Selasa, Ogos 05, 2008

Seperti Yang Lain

“Macamana nak eja nama you?,” soal saya kepadanya.

“F, A, K, H, R, U, L .. Razi Ibrahim,” ujar penyanyi dari Brunei itu.

Saya mencatatkannya di atas kertas. Pagi tadi kali pertama saya, Ally Iskandar dan Wardina menemubual artis dari negara Brunei. Fakhrul, 28 tahun muncul dalam Program Malaysia Hari ini, MHI pada jam 8.45 pagi bersama rakan artis se negaranya, Sri Nazrina Johari.

“Dia kat Brunei macam abang juga hos kan rancangan talk show pagi,” celah pegawai perhubungan awam bersamanya.

“Oh! Tiap-tiap hari ke?,” soal saya kepada Fakhrul.

“Ya, tapi hos nya ramai, satu bulan saya buat 6 kali lah. Program ‘Rampai Pagi’, siaran antara jam 7 dan 10 pagi termasuk hujung minggu,” balas anak kelahiran Bandar Seri Begawan itu.

Sri kemudian mendendangkan lagu ‘Walau hanya illusi’ di pentas MHI. Sedap suaranya. Ayah beliau juga penyanyi cukup dikenali di Brunei, Johari HO.

“Lagu boleh laku tu,” kata Ally sewaktu kami sama-sama duduk di set setelah mendengar suara Sri.

“Album ‘Seperti yang lain’ ni ada 12 lagu, 4 penyanyi, setiap orang nyanyi 3 lagu. Saya, Sri, Fairuzneezan dan Faiz. Ada 10 lagu ciptaan Julfekar, 2 lagi ciptaan manager kami Hans Anwar,” jelas Fakhrul.

Selepas siaran kami bergambar bersama. Saya meminta kesemuanya menggayakan ‘shot terbang’, mereka bersetuju.

[ Pic: Ally, wardina, Fakhrul, Sri dan Mazidul ]

Terima kasih kepada Jakel Trading kerana sudi menaja pakaian saya bermula hari ini. Tidak lupa sekalung penghargaan kepada Ms. Fransisca Razak ( Melayu ) dari Image Management TV3 atas daya usaha dicurahkan. Biar pun jalan congested semasa fitting dilakukan, dia tetap sampai ke lokasi ..

4 ulasan:

  1. Fransisca Razak (Melayu)->tang melayu tu yg mahal bro...hehe
    Anyway im so happy you like the attire sponsored by JAKEL.
    Thanks to JAKEL too specially En Feroz,En Saiful, En Azlan for their great support.

    Fransisca Razak-TV3

    BalasPadam
  2. Salam.

    Tuan Mazidul, saya rasa gembira melihat gaya tuan pada pagi itu. Nampak terampil, kacak dan bergaya.

    Berbeza hari yang lain.

    Harap kekalkan imej seperti itu. Baru ada aura Mazidul.

    Saya peminat setia MHI.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...ops...i lupa pada seorang lagi dari JAKEL, En Nizam. Disini ingin saya ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yang diberikan...

    Fransisca Razak Image, TV3

    BalasPadam
  4. 'seperti yang lain' saya rasa mazidul ada maksud tersirat. apa ye?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.