Rabu, Oktober 12, 2011

GERAI 3165 DI PWTC DISERBU OLEH PENGUNJUNG HALFEST 2011

Jam 1 tengah hari tadi saya dan kru 666, Razali tiba di gerai 3165.

Sebaik fakta dan gambar berhubung entiti paranormal mula dikongsi, pengunjung mula singgah. 


Setiap soalan dikemukakan oleh pengunjung dijawab Razali secara tenang.


Orang ramai berpeluang melihat peralatan digunakan oleh kru 666 di samping berpeluang membeli baju Penyingkap Fakta 666 dengan harga RM25.


"Assalamualaikum!," ujarnya.

Kelihatah rakan lama menghampiri saya.

"Zali, baju bersaiz XXL satu, dia wajib beli," kata saya.


Razali terpinga-pinga buat seketika sebelum saya menjelaskan perkara sebenar. Amir Mohamad, 44 tahun, kenalan saya sewaktu menuntut di Kolej Pengajian Persediaan di Shah Alam, Selangor.

25 tahun lalu, dia digelar 'Amir Setan' walhal dia insan baik sehingga ke hari ini.


"Dul, engkau ambil gambar dengan aku, masukkan dalam blog," katanya.

Amir membeli baju Penyingkap Fakta dan sebotol minyak Kasturi Syifa'. Apapun, jika dia tidak membeli barangan dijual, saya tetap sudi merakamkan gambar bersama rakan saya kenali sewaktu berusia 17 tahun itu.


"Rekod! Ini kali pertama saya bercakap depan orang ramai macam itu bro," keluh Razali.

Saya hanya mendiamkan diri, sejak awal Razali melayan puluhan pelanggan berkunjung ke di gerai 666. Tiada masalah langsung, dia bercakap tanpa henti dan tidak kedengaran kekok.


Wakil Kasturi Syifa' Mohd Izzat Zulkufli turut berada di gerai sama memasarkan minyak wangi diaurakan dengan bacaan Al-Quran.

6 ulasan:

  1. Terima kasih kepada para pembeli t shirt 666 kami dan minyak wangi Kasturi Syifa. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih juga kpd semua pengunjung gerai kami hari ini.

    BalasPadam
  2. Aslkm Sdr

    Terimaksih sdr kerana sudi bergambar dgn emak saya tadi.
    Hehe sebenarnya saya yg nak gambar sdr...maaf ya.

    Drp mamaju.

    BalasPadam
  3. Penyingkap Fakta 666 mencari & dicari,
    Kasturi Syifa' mekar mewangi
    Teruskan usaha lagi & lagi,
    Segala halangan tabah ditempuhi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.