Khamis, Oktober 27, 2011

KEPALA BERDARAH KAKI PATAH

Jam 11 pagi tadi, saya memandu ke Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Sewaktu membelok ke Jalan Tengkat Bandar Utama, saya terserempak dengan kemalangan jalanraya dan pantas mencari lokasi selamat untuk memakir kenderaan.


"Tali helmet dia terputus. Masa saya lalu tadi, saya ternampak dia melambung kena langgar dek kereta dan terseret ke hadapan," ujar lelaki saya hampiri.


Di kawasan berhampiran kelihatan lelaki Cina berkacamata sibuk menghubungi ambulan.


"Ambulan sudah salah jalan, dia pergi Damansara Perdana, saya direct dia datang sini," katanya.

Dalam tempoh 15 minit, berulangkali dia menghubungi ambulan sama untuk menunjuk arah.


"Lee sini, masuk balik jalan di tepi The Curve, masuk ke Pelangi Damansara, nanti ada simpang ke kiri, awak masuk," katanya.

"Sebab apa you tolong?," soal saya.

"Saya baru kahwin, kena tolong," balas Lee, 28 tahun, sambil tersenyum.

Mangsa, berbangsa Melayu, 24 tahun, berasal dari Ampang, Selangor.

"Siapa lelaki Cina sedang memayungkan mangsa?," tanya saya kepada dua lelaki Melayu berbaju hitam.


"Cina itu tadi lalu di kawasan ini, dia berhenti untuk membantu," balas mereka.


Saya memerhatikan lelaki itu. 

Biarpun cuaca panas terik bak membakar kulit, dia masih mampu tersenyum dan setia memegang payung memastikan mangsa berada dalam keadaan lebih selesa.

Fakta, biarpun mereka berlainan bangsa dan tidak mengenali di antara satu sama lain, bantuan tetap dihulurkan.

Tindakan itu menyentuh hati kecil saya.


"Itu kereta siapa?," soal saya kepada Lee.

"Saya punya, letak sana supaya dia (mangsa) tidak ada orang langgar," balasnya.


Kurang 10 minit selepas kemalangan, beberapa kereta peronda polis tiba di lokasi.


Lelaki India bersama temannya kelihatan mundar-mandir di sekitar dipercayai pemandu kereta terlanggar mangsa. 


Ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi tiba kira-kira setengah jam kemudian. Mangsa dipercayai patah kaki kanan dan cedera di kepala.


Melihat darah membasahi jalanraya, sekaligus saya terfikir betapa ramai manusia memerlukan bekalan darah di hospital.


Jadi saya ingin menjemput semua pembaca khususnya mereka tinggal di Lembah Klang untuk berkunjung ke Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi, 29 Oktober (Sabtu) ini untuk menderma darah.

Kru 666 akan berada di lokasi sama untuk menyokong usaha itu.

Kami juga akan menjual baju Penyingkap Fakta kepada mereka berminat.

15 ulasan:

  1. kesiannya
    hurm ni laa yang bagus
    tak kira bangsa mahupun agme
    tlong menolong tu perlu

    BalasPadam
  2. berbeza betul dgn berita dari China yg saya baca sebelum ni. semua datang membantu tanpa diminta.

    BalasPadam
  3. Wah...bravo...tapi lately mmg bangsa cina lagi baik dari bangsa melayu. BUkan saya nak memihak kepada bangsa lain selain dari bangsa sendiri...

    Saya ke Garden sabtu lepas dan saya nyaris terjatuh kerana dari escalator dimana didepan saya adalah org lelaki dan perempuan berbangsa melayu dan dibelakang saya pula adalah couple cina...oleh kerana saya yang kebetulan bersama dengan anak berumur 3 tahun berada dalam genggaman saya...couple melayu tu boleh buat bodo je...dan couple cina tu berlari2 ke depan menarik saya dengan segera dan yg perempuan cina segera memegang anak saya...dan couple melayu ? hanya memandang dan 'tersengih'..tak tahu la apa yg disengihkan...

    BalasPadam
  4. kita beruntung di Malaysia.....kalau di china tuh...tah2 mangsa dah dilangar2 ja....

    BalasPadam
  5. bagus orang malaysia ni...prihatin sikit.....
    mungkin percaya buat baik mudah²an di balas baik. Tak di dunia, di akhirat/hari pembalasan

    BalasPadam
  6. dpt lihat semangat 1 malaysia... betapa ikhlasnyer dia membantu...
    suke tgk keadaan mcmtu

    BalasPadam
  7. Thanks Bang tolong war2kan program derma darah pada 29/10/11 ni..
    Jumpa kita disana ya..

    BalQis nazid (Grup Ukhwah)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Bangga dengan penduduk Malaysia yang prihatin begitu...

    BalasPadam
  9. tersenyum...alangkah bertuahnya kita di bumi malaysia yg tercinta ini... :)

    BalasPadam
  10. saya terharu... nilai2 murni sebegini la yg harus diwar2kan selalu :)

    BalasPadam
  11. AAaahh..saya terkilan kerana tak berkesempatan utk ke pusat darah negara semalam. Ada urusan xdpt dielakkan. Saya thu juga berkenaan aktiviti itu dari Grup Ukhwah, Kak Norhayati Berahim (Novelis).. Kalau dianjurkan lagi, mmg harap benar diizinkan Allah utk hadir & turut menderma!

    NEW ARRIVAL !!! BATIK THAI LATEST DESIGN IN THE HOUSE!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.