Rabu, Ogos 03, 2011

'Mayat' Tanpa Kepala (Kes Paranormal)

Jam 1 pagi tadi, Rahmat Mokhtar mencadangkan kru 666 membuat tinjauan awal di bekas bangunan klinik di Cheras, Kuala Lumpur. Razali Harun ketika itu bersama kami terpaksa membatalkan niatnya berikutan isteri kurang sihat.

Setibanya di kawasan sasaran, Rahmat kecewa.

"Alamak! Dia orang dah runtuhkan bangunan klinik itu," ujarnya.


Kami meneruskan perjalanan ke arah pintu utama kawasan pembinaan dan dengan keizinan pengawal keselamatan warga asing, kami meluru masuk.

"Kamu dari Bangladesh?," soal saya.

"Ya, Dhaka, Bangladesh," jawab pengawal keselamatan lengkap berseragam itu.


Saya jelaskan kepada pengawal keselamatan berusia 36 tahun itu, mengikut pekeliling dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, hanya warganegara Malaysia dan Nepal sahaja dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara ini. 

Dia tahu.

"Ini malam kita orang mahu ambil gambar pokok, boleh?," tanya saya.

Dia menganggukkan kepala.


Gambar di atas saya rakamkan ketika jam tangan menunjukkan waktu hampir 2 pagi. Dua pokok rendang berhampiran pagar di sebelah jalan utama menimbulkan suasana seram tetapi itu hanya sekadar perasaan.

Kucing hitam melintas, gambar haiwan itu saya rakamkan.


Jam 2.16 pagi sepasang warga Indonesia berbangsa Flores memasuki pagar, pantas kami menghampiri mereka.


"Pernah ke ternampak benda ganjil atau bunyi orang menangis di kawasan ini?," soal saya.

Pada awalnya mereka kelihatan agak keberatan untuk berkongsi cerita tetapi akhirnya setelah berasa selesa dengan kehadiran kru 666, mereka membuka mulut sebelum ini bak terkunci rapat.

"Tiga bulan lalu, kira-kira jam 1 tengah hari, sewaktu saya mandi di bawah pohon besar itu, saya terlihat perempuan berbaju putih ...," jelas Nona Ismail, 32 tahun.


Belum pun sempat ayat itu dihabiskan, adik iparnya membawa kru 666 ke kawasan dimaksudkan.


"Saya mandi seorang, cuma nampak baju, dia pakai baju putih, macam dia terapung di tepi pokok, rambutnya panjang. Mata dan muka tak nampak, kaki dan tangan pun tak nampak. Dia berdiri di sebelah pokok dalam 10 minit," ujar ibu kepada 3 anak itu.

Berikut gambar pokok dimaksudkan oleh Nona.


Barangkali kerana mendengar cerita awal wanita Flores itu, bulu roma saya turut meremang sewaktu berdiri di tepi pokok sama sambil merakamkan gambar.


"Cuma pada waktu itu, dalam hati saya cakap, jangan kacau saya, saya nak mandi. Saya kalau bulu badan saya berdiri, macam rasa sejuk, saya tahu mesti ada (entiti) sebab masa saya bekerja kilang di Rawang, saya pernah nampak," sambungnya.


Perasaan gementar menghimpit diri buat seketika sewaktu beredar kerana Rahmat dan Farid pantas berjalan di hadapan mengekori adik ipar wanita itu.


Kami kemudian didatangi Solikhin Raim, 41 tahun, berasal dari Lumajang, Jawa Timur, Indonesia.


"Suara menangis saya dengar di lombong berhampiran bangunan di belakang itu. Waktu itu bangunan masih belum siap. Tangisan perempuan betul betul jelas dan lama. Saya cuba mencari tetapi ngak berjumpa," katanya.


"Pukul 2.30 pagi, saya terjumpa mayat tanpa kepala, tangannya begini," sambil dia menggayakan kedudukan tangan mayat.


Lebih mengujakan lagi, Solikhin mendakwa berjaya merakamkan gambar 'mayat' dilihat menggunakan telefon bimbitnya sebelum dia pulang ke Indonesia.

"Itu mayat orang?," soal saya keliru.

"Bukan!," balasnya.

"Orang 'satu' lagi bang," celah Farid.

Hampir jam 3 pagi, kru 666 beredar dari kawasan pembinaan kedengaran dipenuhi misteri terbabit.

Apapun, semua kenyataan mereka hanya sekadar dakwaan kerana belum terbukti. InsyaAllah, hujung minggu ini, 666 akan kembali ke lokasi bersama kru lain dilengkapi peralatan elektronik.

Kami akan cuba menyingkap fakta sebenar di sebalik kisah diceritakan 2 warga Indonesia itu.

15 ulasan:

  1. salam bro,

    kau pernah tengok kepala tanpa mayat?

    he he!

    BalasPadam
  2. Salam encik mazidul?
    saya mohon kerja sama encik mazidul menyelidiki group facebook Murtads in Malaysia and Singapore
    http://www.facebook.com/groups/117676498244829/

    page owner: http://www.facebook.com/profile.php?id=100001020076768

    ramai orang melayu kita perngikut BERSIH murtad disini dan menghina agama Islam..

    Sekian

    BalasPadam
  3. Persoalan saya, pada bulan Ramadhan masih wujud ke entiti? Harap persoalan ini terjawab pada entri saudara seterusnya.

    BalasPadam
  4. ooo ini kat bekas klinik lady templer cheras tu kan...masa saya praktikal kat HKL , senior banyak menceritakan kisah misteri yang berlaku dalam farmasi. hahaha

    BalasPadam
  5. mungkin betul diorang citer tuh tpi rasanya kalo bln puasa ni xde entiti la..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Wahhhhh baca sesiangpun dah berdiri bulu roma.

    BalasPadam
  7. setan jela yg kne ikat n tgkap sebulan..
    yang mike nmpk tu jin...

    BalasPadam
  8. sy pernah tggl selama 2 mggu pd thn 2000 di kuarters hospital lady templer, itu pun menumpang dirumah ibu saudara, mereka sekeluarga tggl di situ lama jg...siang pun dh rasa seram apalagi malam. kuarters2 ni ada yg kosong dan ada berpenghuni. klu time mlm mcm2 bleh dgr...dulu klu nk naik teksi nk masuk ke dlm, ramai drebar teksi surrender xberani nk masuk kawasan ni....skrg semua dh dirobohkan....bangunan2 tu jg ada yg buat jd tmpt tggl...xpasti gelangdangan atau pun yg xpunya rmh....penagih dadah pun ada jg...nk masuk dr bus stop depan sekolah alam shah pun boleh...klu masih wujud la.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.