Rabu, September 15, 2010

Wartawan Dan Jurukamera Jangan Dekat!

Jam 3 petang tadi, saya tiba di jalan masuk menuju ke Ladang Gadong, lokasi kejadian pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 mangsa lain.


"Arahan Ketua Polis Selangor, pemberita dan jurukamera jangan dekat dan tak boleh merakamkan gambar proses mencari bukti," kata anggota polis berkawal.

Sejak 3 hari lalu kakitangan media tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian.



Unik forensik menjalankan usaha mencari bahan bukti di Sg Panchau, lebih kurang 500 meter dari jalan ke Ladang Gadong terbabit.

Justeru, wartawan dan jurukamera 'berkampung' di kawasan berhampiran kuil Maha Mariaman Estet Gadong, Tanjung Sepat berhampiran jalan dikawal 2 anggota polis bertugas mengikut shif 8 jam.


Sememangnya kes pembunuhan kejam ini menarik perhatian ramai dan untuk membekalkan berita kepada masyarakat, kakitangan media sentiasa menanti setiap perkembangan terbaharu di lokasi.

5 ulasan:

  1. Salam tuan. Begitukah sepatutnya layanan pada wartawan? Tanpa wartawan rakyat jelata pasti tiada maklumat.... macam duduk di Burma je...

    BalasPadam
  2. Tadi kakcik lalu di hadapan rumah Datuk Sosilawati di Taman Harmonis. Masih ramai wartawan 'berkampung' di situ walaupun pintu pagar rumah tersebut tertutup rapat.

    BalasPadam
  3. **off topic**

    nak tanya..Encik Mazidul pakai kamera apa? dSLR kan? sebab gambar2yang encik tangkap semuanya cantik cantik belaka.Sedap je mata ni layan.
    Kira encik ni terror juga tangkap gambar atau memang ada buat post processing (photoshop)atau gambar tu raw dari kamera..TQ.hehe.

    BalasPadam
  4. Halym, saya hanya menggunakan Canon G9 tanpa sebarang ubah suai pada gambar.

    BalasPadam
  5. hmmm...boleh tahan juga hasil G9 ni shooting outdoor.
    baru saya kenal model ni sbb saya juga pakai Canon, tapi upgrade dari Ixus (point n shoot camera) terus ke dSLR (500D).
    by the way..
    angle2 gambar encik Mazidul juga menarik dan kreatif. Tahniah dari saya yang prihatin bab imej kerana saya sangat meminati bidang fotografi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.