkan diri untuk menjayakan Malaysian Spring.


Malaysian Spring? Klik di sini untuk membaca tujuan DAP dan PKR  memacakkan bendera pelbagai warna itu  biarpun mendapat tentangan pihak berkuasa.

Hakikatnya, tiada musim bunga di Malaysia, oleh itu saya berasa hairan mengapakah mereka memilih terma 'Malaysian Spring'?

Majoriti kita pernah mendengar kejadian Arab Spring, gelombang revolusi dirancang bermula dengan demontrasi aman tetapi malangnya  berkesudahan dengan keganasan mengorbankan banyak jiwa.

Klik di sini.

Saya sendiri telah menyaksikan kesan buruk  Arab Spring di sempadan Jordan-Syria pada Oktober 2012.

Lebih 37,000  pelarian Syria merana dan terpaksa merempat di kem pelarian tanpa keperluan asas mencukupi. Setiap hari penghuni kem berebut makanan dan ubat disumbangkan oleh beberapa negara dunia termasuk Malaysia.


Pembelajaran dan kebajikan kanak-kanak terabai kerana mereka terpaksa tinggal di kem pelarian di kelilingi oleh kawad berduri.


Sila baca entri ini dan entri ini untuk lebih  mengetahui kesengsaraan menyusul selepas berlaku Arab Spring.

Akibat krisis berlaku, ratusan ribu rakyat Syria memboloskan diri melalui sempadan dan bermastautin buat sementara waktu di negara jiran, Jordan. Luka parah  kesan tembakan gagal dirawat di negara asal,  justeru  pesakit merana di negara asing.


Klik di sini untuk membaca kisah Abdel Elah, mangsa tembakan senjata AK-47.

Minggu lalu  kita dikejutkan dengan letupan di belakang pentas  Majlis Ceramah Perdana BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.   

Klik di sini.

Kita berharap kes keganasan sebegitu tidak akan berulang di sepanjang tempoh kempen berbaki seminggu sebelum Pilihan Raya Umum, PRU ke 13 pada 5 Mei kelak. 

Rakyat Malaysia wajib menolak keganasan. BERSIH didalangi oleh Anwar Ibrahim, kononnya dirancang sebagai perhimpunan aman namun kemudian bertukar kucar-kacir disulami keganasan.


Saya berharap Malaysian Spring  tiada kaitan dengan Arab Spring biarpun hanya nama negara membezakan keduanya. 

Apakah motif Nurul Izzah memilih nama itu? Tidak diketahui. 

Apapun selagi kegiatan terbabit tidak mencetuskan provokasi, saya hanya melihat cebisan kain  berwarna  dipacakkan di muka bumi.

Barangkali ramai menyedari, Datuk Seri  Anwar Ibrahim dan penyokong menggunakan teknik hebah dan hebohkan kononnnya Pakatan Rakyat 100% diyakini bakal memenangi PRU ke 13.   Biarpun keputusan PRU ke 13 hanya akan diketahui sepenuhny pada 6 Mei. 

Dalam klip video sewaktu berceramah di Kota Damansara,  Datuk Seri Anwar antaranya berkata ...

"Kita dengan PAS, DAP, Keadilan ini hubungannya terlalu baik. Jangan bagi mana-mana tersinggung"


'Hubungan baik' itu dizahirkan dengan calon PAS DUN Kota Damansara,  RIdzuan Ismail sehingga ke saat entri ini ditulis masih  bertanding menentang calon menggunakan tiket PKR,  presiden Parti Sosialis Malaysia, PSM. Walhal PAS dan PKR bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Maksudnya, di Kota Damansara, suara Datuk Seri Anwar sudah tidak laku dan lebih malang lagi,  calon PKR tidak akan disokong oleh PAS.

Melalui pengamatan saya  dari sudut  komunikasi, Datuk Seri Anwar memang bijak bermain kata-kata sekaligus cenderung mempengaruhi pemikiran masyarakat. Kaedah digunakan mudah,  janjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Cakap sahaja dahulu, keputusan belum tentu.

Berikutan itu, saya berasa amat yakin, rakyat Malaysia akan memastikan Datuk Seri Anwar tidak akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas PRU ke 13.

MENGAPAKAH UPTOWN D' KOTA DIJUAL DENGAN HARGA RM4.8 JUTA SEDANGKAN NILAI SEBENAR HARTANAH ITU RM26 JUTA?




Barangkali ini entri pendedahan terakhir  berhubung transaksi penjualan Kompleks Muhibbah atau lebih dikenali sebagai Uptown D' Kota di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pertemuan bersama beberapa peniaga, saya  dimaklumkan,  keseluruhan 3.25 ekar tapak pusat perniagaan pasar malam itu   ditaksirkan bernilai RM26 juta.



Kira-kira 3 tahun lalu,  aset  hartanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS itu, telah dijual kepada syarikat swasta berstatus halimunan,  tidak diketahui perincaian  pemiliknya,  Ilmu Panduan Hidup. 


Bertujuan untuk menyembunyikan identiti  syarikat itu, sehingga kini,  tiada papan tanda dipamer untuk menunjukkan Uptown telah menjadi harta  milik persendirian. Hairan, aset dibeli bernilai jutaan ringgit tetapi enggan didedahkan kepada masyarakat Kota Damansara.


Berapakah harga Uptown dijual?

RM4.8 juta ringgit sahaja. 

RM21.2 juta ringgit LEBIH  murah berbanding harga sebenar.  Sewaktu transaksi awal, syarikat pembeli hanya menjelaskan RM2 juta kepada PKNS.  Baki RM2.8 juta lagi ingin dilangsaikan kemudian,  setelah syarikat pembina laluan MRT, Prasarana Negara Berhad memberikan  pampasan bernilai RM7.7 juta. 

Malangnya,  Ilmu Panduan Hidup,  pada awalnya  dijangkakan  bakal  membolot keuntungan di atas angin, RM2.9  juta GAGAL meraih pampasan kerana tapak Uptown masih milik sah PKNS.  Ilmu Panduan Hidup belum menjelaskan bayaran tertunggak RM2.8 juta sekaligus  proses  penukaran  hak milik tanah tidak dapat disempurnakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah  Petaling. 

Apapun,  timbul beberapa soalan amat  mencurigakan.

Mengapakah aset PKNS  itu dijual terlalu murah?  Siapakah mengarahkan supaya Kompleks Muhibbah dijual kepada individu?  Siapakah pemilik  Ilmu Panduan Hidup? 

Tan Sri Khalid Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat, PKR, memerintah Selangor selaku  Menteri Besar tatkala itu  dipercayai  mampu menjawab soalan terbabit. 


Selain daripada Tan Sri Khalid, bekas Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan ADUN Kota Damansara,  Dr. Mohd Nasir Hashim juga pasti tahu jawaban sama.


[  Klik di sini untuk membaca fakta TAMBAHAN mengenai kes  Uptown D' Kota ]


Hakikatnya,  Ilmu Panduan Hidup melopong.

Sebaliknya Prasarana Negara Berhad  memberikan pampasan berjumlah RM9.9 juta kepada 
127 peniaga di Blok A Uptown D' Kota. Sebilangan mereka kini beroperasi di premis baru  disiapkan,  deretan kedai berhadapan Uptown D' Kota. Pampasan juga turut diahihkan  kepada pemilik tanah asal, PKNS dan pihak penyelenggara Kompleks Muhibbah, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ. 


Untuk rekod, sebelum projek pembinaan laluan MRT dimulakan, terdapat 11 gerai peniaga makanan BERLESEN,  beroperasi di Uptown. Setelah mendapat pampasan akibat  kehilangan mata pencarian selama 8 bulan (tempoh pembinaan laluan MRT), mereka telah membawa haluan sendiri.


"Pihak pengurusan terkini Uptown D' Kota telah menyediakan  food court di bawah kendalian pemilik syarikat Ilmu Panduan Hidup. Kami yakin, MBPJ belum  lagi  mengeluarkan lesen untuk premis terbabit  menjual makanan dan minuman. Pada masa sama,  pekerja juga tidak menjalani pemeriksaan kesihatan,"   dakwa peniaga.


Berikutan itu,  pada 28 April,  saya telah menghantar pesanan ringkas,  SMS kepada Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan  MBPJ, Mohd Fauzi  


'As Salam Tuan. Saya inginkan penjelasan. Mengapakah food court di dalam Uptown dibenarkan beroperasi tanpa lesen? Terima kasih'

Saya berharap Mohd Fauzi akan membalas SMS dihantar kepadanya dalam jangka waktu terdekat.

Ahad, April 28, 2013

DI MANAKAH BENDERA PAS DI HADAPAN BILIK GERAKAN PKR (PSM)?

Semalam Setiausaha Agong PAS,  Datuk Mustafa Ali dilapor mengeluarkan kenyataan, kerusi DUN Kota Damansara diperuntukkan kepada PKR.

Malaysian Insider juga mencatatkan, PAS telah memaklumkan kepada SPR mengenai penarikan diri calon PAS, Ridzuan Ismail, pada 23 April lalu.


Klik di sini untuk membaca laporan lengkap.

Awal pagi semalam, penyokong PAS menaiki 20 kenderaan berarak di sekeliling Kota Damansara.

Melalui tinjauan saya petang tadi, Bilik Gerakan PAS kelihatan sibuk dan tiada isyarat menunjukkan kempen dihentikan.


"PAS Bahagian tidak menerima sebarang arahan daripada PAS Pusat,  mengatakan calon PAS di sini menarik diri.  Jadi kami di cawangan akan terus berkempen," ujar wakil mereka.

Berikut,  gambar saya rakamkan pada jam 2.39 petang SEMALAM di hadapan Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia, PSM. 


Mari kita zoom in sedikit gambar di atas.


Kelihatan beberapa bendera PAS  dikibarkan di samping bendera PKR dan PSM.  Di bawah, gambar di lokasi sama, saya rakamkan pada jam 7 malam tadi.


Di manakah bendera PAS? Hilang? Diturunkan?


Justeru itu, ada hati dan jiwa penyokong PAS terguris.  Sekaligus ramai melihat perebutan kerusi DUN di Kota Damansara, hanya di antara calon PAS dan BN. Calon bertanding menggunakan tiket PKR, Dr. Mohd Nasir dijangkakan tidak mendapat banyak sokongan.