Selasa, April 16, 2013

RAYUAN SAYA KEPADA DATUK SERI NAJIB RAZAK SEBELUM PRU KE 13

Saya tidak pernah mendesak rakan Facebook  mahupun pembaca blog ini begerak ke hulu ke hilir, berusaha merakamkan gambar pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di pelbagai lokasi di Malaysia.

Bimbang,  tindakan itu akan membazirkan minyak kenderaan dan tenaga kalian.


Tidak juga saya memohon semua untuk mengambil risiko membongkar kegiatan tidak berperikemanusiaan selama ini berlaku di hadapan mata kita.

Bimbang keselamatan diri kalian tergugat dan nyawa terancam.

Semua rakan media sosial dan pembaca blog tidak perlu membuat penyelidikan berhubung kegiatan zalim PTA kerana kegiatan itu mengorbankan masa.

Bimbang mengganggu ruang waktu kalian.

Nampaknya, beberapa tokoh politik sebelum ini dimaklumkan mengenai kegiatan perhambaan kanak-kanak dan remaja,  tidak mengambil pusing berhubung informasi disalurkan kepada mereka.

Klik di sini.

Namun, harapan saya untuk memberhentikan perhambaan ini tidak terkubur.

Saya yakin, satu hari, satu detik, isu PTA bakal menyentuh hati pemimpin di negara kita. Justeru tatkala itu meraka akan bangkit dan bersama kita menggunakan kuasa termaktub, memberhentikan operasi PTA selama ini kelihatan bak terlalu kebal.

Ketika itu, kita berharap, pelajar PTA tidak lagi perlu melarikan diri tidak keruan sebaik menyedari gambar mereka dirakamkan oleh orang ramai bersifat prihatin.


Adakah mereka dimarahi oleh masyarakat? Tidak. Adakah kanak-kanak itu dikeji atau dipukul dek orang  ramai? Tidak. 

Jadi mengapakah mereka bertindak melarikan diri?

Pihak memperhambakan remaja di bawah umur itu semestinya telah memaklumkan mereka supaya cuba mengelakkan gambar dirakamkan oleh orang ramai. 

...   gambar berkemungkinan dipaparkan di media sosial seperti blog, Facebook dan Twitter.

... gambar berkebarangkalian berpeluang menyedarkan pemimpin negara agar bertindak dengan kadar segera.

Sebenarnya, kanak-kanak itu dan ramai lagi,  tidak perlu melarikan diri kerana tempat mereka bukan di jalanan.

... dan tidak harus diperhambakan.

Pembaca sekelian ...

Dalam kesibukan mendepani Pilihan Raya Umum, PRU ke 13 pada 5 Mei, Datuk Seri Najib Razak dan barisan pemimpin Barisan Nasional pasti sedang sibuk pada saat ini. Oleh itu amat tipis kemungkinan mereka untuk menjengah kandungan entri ini. 

Namun sebagai pengundi, kita berhak untuk terus menyebarkan kebenaran di media sosial. 


Saya merayu kepada semua pembaca blog ini untuk LIKE laman HENTIKAN PERHAMBAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA.

Kepada pemilik akaun Twitter sila kongsikan entri ini bersama Datuk Seri Najib.

Sebarkan maklumat benar, semoga Datuk Seri Najib campur tangan mengarahkan pegawai pihak berkuasa untuk menangani kes ini. 

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Nik Aziz Nik Mat ingin bersama membantu, tidak salah.

Usah memandang sebelah mata hanya kerana tiada kepentingan politik dalam isu dibangkitkan.

InsyaAllah.

13 ulasan:

  1. betul2... hal ini adalah tanggungjawab semua pemimpin masyarakat..

    BalasPadam
  2. ermmm...politician ni xubah macam pelakon je sebenaqnya...semua mengharapkan direction dri public...xkira dari parti mana sekali pun depa ni..depa semuanya sama, apatah lagi yang asalnya adalah artis, lagi la pandai memainkan watak. Wahai perdana menteri malaysia...bukalah mata, celik luaih-luaih...tengoklah isu ni, dah lama sangat kot...budak2 ni dok mengemis. Buktikan apa yang aku tulih ni xbetoi..PM kita celik dan peka bukan takat pandai cakap ja...

    BalasPadam
  3. saya setuju. Sesiapa sahaj, asalkan peranannya dan amaanahnya pemimpin, tolong ambil berat isu ini. saya dan suami juga beberapa kali didatangi anak kecil lingkungan usia 10-17 tahun, menjuaal pelbagai barangan,sebaliknya bertujuan mengutip dana untuk sek tertentu/ pusat tahfiz.Saya tak nampak kebijaksanaan mereka meminta pelajar mereka menjual/mngutip dana. Tidak perlu ada kepentingan politik baru ingin bertindak. syabs dgn penulisan yang mengajak pembaca membka mata dan telinga:)-

    BalasPadam
  4. Saya pun setuju..semoga Datuk Sri Najib dapat mengambil tindakan segera..

    BalasPadam
  5. Saya pernah menyoal kanak2 dari PTA ini, dia berumur lebih kurang 14 tahun dan sewaktu itu sudah pukul 11.30 malam. Awak tak bersekolah ke? Apa tujuan menjual begini? Tak ke sepatutnya berada di rumah mengulangkaji pelajaran?

    Jawab kanak2 ini, kami bersekolah pagi dan petang hingga malam "berlatih berniaga". Bila ditanya syllabus apa dipakai di sekolah, peperiksaan apa yang bakal diambil, dia nampak bingung dan tak boleh jawab. Tetapi selepas itu kanak-kanak itu sambung lagi dengan bangga dan sedikit degil, penjualan buku2 waktu malam buta itu untuk "meningkatkan ekonomi orang Islam". Katanya, bila besar dia hendak menjadi businessman, ini semua latihan awal.

    Sungguh saya kesian. Kanak2 diperhambakan dan di'brainwash' lagi. Memang keji.

    BalasPadam
  6. sanggup bdk2 tu lari mcmtu sekali bile ada yg amik gambar mereka yek, sanggup membahayakan nyawa mereka... mana lah pergi nya `cikgu2, ustaz2` mereka semua... mana lah mak ayah bdk2 tu semua...

    BalasPadam
  7. saya setuju dan sokong kerana anak-anak ini dinafikan hak mereka dalam kehidupan sedari kecil di ajar menjadi pengemis dan peminta sedekah,walhal tuan mereka hanya bergoyang kaki. kebajikan mereka harus diutamakan kepercayaan untuk menjaga dan mendidik mereka harus di junjung. jgn perlekehkan masa depan mereka. mereka bukan dilahirkan untuk mengemis mereka harus belajar menikmati kehidupan. mohon Bro dapatkan bantuan kebajikan masyarakat atau NGO lain untuk mengesan markas mereka dan menyelamatkan hidup anbak-anak ini yang dalam kelam dan keliru..ini juga masalah sosial dalam medium yang kurang peka oleh masyarakat.arus kemodenan dan ekonomi yang baik telah meninggalkan jauh nilai-nilai murni setiap insan;ini juga menyebabkan isu ini dipandang sebelah mata.Syabas Bro!Teruskan berjuang demi HAk kanak-Kanak!

    BalasPadam
  8. Harap PRU kali ini bisa mengubah keadaan menjadi lebih baik. Ya, Allah selamatkanlah Malaysia tercinta ini dari pemerintah yg zalim.

    BalasPadam
  9. Bro Mazidul, satu je cara nak bagi Najib & pihak berkaitan spt Jakim ambil tindakan. Cari jalan nak kaitkan pemilik/pengasas Tahfiz Amal ni dengan PAS. Confirm akan ada tindakan punyalah.

    Benda mcm ni biasanya akan dipandang sebelah mata sebab takde kematian, tak melibatkan orang kenamaan (yg jadi mangsa) dan tidak boleh buat modal politik.

    BalasPadam
  10. Kita selalu memikirkan isu ini dengan menganggap ianya isu perhambaan dsb. Sebab yang buat aktiviti begini anak yg se ugama dgn kita. Tidak pula kita fikir adakah ujud tahfiz yang dikatakan...ataupun rumah anak yatim berkenaan. Kalau ujud adakah penghuninya cukup ke makan-minum mereka....siapa yang tolong. Ahli politik sibuk beri bantuan kepada sekolah cina....tamil....tapi bagi tahfiz/rumah anak yatim ada ke diberi bantuan dengan mudah. Adakah kita nampak kumpulan2 gadis filipina mengutip derma dengan bermain alatan muzik bagi mengumpul dana utk masyarakat kristian difilipina....kita juga memberi....tapi diam je....tutup mulut. Marilah kita bantu mereka dan bukannya berkempen membenci mereka.....

    BalasPadam
  11. Sila rujuk iklan muka surat 32 Berita harian jumaat 19/4/2013 berkenaan dengan Sambuta Hari Raja Sakti Malaysia. Mungkin akan nampak dimana kekebalan mereka....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.