Isnin, April 26, 2010

Cuba Bunuh Diri Atau Sekadar Ingin Mendapatkan Perhatian?

Jumaat lalu, di Kangar, Perlis, pelajar lelaki berusia 14 tahun cuba terjun dari tingkat 4 bangunan sekolah dilaporkan akibat diejek kawan kerana cintanya dikatakan ditolak pelajar perempuan. Bagaimanapun pelajar tingkatan 2 itu  berjaya dipujuk dan diselamatkan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Semalam kes hampir sama berulang lagi, cuma lokasinya berbeza, di Bachok, Kelantan. Lebih mengejutkan pelajar terbabit penuntut sekolah rendah, berusia 11 tahun. Dia dikatakan cuba terjun dari tingkat 4 bangunan sekolah kerana tertekan akibat diejek rakan namun berjaya diselamatkan guru.

Sebelum ini kita tidak pernah mendengar kes percubaan membunuh diri membabitkan pelajar sementah itu. Tertekan benarkah jiwa mereka sehingga sanggup menggadai nyawa sendiri? Atau mereka sekadar cuba meraih perhatian?

Melalui pengalaman terdahulu, mereka berniat membunuh diri, naik ke bangunan tinggi dan nekad  terjun. Mangsa tidak menunggu dipujuk sesiapa sekali pun. 

Jika kes ini berterusan, guru kaunseling di sekolah harus memainkan peranan lebih efektif, bertindak proaktif, mengesan pelajar dilanda masalah sebelum mereka menggunakan akal dangkal untuk menarik perhatian ramai.

Sebilangan individu dewasa membunuh diri akibat gagal dalam percintaan, kini motif itu 'berjangkit' kepada anak kecil berusia setahun jagung.

35 ulasan:

  1. salam...
    pd pendapat saya, mungkin mereka kurang mendapat perhatian dr ibu bapa... sehinggakan apabila ada masalah mereka tak tahu mahu luahkan pada sapa... oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting di peringkat anak2 sedang meningkat dewasa.... ibu bapa harus menjadi 'kawan baik' kepada anak supaya setiap kali anak2 ditimpa masalah, mereka tak malu untuk luahkan pd kedua ibu bapa...

    BalasPadam
  2. Ugut Bunuh diri ni dah macam jadi satu trend plak. Kalau time nak bunuh diri tu macam beriya2 je? Apa tak terus terjun je? Apsal nak buat gimik berdiri lama2... tunggu sampai orang ramai nampak, polis datang, bomba datang... nampak sangat nak publisiti.

    Konon nak sangat mati. Cuba bagi diorang hukuman gantung sampai mati - tau plak menangis terkencing2... tang tang tu tanak mati. Merayu minta ampun. Ei... meluat sungguh. Kalau konfiden sangat banyak buat amal sampai melayakkan diri masuk syurga kalau mati pun... takde merasanya syurga kalau bunuh diri jalan yang dipilih.

    Tatau la kalau orang sekarang dah tak takut neraka kan?

    BalasPadam
  3. saya pun dah agak, nak publisiti je budak-budak ini. 100% yakin sangat mereka ini semua tiada kemahuan nak bunuh diri pun. apalah sangat cinta monyet budak sekolah.. pigidahh

    budak-budak, manalah berani. lepas ini dia dah keluar suratkhabar. popular la sekejap..tapi tunggulah, kalau dapat ibu bapa yang garang, penampar siam lah jawabnya

    BalasPadam
  4. saya ingat kes kat Kangar tu yang terakhir akan saya dengar rupanya ada pulak kes yang sama dekat Bachok..aish...budak2 ni... (+__+")

    BalasPadam
  5. budak dapat corot,org tuding cikgu.budak nakal kat skolah ,org tuding cikgu jg.

    cuba budak tu cerdik,dapat 9 A..10 A..20 A..hmm.masa ni,org kata baguih mak pak dia,pandai didik anak..

    :)..

    Yes, guru ibarat lilin yang membakar diri...

    *hangus dah pun diri ini...

    BalasPadam
  6. Sape2 yang mati bunuh diri kan mati sesat namanya.Konon kalau ugut bunuh diri tu dah habis dramatik gamaknya, dengan harapan kekasihnya akan cair.Sudahlah dik oi.Silap haribulan, lagi meluat orang tengok, termasuk la perempuan yang nak dirayu cintanya tu.Satu lagi nak tanya, dik dah khatam Al-Quran ke blum? Mengaji pun belum tamat gamaknya dah nak menggatal ngurat anak orang.

    BalasPadam
  7. ni mungkin jugak pengaruh dari movie atau kisah2 pasal cubaan bunuh diri.

    mungkin jugak mmg nk menarik perhatian umum semata2..

    pemikiran budak2 sekarang seolah-olah dah d set utk menarik perhatian org lain melalui cara negatif.

    "budak" hina arwah, "budak" nk bunuh diri.

    pd umur "budak sekolah" perhatian ibu bapa sgtlah penting..

    mungkin ke nanti perlu ada pakar psikologi utk kaji pemikiran budak sekolah secara khusus?

    BalasPadam
  8. hampa hati ku hampa..

    mereka tahu hukum haram nye bunuh diri.tapi kenapa masih lakukan

    teruk sgt ke sistem pendidikan negara ini smpi mereka tertekan?

    karut lagi mengarut..besar sgt ke tangunggjawab yg harus dipikul seorang yg bernama pelajar?

    mungkin mereka yg melakukan aktiviti membunuh diri sndiri ini saja yg tahu jwpnnya

    BalasPadam
  9. Masa zaman sekolah menengah dulu, saya pernah jadi antara AJK dlm Persatuan Kerjaya/Kaunseling. Belum pernah pun kami handle kes-kes atau masalah yg sebegini teruk.

    Paling-paling pun mereka sekadar meraih perhatian dgn ponteng sekolah. Sebenarnya, mereka yg bermasalah (bermusim) perlukan seseorang untuk menjadi pendengar. Bila dapat luah, isu nak bunuh diri tak terfikir. Paling2 pun depa merajuk jer..

    Pengaruh manakah yg sebenarnya ini? Risau kiterrr....

    BalasPadam
  10. haih , muda2 lg dah nk bcinta -__-''
    xfaham btul la . buat susah org ramai je . buat bangunan 2 tinggkat je lain kali kt skolah yg bermasalah . hee

    BalasPadam
  11. "Sebelum ni kita tak pernah dengar kes cubaan bunuh diri"...

    20 tahun dulu di salah sebuah sekolah rendah agama di Klang, pernah terjadi kes yang sama. Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun mengugut untuk membunuh diri kerana frust "bercinta" dengan brader kerja angkut sampah depan sekolah tu (20 tahun dulu yang kerja angkut sampah pun semua hensem2 dan orang Malaysia).

    Tapi mungkin dulu berita macam ni samada tak dihebahkan atau wartawan tak tahu. Yang penting dulu pun dah ada. Mana saya tahu? Saya salah seorang budak yang tengok budak perempuan tu jerit2 dari bawah sambil makan aiskrim malaysia!

    BalasPadam
  12. mungkin mereka patut baca ni ->


    http://zulaikhamohdnor.blogspot.com/2010/04/adalah-amat-menyakitkan-bila.html


    sedarlah bahawa kita tak berseorang dalam menghadapi dugaan~~~

    BalasPadam
  13. Pendapat sy, benda ni dah lama berlaku, cuma jarang diketengahkan.. masa sy sekolah rendah dulu pun kes sama jg.. dia nak tikam perut dia guna pemutar screw... ingat sekali mcm kelakar la plak.. kononnya tension, anak komando katakan... hahaha..

    kejadian berlaku di S.K.kem gerakhas, Melaka.. dlm tahun 1991 - 1992

    BalasPadam
  14. bikin panas je budak ni. mana ada berani nak terjun

    BalasPadam
  15. Masalah jiwa ini bukan boleh diukur dengan tahap umur... tetapi sekuat mana tekanan yang diterima...

    Namun jalan yang dipilih agak mengejutkan, apabila murid sekolah rendah pula mengambil tindakan yang drastik sebegitu.

    Adakah ini sifat kanak-kanak yang telah terdedah dengan era globasasi tanpa sempadan?

    BalasPadam
  16. Bro

    Analysis, analysis and analysis

    1. Budak budak Islam nak bunuh diri? itulah kesan dan hasil sistem pendidikan kita sekarang... Penerapan nilai nilai Islam terlalu kurang kah?

    2. Mana ibubapa budak ni?

    3. Kurang menyusu agaknya budak ni?

    p/s - Teringat kisah sekolah dulu, awek awek yang reject 'ingin berkenalan lebih rapat' dari aku dulu, kedua duanya dah jadi janda dan saiz depa tu kurang sikit daripada Adibah Noor

    Ohhh, bila korang dah tak lawa, dah kena tinggal laki korang, baru korang nak ajak aku kahwin ek....manyak cantek korang. Sorrylah, korang makan nasi sehari 8 pinggan, aku tak mampu lah...

    ha ha ha

    BalasPadam
  17. Kalau mengikut pemerhatian melalui media massa, sejak setahun ini, ada lebih dari 10 kes bunuh diri & cubaan melibatkan remaja melalui pelbagai cara (minum racun, gantung diri, dsb.)

    Zaman 'kita' (termasuk Mazidul :)), seakan tak pernah dengar kes spt ni.

    Boleh jadi remaja skrg mempunyai terlebih bebanan perasaan & akademik yang mana sekolah-sekolah hanya sebagai kilang pengeluaran produk bernama tenaga kerja

    Boleh jadi juga remaja skrg lemah dalaman akibat dunia materi yang tidak memberati pengisian hal emosi dan rohani

    Atau juga terpengaruh dgn laporan media massa yg mengetengahkan kes bunuh diri sebagai 'anchor' news seakan menampakkan pelaku bunuh diri tu semacam selebriti yang layak diikuti. Hal ini berlaku dengan 'jayanya' di Jepun dan Korea.

    selepas setiap kes bunuh diri pelaku remaja, ada sahaja pak menteri & pihak yang berkuasa mengutarakan cadangan mengadakan kajian utk mengenalpasti 'root cause' tanpa ada penyelesaian...

    Yang kita boleh lakukan ialah untuk mendidik anak-anak, adik-adik kita agar tidak mengambil jalan mudah ini.

    BalasPadam
  18. hmmm...btul la pendapat komentar2 di atas...saya sokong aja...teringat gak dulu terjun bangunan sekolah. nak ponteng punya pasal...syukur idop lagi...

    BalasPadam
  19. Sampai hati ALID mengata aku.. huhuhuhu!

    Surat chenta ko masih ada dlm peti besi, tapi kunci dah ilang mana ntah...

    Aku baru belajar nak makan 5 pinggan, ko dah tuduh aku makan 8 pinggan. Sungguh sadis ko..

    BalasPadam
  20. alid dah hensem lah azie...aura kemachoan dia dah nampak bila nak masuk 40s ha ha ha ;D

    ish ishh alid ni..8 pinggan tu kira sedekah ler.kemut jugak! ;p

    BalasPadam
  21. ermmm...

    Ini semua ntk tarik perhatian..klu dlu(betul le kata bro), org naik ats bangunan trs aje terjun..jumpa2 da k.o n jumpa note ape punca..skg nih berjam2 kata nk bunuh diri, xterjun2 jugak..menyusahkan ramai pihak je!

    xknlah student byk sgt 'pressure'?duk diam2 kt skolah, blajar aje le..nih nk 'cintan-cintun' lak..(but ramai yg bunuh diri more on kecewa@pts cinta).y this happen? xsayang nyawa ke? Bg org Islam, MURTAD bunuh diri nih..

    Fikirlh segala tindakan..jgn tburu2 n menurut nafsu&perasaan smata2. (I think kaunseling pn xguna gak ntk org2 sebegini, bwk je naik tgkt ats KLCC, tgk berani ke x diorang nk terjun?) HAHAHA...

    BalasPadam
  22. Senang je berbalik kepada agama...maknanya sekarang ni dah jarang orang yang mengamalkan agama ( islam )

    BalasPadam
  23. kesian zaman yang serb acanggih dengan kesibukan, kawan2 yang sibuk, ibubapa yang sibuk untukk menadah telinga berkongsi rasa..

    BalasPadam
  24. sebagai ibu saya rasa perlu kita didik anak kita supaya jgn terlalu mengikut perasaan, terutama bila ada org mengata or mengejek... tapi jgn sampai salahkan mereka.. try to be their fren n fahami masalh mereka.. anak saya selalu menagdu nak tukar sekolah awal2 tahun dulu sbb takde org nak kawan dengan dia. selalu jer dengar dia cerita mcm2. last2 saya suruh dia bawa bekal lebih skit n ajak kawan2 share... alhamdulillah now dah start ada kawan. just be creative to break the ice jer.. apa2 pon ibu bapa kena memainkan peranan dlm membentuk emosi anak.

    BalasPadam
  25. I'll b fren with my son 1yr 5mth...da mcm bdk2 da jdnye aku nih...hehhehe..tul ape kata rimbun..mak bapak main peranan tbesar..tp zmn skg, sume sibuk ngn tugas masing..cm aku (6.30 kuar g kje, 6.30 ptg lik br smpai umah) so byk ms ngn ank2...if yg kuar seawl 5/6 am n lik umah smpai around 10/11pm, mmg da xde ms pn ntk ank2...fikir nk tido aje lg coz sok KEJE...ape2pn, kita yg mengatur masa..so, jgn slh atur kerna kita yg tgung ape tjadi..

    BalasPadam
  26. Sekarang nie Cikgu Kaunseling n Agama kena kerja lebih.... budak 2 skrg mmg kurang ambil berat pasai agama... dan tak tau urus tension... mak bapak pulak busy memanjang..... semua nie gara terpengaruh dengan budaya barat......hai.... apalah nak jadi....

    BalasPadam
  27. Samada yang kene ejek atau yang mengejek, remaja memang berjiwa kacau. Tanggungjawab siapa untuk mendidik dan membimbing? Mereka dan keluarga mereka....

    BalasPadam
  28. Salam,

    pendapat saya... mungkin juga sekadar inginkan perhatian.

    tapi apapun, mungkin juga dia mengalami tekanan. siapa tau?? bila dah emosi yang mengawal pemikiran.

    dan bila emosi & pemikiran bercelaru. tambah dgn depression pulak.

    lebih2 lagi, bila mengalami kekecewaan dlm percintaan...lelaki memang sukar utk terima berbanding perempuan.

    so it is possible to subcontiously do things like this..

    BalasPadam
  29. Saya rasa dua2 pun betul.Nak membunuh diri untuk meluahkan rasa cinta hampa yg tersangat agar org yg di cintai rasa sedih atau bersalah terhadapnya iaitu tarik perhatian dan satu lagi memang ada yg mempunyai perasaan suicidal kerana malu ,hampa ,stress dan lain2. Contohnya setelah lumpuh atau mati pucuk selepas accident dll.Apa yang perlu kita buat ialah jangan jarakkan diri kita dari mereka..spare sedikit masa dengan budak2 yg sedang membesar ni kerana akal mereka kurang matang untuk menerima masaalah yg berat...orang tuapun lagikan kurang daya tahan stress inikan orang remaja.

    BalasPadam
  30. Ini semua belajar dari kita yg lebih dewasa jugak..baca surat kabar..makin ramai org Islam sanggup bunuh diri. Ada tu baru lepas solat terus gantung diri sampai mati..masyallah.. belajar agama dri mana tuh..!

    BalasPadam
  31. Salam..
    nak share cerita pasal bunuh diri ni..
    1. ptg semlm ada kes bunuh diri sepsg kekasih(agama Islam) gantung diri d sebuah hotel daerah tmpat sy Kudat, Sabah. yg pmpuan org tmpatan, lelaki xda IC. keluarga pmpuan x bg kahwin.
    2. bbrp tahun lalu d penampang, ada budak tahun 6 bunuh diri. x brp ingat sm ada minum racun atau gntung diri. dia tertekan ejekan kwn2 sbb dia mkn d kntin RMT sdngkan kwn2 lain mkan kantin sekolah. dia anak org miskin, sekolah tmpat anak2 berada. dia mntak duit dgn mak dia,tp x dibagi so x lama kmudian, bunuh diri.
    ..di Sabah, sy rasa antara paling ramai kes bunuh diri x kira bgsa dan agama. d kmpung sy di Kota Marudu,sabah pun ada byk kes dr kanak2 smpai la ke org tua. sehinggakan pemimpin2 kg mganjurkan Kempen anti-paraquat tp mlgnya x smpat dilaksanakan sbb pengerusinya pun bunuh diri (masalah rumah tangga)!!!
    sy cdg agar nilai2 yg berkaitan dgn bunuh diri, seks bebas, buang bayi, dsbnya perlu diintegrasikan dlm sistem pndidikan negara.
    nilai2 kemanusiaan skg semakin parah...
    Suicide is an Extreme Act of Selfishness.

    BalasPadam
  32. masalah jiwa kanak2 sekarang...14 tahun ni rasanya masih kanak2 dan tak layak nak bercinta. umur itu hanya untuk belajar bagi menentukan kehidupan. zaman persekolahan saya dulu ada juga kawan2 yang bercinta semasa sekolah, tetapi tidak serius. tidak ada yg sampai melalak menangis sebab putus cinta. tidak ada juga yang sanggup mencederakan diri kerana ditinggalkan boyfriend. Kes ugut bunuh diri, lagilah tak ada... budak2 ni tak fikir, kalau setakat tingkat 3-4 kalau tak mati, patah riuk je, kan menyusahkan org lain...

    BalasPadam
  33. Budak² berfikiran cetek dan suka ikut mengikut.. macam nie lar akibatnya...

    BalasPadam
  34. Jangan salahkan anak-anak ini; masalah bunuh diri kalangan anak-anak ini bukannya berlaku di negara ini sahaja; baca betul-betul fakta seantero dunia sememang makin hari makin meningkat!.

    Saya pun punyai rakan baik membunuh diri ada saya huraikan dalam blog saya. tak masuk akal dia tetiba berubah, bukan karan saya ini kaki mabuk atau penagih dadah pun.

    Jatuh cinta memang tak kenal usia. Saya sendiri jatuh cinta ketika umur 10 tahun; sampai kini saya tahu nilai cinta itu. (Jangan Gelak)

    Rasulullah pun bercinta dengan...(ada faham)

    Kita lupa satu yang ghaib; kita tak ambil tahu apa tu kerasukan. Sebenarnya syaitan sekarang bertambah biak. Lagi kita biak lagi dia membiak, lagi kita banyak anak sampai buang anak. Lagilah syaitan beranak pinak. Cuba fikirlah itu kerja siapa.

    Pernah tak anda kena kerasukan?. Tak pernah jangan ketawakan bebudak ini!. Tolong!.

    Terkena pada anak sendiri nanti bagaimana?.

    Kanak-kanak perlukan perhatian sebenarnya!. Dan awas kerja syaitan yang sampai boleh merasuk manusia menjadi tak waras! Apatah lagi kurang iman. Bila-bila masa boleh karam. Faham apa itu KARAM. Bukan Karam Singh Walia!.

    BalasPadam
  35. Salam.
    Dalam tahun 1977 dulu ada kawan seasrama putus cinta. budak form 3.
    Lepas habis hadiah yang diberi dimintak balik , siperempuan ni pun bretempik lah naik kebukit nak terjun (bukit tepi asrama) . Mula-mula kita orang bersungguh2 lah pegang dia , makin pegang makin kuat dia meronta sampai sakit badan kita dibuatnya, Lama-lam naik geram, kita orang lepas dia , dan kita suruh terjun. tak terjun pun , dok nangis jer kat situ. Buang karan sungguh tapi lucu gak . sekarang tak tahu member tu kat mana , mungkin dah bermenatu atau bercucu dah. kalau dia ingat balik tentu dia sendiri pun gelak dengan 'kecerdikan ' separuh tiang tuu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.