Selasa, April 30, 2013

FAIRUS MENDAKWA MAMPU GOYAHKAN ANWAR IBRAHIM DALAM TEMPOH 10 MINIT DI PENTAS DEBAT

"Sejak melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri membuat keputusan  balik ke Selayang, Selangor. Anak beliau 7 orang,  bukan ahli perniagaan, tidak mendapat sebarang projek istimewa. Saya beritahu beliau, bayar saya berapa sahaja Datuk Seri termampu. Setakat ini  gaji saya, RM1,000  sahaja  sebulan,"  ujar pembantu khas  Datuk Seri Dr Mohammad Fairus Khairuddin.

Ketika itu majikannya,  Datuk Seri Dr. Fairus sedang menyampaikan ceramah di PPR Seksyen 8,  Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,  sempena majlis Kenduri Rakyat.


Pembantu khas  terbabit berusia 32 tahun.

"Nasib baik saya masih bujang dan akan terus berkhidmat untuk beliau sehingga 5 Mei akan datang," ujar pembantu sama.

Jika dilihat senyuman Datuk Seri Fairus di pentas, siapakah mampu menjangkakan betapa getir cabaran didepani beliau sekarang  sebagai penyokong Barisan Nasional. Maklumat dimiliki beliau mengenai kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya menggoyahkan Ketua Umum PKR.

"Kalau saya hendak hidup senang, mengapakah saya perlu berhenti menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang? Apabila saya melihat Anwar Ibrahim mula khianat, saya tidak menunggu lama untuk berhijrah ke UMNO. Kalau fikirkan kepentingan peribadi, saya sudah duduk di tempat selesa," ucap beliau.   

Tambah  anak kelahiran Permatang  Pauh itu,  tiada satu pun projek perumahan rakyat di Pulau Pinang. 


"Beliau minat seni mempertahankan diri, Gayung Nusantara dan membaca buku untuk menambah ilmu.  Di rumah Datuk Seri, banyak sangat buku,"  kata pembantu khas beliau lagi.

Jika individu berilmu dan mampu berhujah secara bijak, kenyataan beliau sukar disanggah.

"Saya mencabar Anwar Ibrahim. Tidak perlu berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak.  Najib itu Presiden UMNO,  Anwar bekas  bantuan.  Dirikan pentas terbuka  di tempat awam,  kalau beliau anak jantan,  saya cabar beliau berdebat dengan saya, biarpun di Permatang  Pauh sekalipun,  saya bersedia. Biarkan beliau bercakap 50 minit, saya hanya perlukan 10 minit sahaja untuk menumbangkan Anwar Ibrahim, " ungkap Datuk Seri Fairus bersemangat.


Turut berada di lokasi sama, calon Parlimen BN, R. Prakash Rao dan calon DUN BN, Halimaton Saadiah Bohan.


"Ini majlis ke 17  saya  hari ini. Mazidul boleh teliti  jadual saya. Sebelum ini,  di Seksyen 4,  Kota Damansara, saya tidak mengetahui mengenai sesi Halimaton bertemu masyarakat di situ. Jika saya dimaklumkan, saya pasti datang.  Sehari, saya berkunjung ke 20 lokasi bertemu pengundi," komen Prakash.


Penceramah dari Institut Latihan Memperkasakan UMNO, ILMU, Ustaz Ahmad Izwan Hamzah turut berkongsi maklumat  dalam sesi ceramah.


Saya bertugas sebagai pengacara majlis  Kenduri Rakyat itu,   bukan bergiat di arena politik.


Melihat kaedah Datuk Seri Fairus berkongsi ilmu dan informasi di pentas ceramah, bijak andainya beliau dilantik sebagai senator apabila  Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum, PRU ke 13.  Pemegang  Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sains  Politik dan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta  sarjana Sains Politik Universiti Brainsfield, United Kingdom itu perlu  diberikan tempat untuk terus menyumbang ide membangunkan Malaysia.


"Masih ada anak muda Melayu beragama Islam yang jiwa raganya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.   Kalau saya hendakkan kesenangan dunia,  tidak perlu berceramah seperti ini. Bukan setahun dua, tiga empat tahun berpusing di serata Malaysia. Kalau saya hendak kaya, saya pernah duduk di tampuk kuasa sewaktu menyandang jawatan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Ketika itu,  Pulau Pinang, negeri kedua terkaya di Malaysia selepas Selangor. Saya juga Exco Agama Islam, Exco Keusahawanan dan Koperasi, Exco Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Pengerusi Invest Pulau Pinang bahagian pelaburan. Pada tahun 2008, kita berjaya membawa masuk 10 bilion pelaburan. Kalau saya hendak kaya, saya boleh atur proxy dan kepentingan saya," ujar Datuk Seri Fairus.

Beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika berusia 32 tahun.

Pentas kempen bakal bertambah hangat kerana kurang seminggu, rakyat Malaysia bakal mengundi di PRU ke 13.

3 hari lalu,  BIlik Gerakan PKR Kota Damansara didakwa diserang oleh  tiga  ahli PAS.


Petang semalam,  saya dihubungi oleh kenalan ahli PAS mengatakan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian sama di Balai Polis Kota Damansara.


Datuk Seri Anwar Ibrahim TAKSUB ingin menubuhkan 'Kerajaan Baru Malaysia'  kononnya selepas memenangi PRU ke 13.

Tidak salah untuk bermimpi.

Cuma mengejutkan, puak penyokong Israel kini secara terbuka menunjukkan sokongan mereka terhadap  'Kerajaan Baru Malaysia' itu.

Klik di sini untuk menonton video saya maksudkan.


5 ulasan:

  1. "Saya bertugas sebagai pengacara majlis Kenduri Rakyat itu, bukan bergiat di arena politik."

    aik.. kenduri rakyat??
    kenapa BN boleh pulak guna istilah rakyat? haritu bising PR guna perkataan rakyat? tak malu ke?

    BalasPadam
  2. Tukangdera, sejak bila perkataan 'rakyat' jadi eksklusif untuk PR?

    Belum memerintah dah nak tunjuk kuasa itu tak boleh, ini tak boleh,

    Lebih sudu dari kuah le lu...

    BalasPadam
  3. anwar khianat? atau engkau yang khianat wahai fairuz? menang kerusi dun penanti pun atas tiket PR. mampu gugat anwar? apa lagi, debat la..apesal menyalak macam anjing dalam kurungan.

    BalasPadam
  4. Dia dah cabaqq pak nun tu hang buta kaa? Tunggu laa pak nunn hangg sahut cabaran..bodoooo hang ni..hang baca betoi2 sikit dia tulis apaa baru hang menyalakk nau..memang dia menang..

    'kalau saya hendak hidup senang, mengapakah saya perlu berhenti menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang? Apabila saya melihat Anwar Ibrahim mula khianat, saya tidak menunggu lama untuk berhijrah ke UMNO. Kalau fikirkan kepentingan peribadi, saya sudah duduk di tempat selesa," ucap beliau.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.