Rabu, Mei 05, 2010

Mengapa Kami Selamatkan Pelacur di Tawau?

Terima kasih kepada doa pembaca mengiringi misi getir kami di Tawau, Sabah

Semalam, hari amat mencabar bagi saya, penerbit 999, Shahnun Haniff dan jurukamera, Rosli Abdul Rahman.

Apapun, kini kami selamat selepas tiba di Lembah Klang pada jam 8.30 malam tadi. Hakikatnya, kami terlalu penat dan kekurangan tidur sejak Sabtu lalu.

Tiada tujuan memburukkan Tawau sewaktu melakukan tinjauan seperti didakwa sesetengah pihak, kami sekadar membongkar kegiatan tidak bermoral berlaku sekian lama di daerah itu.

Jam 10 malam semalam krew 999  terserempak 2 wanita Indonesia mendakwa diperdagangkan, Tika, 24 dan Tina, 20 tahun, berhampiran lobi hotel. Lalu kami menemubual mereka memohon bantuan kami untuk dibebaskan dari belenggu pelacuran.

Mewawancara Tina, 20 tahun

Tika dan Tina, janda muda

Rosli merakamkan peristiwa bersejarah

Kepenatan dan kelaparan

"Kami berasal dari desa sama di Surabaya, kononnya dijanjikan pekerjaan di restoran di sini. Untuk ke Tawau kami berhutang lebih RM5,000 dengan ejen membawa kami ke sini, kos membayar tiket pesawat, kapal laut, pas lintas batas dan segala kebutuhan harian diperlukan. Wang itu semua dikira hutang. Setelah tiba di Tawau, kami diserahkan kepada 'mummy' (ibu ayam) dan dipaksa melacur untuk membayar kembali hutang itu," jelas Tina dalam nada sedih.

Tambahnya, dia dan Tika berada di Tawau sejak sebulan lalu dan tinggal bersama mummy, warga Indonesia dan pergerakan mereka dikawal ketat 3 runners, 'boys', remaja senegara menghantar dan menjemput keduanya setelah memuaskan nafsu pelanggan di hotel.

Tika dan anaknya

"Ini pun semalam mummy sudah bilang, kami harus berhati-hati kerana ada 'polisi' dari Kuala Lumpur datang di sini, '999' dia bilang," tambah Tina tanpa perasaan ragu.

Saya dan Shahnun saling berpandangan, tersenyum. Jelas, mereka tidak mengenali kami.

"Kami terpaksa melayan sehingga 3 customers sehari bang, 3 kali booking. Namun, semua wang diserahkan kepada mummy, kami tidak mendapat sesen pun kecuali tips diberikan customers. RM250, RM50 diserah kepada boy, RM50 untuk bayaran teksi, selebihnya dibagi sama mummy," kata Tina.

Jam 3 pagi semalam, Allah membukakan hati saya dan Shahnun.

"Mengapa kamu tidak melarikan diri sebelum ini?," soal saya.

"Jaringan pelacuran di sini besar bang, kami takut. Kemana sahaja, kami bisa dicari. Sebelum ini ada rakan cuba bolos, ditemui dan dipukul teruk. Lagi pun saya punya anak kecil berusia 3 tahun, tinggal di rumah mummy. Sedih saya bang, bila ditanya orang, 'ibu mana?', anak saya 'Bintang' bilang, 'ibu booking', biarpun sebenarnya dia tidak faham," keluh Tika dengan air mata bergenang.

'Bintang'

"Ibu booking"

Petah berkata-kata

"Kamu benar mahu diselamatkan?," tanya saya untuk kepastian.

"Ya bang. Kami terlalu terseksa di sini, tidak pernah terlintas di fikiran mahu jadi pelacur. Saya kepingin pulang ke desa, temui keluarga. Dalam satu bulan saya kerja, sudah menghasilkan lebih RM5,000, hutang sudah langsai tetapi mummy bilang saya harus kerja lagi sebulan. Sudah capek (penat) amat. Ada customer 'sakit', selepas melakukan hubungan seks, dia paksa saya meminum air maninya dari dalam gelas, jika enggan saya dipukul," ujar Tina.

"Shannun? Nak buat sejarah?," soal saya, ringkas.

"Boleh, kita cuba," balasnya.

Jam 5 pagi, saya menghubungi pegawai atasan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, mujur panggilan berjawab biar pun di subuh hening.

"Nanti saya hubungi kantor (pejabat) di Tawau," janji pegawai terbabit.

"Apa abang perlu lakukan jika ingin membantu, booking kami ini hari. Biar Tika datang bersama anaknya sekali. Bilang sama mummy, abang ini (Shahnun) suka anak-anak, nanti mummy izinkan. Tetapi bang, tolong jangan serahkan kami kepada polisi. Kami akan disergap (ditahan) sebagai tersangka (suspek), bukan korban (mangsa)," cadang Tina.

Saya akur risiko bakal kami depani, Shahnun juga faham berhubung hal itu. Namun, cadangan Tina kami terima, jam 5.30 pagi semalam, kami meminta mereka pulang ke rumah mummy dan datang semula ke hotel pada jam 10 pagi, kononnya kami pelanggan mereka.

"Jangan bawa pakaian berlebihan, pasti mummy kamu syak, bawa anak kamu kemari dengan apa cara sekalipun," pesan saya.

Saya tahu mereka takut, saya juga berasa gentar untuk menyempurnakan misi itu. Namun, kami percaya 2 wanita terbabit diperdagangkan tanpa kerelaan sekaligus hak mereka untuk hidup bebas seperti manusia lain dikesampingkan sindiket mengaut keuntungan.

Shahnun kemudian menghubungi kenalan, pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM, berkebetulan menjalankan operasi membanteras kegiatan penyeludupan disertai 999 untuk mendapatkan bantuan, bimbang sekiranya terjadi perkara tidak diingini.

"Dia orang dah on the way tetapi mummy ikut sekali. Nanti dia tunggu di lobi," kata Shahnun.

Jam 10.30 pagi, bilik hotel kami dikawal kakitangan APMM. Sewaktu itu, Tina, Tika dan anaknya berada bersama kami. Lalu saya menghubungi pegawai polis tertinggi dan Konsul Muda Indonesia bertugas di Tawau untuk menjemput mereka bertiga.

Sebelum dibawa ke Konsul Indonesia

"Saya mahu pulang pak"

"Ya, nyawa kami juga bakal terancam"

"Bang, di mana? Jangan turun ke lobi, runners ramai menunggu di bawah, bahaya!," kata rakan, cemas, menghubungi saya melalui telefon bimbit.

Hampir jam 11 pagi dengan kawalan ketat kakitangan APMM kami menyelinap keluar menggunakan lif di bahagian belakang hotel dan kemudian menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Memang itu saat genting tetapi terdetak di hati saya, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tika dan anaknya serta Tina dibawa menggunakan kenderaan ke Pejabat Konsul Indonesia. Kini mereka selamat dan mengecapi erti kebebasan, seminggu lagi mereka dijadualkan pulang ke kampung halaman.

Bersama APMM setelah misi menyelamat selesai

Setibanya di rumah jam 10 malam tadi, saya difahamkan, polis Tawau telah memberkas bapa ayam dikenali ramai dan secara agresif menyerbu sebilangan rumah pelacuran di Tawau.

Banyak premis pelacuran di Malaysia, fakta tidak boleh disangkal. Maksudnya ramai pelacur wujud, sebahagian terbabit secara rela, sebahagian lagi terus diperdagangkan seperti Tika dan Tina. Kenapa kita perlu menunggu terlalu lama untuk menyelamatkan insan seperti mereka? Sedangkan di banyak lokasi, semua orang tahu pelacuran kegiatan utama, berlaku di hadapan mata.

Adakah kita buta hati dan mata? Atau cuba membutakan keduanya secara rela?

Nota Perincian paparan akan disiarkan pada minggu hadapan dalam 999, Khamis, 13 Mei 2010 di TV3.

55 ulasan:

  1. Syukur kepada Tuhan, anda selamat dan berjaya dengan misi ini.
    Semoga Allah sentiasa membantu anda dalam perjuangan membanteras jenayah dan selamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam jenayah pelacuran terutamanya.

    BalasPadam
  2. tahniah kepada korang...

    nice2... selamatkan tawau!!!

    BalasPadam
  3. Salam Sdr MAS..

    tahniah kepada Sdr dan Shannun kerana berjaya menyempurnakan misi tersebut. Biarpun bagi sesetengah orang, itu sesuatu yang 'kecil', namun biarlah Allah yang memberikan ganjaran..

    BalasPadam
  4. Salam BRO MAZ.
    Syukur segalanya selamat dan BRO serta team work pulang dgn selamat juga.
    Tahniah kerana berjaya menyelamatkan sebahagian insan yang menjadi mangsa..

    Saya setuju dengan statement, pelacuran memang berlaku di mana saja. Waima di kampung2 desa pun ada tapi semua itu dengan cara yg berbeza.

    Tapi tentang isu buta mata buta hati, saya rasa tidak ramai begitu. Setiap kali mendengar, kita turut merasa marah, simpati dan pelbagai lagi.

    Sebahagian kita, mempunyai kuasa melakukan sesuatu itu dlm batasan tertentu. Agak berbeza dgn tugas-tugas penguatkuasa (termasuk polis dll seumpama), tentulah sebagai orang awam, lingkup kita berbeza dan kecil BERBANDING yang mempunyai kuasa..

    Secara peribadi, saya berpendapat, kita boleh membantu, itu FAKTA, membantu dengan cara yang tidak membahayakan. Beri maklumat, bekerjasama, buka mata dan telinga, peka....

    Apapun, saya tabik dgn keberanian BRO MAZ dan seluruh yang terlibat dalam misi tersebut (dan lain-lain misi).

    Macam tengok drama jerrr...:)

    BalasPadam
  5. tahniah !!

    kalau ada 100 org di malaysia mcm kalian,insyaallah tumbang sindiket ni..

    usaha dakwah pun mesti giat dijalankn...

    BalasPadam
  6. syabas bro dan semua yang menyempurnakan misi itu. memang satu langkah yang patut dipuji. Walaupun risikonya tinggi, tapi berjaya juga dilaksanakan.

    tahniah dan syabas! semoga lebih banyak lagi sindiket sebegini dibongkar kepada semua.

    salute!

    BalasPadam
  7. Sebesar besar Tahniah saya ucapkan kepada anda & krew 999! Jalankan tugas & tanggungjawab moral dimasa yang sama... Marilah sama2 banteras aktiviti2 yang dilaknat tuhan seperti ini...

    BalasPadam
  8. tahniah atas kejayaan, saya tinggal ditawau & memang tidak pernah mengetahui terdapat sindiket pelacuran ditawau. Semoga selepas ini ia akan lebih membuka mata masyarakat tawau berkenaan hal ini.

    BalasPadam
  9. Sdr Mazidul,tahniah..semoga Allah saja yang membalas usaha baikmu,Amin.'Mission' yang saya kira amat merbahaya,tentu mangkok2tu tak puas hati.Bro,jaga diri baik2

    BalasPadam
  10. Roxc, Fajar. Apa kegiatan tidak ada di situ?

    Sebelum ini sebilangan penduduk Tawau mendakwa kononnya saya ke sana untuk memburukkan imej daerah terbabit, maaf, mereka tersilap.

    Saya percaya atas usaha kami jalankan selama menjalankan tugas selam 4 hari di sana, mendorong pihak polis memperhebatkan lagi operasi membanteras kegiatan memperdagangkan orang.

    Majoriti bapa ayam berketurunan Indonesia, datang berdagang ke negara orang kemudian melakukan bisnes air lendir. Celaka ke atas mereka! Lebih malang, mereka memperdagangkan rakyat senegara.

    Kita usah menafikan kenyataan. Jika kita tidk tahu tidak bererti kegiatan sebegitu tidak wujud.

    Menulis, biar berlandaskan fakta.

    Kenyataan itu untuk mereka selama ini melontarkan tuduhan liar selama ini berhubung Tawau.

    BalasPadam
  11. Oh sungguh saspen, dug dag dug dag jantung saya baca entry kali ini.

    BalasPadam
  12. Tahniah, semoga Allah membalas kebaikan tuan dengan sebaik2 balasan. Tak ramai yg sanggup ambil risiko seperti tuan...

    BalasPadam
  13. TahniaH bro Mazidul..

    anda telah menyelamatkn insan yg tak berupaya dan memerdekakan nya..teruskan lagi usaha kalian sumer (team 999)..insyaallah mendapat pembalasan yang baik dari Tuhan Maha Kuasa...

    BalasPadam
  14. Tahniah untuk warga kerja 999 APMM dan semua yg terlibat. Memang hampir 100% pelacur di sini bukan orang tempatan. Tak sangka pulak "bapak ayam" adalah dikalangan mereka2 jugak...sungguh kejam dan kurang ajar! Mereka datang ke Malaysia bukan bawa kebaikan tapi bawa bermacam2 penyakit!! Lepas ni boleh buat liputan pasal kes rasuah di Tawau pulak....saya sokong 200%!! ***Apa kes KWSP boleh kalah dengan sykt kayu balak di mahkamah sini?!` fikir2kan...

    BalasPadam
  15. Salam,
    Tahniah kepada sdr Mazidul dan team 999 serta mereka yang terlibat. Mengatakan kita sayangkan negara memang mudah, tetapi membuktikannya tersangat susah. Kalian dah lakukan apa yang sangat susah untuk masyarakat kebanyakan macam kami tak mampu nak buat.

    Ada masaa kita tak tahu, ada masa yang lain buat-buat tak tahu kerana melindungi kepentingan sendiri. Walaupun nama tempat-tempat yang sdr "lawati" itu kononnya akan tercemar untuk seketika, bagi saya sdr telah bersihkan dengan cara yang tersendiri. Malah, membuka mata banyak pihak.
    Moga-moga dipermudahkan Allah untuk setiap misi "memutihkan" pada masa akan datang. Asal beri kebaikan kepada semua (atau insan tertentu), saya sentiasa menyokong dengan hati. Tahniah!

    BalasPadam
  16. Salam bro,
    Syabas dan tahniah utk bro serta team penyelamat! Usaha yang sangat2murni dan besar pahalanya tu... Saya rasa kat Tawau ni ada 1001% kisah sbb ramai sgt pendatang... yg mana satu org tempatan, yg mana satu indon dan filipino pun saya x cam... org situ maybe boleh cam.. bila dah ramai pendtg, maka byklah masalahnya...
    Bila 'bapak ayam dikenali ramai' bak kata bro ni ditahan, sure gerun bapak2 n mak2 ayam lain kan? Mudah2n lepas ni lebih kerap polis/pihak berkuasa buat serbuan dan tangkapan sekaligus!!

    p/s bro pegi tawau ada try nasi kuning tak?? rugi kalo x try.. :-)

    BalasPadam
  17. On behalf of 999, saya mengucapkan terima kasih kepada semua merakamkan tahniah.

    Ramai berkata, jika saya menjalankan tugasan di lokasi tertentu, mudah dicam ramai lalu pembongkaran tidak mampu dilakukan.

    People can sport me, know where I am and even take pictures with me, but many can't tell what I have in my mind.

    Sometimes my mind can run wild too!

    Believe me.

    BalasPadam
  18. salam En. Mazidul....

    Tersentuh hati saya.... alangkah baiknya kalu dapat juga buat cam tu kat kl ni.... tapi.... entahlah...salah siapa semua ini berlaku?

    BalasPadam
  19. cayalah bro! kalau di indonesia, mau aku bilang - kamu memang ngetopppppppppppppppp....

    BalasPadam
  20. Taniah semua team yang terlibat....hebat sungguh....

    BalasPadam
  21. salam sejahtera...saya membesar di tawau selama 10 tahun....telah banyak kejadian yang saya saksikan...dan juga hotspot kegiatan pelacuran yang terdapat di tawau.

    dan paling saya ingat sekali bila mana seorang bapak ayam memukul perempuan di bawah jagaan nya kerana tidak mengikuti arahan.dan paling mengejutkan kejadian itu berlaku di hadapan khalayak ramai.

    alhamdulilah,kegiatan maksiat yang telah lama berleluasa di tawau ini semakin mendapat perhatian pihak berwajib.semoga kegiatan yang tidak bermoral ini dapat dibanteras sepenuhnya bukan hanya sekadar hangat2 tahi ayam sahaja.

    BalasPadam
  22. ya Allah Ya Tuhan...Syukur alhamdullilah....

    Teruskan usaha murni saudara...

    Sebagai wanita saya terharu dan tersentuh atas apa yang telah mereka lalui dan anda and the geng adalah HERO!!!!!!!

    BalasPadam
  23. alhamdulillah.. tahniah bro mazidul.. walaupun berbhaya, tgjawab sbgai muslim perlu dilaksanakn.. tegakkan y makruf perangi kemungkaran..

    BalasPadam
  24. syabas bang.. saya terharu... tahniah..

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah...saya jadik sedih bila tgk Bintang tu..:(..budak kecik x tau apa2..

    nasib baik mereka diselamatkan..bersyukur sgt2

    BalasPadam
  26. syukurr,
    tahniah.

    budi baik akan dibalas baik dengan RELA dan ikhlas oleh orang lain pula.

    buka mata bila cerita tersebar, tiada siapa yang peduli bila ianya tersembunyi..alah bisa..

    BalasPadam
  27. kita risau bila orang katadan tahu , kita tak buat kerja.
    Apa yang nak dirisau dan latah jika betul kita dah buat kerja.

    BalasPadam
  28. Dol, macam dalam filim la bro... apa-apapun tahniah lah dan tabik atas keberanian kawan-kawan 999. Nak nangis aku baca entry hang ni bro... nangis sebab aku ni perempuan dan yang hang selamat kan itu kaum lemah. Tahniah dan terimakasih.

    BalasPadam
  29. Bebas 2 org,yg menunggu nk dijadikan pelacur dlm sehari berapa org?.
    1-undang2/akta----->ada/tiada
    2-p.kuasaan/operasi--->ada/tiada
    jika 2 benda ini ada.kenapa kes
    kes2 jenayah spt pelacuran,bunuh,dadah,rogol dll semakin bertambah?.dimana silapnya?

    BalasPadam
  30. hebatlah.. bro and the gang. semoga Allah memberkati dan membalas segala kebaikan yang bro and crew telah laksanakan. insyaallah..it's like freeing a hamba, besar reward nye di akhirat kelak. Amin

    BalasPadam
  31. HAIL TO OUR HEROES...SETINGGI2 TAHNIAH..hmm kepada badan2 penguatkuasa yg terlibat harap buat la kja korang ek..kan dah tugas..tak kan nak tggu orang TV datang baru nak bgerak...sama2 kita membantu salur maklumat..BENTERAS JENAYAH..!!

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah...

    SYABAS! SYABAS! SYABAS!

    Terima kasih kerana mengangkat darjat seorang anak, isteri & ibu tersebut ke tempat yang selayaknya.

    En. Mazidul & semua yg terlibat 'membebaskan' 2 wanita & si kecil itu pasti akan DIBENCI oleh manusia ??? (BINATANG!)yg tertangkap itu. Namun percayalah ramai lagi yg SAYANG dgn kalian kerana tindakan murni ini. Sila masukkan saya sekeluarga di dalam list manusia2 yg menyayangi kalian! Kalian adalah "TEAM YG BERANI KERANA BENAR, BERTINDAK TEPAT & HEBAT LAGI WARAS!!!"

    S Y A B A S!

    BalasPadam
  33. Salam Mazidul.

    Wanita-wanita yang terpedaya dengan kancah pelacuran seharusnya mendapatkan bantuan masyarakat.

    Bantulah mereka kerana ada diantara mereka dieksplotasi dan tidak merelakan.

    Masyarakat mungkin mengatakan bahawa pelacuran tidak boleh dibasmikan akan tetapi masyarakat yang sihat seharusnya mengutuk sekeras-kerasnya aktiviti pelacuran.

    Semuga dapat membuka mata pihak-pihak berwajib memutihkan semula imej Tawau.

    Semuga keihklasan Mazidul, krew 999 dan mereka yang terlibat menyelamat insan yang lemah itu mendapat rahmat dari Allah SAW dan dalam lindungan Nya.

    BalasPadam
  34. salam n stnggi tahniah kpada saudare n team 999
    good job..misi yg sgt mncabar tp mulia sbnrnya
    truskan usaha

    BalasPadam
  35. Misi yang sangat mulia dan amat berisiko. Saya pulak berdebar membaca post Abg.

    Terharu dengan usaha Abang. Semoga Abg Mazidul sentiasa dilindungi Allah. AMIN

    BalasPadam
  36. sabah memang byk pelacur... lebih2 lagi kat sabah ramai pendatang...

    BalasPadam
  37. sekalung tahniah sy rakamkan utk krew 999..terharu sungguh baca entry kali ini..moga usaha krew 99 mendapat balasan setimpalnya dari Allah...

    BalasPadam
  38. Lawa la abg. Maz..kan sy da kata,operasi kena la underground sket...klu x,mana kan dapat hasil operasi yg hebat...ada banyak 'informer'2 kat airport...tu yg susah sket tu bla nak mula operasi,setahu sy,kat negeri sabah,bkn kat kawasan Tawau ja benda2 x senonoh ni makin berkembang,bnyak lg kawasan2 lain yg turut mcm tu..lebih2 lg kawasan yg bdekatan dgn kwasan bandar2 ni..bkn nak memburukkan sepa2,tp bkn stakat kes 'ayam' ja kat sabah ni, kes judi ayam pn ada..adeeehhh..x tau la sampai bila bnda ni nak setel..mau harapkan pihak berkuasa tempatan,tunggu pihak atasan dari bukit aman dtg bru nak ambil tindakana...nak hrpkan kerjasama penduduk pla,,masi kurang kesedaran ttg pkara ni...

    BalasPadam
  39. Biasa jadi :-
    y nak bantu = x mampu
    y mampu = x bantu

    Tak berapa biasa jadi :-
    y mampu = nak bantu (baru nak.. belum bantu lg)

    Jarang jadi :-
    y mampu = bantu (haa.. y ni betul2 bantu)

    BalasPadam
  40. Tahniah....whatever it is...jaga diri dan berhati-hati dalam setiap misi. jadikan ayat alquran sebagai pendinding.

    BalasPadam
  41. Bro

    Setinggi tinggi tahniah saya ucapkan kepada bro. Mazidul dan mereka yang terlibat dalam 'Rescue Mission', Allah sahaja yang membalas segala budi baik tuan tuan. Jarang ada anak Melayu/Malaysia yang bersikap dan berusaha demikian rupa.

    Tahniah sekali lagi

    P/S: Terharu, lepas ni sahih ada orang buat skrip berdasarkan kisah benar ni untuk siri TV penuh aksi Kepolisan tu... agakan sahaja, Ha ha ha

    BalasPadam
  42. Tahniah MAS!! Sangat kagum dan terharu dengan usaha tuan menyelamatkan insan teraniaya... semoga Allah sentiasa melindungi tuan dalam setiap usaha tuan membantu insan lain...

    BalasPadam
  43. insan teraniaya banyak... bukan sahaja pelacur....penagih...kisah remaja..kisah rumahtangga..apapun yg dibuat adalah salah satu cabang murni mazidul dan team tv3...
    harap2 bukan sahaja dapat membendung gejala2 x sihat ini yg semakin hari semakin berleluasa

    BalasPadam
  44. tawau bukan sahaja tempat indah2 dan tempat kekotoran..bukan sahaja di tawau malahan seluruh negara kita masih dibelnggu masalah Pelacuran dan Kekotoran yg dipalitkan sendiri oleh rakyar sendiri.... cuma kita sebagai pewaris Bangsa Berdaulat cuma menanggalkan kekotoran ini dengan dan secara berterusan tanpa takut dan gentar

    BalasPadam
  45. terima kasih la team 999 menyelamatkan manusia...gejala pemerdagangan manusia ni telampau lah sekarang ni..manusia sudah hilang kemanusiaannya

    BalasPadam
  46. ...bertindak kena berkumpulan agar tidak sampai membahayakan diri sendiri... sebaiknya kerja membenteras perdagangan manusia ini terusan dilakukan... agar bumi ini sentiasa bebas dari maksiat... wartawan sekadar menyelongkar & melaporkan tetapi Bro Maz serta rakan telah melakukan lebih dari itu...
    bagi mereka yang berwajib sudah semestinya terusan beroperasi... disamping itu kesedaran sivik antara kita perlulah terusan diperbaiki... jihad itu amat luas pengertiannya... termasuk jihad nafsu-nafsi... agar Dia Nan Esa sentiasa melindungi Bro Maz & gerombolan.

    BalasPadam
  47. tahniah buat bro dan shahnun
    mgkin Allah dah utuskan abg berdua utk menyelamatkan mereka dan anak kecil itu..bergenang air mata saya baca

    BalasPadam
  48. Congrats abg Mazidul. kerja Abg & Pasukan sungguh mulia. Semoga Tuhan memberkati kalian. kesian si Bintang.

    BalasPadam
  49. semua pusat pelacuran boleh dihapuskan dengan syarat semua pihak harus ikhlas..

    ini kalau ada pihak berkuasa yang melindung dorang, sampai bila kegiatan ni tak boleh dihapuskan..

    mustahil pihak berkuasa tak kenal atau tak tahu mana mana pusat pelacuran yang ada kat tempat dorang.

    BalasPadam
  50. 999 macam polis/penguatkuasa
    Tapi dimana meraka

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.