Isnin, Oktober 10, 2011

APA JADAHNYA ITU BUDAK HAHAT COMPANY? UPATED

Pernah ke mendengar nama kumpulan seperti tercatat di pelekat di bawah?


Budak Hahat Company? Pelik benar bunyinya.

Logo itu saya rakamkan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor kira jam 11.45 pagi tadi.


Jalan Persiaran Surian arah ke Lebuh Raya Damansara Puchong, sesak. Lebih 10 anggota polis berada di lokasi.

Dari jauh kelihatan lelaki terduduk di tepi jalan dengan tangan bergari di belakang.


"Awak tinggal di mana?," soal saya kepada lelaki menundukkan kepalanya itu.


"Damansara Damai," jawabnya.

Menurutnya, dia berusia 20 tahun, anak peniaga.

"Saya kerja tolong ayah berniaga," ujarnya.

Saya kemudian terlihat wanita berdiri di kawasan sama lalu menghampirinya.

"Rakan dia ragut rantai leher saya," kata wanita berusia 31 tahun, warga Indonesia.


Orang ramai mula berkumpul di tepi jalan sambil memerhatikan suspek dipercayai patah kaki.

"Saya sini juga kerja. Tadi saya nampak diia punya kawan ragut itu perempuan punyai rantai, dia kawan jerit, pusing! pusing! Ini budak pun pusing tetapi itu kereta Iswara hitam dipandu oleh lelaki Cina terlanggar dia orang motosikal. Dia dua orang jatuh, kawan dia lari, dia? Saya ingat patah kaki tidak boleh pergi mana," jelas lelaki India, pekerja di tapak semaian berhampiran.


Saya kemudian menghampiri semula suspek terbabit.

"Macam mana awak boleh berpusing sampai menongkah arus trafik?," soal saya.

"Dia suruh saya pusing, saya pusinglah," balasnya.

"Mungkin dia suruh buat u-turn elok-elok, awak kecoh pergi buat u-turn melawan arus trafik. Meragut tanpa perancangan, begitulah jadinya. Berapa umur kawan awak itu?,"

"Tujuh belas," katanya.

Suspek utama dikatakan tidak bersekolah dan berstatus penganggur juga tinggal di Damansara Damai.

"Tengok motosikal dia, plat hadapan tidak ada, plat belakang gunakan material bersinar supaya sukar dikesan apabila bergerak," kata lelaki berdiri di sebelah saya"

Saya perhatikan motosikal Yamaha 125 itu secara teliti.


Ha! Ha! Ha! Budah Hahat Company? Apa ke jadahnya itu? Logo menampilkan wajah lelaki bertopeng, suspek kes ragut terbabit hanya memakai topi keledar biasa.

"Itu kasut siapa?," tanya saya lagi.

"Kawan saya punya," balasnya perlahan.


"Alamak! Macam kes Cinderalla lah pula, siap tinggalkan kasut sebelah," respon saya.

Dahsyat sungguh peragut di Malaysia, melakukan kegiatan jenayah hanya berkasut Crocs, itu pun tidak pasti samada asli atau tidak.

Terbayang, mesti suspek terbabit melarikan diri dengan sebelah kaki tanpa kasut.

Dikhabarkan kepada saya, suspek akan dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan sebelum siasatan dijalankan.


Budah Hahat Company? Pastinya tidak begitu jahat dan cekap melakukan jenayah.

KEMAS KINI

Seperti sebilangan pembaca, saya juga bertindak menggunakan Google dan mencari link Budak Hahat Company.

Malangnya, saya hanya terlihat ini

Kiranya, kalau dalam bahasa Inggeris macam the bad boys lah barangkali.

13 ulasan:

  1. huhu..muka melayu jugak yg meragut...apa la nak jadi budak2 skang...bdn sihat, tapi jadi penjahat...malu mak bapak....

    BalasPadam
  2. saya penah tengok satu kejadian ragut beg tangan. satu lorong dia lari nak sembunyikan diri, last2 kena tangkap jugak sebab dia salah keluar lorong. kebetulan lorong depan tue ada kereta peronda polis.

    BalasPadam
  3. rASanya ejaan pada sticker tu yg betulnya budak jahat company kot..sbb bila wat search kt google ada kluar result budak jahat company di page facebook. Cuba search..

    BalasPadam
  4. sekolah malas, pastu meragut..gampang! masuk lokap kena lanyak lagi, haii jgn nangis dik..

    BalasPadam
  5. padan muka....tak baik buat benda jahat ni.....byk lagi cara nak cari rezeki.

    kutip sampah pun boleh buat duit kat Malaysia ni

    BalasPadam
  6. Yang parahnya...melayu gak yang meragut...kena ragut...pun banyak yang melayu...kenapa dengan anak2 muda melayu sekarang ni?...

    BalasPadam
  7. smti - kurang didikan agama Islam, begitulah jadinya. Salah siapa?

    BalasPadam
  8. makanya, perempuan2 diluar sana, tak payah la nak pakai barang2 kemas, bawak handbag kecik/besar. 2 perkara ni, kalau perempuan boleh tinggalkan kebiasaan, maka peragut pun tak boleh cari makan. bila keluar tu, yang penting cuma bawak IC, lesen memandu, duit belanja secukupnya (atau kredit kad), kunci rumah & hp. Semua barang ni boleh simpan dalam poket. minimum is the best.

    BalasPadam
  9. 10 orang polis untuk seorang peragut memang debas debus. Nasib baik polis dapat dulu. kalau orang awam dapat dulu. heh memang selamat la lagi sebelah kaki kau!

    BalasPadam
  10. isteri saya pernah diragut rantai leher sewaktu menaiki motosikal bersama saya.peragut dipercayai mengekori saya dari kawasan saya tinggal (Damansara Damai) dan saya pasti mereka tinggal di kawasan yang sama.kaedah mereka dalam kes saya ; 2 buah motosikal memotong serentak di dua2 belah dan seorang akan menjalankan tugas meragut.no plat tiada abjad, hanya nombor (saya hanya perasan satu motosikal yang dinaiki peragut hanya no 3457, tiada abjad).selepas meragut terus memecut laju hilang macam pelesit.kejadian berlaku di kawasan Kip Damansara 2-3 tahun lepas seminggu sebelum bulan Ramadhan.masa report polis di balai polis Kip Damansara,rupa2nya peragut tersebut baru sahaja meragut satu lagi pasangan,hanya setengah jam sebelum kejadian menimpa kami suami isteri.ini disahkan oleh pegawai yang mengambil report saya dan saya kira andai pihak polis terus bertindak sebaik sahaja selepas pasangan tersebut membuat report,mungkin kami tidak menjadi mangsa ke-2 di kawasan yang sama.hipotesis saya,selepas meragut pasangan tersebut,mereka pulang ke rumah samada untuk menukar baju,menyimpan hasil ragut,etc.kemudian keluar kembali dan kebetulan ternampak saya dan isteri di lampu isyarat keluar dari Damansara Damai.mungkin rantai tersebut bukan rezeki isteri dan saya percaya perbuatan peragut2 ini pasti akan menerima balasan setimpal,kalau tak di sini,pastinya di sana kelak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.