Jumaat, April 04, 2014

WONDER ...


Melalui pemerhatian saya, sebilangan daripada cyber troopers pembangkang amat kreatif. Pelbagai jenis grafik mereka sebarkan untuk memburukkan beberapa individu dikenali di Malaysia ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, juga tidak terkecuali menjadi mangsa mereka.


Apakah agaknya komen penyokong pembangkang jika gambar itu tidak dikaburkan?

Wonderful?

Kita menjangka, bakal tercetus komen skema ...

"Tidak baik mengubah gambar dia seperti itu. Malu dia"

Ya, begitulah sikap majoriti kita, tanpa memikirkan pihak telah dimalukan sebelum itu. 

Wonder Woman, komik, siri televisyen dan pernah siarkan di pawagam, dijadikan bahan tontonan kanak-kanak. 

Berikut gambar Wonder Women yang sebenar.


Jika penampilan watak ini dilihat terlalu seksi, mengapakah tiada pihak membantah Amerika Syarikat agar berhenti menawarkan bahan tontonan seperti ini kepada dunia?

Lebih ajaib, selama ini, tiada pula kedengaran dan kelihatan pihak tertentu berpiket, menyatakan ketidakpuasan hati berhubung isu ini. Bukankah kita memerlukan satu REFORMASI, menghentikan bahan dianggap tidak bersesuaian terus mencemarkan budaya kita?

2 ulasan:

  1. Kalau kita ubah, orang yang terlibat tu akan saman. Sebagai contoh, Si Khalid Samad tu. Nampak sangat la dia tak faham Satira Politik.

    BalasPadam
  2. Salam. Pada pendapat saya golongan tersebut adalah golongan pencari perhatian. Soal negetive tak perlu di gembar gemburkan. Perumpamaannya begini adakah kita perlu gigit kembali anjing yang mengigit kita. Biarkan lah kedangkalan segelintir cyber trooper dr pihak PR dan tak kurang juga dr pihak BN. Doakan sahaja yg terbaik buat mereka. People changed!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.