Jumaat, Oktober 28, 2011

ANJINK FAM? ATAU BAB ... ? (UPDATED) GAMBAR WISMA FAM


Ramai rakyat Malaysia gemar menonton perlawanan bola sepak dan bijak meluahkan isi hati mereka berikutan harga tiket pertandingan akhir Piala Malaysia esok dinaikkan ke RM50.

Laman sesawang Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM digodam.

Dengarnya Wisma FAM di Kelana Jaya, Selangor disimbah cat merah.

Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sudah campur tangan tetapi setakat ini tiket perlawanan masih tetap RM50. Kita tengok apa lagi bakal berlaku. 

Ranking pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dilaporkan semakin teruk, harga tiket melambung. 

KEMAS KINI

Berikut gambar terkini Wisma FAM di Kelana Jaya.

15 ulasan:

  1. entah lerrr
    nak kesian kat FAM ke tak eah
    huhuhu


    pape punn memang isu hangat
    hmpir lupa dah pasal gaddafi huhuh

    BalasPadam
  2. nak share pic yer...

    tak kan lah pasal tiket RM50 pon nak hina sampai mcm nie..

    ada pilihan.. kalau tak sangup klr RM50 tengok kat TV ajer..

    Kalau sangup.. bayar ajer lah..

    setakat lebih RM20.0

    setakat 2 kotak rokok dunhill 20 jer ajer kan..

    BalasPadam
  3. Sebilangan orang mengambil tindakan drastik jika suara mereka tidak didengari.

    BalasPadam
  4. SMTI..
    saya pun tak setuju harga RM50.. mahal sgt rasanya ikut kemampuan saya.. tp saya memilih utk tidak pergi kerana mmg tak mampu.. dan tak perlu buat provokasi sebegini.. dah mcm takde tamadun.. ini perilaku bangsa seberang..

    BalasPadam
  5. bro mazidul.. saya dah linkkan entry saya ke blog bro mazidul..

    BalasPadam
  6. SMTI

    Kalau semuanya nak dibuat demonstasi, hack sana sini... jadi tidak bertamadun lah kita... kalau rasa mahal sgt jangan pegi...kalau ramai yang begitu..stadium tak penuh isinya..silap2 hb...tiket diturunkan ke 20 ringgit ajer... kita boleh tunjukkan kuasa sbg pengguna sebenarnya... bukan cara begini... ini macam org tak sekolah lah plak...

    BalasPadam
  7. Malaysia perlu banyak berita kejayaan, berita pencapaian, berita kegembiraan, berita perjuangan yang membuat atmosfera sekeliling jadi lebih positif. Tetapi di media sekarang penuh dengan berita caci, berita diragui kebenaran/kredibiliti, berita kegagalan, berita malang, berita rasis, berita ketidakseimbangan ekonomi yang sedikit demi sedikit menanam kekecewaan, kesedihan,kebencian, kemarahan yang buat ramai memberontak. Selalu yang memberontak ini hilang punca dan bila ditanya mengapa berontak, mereka sendiri tak berapa faham tujuan asalnya mereka berontak. Biasanya ikut aliran orang2 sekeliling yang hanya mengikut hati, bukan akal.

    kemudian FAM buat pengumuman ini lalu menjadi berita. satu lagi berita kebodohan yang mengecewakan. menghilangkan harapan bahawa adanya strategis ulung dalam FAM yang akan mengemudi perjuangan bolasepak negara. yang bukan hanya tau belanja duit melatih pemain bola, tetapi juga mencari peminat bola.

    BalasPadam
  8. Kenaikan harga RM50, saya tak setuju. Penyokong juga perlu keluarkan duit mungkin untuk mengisi minyak, bayar tol, makan minum, sewa motel, sewa kereta, van, bas dan sebagainya. Kalau sama harga macam tahun lepas oklah juga. Kurang cikit beban.

    Penyokong baru je nak up balik FAM dh buat macam ni. Mana tak dapat pi cari2 lah tempat yang ada AStro, tgk kt tv je. Apapun feel tgk kt tv dan berada di stadium tetap tak sama.

    BalasPadam
  9. bukan tak mampu untuk bayar tiket 50 tapi ini hak kami sebagai rakyat yang tak berkemampuan.... org2 kaya mmg ramai tapi org yang tak kaya lagi ramai dari ini.. kebanykkan penyokong2 tegar yg sentiasa berada di belakang pemain2 ini tak berkemampuan untuk keluarkan RM50... lainlah penyokong2 lain yang mampu nak keluarkan rm50. kebanykkan muncul time team dah menang.. team dah power tapi bila team jatuh. lari.. takut untuk mengaku asal dari negeri team yg paling corot sekali dalam liga.. saya tak mengatakan saya sokong diorg buat benda2 mcm nih tapi cuba fikirkan.. celah mana lagi yg nak diorg bersuara agar harga tiket turun.. mesyuarat ngan menteri? sama jugak hasilnya harga tiket tetap naik.. bila buat mcm nih pon harga tak turun jugak.. so mcmmana lagi yg mereka nak lakukan untuk suara mereka didengari dan dipertimbangkan.. alasan2 yg keluar dari pihak FAM mmg tak menusabah. itu yang membuatkan ramai terasa dan termakan hati..

    BalasPadam
  10. Kalo rsa RM50 tu mahal, dok umah tgk tv
    tp kna byar gak bil letrik kan
    xpon dok kdai mamak, tp tetap kna byar walau segelas tehtarik kannnn
    Kesimpulanya, xde yg percuma
    xperlulah memberontak begini

    ~sekadar pendapat~

    BalasPadam
  11. ni lah orang kita perkara remeh dibesar2kan..ada duit pegi tengok tak ada duit dok diam2 kat rumah..apalah yang penting sangat bola sepak tu pada kita semua kalau dibandingkan dgn perkara2 lain..setakat rm50 nak kecoh satu negara,sampai kutuk org2 fam bagai nak giler..budaya apa ni??budaya sentiasa tak puas hati dgn org lah tu..kalau barang2 keperluan harian kita naik harga baru betul kita kecoh kan satu negara..ni pasal tiket bola naik sikit nak kecoh..udah2 lah tu...kita dok depan tv minum kopi dgn family lagi enjoy...selamat berjuang sang penyu..dua gol from manaf mamat..

    BalasPadam
  12. sape punya keje la ni ek?
    dua perasaan je nak ckp..
    1-Bangga- sebab hacker malaysia pon hebat jugak.
    2-Sedih- sebab ayat dia kurang manis.

    BalasPadam
  13. Saya stuju tindakan2 bodoh seperti godam laman web n baling cat x wajar di lakukan.. tp tuk berkata "takde duit dok diam2 kat umah", "tgk tv je", rasanya x perlu... Bola sepak bukan sukan untuk golongan2 kaya da berduit shja.. suasana, smgt, perasaan menonton di stadium sgt lah berbeza dari menonton di rumah.. penyokong yg hadir sebenarnya sgt membantu dlm menaikkan moral dan smgt pasukan.. Itu semua di lakukan untuk menunjukan bahawa mereka ada di sana sebagai pemain ke-12.

    BalasPadam
  14. sy sempat add mirror sebelum FAM fix kn..

    URL sini :

    http://zone-m.co.cc/defacements/?id=3001

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.