Rabu, Ogos 17, 2011

Tidur Diurung Langau

Januari 2010, saya berada di Batam, Indonesia.

Tapak pelupusan sampah Paya Punggor, kotor dan busuk. Sebahagian daripada sampah itu dibuang lebih 20,000 pelacur atau digelar 'lonte', gadis memperdagangkan tubuh di pulau dianggap syurga dunia itu.

Biarpun lebih 19 bulan berlalu. mual di tekak masih terasa sebaik saya melihat kembali ribuan gambar dirakamkan di lokasi sama. 


Sewaktu tinjauan dilakukan, saya terlihat kelibat gadis cilik berikut.


Sebaik menyedarai gambarnya dirakamkan, dia memalingkan muka ke arah lain, barangkali dia berasa malu. Saya percaya wartawan dan jurukamera warga asing tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan untuk memasuki tapak pelupusan terbabit. Entah bagaimana saya dan kru 'terlepas' tanpa menggunakan ilmu halimunan.


2 rakannya, berehat dan tidur lena biarpun diurung langau. Mungkin situasi begitu tidak menjadi kudis bagi mereka datang membantu orang tua mengutip sampah untuk dikitar semula.


Bandingkan senario mereka depani setiap hari dengan kehidupan sebilangan anak di Malaysia. Perhatikan gambar remaja melepak dan terkinja-kinja menari di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Terfikir, apakah bakal terjadi kepada mereka  andai kata dibiarkan hidup di tapak pelupusan sampah di Batam? Mampukah mereka menghirup udara tercemar sepanjang hari? Atau barangkali muntah berpanjangankah mereka mencium bau hanyir longgokan sampah dijadikan punca rezeki?

Apapun, diharapkan mereka tidak menjadi sampah di negara sendiri.

16 ulasan:

  1. Mati semut kerana gula - mungkinkah matinya anak2 kita kerana terlampau 'manja'?

    BalasPadam
  2. SMTI.

    alah bisa tegal biasa. kemungkinan mereka dah immune dengan bau sampah tu sebab dah jadi sebahagian dari hidup mereka.

    ingat tak kisah pembuang sampah yang pengsan dan cuba disedarkan dengan bau minyak wangi? tapi tak berjaya. bau sampah juga yang berjaya menyedarkan semula orang tu.

    BalasPadam
  3. yang terkinje2 tuh semua x sedar diri bang, padehal gune duit mak bapak lagi. ke hulu hilir.. mcm xde pedoman!

    BalasPadam
  4. 20 ribu pelacur!!


    dalam longgokan sampah yang membusuk tu masih ada juga barang yg boleh mendatangkan hasil kepada pencarinya


    namun janganlah ada remaja kita yg menjadi sampah yg langsung tidak berguna

    BalasPadam
  5. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... Bersyukurlah dengan nikmat keamanan, kemakmuran yang kita perolehi hari ini.

    BalasPadam
  6. Abg Mazidul,

    Saya sendiri kadang-kadang terasa mual tengok remaja Malaysia sedemikian. Tapi dalam masa yang sama saya tak rasa semua remaja Malaysia sedemikian, sebab saya 10 15 tahun lalu juga macam remaja di Batam tu jugak, cuma mungkin berbeza suasananya.

    BalasPadam
  7. Bro Maz,

    Kemakmuran yang kita kecapi tak sampai memaksa kita mencari rezeki di tempat sebegini tetapi tidak dinafikan ianya satu punca mencari rezeki halal.

    Bagi pekerja mengutip sampah di kawasan kita sudah menjadi kelaziman biar pun kita ikat kemas plastik sampah mereka pasti dapat mengagak mana sampah yang boleh dikitar semula. Kehidupan mereka seharian sentiasa menghidu bau sampah ini.

    Melihat gadis cilik & rakannya ini sememangnya buat kita terfikir betapa bersyukurnya kita dilahirkan dalam kelompok keluarga yang mampu hidup sederhana kini.

    BalasPadam
  8. betul.....jgn jadi sampah masyarakat ye....Ingat bukan senang nak cari rezeki tapi menghabiskannya sgt senang

    BalasPadam
  9. dia dah biasa dgn keadaan kotor kot,hidung dah lali dgn bau busuk...

    BalasPadam
  10. ...kids nowadays hanyut dgn arus budaya 'terlalu senang', diorang tak rasa time2 membesar era 70an dan 80an. Serba-serbi sederhana.

    BalasPadam
  11. dah terbiasa dengan keadaan sebegitu..barangkali kalau disuruh tinggal dikediaman selesa sudah jadi tak betah...andaian aku saja

    BalasPadam
  12. mereka tak de pilihan..kesiankan...
    Astagfirullahal 'Aziim.......kita wajib bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang....

    BalasPadam
  13. "Apapun, diharapkan mereka tidak menjadi sampah di negara sendiri."

    ak suka ayat nie...membawa maksud amat mendalam. Sesuai di'ucap' kpd anak2 muda kita spya sedar akan kenikmatan yang sementara nie.

    BalasPadam
  14. banyak lagi tmpt yg kurang makanan..cthnya..Somalia...kulit seakan melekat d tulang...

    BalasPadam
  15. Mazidul, mual tgk remaja kita. Tak ada pemikiran yang positif.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.