Isnin, Oktober 03, 2011

GAMBAR ENTITI PARANORMAL MENYERUPAI HAIWAN? EKSKLUSIF!!! UPDATED

"Bang! Saya rasa dapat sesuatu," ujar ustaz Zaharuddin Zainal, 32 tahun teruja.

Untuk rekod, guru agama berusia 32 tahun itu lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Semua kru 666 kemudian bergegas menghampiri guru juga imam Masjid Sungai Besi, Kuala Lumpur itu untuk berkongsi keterujaan beliau.


Zaharuddin kemudian menunjukkan gambar di skrin kamera jenis Nikon D90 miliknya.


Gambar terbabit dirakamkan tepat pada jam 10.03 minit malam kelmarin di lokasi di bawah.


Teliti gambar direkodkan berhampiran tandas gazebo, Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. pada malam 1 Oktober 2011. Gambar itu dirakamkan kira-kira 5 meter dari kedudukan ustaz Zaharuddin berdiri.


Gambar sama saya salin ke komputer. Sila klik imej bawah untuk memperbesarkannya.


Imej terbabit kemudian saya crop untuk menghasilkan imej lebih jelas.


666 bersedia menerima pandangan pembaca mahu pun jurukamera profesional berhubung imej berjaya dirakamkan.

Bagi kami gambar direkodkan secara rawak terbabit amat menarik dan ganjil.

Monyet? Beruk? Mawas? Ungka? Tetapi masakan haiwan itu berjalan tegak dan berwarna kuning. 

... entiti paranormal menyerupai haiwan?

Contrast diubah


Inverted

 

666 pada bila-bila masa bersedia bekerjasama dengan pihak sudi membantu kami menganalisa gambar di atas. 

Sila hubungi saya melalui mazidulakmal@yahoo.com

Kisah tinjauan kru 666 di Ulu Bendul dan Bukit Putus boleh dibaca di sini dan di sini.

KEMAS KINI

Baca kisah tinjauan lengkap kru 666 di Ulu Bendul dan Bukit Putus, klik di sini.



Terima kasih kepada semua terbabit dalam tinjauan di Negeri Sembilan.

38 ulasan:

  1. Melalui inverted picture didapati ada bentuk kening, hidung mancung, mulut menyerupai bentuk makhluk.

    BalasPadam
  2. Sekali pandang sahaja ianya memang kelihatan seperti spesis monyet.

    BalasPadam
  3. Ish...apa tu agaknya?? Teruskan mencari!=)

    BalasPadam
  4. "Dulu, kawasan Ulu Bendul ni Tok la yg buka" Agaknya le ye...

    BalasPadam
  5. menarik2! pestime tgk entiti wane kuning!

    BalasPadam
  6. memang ada iras monyet, teruskan kajian tentangnya

    BalasPadam
  7. betul, macam bentuk badan beruk besar.

    harap bukan hantu raya (bdn besar,berbulu, mata merah)

    BalasPadam
  8. wah, kali ni buat tinjauan siap bwk ustaz, baru la dpt capture gambar makhluk. memula dulu, I ingat, makhluk2 ni semua kalis kamera. teruskan usaha. mana tau, next time, dpt capture makhluk lain pulak.

    BalasPadam
  9. bang sy rsa itu jari jurufoto ~ maybe dia x perasan ibu jari dia berada dpn lensa ~

    BalasPadam
  10. iemochi numajiri: thanks dengan maklumat anda... Allah S.W.t lebih mengetahui.. dengan apa yang kru 666 share kepada kita.. itulah dia.. bukan dibuat-buat or direka untuk semata-mata mengejar glamor. pendapat saya pula ustaz yang memakai kamera DSLR jenam Nikon D90 mesti tahu apakah yang dia lakukan sedangkan kamera itu memiliki lensa yang panjang 18mm-105mm kalau tak silap saya.. cara memegang kamera sudah semestinya ustaz din tahu kerana dia sendiri pernah menghadiri beberapa kelas photography... apa-apa pun terima kasih dengan pendapat anda dan sudi berkongsi pendapat sejujur-jujurnay...

    BalasPadam
  11. Terima kasih di atas sokongan semua.

    Kru 666 hanya mempersembahkan fakta dan tidak berhasart mencipta entiti bertujuan menakutkan sesiapa.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  12. N3 yg informatif Teruskan! Kalau nak cari idea nak buat liputan apa2, jemput jenguk blog saya ya, kita bertukar idea. Ada satu gambar hantu tahun 60 an kat Perak, Mazidur pernah tengok tak?

    BalasPadam
  13. SMTI. Nampaknya seperti makhluk yag masyarakat Melayu namakan sebagai 'Kongkang'

    BalasPadam
  14. wow.....tak pernah tgk lagi gmbr camni...

    serammm...

    BalasPadam
  15. Bro... memang best..
    saya cadangkan buat tv show pasal nih.. just for hard facts but less the drama (like the other show).. ;D
    Apa pun gua memang respek la..

    BalasPadam
  16. Tahniah.

    Saya mencadangkan selain drpd mengambil gambar entity paranormal, buat skali koleksi gambar2 hutan khatulistiwa/pokok2 hutan di negara kita. Kongsikan low/mid resolution secara percuma. Hi-res, boleh dijual.

    Gambar2 hutan di internet amat kurang & berquality rendah.

    BalasPadam
  17. apa beza mata di kepala dengan mata di lensa? adakah mata di kepala akan nampak sama dengan mata di lensa? hmmmm . . . lagi satu kita slalu digambarkan dalam cerita wayang dan drama contohnya pontianak itu bermuka buruk berambut panjang memakai kain putih dan kemudian boleh terbang2. Siapa yang asalnya memulakan gambaran entiti itu berupa demikian dan siapa agaknya menamakan entiti itu pontianak? hmmm

    BalasPadam
  18. Maybe mawas.pengalaman sendiri:ms kecik dulu di kebun bapak saya,kami terserempak mawas besar setinggi lelaki dewasa berjalan mcm manusia..tapi bulu die hitam..*sweat*

    BalasPadam
  19. Macam Shrek pun ada. He he he. Yang jelas, nampak bentuk kepala dia.

    BalasPadam
  20. hurm, teringat pengalaman masa camping kt ulu bendul pada tahun 2005. ..terjadi histeria dlm group camping kami. ada yg nampak menda tu mmg mcm orang utan, sy hanya dengar suara je sbb tak berani nk angkat muka. sgt menakutkan...dan paling menakutkan menda nie ikot group kami smp ke pusat pengajian..lama jugak la sy tidak bole pandang tempat nie bila lalu..sbb teringat kisah histeria tu.

    BalasPadam
  21. kemungkinan besar ini makhluk halus dari spesis momok, atau momon...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.