Khamis, Januari 03, 2013

CELCOM? MAXIS? DIGI? ATAU U MOBILE?

Saya menjadi pengguna perkhidmatan Celcom sejak penghujung tahun 90 an dan sehingga kini tidak pernah menggunakan perkhidmatan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain.

"Engkau banyak komplen fasal Celcom tetapi mengapakah menjadi pelanggan setia hampir 15 tahun?," perli rakan saya.

Sukar untuk saya menjawab soalan cepu emas itu.

Jika berminat membaca entri berhubung komplen saya mengenai Celcom, sila Goggle 'Bersama Mazidul Celcom' dan pembaca akan lebih memahami.

November 2010, kontraktor Celcom memasang repeater di rumah saya sehingga mengakibatkan satu daripada tingkap tidak boleh ditutup.


Klik di sini.

Ketika itu, saya terfikir ...

Begitukah sebenarnya cara kerja kontraktor dilantik Celcom melaksanakan tugas mereka? Namun pada ketika itu saya terpaksa 'menelan' kaedah penyelesaian terbabit berikutan keperluan mendesak untuk menggunakan kemudahan internet bagi melangsaikan tugasan saya sebagai wartawan.

Biarpun begitu, saya tidak dapat menafikan liputan Celcom lebih luas dan memudahkan saya untuk berkomunikasi di setiap negeri di Malaysia.

What is good, is good and what is bad, is bad.

Sehingga kini saya masih menggunakan 2 broadband Celcom dan 1 talian untuk telefon bimbit dan tidak pernah gagal menjelaskan bil setiap bulan.

Pun begitu, sukar disangkal, syarikat telekomunikasi lain kini menampilkan pelbagai pakej istimewa, antaranya menawarkan BONUS dalam bentuk kredit kepada pelanggan mereka. Malangnya sepanjang menggunakan servis Celcom, tidak pernah pula bonus diberikan kepada saya. Jika diskaun atau rebat ditawarkan hanya kerana saya menjelaskan bil bulanan menggunakan kaedah potongan automatik melalui kad kredit.

Justeru, di entri ini, saya ingin membaca pandangan ribuan pembaca blog ini  ...

Adakah anda pelanggan Maxis? Digi? U-Mobile? Secara ringkas, tolong kongsikan antara KEBAIKAN dan KELEMAHAN pakej digunakan berbanding servis Celcom.

Berlaku adil dan telus sewaktu melontarkan komen.

66 ulasan:

  1. uish.. biar betul??? kenapa kontraktor tu buat kerja macam tu je??? mak aih..macam tak percaya dan tak profesional langsung buat kerja

    BalasPadam
  2. Bro mazidul, saya duu pengguna tegar celcom... apa yg orang kata pasal celcom saya tepis sbb sy puas hati dgn servis celcom... tp sebab celcom semakin tidak menghargai pengguna dan tidak pernah meraikan pengguna dan servis ditahap yg sama dr dulu maka saya bertukar ke Digi. Tak dinafikan pakej Digi lebih murah berbanding Celcom dan Maxis dan kadang2 servis Digi juga boleh buat sakit jiwa tp disebabkan bayaran yg lebih rendah maka masalah kecil2 tu pejam mate jer la. Tp kalau dah byr pun nilai bsr tp servis mcm gampang mmg patut dimaki shj perkhidmatan tu. Baru 2 tahun sy guna Digi dan sy dpt juga merasa bonus yg diberikan antaranya spt skrg ni sy dpt data plan lebih 1G dr pakej yg saya ambik. (Pendapat peribadi shj)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu dibandingkan line dg dgn line yg lain...adakah pelayaran intrnet dg lebih laju atau x?

      Padam
  3. Saudara Mazidul, akak pon pelanggan setia Celcom tapi mcm saudara katakan, celcom TAK PERNAH sama sekali menawarkan diskaun atau tawaran hebat pada pelanggan tetap seperti kita walaupon pada hari2 istimewa spt yg ditawarkan pada pengguna prepaid padahal Celcom harus mengutamakan pelanggan2 tetap spt kita yg dah beribu membayar pd Celcom so kesimpulannya, kita tak perlu setia pd satu2 produk atau perkhidmatan kerana banyak lagi diluar sana yg memperkenalkan produk atau perkhidmatan yg tidak kurang hebatnya spt Maxis dan DIGI. Akak pon sdg survey mana yg terbaik... dah lama dgn CELCOM,so akak pon NAK BERALIH ARAH JGK ler.. hehehe

    BalasPadam
  4. Maxis operator mudah alih no 1 Malaysia. Maxis pandai menjaga pelanggan. Pelanggan postpaid mendapat banyak kelebihan. Plan wireless broadband terbaik. liputan 3G DC-HSDPA+ terlaju & bagus untuk kaw bandar, pekan. Masuk kampung 2G saja. Coverage map mengelirukan.

    Celcom menawarkan liputan 3G terluas seluruh negara. Ceruk kampung terpencil pun ada 3G. Menggunakan dual band 3G 900/2100 seluruh negara. Pastikan modem menyokong 3G 900mhz band. Plan prepaid SOX/UOX/XPAX 2/1malaysia lebih menarik berbanding plan suara postpaid. Plan pelajar SOX/UOX menawarkan tempoh aktif paling lama berbanding operator lain.

    Umobile ? Service center terhad, CS tak angkat telefon, billing problem.

    Digi tengah upgrade network sejak berbulan-bulan lepas sampai sekarang tak siap lagi. Sekarang ramai komplen network problem.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum

    Saya adalah pelanggan tetap Maxis sejak dari zaman sekolah hingga bekerja. bagi saya, sewaktu menggunakan maxis hotlink yang secara prepaid, ia adalah memuaskan. Setelah bekerja, saya meneruskan dengan melanggan pakej maxis postpaid dan pada mulanya ia adalah bagus. Namun beberapa bulan kemudian, servis mereka menjadi lembab dan sambungan 3G sangat jarang didapati dan ini cerita di luar rumah. Di dalam rumah pula kena berada di bahagian-bahagian tertentu untuk mendapatkan khidmat 3G tapi selalunya hanya sekadar EDGE atau GPRS dan ada masa langsung tiada sambungan. Nak tahu saya tinggal di mana? Taman Desa Pinggiran Putra, bersebelahan PICC Putrajaya. Saya dan isteri telah bercadang akan menukar plan perkhidmatan kami selepas tamat kontrak pada bulan Mac tahun ini. Sekian, ikhlas

    BalasPadam
  6. Suami saya tukar dari Celcom Prepaid ke Celcom Past Paid...bila bersara penggunaan telefon dah kurang nak tukar ke prepais semula tapi tak boleh terpaksa menggunakan service provider lain lalu dia memilih DiGi. Selalu bila ke Sabah dan membuat panggilan ke Semenanjung pasti separuh dari kredit yg di topup sebanyak Rm10 akan hilang tetapi menggunakan DiGi dia hanya membayar Rm1.50 sahaja sekali panggilan.

    BalasPadam
  7. saya pernah menggunakan maxis broadband..tetapi service tidak seindah yg di iklankn...sekarang ni saya berpuas hati membayar rm100 sebulan unlimited data dari streamyx hehe..di luar pula saya menggunakan unifi di restoran mamak apabila saya ingin menggunakan internet..maaf lari tajuk tapi "what is good is good and what is bad is bad"

    BalasPadam
  8. saya pernah menggunakan maxis broadband..tetapi service tidak seindah yg di iklankn...sekarang ni saya berpuas hati membayar rm100 sebulan unlimited data dari streamyx hehe..di luar pula saya menggunakan unifi di restoran mamak apabila saya ingin menggunakan internet..maaf lari tajuk tapi "what is good is good and what is bad is bad"

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, setakat ni saya berpuas hati dengan servis Celcom.

    Nak kata Celcom tak pernah bagi bonus, saya pernah je dapat bonus. Hari jadi, dia bagi panggilan percuma kat nombor terpilih (tapi yang terakhir saya tak ambil).

    Pendapat saya, mungkin operator lain sering kali memberikan pelbagai bonus dan kelebihan, namun kadang-kadang bonus tersebut tidak lain hanya untuk menutup kelemahan mereka. MUNGKIN...

    BalasPadam
  10. SMTI - Salam tuan, nak tanya bagaimanakah keadaan liputan di Sungai Bil, adakah tindakan telah diambil seperti yang dijanjikan oleh mereka? Terima kasih.

    BalasPadam
  11. kalau broadband, sy lebih prefer maxis atau digi..celcom mmg hampeh...indah khabar dr rupa..mula2 jer laju..lepas setahun pakai..mcm haram...

    SEMPENA HOTLINK MENAJA THE RED WARRIORS. MUNGKIN AKAN BERTUKAR KE HOTLINK!

    BANkami

    ............

    BalasPadam
  12. saya dulu pengguna maxis hampir 8 tahun. kemudian saya menggunakan celcom sehingga kini. saya pernah guan Digi, tapi kat kawasan kampung takde line. memang benar liputan celcom luas tapi kurang memberi faedah kepada pengguna setia. untuk internet di rumah saya gunakan P1wimax yang mana kadang2 slow menyakitkan hati bila nak surf web. tetapi ya, saya akan meyokong celcom kerana itulah terbaik liputannya. mengalahkan maxis

    BalasPadam
  13. no hp/ no akaun yg sy guna sejak 1997 sehingga kini tidak berubah.. dari dulu tmtouch sehingga bergabung bawah celcom... sudah 15tahun saya bersama tmtouch/celcom dan seperti pelanggan lain sy tak pernah miss bayar bill bulanan.. tp seingat saya tak pernah mendapat rebate atau bonus atas kesetiaan saya ini.. agak megecewakan...

    BalasPadam
  14. saya hanya ada nombor celcom sejak dari mula pakai handphone, rasanya dah lebih 12 tahun. Setuju dengan pendapat en Mazidul, celcom tak pernah memberi penghargaan apa2 bentuk sekali pun.. atas kesetiaan selama puluhan tahun, dan line tablet saya pun menggunakan celcom. Rasanya sudah agak berputus asa dengan celcom... tengah mencari yang sesuai dan say bye bye to celcom

    BalasPadam
  15. saya pelanggan maxis hotlink sejak tahun 2002 dan pelanggan celcom sejak tahun 2009...tapi kedua2nya prepaid..

    masih dalam perancangan untuk menukar salah satu kepada postpaid...

    digi saya dengar rate dia murah jugak la sekali dengan benefit dia...

    susah jugak nak bandingkan semua perkhidmatan sebab mereka ada pro dan kontra masing-masing...

    BalasPadam
  16. Takde apa sangat dengan bonus hadiah tu semua terutama pengguna biasa. Mungkin bagi pengguna skala besar dan aktif mungkin ya. Itupun tiada banyak beza. Sifir kira-kiranya syarikat tersebut tetap lebih untung dari pengguna. Cara mereka berniaga tak sama seperti peniaga supermarket buat untung.

    Win-win situation?

    Pengalaman saya pakai postpaid 013 dan 012 memang letih. Mengalahkan bank lagaknya kutip duit hujung bulan. Akhirnya bila tak tahan (tertunggak lama sangat dll) saya tinggalkan begitu je tanpa notis, pedulikan surat 'lawyer' tiap bulan, bukan dia nak pujuk kita sambung balik kah atau sarankan guna pakej lain yang sesuai bahkan suruh bayar balik 'hutang perkhidmatan tanpa perkhidmatan' selama lebih kurang lebih 6 bulan yang tak pernah diguna pun, tak munasabah langsung cara berniaga. Bukankah bagus pihak pengendali komunikasi katakan "kami telah memadam bayaran tertunggak yang tak pernah digunakan untuk panggilan masuk/keluar anda, anda boleh sambung seperti biasa, tanpa pelanggan seperti anda siapalah kami". Ini tidak, "Kami tak terhegeh-hegeh dan nama anda black list get out! bayar kalau datang balik"

    Disebabkan cara terdesak/ mendesak beginilah perkhidmatan menjadi begitu mahal. Yang serik takkan datang balik, yang sedang guna diperah cukup-cukup. Akhirnya saya pakai prepaid DiGi topup RM5 je. Bak kata Yus Jambu top up 3 ringgit dah... Pada adik-adik yang baru nak kerja, jauhkan diri anda dari postpaid.

    Sebenarnya sebab pengguna kekal setia lama dengan syarikat bukan sebab perkhidmatan tapi nombor tu saja, dah guna lama, semua orang tahu.

    BalasPadam
  17. Salam bro

    Saya suka ayat yang last dari pengguna yg bernama minat buku.

    " Sebenarnya sebab pengguna kekal setia lama dengan syarikat bukan sebab perkhidmatan tapi nombor tu saja, dah guna lama, semua orang tahu. "

    Kalau orang dah pakai nombor bertahun2 dan ramai kenalan dah kenal nombor tersebut, agak payah untuk tukar ke nombor lain atau perkhidmatan telekomunikasi yg lain.

    Sekian

    Saya pakai maxis. Ok.

    BalasPadam
  18. Salam Bro,
    Saya pengguna talian Maxis sejak ulang tahun pertama Maxis sehingga kini.

    Dpd segi liputan, tak dinafikan maxis kurang berbanding celcom. Pernah bercadang nak bertukar ke celcom secara MNP tapi pelan yang saya dpt di Maxis tiada di celcom, maka saya batalkan hasrat.

    Biasanya, jika tiada vandalisme pada pemancar mereka, servis maxis lebih stabil berbanding celcom.

    Bagaimana pun, sebagai backup dikhuatiri berlaku masalah pada rangkaian maxis tanpa diduga, saya ambil talian prabayar BLUE celcom.

    BalasPadam
  19. Salam En. Mazidul,

    Saya merupakan pengguna Maxis sejak tahun 2003, bermula dari pengguna prabayar sehinggalah bertukar ke postpaid. Setakat ini saya tidak mempunyai masalah dengan Maxis, layanan dari pusat khidmat pelanggan mereka juga bagus. Mereka juga ada membuat follow-up atas setiap aduan yang dibuat.

    Untuk pelanggan setia yang membayar bil melebihi RM300 sebulan secara automatiknya layak menjadi ahli Maxis One Club dimana promosi2 ekslusif untuk pelanggan setia tersedia dan tidak ada untuk pengguna baru dan biasa.

    Servis di pusat khidmat pelanggan juga bagus. Pakej2 menarik yang disertakan dengan peranti (smartphone dan tablet) juga sentiasa ada. Saya telah pergi ke pusat Blue Cube Celcom untuk cuba melanggan pakej mereka tetapi mereka asyik mengatakan tiada stok peranti yang dikehendaki dan tidak tahu pula bila stok baru akan sampai. Perkara ini tidak terjadi pada Maxis.

    Berkenaan dengan liputan rangkaian, saya sekarang ini tinggal di Kerteh dan liputan amat bagus berbanding Celcom. Kadang2 Celcom mengalami kesesakan dalam talian menyebabkan komunikasi terputus tetapi ini tidak terjadi kepada pengguna Maxis. Agak mahal sedikit berbanding Celcom tetapi puas hati.

    BalasPadam
  20. saya pengguna maxis. setakat ni saya berpuas hati dengan maxis, walau cajnya dikatakan mahal berbanding yg lain.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum.
    pnggunaan talian kini memang byk pilihan.tapi tidak semuanya boleh memberi liputan yg memuaskan kpd pengguna.setakat ini memang celcom mempunyai liputan yg ttinggi bbanding dgn rangkaian besar lain spt maxis dan digi. Saya juga salah seorang pgguna setia celcom sejak dr thn 2000 hingga sekrang saya memilih celcom. sejak saya kerja tetap, celcom masih mjdi pilihn saya. Ini krna celcom boleh digunakan di mn2 sj. Semasa blk kg di kelantan celcom msh boleh digunakan dgn baik. Namun bbeza dengan liputan 3G.saya dapati ia tidak berapa memuaskan.
    spjang saya menggunakn postpaid celcom memang xada apa yg boleh dikongsi.cukup bulan bayar bil.tp jika prepaid mngkin ada sdikit bonus.tp ia spt menutup mata pengguna.bagi sedikit bonus hari ni esok lusa caj panggilan dg nilai rm10 sekejap jo ditelan. Mgnai penggunaan postpaid pula. Saya guna pakej 1+ 5.kadar rata yg dikenakan mmg nampak ada keuntungn kpd pengguna.tetapi caj yg dikenakan dari sub nombor ke nmbor lain diam-diam sampai bil agak tkejut juga.tdk berbaloi dgn masa yg digunakan. keadaan ini bukan saja blaku pada saya, mgkin pada ramai lagi pengguna lain seluruh negara. Yalah, manakan tidak celcom boleh dapat untung hampir satu billion dan lebih setiap tahun. pada ketika dulu saya lihat celcom ada mjaga kbajikan pengguna pospaid.tapi sekarang ia lebih kepada keuntungan syarikat semata2.dulu jika bil tidak dbayar dalam masa dua bulan masih lagi diberi peluang boleh dbayar pada bulan berikutnya.tapi sekarang jika lebih je sepuluh hari setiap bulan perkhidmatan keluar disekat. Bg saya dan mungkin pengguna lain amat terkilan dgn cara ini.bukan sengaja tidak mahu mjlaskan bil. tapi oleh kerana setiap dari kita mempunyai tnggungjawb lebih dalam bulan tertentu maka bil tidak dapat dijelaskan.inilah yg patut diberi perhatian.jika prepaid kita boleh kekedai topup sepuluh ringgit..
    Ada masa kecemasan kita tak boleh guna dan ia memberi masalah kpd pengguna. Memg celcom mpunyai strategi utk memaksimumkan keuntungan. Tp tidak dalam memaksimumkan kepuasan dan kebajikan sosial pengguna.mereka hanya lebih pentingkan angka billion pada setiap tahun. Maka apa yang disediakan oleh pihak celcom dan lain2 terpaksa ditelan begitu sajaa. Kita pengguna terpaksa menggunakan talian walaupun mereka tidak memberi khidmat yg terbaik. Apa saja talian semua sama saja. Ada baiknya dan ada buruknya. Pilihan ditangan kita. Jika kerajaan mengeluarkan lesen baru pun ia tetap sama. Keuntungan menjadi nadi kepada perjuangan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju,kesimpulannya semua telco 2x5.kesetiaan kita dari dulu mcm dah tak bererti,yang terbaru celcom pula dah upgrade sistem data.nak guna bnyk bayar lebih,ikut hati kembali ja zaman dulu,no hp no talk.lg senang lg jimat.mungkin aku nak tutup 3talian aku dan guna hanya 1 talian prepaid,bayar line untuk 2tahun siap2 rm50.parking.dok rumah buat ibadat pi kuliah masjid lagi bagus dari membebel & berfb :-)

      Padam
  22. Saya mula pakai ADAM 017 kemudian tukar pakai CELCOM dan tukar pakai DIGI dan tukar semula ke CELCOM. Line saya tiada penggunaan data. Dengan cara penggunaan saya dengan celcom bil hanya dalam lingkungan 130 ke 150 bila pakai digi bil saya jadi 190 ke 230. Dan saya tukar semula ke celcom. Memang service celcom Tak Sebaik maxis dan digi tetapi celcom lebih jimat. Bila guna broadband pula. Celcom unlimited walaupun speed jadi perlahan bila quota habis. Maxis akan charge bila quota habis bagi setiap kbyte.
    Dan sekarang saya pakai celcom dan umobile bagi smartphone. Dengan RM28/mth boleh dapat 100minit panggilan percuma ke mana2 talian, unlimited data 500Mb quota utk high speed dan unlimited bila habis quota dgnbspeed perlahan. Minit panggilan carry fwd bila kita auto renew. prepaid umobile paling puas hati. Coverage pun dah luas kerana dia ada deal dgn maxis.

    BalasPadam
  23. Saya pengguna terawal pelan prepaid broadband Digi dah pakai 2 tahun..yang best untuk pelan ini walaupun koata speed daily dah habis guna..still boleh layari internet...dengan baik..pelan tu dah tak ditawarkan sekarang ..saya beruntung menjadi org yg terawal....

    BalasPadam
  24. salam semua.

    kita boleh pilih mana² mengikut kesesuaian.

    pendapat saya :

    celcom : liputan luas, online customer service ok. cuma bonus/keistimewaan lebih kepada pengguna prepaid dan bil lambat keluar.

    maxis : line 3g tak meluas, ada bonus, keistimewaan ahli kelab, cuma bil banyak caj.

    digi : murah tapi liputan tak meluas. area kampung takde line.

    BalasPadam
  25. Dh brthun thun sya guna maxis..pospaid.. tp bila sya pindah rumah line mcm kureng la pulak. Area trtntu je dpt cvrage. so sya dh switch line ke celcom.

    So no kekal. X risau org x tau. Line shja brtukar. Line celcom. Cverage lgi better dri maxis.

    Psal bil. Kalau lmbt byr celcom mmg rajin sgt hntr mesej. Sgt prihatin.. hehe..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikun Tuan Mazidul.

    Komen saya mungkin panjang.
    Bagi saya yg menggunakan celcom sejak 12 tahun lalu, biar pun mahal tapi itulah yg terbaik antara semua Sama ada buat panggilan ataupun broadband. Kalau takat bagi diskaun tapi servis sepanjang tahun hampas buat apa dan kita seperti Tuan kerja/tugas byk bergantung kepada internet semestinya tak mahu kerja terganggu disebabkan hal2 remeh seperti tak ada coverage, drop line dsb.

    Saya ada beberapa tip utk memilih servis provider.
    1. Coverage di tempat tinggal. Boleh check di web.
    2. Jenis kegunaan internet/call. Heavy duty atau setakat call shj.
    3. Tahap kemampuan kewangan. Kalau nak lebih silalah bayar lebih. Tapi kena make sure bayar apa yg nak shj. Jgn dengan cakap promoter. Seboleh2nya ajak kawan2 yg tahu masa nak pilih pakej.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum Sdr Mazidul

    Akhir thn 90an saya menggunakan perkhidmatan Maxis postpaid. (Saya tak pernah guna prepaid sbb boring nak top-up).Bill tinggi melambung dan coverage hanchuss...Saya tkt kpd celcome...coverage meluas walaupun d kawasan luar bandar. Bill tak tinggi sgt. Skrg saya menggunakan Pakage Celcom Iphone 4 (walaupun telefon saya dah tkr kpd Samsung Note II ttpi saya masih kekal dgn pakage IP4) bayaran RM98. Package ni memberi panggilan percuma 6000++ minit, 500 sms/bln 'percuma"Internet included. Saya sgt berpuas hati dgn pakage ni. Bilangan call saya sgt byk, internet saya guna maksimum, sms saya tak terkira....setakat ini bill saya tak lebih drp RM 108.00. Berbaloi, amat berbaloi. Cuma kebelakangan ni ada gangguan line selalu terputus ketika sedang digunakan. Tapi berbanding dengan nilai wang saya, masalah tu kecil sahaja...kalau putus, saya call semula. Langsung tak ada masalah. So....kesimpulannya, 1. Bergantung di mana anda berada, jika di pantai timur spt saya ni...Celcomlah yg terbaik. 2.Kita kena bijak memilih pakage. Pilihlah pakage yg bersesuaian dgn kita... Harap maklumat ni blh membantu...Wassalam

    BalasPadam
  28. 2 hari lepas saya baru sahaja membuat aduan kerdit xmasuk RM10 hehehe.. biarpun nilai RM10 nampak kecil tapi itu hak saya , dan duit saya..

    Btw , cantik Kraft Dari Sarawak di gambar.

    http://www.pengerindu.com/2013/01/celcom-celcom-celcom-sila-pulangkan.html

    BalasPadam
  29. aku pernah menggunakan maxis dan kini sudah bertahun menggunakan celcom. Maxis hanya pandai mencari untung. Nak call servis centre pun kena bayar berbeza dgn celcom free. Then Maxis ni banyak sgt tipu helah.. Tauke plak dah memang kaya raya buat hapa nak kasi kaya. Bukan dengki tapi duit aku, aku punya pasal lah nak pakai ikut mana.. Celcom di hatiku.. tapi celcom satu je problem, kos panggilan kadangkala kejap murah kejap mahal.. apapun celcom terbaik dari segi coverage. Kalau xde coverage baik buang je henpon dalam longkang..

    BalasPadam
  30. Saya pernah bekerja di syarikat telco di dmnsara dmai...melalui pengalaman bos sy berkata pencawang celcom lebih banyak di pasang di malaysia... So lebih baik pilih celcom... ternyata liputan ye lebih meluas kan.. tu pendapat sy la...

    BalasPadam
  31. saya pernah pakai postpaid celcom dgn no cantik itu pun sebab kebetulan gabung dgn no kad pengenalan...so jadilah no ni 0194466881...kalau org minta no hp saya bagi no saya ...diorang mcm x percaya..yer la semua pair. ada juga saya mengusik bagi no ni 01944668811...ada plak yang mesej..mmg dapat cuma call jer x dapat. tapi kemudian saya bertukar ke digi postpaid dengan mengekalkan no lama saya. Budget nak jimat kos dengan reg org rumah saya sbg sub line. Saya punya penggunaan masih hampir sama dengan penggunaan sblm ni dgn celcom. so far coverage ke dua2 ni ok. Hujung tahun lepas saya ambil peluang dengan menukar ke prepaid plak. Nombor saya kekalkan, sebab sayang sangat no ni....heheh. Memang lebih bebas sikit..tak terikat dgn komitmen bulanan. Boleh budget lagi. Line sama okey. Top up dari cimbclicks dan maybank2u pun okey. mana2 pun boleh top up. dan yang menarik telco Tunetalk Toneexcel yang saya gunakan sekarang beri banyak sangat manfaat. yer la cuba bayangkan selama kita menggunakan khidmat telefon dah beribu-ribu kita habiskan...tapi cuma dpt call, sms, surf internet dan perkhidmatan berkaitan. Cuma telco ni bagi manfaat yang mungkin kita tak pernah terfikir..apatah lagi telefon merupakan keperluan semua orang dari yang muda hingga yang ke warga emas. lebih lanjut klik link dibawah:
    http://toneexcel.biz/?id=126711

    BalasPadam
  32. Dear Bro Mazidul, pengalaman sy pula tlh menggunakan Celcom lbh dr 7thn sbg supplement kpd suami saya. namun begitu bil yg dikenakan keatas sy terlalu tinggi yakni sebyk $250++ walhal sy jg telah mengambil data plan $38 sebln. So total komitmen sy septtnya dlm $48 sebulan. Sy jg telah pergi ke CUBE namun mrk menasihatkan sy utk pergi ke caw celcom utk mendapatkan keterangan lanjut. bermcm2 alasan yg diberikan. akhirnya sy bertukar ke umobile menggunakan no lama. Sy bekerja di Menara Bank Islam yg mana Line celcom di sana amat la teruk. namun setelah bertukar ke umobile sy dapati line adalah yg terbaik. tiada lg panggilan yg x blh diangkat. Alhamdulillah. Sy mengambil pakej postpaid U58 yg mana data yg diberikan adalah 2GB, panggilan percuma ke operator lain adalah sebyk 200 minit sebulan. Amat berbaloi. sy jg telah menjalankan speedtest ke atas kedua2 line berkenaan & sy amat berpuas hati dengan Line Umobile.

    BalasPadam
  33. Salam En.Mazidul,

    Saya pengguna Maxis sejak 2011. Maxis bagus dari segi coverage. Kampung saya yang di Benta,Pahang pun coverage dia bagus :)

    Tetapi saya ada masalah dengan customer service di Maxis Centre Sunway Pyramid pada December 2012. Bila saya nak tamatkan old plan broadband tu, Maxis CS muka masam macam bad mood... tiba-tiba Maxis CS tu baling 2 file folder ke arah saya...sakit saya kena baling.Laporan SKMM dah dibuat... tapi kes itu ditutup sahaja tanpa penyelesaian nya...


    But I still stay with Maxis....kerana coverage....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha lucu plak kata maxis bagus dr segi coverage... slalunya maxis punya coverage line di kawasan pekan saja, kalau kampung jgn haraplah, kat baling pon skrg ni maxis kurg dalam covorage, kalau celcom mmg luas coverage.. sbb mmg kawasan PEDALAMAN capaian celcom penuh, berbanding maxis yg hanya 1 bar.. or tak da langsung... 3G? dirumah saya pon jenuh angkat broadband.. yg full 3G DIGI saja.. celcom bleh gagah dlm 3 bar, mxis? mcm sy cakap td, jenuh angkat tangan, bukan smua telco ada coverage yg luas, ikut jugaklah kedudukan nya strategik atau tidak... kalau anda suka coverage maxis, GUNA SAJA UMOBILE kerana UMOBILE share coverage dgn maxis, suka celcom? guna saja TUNE TALK sbb diorg share line dgn celcom, DiGI? guna happy prepaid atau clixter sbb diorg share dgn line digi.. itu alternatif dia sedara... tukar Umobile lagi best...

      Padam
  34. Saya pernah jadi pelanggan setia Maxis Hotlink selama lebih dari 4 tahun. Saya pakai prepaid Hotlink sebab rasa beban dengan bil bulanan telefon. Selepas 4 tahun, tak ada apa yang saya dapat untuk kesetiaan saya tu.
    Sekarang saya guna TuneTalk (di bawah program ToneExcel). Rasa berbaloi juga nak mengaktifkan line sebab kita dapat points yang takkan expired dan yang bestnye, kita dapat passive income selagi downlines top-up.
    Contact Saya kat http://toneexcel.com/affiliate/index.php?ID=131857

    BalasPadam
  35. U mobil........tak boleh harap langsung dah 2bulan service tak memuaskan
    Melanggan apa plan pon lembab
    Boleh dikata menipu duit pelanggan

    BalasPadam
  36. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  37. saya nak tanyalah....
    bil untuk postpaid tu..
    dah mmg tetap setiap bulan atau dia ikut penggunaan kita....
    kalau kita x buat panggilan atau sms...
    adakah tetap ada bil yg perlu dibayar...

    BalasPadam
  38. semua syarikat telemunikasi tu berebut pelangan, semua pun ada klebihan dan kelemahan. Saya dulu pakai celcom, tp nak tukar bday pun payah. Last saya port in no saya tu ke tunetalk. Memang brst tunetalk. Termurah, bagi duit kpd ahli pula tu. So rugi memang rugi kalau x guna tunetalk.
    http://mytoneplus.com/jeir

    BalasPadam
  39. Tunetalk terbaik. Celcom payah nak berurusan hari tu pun nak tukar bday pun, susah nak tukar. Last2 saya portin ke tunetalk. Memang berbaloi. Tunetalk bukan sekadar prepaid, makah sumber gaji no 2 saya sekarang. nak info

    http://mytoneplus.com/jeir

    BalasPadam
  40. kecewa jugak dengan celcom da pakai 10 tahun prepaid, tp nak pakai mobile internet paling mahal rm5 sehari dan rm18/7 hari..padahal lembap jugak..nape maxis dan digi boleh buat rm1 je sehari..betul2 keciwa ...

    BalasPadam
  41. Saya guna celcom dari tahun 2003..liputannya luas. Kat kampung di Pahang ni pun ada 3G. Mula2 guna prepaid, lepas guna smartphone beralih ke celcom postpaid. Guna data plan RM38/month dan voice & sms RM 50/month. Data plan ni ade sikit tak memuaskan...asyik slow je (EDGE) kadang2 je 3G..hampeh

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum,

    Saya juga antara pengguna tegar Celcom sejak dari zaman belajar di UiTM Shah Alam. Pernah betukar kepada beberapa service provider lain seperti Maxis dan Digi. Pada pendapat saya Celcom coverage mmg terbaik sehingga ke ceruk2 kampung masih ada line berbanding Digi dan Maxis.
    Setiap kali balik ke kampung, Celcom tak pernah menghampakan. Sure ade line. Tapi mcm En Mazidul cakap tiada apa2 advantage dari pihak Celcom untuk menghargai pelanggan seperti Digi dan Maxis. Cuma buat masa skrg sy still stick to Celcom disebabkan coverage yang amat OK bagi saya. THANKS.

    BalasPadam
  43. tahun 2003 saya beli no. prepaid hotlink Maxis.Few years later saya langgan internet broadband.tk ingat brp Mbps dia...tp sebulan rm98.memula ok..lepas tu start slow terus terus...then saya terminate internet service 3 years later.kira dah abis kontrak la.
    tp yg buat saya terkejut, saya ade 2 akaun internet.bila masa wujud lagi 1 akaun tu pon saya tak tau.dan saya tk pernah terima bill.tk byk tp still duit la.kalo 1000 org dia wat koje tipu camni berapa ribu dpt?silap2 juta.lepas bertekak dan akhirnye dia insist saya kene byr sbb nama saya kan...so saya byr.dia bg la surat offical menyatakan saya dah settle sume bill dgn maxis.sakit hati punye pasal, saya tukar line tepon ke celcom plak.Tiba2 org celcom ckp nama saya kene black list sbb ade utang tk settle lagi dgn maxis.hadoiiii...mmg la kaki tipu.saya bg surat `pelepasan' yg dia maxis bg aritu pun tk leh pakai.org celcom advise saya pegi maxis dan `hentak meja' sikit sbb depa tak wat koje.org dah settle sume bill dia tk clearkan nama saya kat CTOS.hape lagi pegi maxis hentak meja la saya kat kaunter tu.siap minta reference no.CTOS tu lagik.Padahal, gap saya byr bill maxis yg last sekali dgn tarikh saya nk tukar line ke celcom 6 bulan tuu...Kesimpulannye...MAXIS MMG PENIPU.ramai dah kene.so check la bill anada kot dia bukak akaun anda 2 ke...3 ke...ikut suke2 dia je.saya dgn geng mmg dah boikot maxis.Hidup celcom (w/pun tk penah dpt free hape2)

    BalasPadam
  44. Saya mengunakan Celcom semenjak 1994 (010- analog) hingga sekarang (019-digital). Tiada telco yang mempunyai service sebaik seperti Celcom. saya pernah mencuba Maxis dan Digi sebagai second number tetapi akhirnya saya tukar second number saya kepada Celcom. Sekarang saya menggunakan dua number Celcom satu prepaid satu postpaid bersama broadband. Celcom the best.

    BalasPadam
  45. Saya mengunakan Celcom semenjak 2002 sampai sekarang tetapi jenis prepaid saja.Dulu ada juga celcom bagi free itu ini tapi sekarang sejak celcom pelbagai pakej sim kad cth xpax,XOX,x2 dll.Yang free tuh dah tiada kot atau saya yang tidak perasan

    BalasPadam
  46. Saya pengguna Maxis sejak 2003..sebelum tu guna TMTouch (013).. ntah macam mana tersangkut dengan satu panggilan dari Celcom pada Mac 2013, saya pon tukar talian, dari prepaid Maxis ke postpaid Celcom, mengekalkan nombor yang sama. Sebulan pakai, saya rasa teramat sakit disebabkan caj yang amat mahal.

    Untuk pengetahuan, saya tak pernah guna lebih dari RM 20 sebulan..hehe... kemudian saya tamatkan kontrak dengan Celcom dan nombor tersebut terpaksa dikuburkan.

    Saya beralih kepada Umobile. Nasib baik ada liputan di kawasan saya, dan sangat berpuas hati sebab murah dan coverage pon mantap. Pelan RM28 sebulan untuk data, unlimited dan free 100 minit call, 30 SMS.

    Cuma sejak minggu lepas ada masalah line di tempat kerja saya..harap2 tak berterusan. Kalau tak, saya nak kembali kepada Maxis!

    BalasPadam
  47. saya kekal dengan maxir prepaid dah lebih 15tahun sebab:
    1.Caj kadar panggilan dan sms yang murah untuk aktif 10
    2.Free call 24 jam untuk talian maxis semasa menyambut hari lahir
    3.Bonus point setiap kali top up kredit
    4.Boleh berkongsi kredit dengan talian maxis yang lain .

    BalasPadam
  48. saya dah bertukar kepada Tunetalk Toneexcel kerana banyak kelebihan
    www.talktalkbiz.com/simkad
    www.simkad.biz

    BalasPadam
  49. saya dah bertukar kepada Tunetalk Toneexcel kerana banyak kelebihan
    www.talktalkbiz.com/simkad
    www.simkad.biz

    BalasPadam
  50. Saya pengguna setia CELCOM .. Sekarang sy guna plan x2 .. Pasal bOnus tO sy selalu jew dpat .. Kadang2 bonus kredit rm3 , call free 1 jam .. Dan lain2 lagi .. Dari darjah 5 sampai sekarang sy umur 22 masih guna celcOm lagi .. CELCOM terbaik ..!

    BalasPadam
  51. Salam untuk semua.
    Saya pun ada cerita kisah benar yg menyanyati merangkap kpd sakit hati Ttg phidmatan celcom ni.
    Ianya tjadi pd kakak saya, beliau mggunakan postpaid celcom bjalan sperti biasa. Pd suatu hari bil telah sampai kerumah, beliau tkejut bil melambung mencecah ribuan ringgit, bila pergi rujuk pd celcom pegawai Celcom itu mgatakan Yg kakak saya telah mendownload game dan bmain game scara online pd hal kakak saya dh brumur mana tau nk download game atau bmain game scara online (semua anggota keluarga x berani menyentuh hp beliau). Bila kakak saya mminta senarai game dan web online telah di charge itu pegawai tersebut mberi 1000 alasan agar kakak saya tidak mgetahuinya. Kakak saya blk dgn hampa dan telah mgamuk bl sampai di rumah, semua anggota kluarga sanggup junjung al quran mgatakan tidak pernah myentuh hp tersebut, malah hp tersebut bl x dgunakn mmg srntiada dlm almari blknya, bl Kakak saya bcerita dan mgadu pd teman² Kakak saya mberi respon bhw kmungkinan besar ada pkerja celcom yg x btanggung jwb tlh mcuri line hp ny dan mgambil ksempatan. Lalu kakak saya mnangis...... mn nk cekau ribuan rnggit utk mbayar apa yg beliau tidak gunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kerana paket data sentiasa on kot, lepastu hp tu automatik update lah.... Sepatutnya klau nak guna internet kat hp kena beli data plan bru selamat... Mak saya pun pernah terjadi macam ni, adik saya secara tidak sengaja on paket data pastu lepas 3 jam Celcom menghantar mesej bahawa bill di charge RM300 lebih.... Sejak itu mak saya membeli data plan, dan kejadian tersebut tidak berulang lgi..

      Padam
  52. Saya Dulu suka guna maxis sebab pelan youth club..mmang super murah senang citer macam aktif10 boleh add 10 no je murah tapi "youth club" semua murah macam aktif 10 tapi maxis-maxis je la

    skarang dh pindah ke celcom 1malaysia tapi no hp masih sama

    Klau suka guna internet sy sarankan gunala Prepaid sebeb klau Pospaid dh kompem kena kontrak
    Klau prepaid line tak bagus terus je bung simkad .. beli simkad yg ada coverage bagus

    baru-baru ni Celcom Smart Pinoy dah keluar semula dipasaran secara online
    boleh singgah blog sy jika mahu info lanjut :)

    BalasPadam
  53. Dah cuba pelbagai line. Celcom ke Maxis.. maxis ke celcom. Prepaid ke postpaid.. postpaid ke prepaid kembali. Utk call rasanya maxis dan celcom lebih kurang je. Kos panggilan celcom lg jimat berbanding maxis ( kebnyakan org akan ckp panggilan maxis lebih mahal). Saya dah 3 kali langgan dan ttp akaun broadband clcom. Punya nya sbb line internet nya selalu bermasalah. Pakai pulak maxis prepaid utk surf internet. Agak bagus tp klu di kwsn kg(pinggir bandar) selalu agak slow. Di kg Jong Belabuh, Kijal line internet utk maxis dan celcom dua2 fail. Slow giler mcm kura2. Dari dulu mcm tu. Baru 2 hari lps try guna digi prepaid. Line internet mmg mantap. Skrg saya guna 3 jenis line. Celcom postpaid dan Maxis prepaid utk panggilan(guna hp biasa yg ada 2 sim). Maxis Broadband Wifi utk surf internet. Terbaru guna prepaid utk surf sekali sekala bila balik kg. Yg tu guna kt smartphone. Utk kat umah saya guna sreamyx.Haha..

    BalasPadam
  54. Saya menggunakan 2 line prepaid... kedua-duanya prepaid... satu maxis dan satu lagi celcom... untuk kegunaan harian saya pakai maxis... kerana banyak kawan2 pakai line maxis... untuk line celcom.... saya hidupkan/topup untuk setahun terus... celcom menjadi keperluan bila time balik Kampong... Jalan hutan Grik-Kelate memerlukan line celcom jika berlaku kecemasan... line telco lain jangan harap... bergelap terus

    BalasPadam
  55. Assalam....
    Saya pengguna celcom dari tahun 2000. Saya ambil pakej 1+5.....bil 5 line yg saya pakai x lbh dr rm200...broadband pun saya pakai celcom...mmg memuaskan..bonus mmg xda tp as long as perkhidmatan yg diberikan serta coverage yg meluas...saya bersyukur..yg penting bila berada di mana pun coverage clear...even di atas puncak kinabalu..msh blh contact and update status....

    Yang penting, ikut kemampuan dan keperluan masing2..

    BalasPadam
  56. Celcom memang tak pernah mengecewakan dari segi coverage dan internet speed. Kalau nak banding dgn yg terbaru ni mcm U-mobile, mmglah tak sepadan sebab coveragenya hanya terhad di kaw Bandar. Maxis dgn digi is totally hebat dari segi promotion tap x selalulnya as it is yg digambarkan. Saya dah pakai celcom almost dah lebih 10 tahun dan memang the best Telco in Malaysia. Even in Asia Tenggara selepas dia dah set-up Celom Axiata. Masa sy pegi overseas, coverage pun masih bagus cuma mahal jelah kalau buat outside call. so, the best until now still Celcom in Malaysia. TM jgn lah pulak dibandingkan sbb itu utk fixed line bukan hp line. Arios....

    BalasPadam
  57. Saya guna Maxis dah 10 tahun. Kini bertukar ke Tunetalk/Toneplus dan kekalkan no. lama.
    Bagi saya, pakai line mana2 dan murah mcm mne sekali pun saya tetap MEMBAYAR setiap bulan. Dengan Tunetalk/Toneplus, kini saya DIBAYAR komisen TUNAI setiap bulan..
    *coverage tunetalk lebih baik dr maxis sebab guna service dr celcom.
    * maklumat lanjut layari http://www.mytoneplus.com/cheguhairul

    BalasPadam
  58. saya dah pakai digi dari tahun2005....sakarang 3 bulan sekali mesti dapat bonus....selalunya lebih dari rm50.00......digi ni kadang gila2 sikit....pernah saya dapat axcess internet percuma 1tahun....okla tukan....sekarang wajib kena bayar....saya guna plan yang paling murah jew....rm18.00 1 bulan 350mb jew.....tapi saya masih puas hati walaupun kuata dah habis masih boleh digunakan.....cuma sensara sikitla tiap2 bulan digi update auto,kena call digi centre suruh adjust dia punya kelajuan internet.....(masih puas hati).terutama perayaan mesti ada saguhati sikit2,contoh diskaun kfc dominos,pizza,mnyak wanggi apa jewla dia nak bagikan.....cuma tunjuk msj jew dekat kedai yang dia tawarkan....kalau dekat ngan rumah ambik jewla.....tapi kalau saya balik kampunggggg memang hanggetla line digi....kena anggkat fon tinggi2....hahahaha...apa2 buat masa skarang saya puas hati dengan digi.... .maxis saya dah try internet skarang 4g,tapi kuata dah habis....plubb kredit pun plubb gakla....u mobile sudah try,celcomjew xpernah cuba.....jadi saya xpahamla sangat pasal celcom

    BalasPadam
  59. Assalam.. sya dlu pngguna tegar maxis n celcom (henfon)... tpi duit habih macam tu saja.. lpas tu muncul pulak tunetalk, bila saya baca, byak bnda yg kita bole dpt.. dan saya sbgai pengguna, tertarik utk kongsi.. cthnya, topup RM50 dapat RM20, topup RM30 dpat RM10.. Kalaw bil tepon yg smpai RM300 sebulan da boleh jimat RM120.. insurans RM100,000.00 pulak tu.. boleh buat biznes lagi.. celcom? bagi free calls sehari jaa dalam setahun.. selain tu?? xdak.. duit mati kat situ jaa.. coverage plak? mana ada celcom, situ pon ada tunetalk.. even celcom sendiri ada share dalam program tunetalk ni... x percaya? xpa,sendiri rugi.. smpai bila kita perlu menjadi pengguna yg setia? better jadi pengguna yg bijak.. program referal yg ditawarkan tunetalk bukan MLM.. klaw MLM da lama tutup, ni siap kluar surat khabar, media massa lagi...
    more info emel saya: theredsparks14@gmail.com

    BalasPadam
  60. Pendapat saya...saya pernah menggunakan celcom dan maxis...tetapi utk mobile data la..pendapat saya...celcom lebih sesuai utk org yg sentiasa berurusan dan bekerja...speed and coverage best...even abis kouta still mampu pi sampai 20kb ps....tapi maxis nk jejak 5 kbps....amatlah mustahil

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.