Isnin, Mei 31, 2010

Israel Dayus!

Saya pernah melalui pengalaman ngeri di Kosovo satu ketika dahulu.  Kosovo dihuni majoriti etnik Serbia dan Albania bertelagah dan berbunuh-bunuhan dan ketika kunjungan, negara terbabit berada di bawah payung  Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Bunyi tembakan senjata ringan bukan asing, rumah diletup menggunakan peluru kereta kebal.

"Baik-baik, peluru sesat tak kenal mangsa," ujar pegawai polis Malaysia bersama saya.

Setiap kali menaiki kenderaan, undercarriage wajib diperiksa, memastikan tiada bom diletakkan di bawah kenderaan kami naiki.

Setiap saat, hati bertasbih, berdoa saya dan krew selamat dalam menjalankan tugasan kami.

Kini 4 kakitangan media, wartawan dan jurukamera TV3, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin serta 2 krew Astro Awani berhadapan saat getir dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kapal Turki 'Mavi Marmara' dinaiki krew Astro, wartawan, Ashwad Ismail, 25 dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip, 38 tahun, dilaporkan diserang tentera komando Israel. Nasib mereka belum diketahui setakat ini. Media melaporkan akibat serangan itu, 19 terkorban manakala 26 lagi cedera.

Jam 7 malam tadi, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia menghantar pesanan ringkas kepada saya. Menurutnya, jam 11 pagi esok, bakal berlangsung demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat membantah serangan terbabit.

Pada malamnya akan diadakan solat hajat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur  selepas solat Maghrib. Jika berkelapangan, sila hadirkan diri.

Apapun, bersama kita mendoakan keselamatan mereka.

Berikut pesanan rakan blogger, Azhar Abdullah kepada pembaca beragama Islam.

'Salam Mazidul...

Anda boleh kemuka kan dalam blog anda (ramai pembaca) dan melalui FB ini supaya semua umat Islam melalui solat fardhu berjemaah membaca Qunut Nazilah di rakaat akhir selepas ruku', sama seperti Qunut Subuh tetapi mendoakan keselamatan dan keamanan di perairan Gaza dan bumi nya.

Ini ialah apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Terima kasih'

Ahad, Mei 30, 2010

Streamyx, Please Don't Waste My Time

Saya menggunakan khidmat jalur lebar Celcom untuk 'mobility'. Maklumlah lokasi kerja saya tidak menentu. Kekadang di rumah, di utara, selatan, timur dan barat. Biarpun servis Celcom sebelum ini kurang memuaskan, pelbagai usaha dilakukan kakitangan syarikat terbabit bertujuan memastikan, I am always connected, so do million of their customers through out the nation.

Terima kasih.

Manakala sewaktu di rumah, saya melanggan servis Streamyx TM Net.

Rabu lalu, saya menerima panggilan daripada kakitangan syarikat terbabit. 

"Bil encik RM180," ujar kakitangan wanita menghubungi saya.

"Saya akan bayar esok, " balas saya.

Ya, bayaran telah dijelaskan, Khamis lalu, 27 Mei 2010, RM180.25.

Malangnya, sejak awal pagi Jumaat lalu, gangguan talian mula berlaku. Servis Streamyx tidak boleh digunakan, no connection. Namun saya pasti, perkhidmatan tidak diputuskan.

Bermula jam 11 pagi tadi, saya mula menghubungi '100', nombor keramat Streamyx, cuba menyelesaikan masalah timbul. Dalam tempoh 90 minit saya dan keluarga berhubung dengan 3 pegawai khidmat pelanggan Streamyx, 2 perempuan dan 1 lelaki. Mereka memberikan 'tutorial' jarak jauh, pelbagai arahan diterima dan dilaksanakan dalam tempoh purata 30 minit setiap satu panggilan.

Namun usaha terbabit ternyata gagal, panggilan pertama terputus di tengah jalan. Sebagai 'penyelesaian' terakhir, pegawai ketiga, mendakwa bernama 'Hanif' bertanya ...

"Bila encik ada di rumah?"

"Saya tak ada sepanjang weekdays, hanya Sabtu dan Ahad," balas saya.

"So, saya buat laporan dan akan hantar technician Sabtu atau Ahad"

"Hari ini (ahad)?," soal saya.

"Hari ini tak boleh, saya put up a report within 24 hours," katanya.

"Maksudnya, servis Streamyx tidak akan available dalam masa 7 hari, sampai Sabtu depan?," tanya saya.

"Encik jangan marah, saya tak kata begitu. Since encik tak ada di rumah dari Isnin sampai Jumaat, saya akan hantar technician Sabtu depan lah," katanya.

Talian kemudian 'terputus'. 

Entahlah, siapa marah, Hanif atau saya? Tetapi pastinya saya tidak meletakkan gagang telefon, kesimpulannya samada diputuskan atau kerana talian tetap Telekom tidak berkualiti.

Jika Streamyx mampu menghubungi saya, berhubung kes bil tertunggak, masakan panggilan di talian TETAP boleh terputus secara berulang sekaligus pelanggan dibiarkan tanpa dihubungi kembali?

Ya, saya boleh menelefon mereka sekali lagi. Jika sebelum ini saya bercakap dengan Limah, Bibah dan Hanif, kali ini mungkin Leha, Bedah atau Senah akan mengangkat panggilan dan sekaligus saya terpaksa menjelaskan semula perincian masalah dihadapi satu persatu dalam tempoh 30 minit lagi.

Streamyx, don't waste my time and money!

Sabtu, Mei 29, 2010

Nenek Berhentilah Melacur!

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan kes pelacur patah kaki dan tangan akibat terjun dari bumbung bangunan menempatkan pusat pelacuran di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Berita susulan, 6 pelacur berusia lingkungan 50 an turut diberkas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Tindakan pelacur terbabit terjun, tidak mengejutkan kerana dia berusaha memboloskan diri dari diberkas pihak berkuasa. Kaki dan tangannya patah juga tidak memeranjatkan. Itu lumrah, jika dia terselamat, pasti ramai berasa hairan.

50 tahun, masih melacur?

Saya pasti fakta itu perlukan olahan.

Pada usia 50 tahun lazimnya majoriti perempuan mempunyai cucu sekaligus layak digelar nenek atau 'grand mother'. Mustahil nenek masih menggiurkan dan kelihatan segar kecuali jika mereka menggunakan produk penegang kulit seperti botox. Namun mampukah produk terbabit menghilangkan kedutan di seluruh tubuh? Biarkan perempuan pengguna botox menjawab soalan itu.

Justeru, siapa pelanggan mereka? Berapakah bayaran dikenakan kepada setiap pelanggan? Masih bertenagakah mereka memuaskan nafsu lelaki? Kecuali jika pelanggan nenek terdiri daripada kalangan lelaki bergelar datuk.

Selalunya, 30 an dianggap usia 'expired' di kalangan pekerja seks. Inikan pula, 20 tahun lebih tua.

Sebilangan pembaca apabila mengolah kes pelacuran gemar melontarkan komen klise 'selagi ada permintaan, ada penawaran'. So, please don't repeat that statement here.

Soalan saya, apakah antara faktor pendorong nenek melacur?

Jumaat, Mei 28, 2010

Cuba Nasib ...

Jam 5 petang tadi, hujun turun lebat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Antara kawasan dilanda banjir kilat teruk, Pelangi Damansara.

Gambar dirakam penerbit 999, Shahnun Hanif, antara mangsa terperangkap sewaktu dalam perjalanan ke rumah saya.


Sebelum hujan reda, berikut visual dirakamkan.


Seperti biasa, sebilangan pengguna jalanraya tetap ingin mencuba mengharung air dianggarkan setinggi 4 kaki. 2 kereta tersekat dan terpaksa ditarik.


Pemandu kereta di bawah, cuba membuat pusingan-U, nasib tidak menyebelahinya, dia tersekat di pembahagi jalan.


Mujur pemandu kenderaan pacuan 4-roda ini menyedari kesilapannya lebih awal dan sempat berpatah balik.


Persoalannya, bagaimana kawasan dibangunkan secara teratur, Kota Damansara boleh dilanda banjir kilat?

Lelaki Tidak Curang

Lelaki kerap dituduh kurang setia, curang berbanding perempuan.

"Kau tengok Zul tu, girlfriends dia ada 3"

Sebenarnya, Zul hanya menggunakan hak dia untuk membuat pilihan terbaik. Jika hanya memiliki seorang teman wanita bagaimana mungkin Zul  berupaya memperbandingkan qualiti keperibadian perempuan itu?

Jika diperhatikan, sebilangan perempuan cuba tampil sempurna, bertujuan menarik perhatian teman lelaki terkini. Namun, andai dicungkil sejarah lampau hidup mereka, barangkali tidak ramai lelaki sudi mendampingi biar secantik mana pun perawakan ditonjolkan.

"Dia dahulu ramai boys, semua dah 'main' dia," komen individu mengenali perempuan itu.

Jadi, wajarkah dia dijadikan teman wanita diniat untuk dinobatkan sebagai isteri kepada lelaki?  Majoriti kaum Adam pasti mengatakan TIDAK.

Sebilangan perempuan pula dilihat anggun pada luarannya tetapi pada masa sama bersikap membosankan. Dia tidak bijak menceriakan suasana, tidak memilki 'sense of humour' dan menganggap proses menjalinkan perhubungan dengan teman lelakinya, aktiviti rutin.

Mahukah lelaki mengangkat mertabat perempuan sebegitu sebagai pasangan hidupnya? Pastinya mereka berkata tidak, jika mempunyai pilihan lain.

Berdasarkan hujah itu, tidakkah wajar lelaki mempunyai lebih daripada seorang teman wanita sebelum berkahwin? Sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan.

Perempuan juga memiliki hak sama namun majoriti gentar sekiranya mempunyai ramai pasangan, mereka kelak digelar 'mata keranjang'. Setia kepada seorang teman lelaki, itu dipraktikan majoriti. Malangnya, di penghujung perhubungan sebilangan tersungkur, baharu tersedar, pilihan dibuat tidak menepati citarasa namun sudah terlewat untuk mengubah keputusan. Tambahan pula apabila 'kelapa sudah ditebuk tupai', tupai berkaki dua, teman lelakinya itu.

Khamis, Mei 27, 2010

Kerja Kosong - Wartawan 999

Memang kerjaya wartawan 999 agak bahaya. Pelbagai cabaran didepani, banyak rintangan diharungi.

Namun itu antara warna-warni kehidupan wartawan membuat liputan jenayah. Apatah lagi status 999 kerap dikategorikan AC Nielsen, antara 'top 10', program mempunyai rating tertinggi di kalangan 700 program televisyen di seluruh Malaysia termasuk rancangan RTM1, RTM 2, NTV7, TV9 dan lain-lain.

Berikutan pengalaman diraih di 999 dan 360, wartawan Mohd Raziff Zulkafli dipindahkan untuk membantu penerbitan program 'Emergency' di TV9. Saya akur, Raziff banyak menyumbang selama ini memperkukuhkan program 999, bertahan di persada penyiaran negara lebih 9 tahun. Di kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Raziff.

Wartawan Shahrizam pula akan melanjutkan pengajiannya di peringkat Master di bawah Skim Pensyarah Muda UiTM ke Australia dalam tempoh sebulan dari sekarang. Beliau wartawan berdedikasi dan rajin selama bertugas bersama kumpulan saya.

Berikutan itu, saya mempelawa pembaca berkelayakan dalam bidang kewartawanan samada dari media cetak atau elektronik, jika berminat, sila hantarkan nama dan nombor telefon ke email mazidul@primeworks.com.my.

Antara syarat permohonan, memiliki ijazah, pengalaman dalam bidang kewartawanan jenayah, bijak berkomunikasi, mampu menghormati rakan sekumpulan dan berminat mencabar kebolehan diri ke peringkat maksimum dalam melaksanakan tugasan.

Saya akan menghubungi calon dengan kadar segera.

Rabu, Mei 26, 2010

Ita Jantan Bangga Dimain Bontot (AMARAN : Bacaan 18 Tahun Ke Atas)

Saya menerima emel dihantar pembaca blog ini, terima kasih. 

Saya pernah menulis berhubung kewujudan blog lelaki gay mendakwa bernama Ita sebelum ini, di sini sehingga memaksa dia mengkategorikan blognya 'private'.

Kini Ita muncul dengan blog terbaharu, hampir 300 followers, masih memaparkan gambar pegun, video dan komen, jelas menunjukkan dia amat berbangga dengan kegiatan seks songsang dipraktikkan bersama ramai lelaki tempatan, saya percaya majoriti berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Antara pasangannya, lelaki lengkap berseragam tentera dan tag nama. Sebelum ini sebilangan tentera Amerika Syarikat dilapor gay, kini di Malaysia. Pasti Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi bakal terperanjat jika dimaklumkan kes terbaharu berhubung kegiatan 'berkawat' anggota 'rimau' di bawah kepimpinan beliau.


Lebih memeranjatkan, pelbagai aksi lelaki pasangan Ita ketika melakukan seks sejantina dirakam dan dimuatkan di blognya dalam keadaan amat memalu dan menjijikkan, tidak pasti samada dengan 'consent' mereka atau sebaliknya.

Kepada pembaca berusia di bawah 18 tahun, JANGAN klik link  Ita Lembut Berahi.

Kita semua harus bersama mengingatkan Ita, usah terlalu riak mempromosikan kegiatan seks songsangnya, dipaparkan secara terbuka dan boleh dicapai sesiapa sahaja.

Ita, sudah sudah lah tiew nok!

Selasa, Mei 25, 2010

Saya Bukan Bung (Mokhtar)

"Ini kawasan Datuk Bung Mokhtar, Kinabatangan," ujar Ketua Polis Daerah, OCPD Lahat Datu sewaktu kami bersama menaiki kenderaan menuju ke Sandakan, Sabah.



Superintendan Shamsudin Mat Zain, OCPD Lahat Datu, berbaju biru.


Kami singgah minum di restoran, sempat menjamah pisang goreng dan minum Kopi Janda. Selepas minum petang dan bersembang lebih setengah jam, kami berempat beredar.

Beberapa pekerja kedai, majoriti gadis remaja belasan tahun mengekori kami dari belakang.


"Boleh ambil gambar?," tegur lelaki berbaju putih, memakai apron.

"Saya bukan Datuk Bung, Zizie pun tak ada," gurau saya.

 "Kami semua peminat encik Mazidul bah. Ini anak perempuan saya, 3 orang, ramai lagi ini mahu gambar sekali," pintanya. 

Saya ada peminat? Tidak pernah saya mendengar kenyataan itu sebelum ini.

"Bukan peminat saya, barangkali peminat 999," ujar saya.

Terfikir, itu saya, hanya wartawan, bukan artis mahupun ahli politik.

Bagaimana jika ahli parlimen Kinabatangan, Bung dan isteri, pelakon terkenal, Zizie datang melawat kawasan? Mesti diserbu lebih ramai 'peminat'.

Isnin, Mei 24, 2010

Cara Santai Pelik

Jam 4.46 petang semalam sewaktu mengelilingi pekan Lahat Datu, Sabah, gambar berikut saya rakamkan. 


"Nak bunuh diri ke?," soal rakan.

Semua di dalam kereta terdiam, tiada jawaban. Kereta diberhentikan di pinggir jalan, kami terus memerhati. Namun ibu dan bayinya kelihatan tenang tanpa sebarang pergerakan. Syukur.



Jika ingin bersantai sekalipun, carilah lokasi selamat.

Rumah Abad Ke-21?

Di Lahad Datu, Sabah saya terlihat ini ...


Berikut gambar saya rakamkan seterusnya.


Ya, anak kecil ini memberikan saya gaya istimewa.


... biarpun 'rumah' dihuninya tidak memiliki bilik tidur, ruang tamu, dapur, beranda dan tandas. Hanya ruang sekangkang kera di atas sampan kayu dikongsi bersama.


Termasuk mereka bertiga.


... juga gadis manis ini.


Wajarkah mereka tinggal di dalam keadaan begini di abad ke-21?


Komen?

Ahad, Mei 23, 2010

Kepala Panas


Sewaktu bersama menjalankan serbuan di Jalan Panji, Lahad Datu, Sabah malam pada jam 9 malam tadi, wanita Filipina berusia lingkungan 50 an ini menjerit tidak keruan.

"I only bought a bottle of mineral water because I am going to church tomorrow morning! Please let me go! Let me go!," katanya cemas.

Setelah dijelaskan, pihak polis hanya ingin memberkas ibu ayam, 25 tahun tinggal di rumah kedai, dipercayai memperdagangkan 4 gadis senegaranya berusia di antara 18 dan 19 tahun, dia kemudian bertenang.

"I like your hair, same color as mine," ujarnya dalam loghat Tagalog.

Cuma dia tidak mengetahui betapa panasnya kepala saya memakai rambut palsu terbabit lebih 2 jam.

Syukur, semua tugasan dirancang berjalan lancar dan dari 21 Mei hingga hari ini, kami berjaya menyelamatkan 12 mangsa perdagangan manusia, 8 daripada mereka telah dihantar ke Kota Kinabalu petang semalam.

Sabtu, Mei 22, 2010

"Dara Berharga RM1,000" - Mangsa, 14 Tahun

Jam 1.30 tengahari semalam saya, penerbit 999, Shahun Hanif dan jurukamera menuju ke Telupid, 2 jam perjalanan menaiki kereta dari Sandakan, Sabah.

Kami dimaklumkan berhubung 8 mangsa pemerdagangan manusia warga Filipina berusia di antara 14 dan 27 termasuk 2 lelaki ditempatkan di Telupid, 2 jam menaiki kenderaan dari Sandakan.  

Setibanya di hotel murah di Telupid, kami dipertemukan dengan kesemua mangsa, tinggal di bilik sempit dan sesak bak sadin.


Dibantu 5 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM, kami 'melarikan' mereka menggunakan 3 kenderaan ke Sandakan dan tiba di hotel pada jam 5.30 petang.

Berikut antara terjemahan perbualan di antara krew 999 dan mangsa.

"Saya masih dara sewaktu dibawa dari kampung di Butuan, Filipina. Kami kemudian seludup ejen ke Zamboanga City dan ke Taganak sebelum dibawa masuk kononnya untuk bekerja di restoran dengan gaji RM2,500 sebulan di Sandakan. Malangnya, kami berenam dilacurkan ibu ayam sehari setelah kami tiba," ujar 'Cyantia', mangsa berusia 14 tahun.

Pelanggan pertamanya didakwa berbangsa Melayu dari Kuala Lumpur.

"Saya hilang dara dengan harga RM1,000," tambah anak kecil itu dengan nada sedih.


Manakala menurut mangsa 'Lyn', 23 tahun, 2 rakan lelakinya dipaksa ibu ayam dan teman lelakinya membersihkan rumah, lokasi mereka tinggal tanpa gaji selama lebih sebulan.

"Kalau gadis dilacurkan diberi tips dek pelanggan, wang itu akan kami digunakan untuk membeli makanan, jika tiada mereka terpaksa berlapar," ujar Lyn.

Krew 999 tidak berpeluang makan dari awal pagi, menjamah nasi bungkus bersama mereka di bilik hotel.


Sebelum saya menjelaskan situasi sebenar, majoriti mereka menangis teresak-esak, bimbang akan dipenjara pihak berkuasa di Malaysia. Namun, sebaik keadaan tenang, saya terangkan kepada mereka, 999 telah menemubual Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Rabu lalu bagi menjelaskan takrifan pemerdagangan orang. Dalam kes ini, mereka bukan suspek tetapi mangsa.

Jam 8 malam, saya menghubungi pegawai polis cawangan jenayah di Balai Polis  Sandakan dengan dikoordinasikan APMM Putrajaya bersama polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.


Melalui maklumat, gambar dan butiran diri dibekalkan mangsa, ibu ayam, 25 tahun dan teman lelakinya berjaya diberkas jam 9.30 malam dalam serbuan dilakukan polis di Taman Mawar.


Saya yakin kedua suspek akan didakwa mengikut Akta Pemerdagangan Orang 2007, jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara 15 tahun dan didenda. 999 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak membantu membebaskan mangsa.

Banyak lagi perincian bakal kami paparkan dalam siaran 999 Khamis minggu hadapan, InsyaAllah andai kami selamat melangsaikan tugasa getir ke dua hari ini.
 

Khamis, Mei 20, 2010

PYNBARK (Penegang Payu Dara Dan Pinggul)

Produk disahkan halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pynbark 5 in 1 mengandungi pinebark (ekstrak kulit pokok pine), kolagen, Mirifica (herba mengandungi hormon tumbuhan tertinggi), vitamin C dan soy protein.

Banyak pengguna wanita dilaporkan 'repeat order'.

Mengapa?

"Wajah saya nampak semakin berseri, payu dara dan pinggul menganjal dan menegang," antara komen mereka.

Produk ini berharga RM29.90 sahaja.

Di dalam kotak terdapat 8 sachet, berbentuk serbuk berperasa vanila dan cokelat. Produk harus diminum di antara 1 dan 2 kali sehari, dibancuh dengan air suam.

Untuk mengetahui kebaikan produk ini, sila layari http://www.pynbarkcollagen.com/.

Jika berminat, sila hubungi Lyn di talian 012 6277 300

3 Lelaki Bogel

"Semasa serbuan, saya dapat rakamkan visual 3 lelaki bogel dalam bilik urut," ujar jurukamera 999.

"Tiga sekali?," soal saya.

"Sandwich rasanya," ujar jurukamera sama sambil diiringi ketawa kecil sewaktu menghubungi saya awal malam tadi.

Hari ini akhbar memaparkan kes polis menyerbu 2 premis urut dipercayai menawarkan khidmat seks songsang lelaki gay di Taman Miharja, Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, krew 999 melakukan intipan lebih seminggu di premis beroperasi tanpa lesen terbabit sebelum menyalurkan maklumat kepada polis Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Dalam Ops Noda bermula jam 9.30 malam tadi, 21 tukang urut pelbagai kewarganegaraan, 28 pelanggan dan 2 penjaga, seorang daripada mereka pondan ditahan polis, penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semua hasil intipan dan tindakan pihak berkuasa itu akan dipaparkan dalam 999, jam 9, malam ini.

Rabu, Mei 19, 2010

Dia Sukar Bernafas

"Dia kesejukan dan susah bernafas," ujar doktor di luar bilik bersalin.

Beberapa jururawat bergegas membawanya ke bilik lain di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, lalu 'menjemur' bayi itu di bawah pancaran lampu ultra ungu. Saya lihat tubuh kecil itu dengan penuh debaran.

"Ya Allah, selamatkan dia"

Itu doa berulang kali saya panjatkan sewaktu hati sebak merenung dia terbaring dengan mata belumpun mampu dibuka untuk melihat dunia.

Ketika itu hati bertasbih, ingin melihat dia hidup sempurna seperti anak lain di dunia ini, dibesarkan dengan kasih sayang dan diberikan pendidikan sempurna.

Hari ini Muhammad Afif Faiq, anak sulung saya genap berusia 12 tahun, dia sihat. Allah memperkenankan doa saya, insan ciptaanNya, memanjangkan umur anak kecil dianugerahkan kepada saya itu.

Dia banyak menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usianya biarpun masih mentah hanya kerana mempunyai ayah bernama Mazidul Akmal Sidik. Namun, tiada rungutan diluahkan sepanjang kami hidup bersama, barangkali dia faham di antara kerjaya saya dan kehidupan berkeluarga, ada impak positif dan negatifnya.

Cuma dia pernah  komplen, kata AFIF namanya jika diterbalikkan menjadi FIFA. Ya, memang benar kerana sewaktu dia dilahirkan pada 19 Mei 1998, kejohanan piala dunia sedang berlangsung.

Apapun, happy birthday Afif!

Ayah berharap Afif akan membesar dengan sempurna, menjadi insan berilmu dan sentiasa menghormati orang lebih tua.

Baca blog Afif di sini.

Selasa, Mei 18, 2010

Kes Main Bontot

Orang melarang, jangan main bontot, perbuatan itu hubungan seks di luar tabi'i, dia 'balun'  juga. Orang cakap kotor, dia cakap sedap.

Maka berceramahlah Pak Haji, lelaki gay terjebak melakukan hubungan songsang tidak diterima nabi sebagai umatnya, peduli mereka tidak. Lagipun bukan semua lelaki gay beragama Islam.

Beberapa premis bertopengkan spa dan pusat urut di Kuala Lumpur dikesan menjalankan operasi serampang 2 mata, pekerja mengurut, pada masa sama menawarkan khidmat seks sesama lelaki. 999 berjaya merakamkan kenyataan beberapa responden dan membongkar kegiatan mereka terbabit.

Melalui rakaman visual saya saksikan, dinding premis dipenuhi gambar pegun berwarna lelaki kacak, warga tempatan dan asing. Majoriti mereka dirakamkan  tanpa baju, menampilkan abdomen 'six pack' dan hanya memakai seluar dalam jarang, seksi, 'see through', bangga menayangkan 'senjata' mereka kepada pelanggan bernafsu.

"Dia macam ni bang, pelanggan datang, tengok gambar. Lepas tu pilih mana perkenan, pekerja tempat tu akan call lelaki gay ni, dia orang tinggal di apartment area sama," lapor wartawan 999.

Saya dimaklumkan sebilangan warga asing terbabit, pelajar kolej swasta antara mereka dari Iran, Thailand dan Korea, mencari 'extra income' sambil memuaskan nafsu songsang.

"Oral seks, RM50, 'body to body' massage, RM150. Kalau nak bawa dia orang balik ke rumah and have your own sweet time, RM280 per hour, pakej massage dan seks sekali," tambah wartawan sama.

"Masa dia massage awak, apa jadi?," soal saya.

"Pertama kali saya buat rakaman guna spy camera, saya kena massage berseluar dalam, meniarap. Dia pakai seluar dalam juga, duduk atas saya sambil mengeselkan 'anu' dia. Meremang bulu roma, berpeluh tetapi saya tahan saja. Masa tu saya tanya semua fasal pakej ditawarkan tempat tu. Budak kerja kat kaunter, pondan, dia bagi tahu saya rate massage. Servis 'lain' boleh bincang dengan lelaki mengurut tu, katanya"

"Takut?," tanya saya lagi.

"Mahunya tidak, takut bang! Tetapi dah kerja jadi wartawan, buat sajalah. Kali kedua dia suruh saya bogel, saya cakap urut tempat lain. Dia cuba londehkan underwear saya, saya tak bagi," katanya kelihatan tenang.

"Body to body massage tu apa?"

"Masa dia massage pakai lotion, pelanggan boleh kiss bibir dia, peluk, belai dan sentuh dia," jawab wartawan berusia 28 tahun itu.

Saya menjangka, selepas paparan ini ditayangkan 999, pada hari Khamis, 20 Mei, jam 9 malam, pasti pihak pengurusan premis terbabit akan 'tersedak' buat seketika. Itu pun barangkali hanya buat sementara waktu, selepas itu mereka akan menjalankan operasi semula seperti biasa.

Ramai mengajukan soalan, siapa memberikan maklumat berhubung kes seperti itu? Jawabannya orang ramai, penonton setia 999, kelompok sakit mata melihat kegiatan tidak bermoral dijalankan pihak mengkesampingkan nilai masyarakat timur. Melalui pengamatan saya, biarpun 999 mula bersiaran sejak 9 tahun lalu, penonton tidak jemu menghantar ribuan pesanan ringkas ke hotline 019 6330 360, menyalurkan pelbagai maklumat sekaligus memberikan peluang kepada kami terus bersiaran.

Terima kasih kepada mereka semua.

Isnin, Mei 17, 2010

Berita Serba Tidak Kena

Gadis penjual telefon berusia 20 tahun dicekup Jabatan Agama Islam Melaka, JAIM berkhalwat dengan kekasihnya di Bukit China, Melaka, Khamis lalu.

Jam 5.30 pagi sehari kemudian dia dilapor melarikan diri melalui siling tingkat satu bangunan, tempat dia ditahan.

Menariknya, dia melarikan diri menggunakan kenderaan Toyota Avanza milik pegawai JAIM bertugas malam itu ketika dia keluar minum.

Bagaimanapun, gadis terbabit dicekup semula pada jam 9 pagi Sabtu lalu ketika mencuci Toyota Avanza dilarikan di rumahnya di Kampung Gadek, Alor Gajah.

Sekali lalu membaca laporan terbabit, banyak benar perkara terasa bagai tidak kena.

Ahad, Mei 16, 2010

Lawan Taukeh?

"Nak buat blog," katanya pada jam 8 malam semalam.

Saya tersenyum namun wajahnya kelihatan serius.

"Cerita apa?," soal saya.

"Resepi," balasnya.

"Cubalah, " ujar saya.

Ketika pulang ke rumah pada jam 4 pagi tadi, saya terperanjat. Memang benar, dia telah membuka blognya sendiri. Lengkap dengan 3 resepi, mengikut cara dan olahan tersendiri. 

Saya yakin dia 'copy paste' resepi 'Asam pedas ikan pari' dari sumber hasil layaran di internet, lihat bahasa digunakan.

Namun resepi 'Beef and soy source' dan 'Oyster egg'? Pasti hasil ide dan penulisannya sendiri. Jika tidak masakan wujud perkataan dan penggunaan bahasa seperti 'Aginomoto', 'Soy source 'aka' kicap' dan 'put a teaspoon'.

Apapun, dia bukan Chef Wan, bukan juga Chef Ismail, dia Muhamad Afif Faiq, anak sulung saya, berusia kurang 12 tahun. Blog terbabit dihasilkan sendiri tanpa merujuk dan bertanya 1 soalan pun kepada saya. Saya percaya dia bukan cuba melawan taukeh, mungkin ingin berusaha sendiri dan membuktikan kebolehan dimiliki selain keupayaan 'melayan' Facebook sebelum tidur setiap malam.

Afif tidak berhasrat mengikut jejak langkah saya menjadi wartawan. Mungkin kerana dia melihat kerjaya terbabit menyebabkan dirinya sering ditinggalkan ayah, saya. Kecenderungan minatnya lebih ke arah bidang masakan kerana  dia ingin menjadi chef.

Kepada semua pembaca, jenguklah blog 'chef' itu. Tegur cara penulisan dan bahasanya jika salah, kongsikan resepi istimewa anda bersamanya jika sudi.

Baca blog 'Chef' Afif, di sini.  

Kepada Afif, pastikan segelas Nescafe 'O' Ais tersedia di atas meja laptop ayah setiap hari, itu sudah lebih daripada mencukupi.
 
I love you 'chef'!

Sabtu, Mei 15, 2010

Seks Dalam Lori (Updated)

Hari ini akhbar mendedahkan kisah pemandu lori melanggan pelacur, janda dan isteri orang dengan harga di antara RM30 dan RM100 di Alor Setar, Kedah. Pelacur terbabit, antaranya menawarkan seks oral di dalam lori kononnya untuk mengelakkan pemandu tertidur sewaktu bertugas.

Jika dakwaan itu benar, semua pengguna jalan raya harus lebih berhati-hati ketika memandu berhampiran atau berselisih dengan lori. Bimbang, andai pelacur tersilap menyentuh 'gear', pemandu terganggu tumpuannya dan mungkin terbabas.

Terbaharu, saya menerima aduan kes pemandu lori melanggan pelacur Indonesia berusia lingkungan 30 an di Selangor. Pasangan dikata melakukan hubungan seks di dalam lori kontena berhenti.

"Atas lori lebih selamat, bila dah tarik langsir, tak ada sesiapa ganggu sebab orang kata pemandu sedang tidur," ujar pengadu kepada saya.

Apabila wujud 'ruang' statik atau bergerak beserta peluang, macam-macam boleh jadi. Mujur tidak ramai atau mungkin tiada suami pembaca blog ini bekerja sebagai pemandu lori kontena, jika tidak pasti hari ini ramai suami terbabit akan disoal siasat dek isteri.

Itu kisah di Kedah dan Selangor, berita paparan akhbar ini mungkin menarik perhatian ramai ...


Bukankah Thailand begitu hampir dengan Kelantan, jika ingin melakukan maksiat? Bersempadan. Ya lah, lumrah manusia mungkin, dekat hendak lebih dekat lagi.

Sudikah Menonton Sekiranya ...


Barangkali ramai maklum 2 wanita Indonesia diperdagangkan berjaya diselamatkan kakitangan Konsul Indonesia di Tawau, Sabah dengan bantuan krew 999 pada 4 Mei lalu. Kisah mereka boleh dibaca di sini. Mereka dan anak kecil berusia 3 tahun, kini berada di Kota Kinabalu dan diberitakan bakal ke Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke Surabaya, Indonesia.

Dilaporkan sebelum ini, dari Surabaya keduanya diterbangkan sindiket ke Makassar, Sulawesi Selatan dan mereka terpaksa menaiki kapal laut selama 3 hari 2 malam sebelum diseludup masuk ke Tawau kononnya untuk bekerja di restoran.

Adakah anda sudi menonton laporan khas, jika saya dan krew 999 merakamkan perjalanan mereka pulang ke kampung halaman, merekod antara faktor mendorong mereka bersetuju berhijrah ke negara kita sekaligus melakukan 'back tracking', menyingkap dan menyusuri kisah pedih jerih perjalanan mereka dari Surabaya ke Tawau sewaktu diperdaya sindiket, ibu dan bapa ayam sekampung dengan mereka berdua?

Jumaat, Mei 14, 2010

Menceroboh Atau Negeri Diceroboh Penyeludup?

Ramai orang melanggar peraturan dan undang-undang samada remaja, dewasa ataupun tua.

Di tandas sekolah sebilangan remaja menghisap rokok, di jalan raya, pemandu dewasa melanggar lampu isyarat merah, di premis menawarkan perjudian internet online, golongan tua mempertaruhkan wang pencen mereka.

Hakikatnya, selagi tidak diberkas pihak berkuasa dan disabitkan kesalahan, mereka tidak bersalah. Perokok remaja tidak dirotan di khalayak, pemandu tidak perlu membayar saman polis trafik dan pemain judi tua tidak diheret ke balai polis untuk dirakam kenyataan.

Bezanya, sebilangan melakukan kesalahan secara tertutup, sebahagian lagi gah melakukannya secara terbuka dan jelas disaksikan setiap mereka bermata termasuk penguatkuasa undang-undang. Sikap dianggap kurang ajar, memandang remah penguatkuasa sekaligus menghina perundangan negara.

Malam tadi 999 menyiarkan paparan berhubung penjualan rokok tanpa dibayar cukai dan tiruan di Kota Kinabalu dan Tawau, Sabah secara berleluasa dan terbuka. Rokok diseludup dari Indonesia dan Filipina. Awal tengahari tadi saya difahamkan kenalan di Kota Kinabalu, semua penjual rokok berketurunan FIlipina terbabit tidak lagi kelihatan mundar-mandir di lokasi sebelumnya. Manakala kenderaan penguatkuasa Majlis Bandaraya Kota Kinabalu dilaporkan mengawasi 'kawasan panas' penjualan rokok hari ini.

Namun sumber di Tawau mengatakan, kegiatan menjual rokok seludup dan tiruan masih berterusan.

Sebagai pengamal media, kami telah menjalankan tanggungjawab dipikul biarpun kekadang mampu mengancam keselamatan diri. Kepada masyarakat khususnya di Kota Kinabalu dan Tawau masih tidak berpuas hati dengan kehadiran penjual rokok terbabit tanpa status kewarganegaraan jelas, bersama kita lihat tindakan pihak Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah sama.

Berita terbaharu saya terima, ada pihak berkuasa dikatakan membuat laporan polis kononnya krew 999 menceroboh pejabat mereka di Kota Kinabalu. Walhal semasa berkunjung ke pejabat terbabit, saya sendiri ke kaunter dan disambut mesra kakitangan pejabat. Setelah menyatakan hasrat kunjungan kami, wartawan dan jurukamera bertugas dibawa menemui antara 'bos' mereka. Saya menunggu di luar sebelum dimaklumkan 'bos nombor satu', tiada di pejabat.

Adakah hanya kerana krew saya membawa kamera ke bilik 'bos' terbabit dan cuba mendapatkan penjelasan, mereka didakwa menceroboh?

Jika laporan polis benar dibuat, adakah perlu kami berkecil hati?

Tidak sama sekali. Kami tetap mengamalkan sikap berani kerana benar, InsyaAllah dan terus melaksanakan tugasan secara telus. Cuma kekadang dalam membuat liputan, cubit paha kiri, paha kanan pula terasa sakitnya?

Kereta Wartawan 999 Hilang Ditemui

Berita baik.

Kereta wartawan saya, Shah, Toyota Corolla LE, ABG 5050 telah ditemui semula di hentian sebelah Rawang menuju ke utara pada jam 12.10 malam tadi.

"Cuma 4 tayar dengan sport rim 2-piece hilang. Barang lain semua ok," lapor Shah ketika menghubungi saya.

Kereta berusia 24 tahun itu disedari hilang pada jam 4 pagi kelmarin sewaktu diparkir berhampiran TV3 di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Menurut Shah, rakannya, juga pemilik kereta jenis sama berkebetulan terlihat kereta terbabit tersadai tanpa tayar di tepi lebuh raya ketika melintasi kawasan itu lalu menghubungi adiknya.

Sebagai tindakan susulan, kami akan cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari PLUS.

Difahamkan, tiada sebarang nota berbunyi 'Maaf tesilap sapu' ditinggalkan di dash board kereta kesayangan wartawan 999 itu.

Khamis, Mei 13, 2010

Bukan Tertuduh di Mahkamah

Jam 10 pagi tadi saya menjawab panggilan telefon.

'M', Mazidul.

M: “Hello”

“”Encik ***** ada?”

M: “Salah extension ni”

“Apa extension dia?”

M: “Saya tak tahu”

“Tak kan awak tak tahu? Awak ni siapa?”

M: “Saya bukan operator. Awak call saya, please introduce yourself lah”

“Ai! Nak tanya pun tak boleh?”

M: “Awak belajar dulu tentang phone ethics, kalau call orang, perkenalkan diri, bukan tanya saya siapa”

“Nama saya Damia dari pejabat lawyer”

M: “Nama saya Mazidul, awak ada masalah ke?”

“Ok! Ok! Terima kasih”

Saya yakin Damia bukan peguam. Peguam, golongan profesional, pastinya mampu berkomunikasi secara lebih beradap. Barangkali Damia kakitangan bertugas di pejabat guaman. Namun lagaknya bak peguam mengajukan soalan kepada tertuduh di mahkamah.

Rakan duduk di sebelah saya juga pernah menerima panggilan daripada individu sama.

“Dia tak ada (merujuk kepada individu dicari), can I pass a message to him?,” tanya rakan.

“Awak tak faham, saya hendak bercakap dengan dia,” kata wanita sama.

Perlukan saya menyamar majestrit atau hakim apabila berhubung dengan manusia seperti Damia?

2 Tahun Hitam Putih Kehidupan

Tampalan pertama di blog ini saya catatkan pada 13 Mei 2008. Maksudnya, hari ini genap 2 tahun saya menjadi blogger.

Sepanjang tempoh itu, ramai bloggers saya kenali samada di alam nyata atau maya. Di kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada semua pelayar setia blog ini samada mereka aktif melontarkan komen atau 'silent readers' dari dalam dan luar negara.

Dalam tempoh sama, setiap tampalan mendapat respon berbeza pembaca. Sebilangan membuatkan pembaca tersenyum, sebilangan lagi mencetuskan kemarahan dan menjadi isu kontroversi.

Saya masih ingat ada tampalan dianggap terlalu 'tajam' sehingga mendorong kumpulan tertentu mendakwa membuat 6 laporan polis berhubung tajuk diolah. Namun, jika olahan berbentuk fakta, saya yakin tindakan mereka memakan diri sendiri.

Pada masa sama, segelintir pembaca melontarkan komen berbentuk serangan peribadi melulu, tidak membina dan profesional, terpaksa saya abaikan.

Namun, harapan saya, apapun reaksi pembaca, timbalah ilmu terkandung di dalam setiap tampalan sekiranya berguna. Jika tidak, ketepikan.

Hakikatnya, bukan mudah menulis setiap hari kerana ide tidak boleh dibeli menggunakan wang ringgit dan jatuh dari langit. Ide hadir melalui kreativiti tanpa mengkesampingkan fakta.
 

Rabu, Mei 12, 2010

Kereta Wartawan 999 Dicuri


Awal pagi tadi kereta milik wartawan 999 dilaporkan hilang ketika diparkir di luar Sri Pentas.

“Saya pergi assignment di Cheras jam 9 malam, balik pukul 4 pagi baharu sedar kereta Toyota Corolla LE saya hilang. Laporan saya buat setengah jam kemudian di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya,” ujar Shah.

Kereta terbabit berwarna biru tua, tahun 1986.

Ya, kereta berusia 24 tahun, bukan 2 bulan.

“Saya dah ‘buat’ body kereta tu cantik, parts banyak dari Jepun,” tambahnya.

Kereta rasmi Ketua Polis Selangor dan Timbalan Menteri dilaporkan hilang sebelum ini ditemui semula.

Shah, bersama kita tunggu, apakah antara usaha pihak berkuasa mengesan semula kereta awak. Jika tidak ditemui semula segeralah berurusan dengan pihak insuran untuk mendapatkan ganti rugi.

Gambar Shah (2 dari kiri)

Halalkan Kegiatan Haram?

Selain daripada laporan berhubung kebanjiran pendatang asing, saya kerap menerima pelbagai aduan berhubung kegiatan perjudian online menggunakan komputer diubahsuai. Pandangan peribadi saya, setakat ini kedua masalah terbabit belum berjaya diatasi pihak berkuasa biarpun ribuan operasi dijalankan selama ini.

Berhubung perjudian, terbaharu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, menyatakan kerajaan sedang menimbang kemungkinan mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan dilakukan semasa Piala Dunia bermula 11 Jun 2010 sebagai langkah mengurangkan aktiviti pertaruhan haram di negara ini.

'Langkah mengurangkan aktiviti perjudian pertaruhan haram di negara ini'?

Persoalan saya, adakah menghalalkan kegiatan haram, satu-satunya kaedah mengatasi masalah atau sekadar cuba menambah kutipan cukai judi kerajaan?  Serampang 2 mata.

Terfikir, ramai orang Islam gila meneguk arak di kawasan tertutup. Justeru, halalkan sahaja arak, maka meminumnya tidak menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang Syariah. Kutipan cukai arak juga akan bertambah.

Lebih kurang sama sahaja, kan?

Benarlah kenyataan seorang daripada ulama terkemuka dunia, Malaysia bukan negara Islam tetapi negara dihuni majoriti orang Islam.

Saya percaya ide dicetuskan Timbalan Menteri terbabit akan mendapat tentangan pelbagai pihak.

Selasa, Mei 11, 2010

Peluru Tidak Bermata Dan Tidak Mengenali Pak Sibuk

Perhatikan, sudah menjadi kelaziman, jika berlaku kemalangan di jalan raya, selain daripada mangsa, polis trafik dan kumpulan penarik kereta, pasti ramai lagi orang awam memberhentikan kenderaan di lokasi berhampiran untuk meninjau kejadian.

Namun, hairannya, jika kemalangan berlaku di hadapan mata, jarang pula mereka sanggup berhenti untuk membawa mangsa masih hidup ke hospital. Mungkin bimbang, tempat duduk kereta dikotori darah.

Maksud saya, sebilangan anggota masyarakat kita memang gemar menjadi ‘Pak Sibuk’.

Jika berlaku kes bunuh dan mayat masih berada di lokasi kejadian terbuka, berduyun-duyun Pak Sibuk menghampiri sambil memanjangkan leher mereka untuk melihat mayat terkujur kaku.

“Apa jadi?”, “Siapa mati?” dan “Bila berlaku?, antara soalan kerap diajukan sesama mereka. Malah kekadang kehadiran Pak Sibuk menyukarkan kerja pihak berkuasa dan pengamal media. Diarah dengan baik, disergah dan dihalau, belum tentu Pak Sibuk akan beredar. Jika boleh mereka ingin mengambil alih tugas Pegawai Penyiasat kes.

Lebih menarik, kekadang sebilangan Pak Sibuk sanggup menggadai nyawa mereka, merelakan diri berada di lokasi kejadian jenayah. Maksud saya, ketika perlakuan jenayah sedang berlaku, ‘on going’. Tidak berganjak barang seinci sekalipun, terus berdiri, memerhati dan mengamalkan sikap ‘tunggu dan lihat’. Pak Sibuk barangkali terlupa, kejadian terbabit bukan paparan di panggung wayang, it’s real. Senjata digunakan penjenayah dan polis bukan dibeli di pasar malam. Tambahan pula, kita semua tahu peluru tidak bermata.

Mari kita teliti kes terbaharu berlaku di Kuala Selangor, Selangor.

Dilaporkan, petang semalam, lelaki tidak siuman, Abu Zahid Abdul Hamid, 48 tahun, dikatakan bekas komanda, mengamuk menggunakan pisau Rambo di Kampung Kuantan. Dia mengacukan pisau terbabit kepada penduduk kampung. Polis berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan amaran ke udara namun Abu Zahid menerkam anggota polis terbabit, menikam betis kiri penduduk kampung, Mohd Khairi, sebelum melarikan diri.

Seperti biasa, dilaporkan kejadian ‘live’ itu disaksikan ramai penduduk kampung.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, polis cuba menyelamatkan mangsa kemudian diserang Abu Zahid lalu terpaksa melepaskan tembakan mengena jari kaki dan kepada lutut suspek. Tindakan Abu Zahid seterusnya, menerkam polis mengakibatkan dia ditembak dirusuk dan berjaya diberkas pada jam 7.30 malam.

S. Surentiran, 22 tahun kemudian dilaporkan cedera di dada kanan. Peluru berjaya dikeluarkan dan kini dia dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Ops! Siapa pula Surentiran?

Dia orang awam berada di lokasi kejadian dan terkena tembakan peluru sesat dilepaskan polis sewaktu adengan ‘live’ berlaku. Laporan berhubung kejadian itu dibuat abang mangsa di Balai Polis Kota Damansara dan memohon kes disiasat secara telus.

Timbul beberapa soalan.

Jika dia secara berkebetulan berada di lokasi kejadian, mengapa tidak beredar secepat mungkin dari ‘crime scene’ bagi mengelakkan kejadian tidak diingini menimpa diri? Mungkin tidak sempat, barangkali? Mungkin leka melihat adengan di antara penjenayah dan polis?

Setakat ini kita semua tiada maklumat lengkap untuk menjawab. Saya cuma berharap dia bukan seorang daripada Pak Sibuk.

Nota Berikut petikan akbar Sinar ... 55 Pati, 4 GRO ditahan


KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Penguatkuasa Kelantan menahan 55 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk empat pegawai perhubungan pelanggan (GR0) dalam sembilan serbuan di sekitar Kota Bharu, pagi semalam.

GRO di Kota Bharu, di mana?

Isnin, Mei 10, 2010

Polis Tembak Amirulrashyid Dituduh Di Mahkamah

Penantian masyarakat berhubung perkembangan kes kematian remaja, Amirulrasyid Amzah, 15 tahun, di Shah Alam pada 26 April lalu terjawab.

Anggota polis berpangkat koperal, Jenain Subi, 48 tahun (berbaju kuning), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian dengan niat hendak menyebabkan kematian dan melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.

Kes tertuduh mengaku tidak bersalah akan disebut semula pada 10 Jun akan datang, dia dibenarkan diikat jamin RM10,000.

Jika sabit kesalahan, Jenain boleh dipenjara 30 tahun dan didenda.

Gambar Utusan Malaysia

Langgar Undang-Undang Dengan Harga 50 Sen?

Dilaporkan sebilangan warga Thailand tidak berpuas hati berikutan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan, menahan dan mengenakan tindakan ke atas kenderaan negara mereka mengangkut pelancong masuk ke Malaysia.

Isu ini timbul berikutan rintihan pemandu teksi dan kereta sewa di Kelantan mendakwa pendapatan mereka terjejas berikutan kemasukan kenderaan Thailand ke Malaysia. Sepatutnya pelancong negara jiran masuk ke Malaysia dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan tempatan.

Namun saya percaya, masalah terbabit mampu diselesaikan dengan kaedah perbincangan wakil kedua negara. Jika mereka terbabit dalam khidmat pengangkutan di kedua negara berpuashati, pasti tidak timbul masalah. Pelancong sekadar memilih perkhidmatan murah dan lebih selesa.

Itu kisah di pintu masuk Malaysia-Thailand.

Bagaimana pula isu rakyat kedua negara berulang-alik, keluar masuk menggunakan bot berenjin galah di Sungai Golok?

Sehingga kini banyak pihak dilihat sekadar memejamkan mata. Saya pernah membangkitkan hal sama di tampalan terdahulu. Alasan dilontarkan, majoriti pengguna jalan air terbabit bersaudara. Jadi melintasi Sungai Golok tanpa menggunakan dokumen, seolah-olah dibenarkan walhal hakikatnya menyalahi perundangan Imigresen kedua negara.

"Tambang murah, 50 sen sehala," kata pemilik bot.

Maksudnya, sesiapa sahaja mampu menyeberang, sekaligus keluar masuk secara tidak sah melalui sempadan negara dengan kos 50 sen.

Sejak bila undang-undang memperuntukkan keistimewaan kepada mereka hanya kerana alasan persaudaraan?

Ahad, Mei 09, 2010

Sup Bayi

Under Fire Bang! Bang!

Belumpun selesai siasatan kes Amirulrasyid Amzah, 15 tahun, mati ditembak polis peronda di Shah Alam, Selangor pada 26 April lalu, Mohd Azizi Aziz, 17 tahun pula ditembak anggota pasukan sama di Tampin, Negeri Sembilan kerana didakwa enggan memberhentikan motosikal ditunggangnya setelah diarahkan peronda polis.

Tidak disangkal, kejadian terbabit akan menjadi 'case of interest', kes menarik perhatian segenap lapisan rakyat negara ini sekaligus meletakkan Pasukan Polis Diraja Malaysia, 'under fire'.

Harapan saya, usah kerana 'nyamuk' seekor, kelambu dibakar. Bimbang tanpa kelambu, spesis nyamuk lebih berbisa bakal menggigit dan mengorbankan nyawa kita semua.
 

Jumaat, Mei 07, 2010

Eksklusif! Bukan Untuk Bacaan Mereka Berusia Kurang 18 Tahun

Rakaman perbualan saya dan pelacur di Tawau, Sabah, 'Tina', 20 tahun sebelum dia dan rakannya, 'Tika', 24 tahun meminta diselamatkan pada 4 Mei lalu ini tidak akan disiarkan di televisyen. Namun saya kongsikan secara eksklusif bersama pembaca blog ini.

'M', saya dan 'T', Tina.

M: Apa antara peristiwa paling menakutkan sepanjang kamu bekerja (sebagai pelacur)?

T: Customer ‘paranoid’ punya gangguan jiwa, orang Cina. Dia habis main, dia masukin air mani dia tu ke dalam gelas. Dia paksa aku minum. Selalunya kalau ada masalah kita telefon sama boy (penghantar pelacur) tetapi handphone aku dia simpan. Dia paksa aku minum air mani tu, lumayan (banyak), aku nangis. P*k* ku dimasukin jari, dia mahu tahu berapa dalam, itu hari ke tiga aku keluar, aku menjadi trauma.

M: Kalau satu bulan berapa ramai customers?

T: Kalau ramai, satu malam kita bisa 3 kali booking. Kita harus pandai lompat. Gaya ginikan, customers kita bagi (seks) 2 kali. Kita harus bagi tahu sama customer, aku harus balik. Tetapi itu setelah boy bagi tahu, dik kamu ada customer lain.

M: Antara customer Cina, India dan Melayu, siapa kamu akan pilih?

T: Cina, tua dan banyak wang. Kalau tua dia tidak begitu kuat main, tua dia cepat keluar dan cepat tidur, dia pasti selalu bagi wang sama aku. Pernah aku ada taukeh suka sama aku, dia mahu pelihara aku, dia cakap sama mummy. Mummy minta 5 ribu tapi taukeh itu tawar 3 ribu, terus jadi tak jadi lah.

M: Bagaimana jika pelacur masih perawan?

T: Dia (ibu atau bapa ayam) jual mahal, kalau perawan itu cantik, body boleh, dia sampai 5 ribu satu kali main.

M: Aku dengar, anak kecil berumur 15 tahun dilacurkan, pastinya dia perawan lagi. Justeru, apa dilalui itu menakutkan?

T: Ya, seperti itu. Aku sahaja sudah bukan perawan, buat aku menakutkan. Bagaimana mereka belum pernah melakukan hal itu (dilacurkan).

M: Kamu sebelum ini ada boyfriend di Surabaya?

T: Ada, sejak sekolah kelas satu SMA. Aku diberi minuman (khayal) dan hilang perawan sewaktu berumur 18 tahun. Kini usianya 28 tahun.

M: Kalau begitu dia tidak menyayangi kamu?

T: Bukan bah. Orang tuanya tidak setuju, dia anak orang punya (kaya). Sampai sekarang masih call aku. Dia tahu aku kerja di restoran di Johor Bahru, Malaysia.

M: Bisakan kirimkan wang kepada keluarga?

T: Aku simpan wang tips dibagi customers dan titipkan (hantarkan) buat mereka. 2 minggu aku bekerja, aku kirim 1.5 juta rupiah (RM555). Itu lumayan membantu semua 5 adik ku masih bersekolah.

M: Keluarga kamu tahu sewaktu kamu ingin ke mari (Tawau)?

T: Sebelum berangkat mereka (ejen) kasi kita 1 juta  rupiah (RM370) untuk bagi kepada ibu bapa.

M: Dari desa kamu, Lamongan ke Surabaya berapa jam?

T: 2 jam perjalanan menggunakan mobil peribadi. Bila sampai di Bandara (lapangan terbang) Surabaya, kita dibawa terbang ke Bandara Hasanudin, Makasar, Sulawesi.

M: Berapa jam dari Surabaya?

T: 1 jam.

M: Kamu diberi makan?

T: Semua kebutuhan kita, semua kita mahu, semua kita minta mereka kasi. Di Nunukan pun begitu. Apa kita mahu, mahu makan apa sahaja mereka kasi. Baharu di Tawau kita dibagi tahu, mereka tipu semua. Kalau makan ini nanti kamu bayar hutang, mereka cakap apa kamu mahu, apa kamu inginkan, kamu cuma minta sahaja dik, nanti kamu di sana kerja, wang kamu untuk diri kamu sendiri.

M: Dari Makasar kemudian kemana?

T: Nunukan. Naik kapal laut, 3 hari 2 malam. Kami berdua (dengan Tika), itu kapal umum, bukan kapal peribadi.

M: Di Nunukan ada apa?

T: Ada rumah, tempat tinggal dekat pelabuhan.
M: Berapa lama ditampung?

T: 1 minggu, untuk siapkan Pas Lintas Batas kemudian dibawa masuk ke Tawau menggunakan speed boat, 30 minit. Ada 6 perempuan lagi bersama kami, mereka juga ingin ke sini, mereka kerja sendiri-diri.
M: Bila sampai di Tawau kamu dan Tika ditampung (tinggal) di mana?

T: Di tempat mummy. Aku tak tahu jalan apa tu. Tetapi aku pernah lihat jalan Kelapa, Jalan Dominic. Kita tak pernah keluar sendiri. Kita selalu ada boy jemput, hantar.

M: Sekarang jaga kamu, siapa? Orang Indonesia juga?

T: Jaga kita itu mummy, usianya kurang lebih 40 an dan 3 boys, orang Indon. Kami ngak pernah jalan sendiri, boy jalan cari booking, kalau ada booking, boy telefon, kita standby, kita dijemput dan dihantar ke hotel dan baharu kita dipulangkan.

M: Pas Lintas Batas itu untuk 30 hari. Selepas itu?

T: Dicop lagi oleh mummy, ke Nunukan untuk cop.

M: Semasa kamu tinggal di desa, pernah dengar orang cerita kisah derita cewek terdahulu dilacurkan?

T: Pernah.

M: Kalau ada orang mahu bawa kamu keluar dari sini, adalah kamu mahu keluar?

T: Aku mahu kalau mereka benar-benar mahu bawa aku keluar tapi kalau mereka bawa keluar, mahu jual aku balik, aku ngak mahu. Pernah ada customer, dia orang Tarakan, dia mahu tolong aku, dia cakap, dia mahu aku lari dari Mummy. Tapi aku fikir lagi, aku ngak kenal sama itu orang.

M: Mummy janji dalam tempoh 2 tahun, kamu akan mendapat pulangan (gaji disimpan mummy). Tapi kalau kamu larikan diri sekarang kamu akan kehilangan itu semua. Kamu sanggup untuk pulang ke desa dengan tangan kosong?

T: Tak apa, pentingnya aku bisa pulang.

7 jam selepas perbualan di atas dirakamkan, Tina dan Tika kami serahkan kepada Konsul Indonesia di Tawau. Pegawai mereka, Konsul Muda Indonesia, Asrarudin Salam dan Liasion officer Polisi Indonesia, Komisaris Polisi Sumaryono saya hubungi menjemput kedua mangsa perdagangan orang di bilik 1014 Hotel Promenade, Tawau.