Sabtu, Mei 28, 2011

Sampai Bila Keselamatan Kita Di Tangan PATI?


Jam 3 petang tadi, saya tiba di sini.


... dan memasuki kawasan apartment di Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur itu melalui pintu utama ini.


Spontan saya bertanya kepada pengawal keselamatan tidak memakai vest ini.


 "You orang mana?"

"Bangladesh," katanya.

Sewaktu keluar dari kawasan terbabit pada jam 7.15 malam, pintu utama dikawal 2 lelaki.


"Orang mana? Bangladesh?," tanya saya.

"Bukan, Pakistan," jawab mereka serentak.

Barangkali ramai terlepas pandang paparan disiarkan Berita Harian 14 Januari 2011. Lebih 30,000 pengawal keselamatan pendatang asing tanpa izin, PATI dlaporkan bertugas di Malaysia termasuk 3 saya temui petang tadi.

Statistik itu didedahkan Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, PPKKM, Datuk Shaheen Mirza Habib.

Baca laporan lengkap di sini.

Hairan, 4 bulan kemudian, kes ini senyap, tidak diperkatakan lagi. Adakah bilangan pengawal keselamatan PATI itu sudah berkurangan? Adakah mereka telah diberkas penguatkuasa Jabatan Imigresen? Adakah Kementerian Dalam Negeri, KDN telah mengambil tindakan?

Jika tindakan telah diambil, mengapa 3 pengawal keselamatan PATI saya temui masih bertugas?

Untuk rekod, pengawal keselamatan dibenarkan KDN berkhidmat di negara kita, hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera warga Nepal.

Berikut petikan kenyataan Ketua Setiausaha, KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berhubung pengawal keselamatan untuk penjelasan lebih terperinci.

'Mengikut Akta Agensi Persendirian 1971 dan surat pekeliling yang kita hantar kepada setiap agensi persendirian bilangan 1/2006, kita menjelaskan kepada syarikat-syarikat swasta dan orang ramai, siapa yang boleh menjadi pengawal keselamatan swasta. Pertama pengawal keselamatan berkenaan mesti warganegara Malaysia. Kedua, mereka mesti melalui tapisan keselamatan agar mereka tidak mempunyai rekod jenayah. Ketiga, mereka yang berumur 60 tahun ke atas, tidak dibenarkan sama sekali menjadi pengawal keselamatan dan mereka yang berumur di antara 50-60 tahun perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor sama ada mereka mampu atau tidak untuk menjadi pengawal keselamatan


Ada satu pengecualian yang mana kita membenarkan warganegara Nepal yang merupakan bekas tentera untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sini. Warganegara asing yang lain tidak dibenarkan sama sekali untuk menjadi pengawal keselamatan. Jumlah sehingga Julai 2010, sebanyak 5318 orang warganegara Nepal yang diluluskan menjadi pengawal keselamatan dan mereka ini memang mendapat permintaan yang tinggi dari pengendali syarikat keselamatan'

Baca laporan lengkap temubual di sini.

Saya telah lama memantau hal ini dan nampaknya keadaan masih tidak berubah. Adakah kenyataan KSU dipandang enteng sebilangan pihak? 

30,000 pengawal keselamatan PATI digajikan untuk menjaga keselamatan kita? Sedangkan mereka secara terang-terangan melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja.

Barangkali sebilangan pembaca kurang memahami maksud kenyataan di atas. Biar saya jelaskan.

Majoriti pengawal keselamatan PATI terbabit, berhijrah ke Malaysia pada awalnya untuk berkhidmat di sektor perindustrian dan perladangan. Ya, mereka pekerja kilang dan pekerja ladang. Syarikat pembekal pengawal keselamatan kemudian menyarungkan bekas pekerja kilang dan ladang itu dengan pakaian seragam dengan pelekat 'PPKKM'.

Dalam erti kata lain, masyarakat dimomokkan kononnya PATI terbabit bernaung di bawah Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia.

Ketawalah! Itu memang lawak tahap gaban!

Lebih lawak lagi, majoriti rakyat negara kita kemudian mematuhi setiap arahan pengawal keselamatan PATI terbabit. PATI berasal dari Bangladesh, Pakistan, India, Indonesia dan Myanmar dibayar gaji di antara RM400 dan RM500 sebulan.

"Kasi IC, mahu kasi tulis itu record book," kata mereka.

Sebilangan kita pantas menyerahkan MyKad sebelum dikembalikan dan pengunjung dibenarkan memasuki kawasan perumahan berpagar.

PATI berkuasa sampai sebegitu sekali.

Justeru, tidakkah sekaligus kita berasa diperbodohkan sebilangan pemilik syarikat pembekal pengawal keselamatan selama ini?

Nota

Kepada pengunjung baru membaca blog ini, cuba baca tampalan ini. Teringin rasa untuk mengetahui bilangan pengunjung sudi membaca tampalan ini agar tidak terus diperbodohkan pihak tertentu.

Terima kasih.

24 ulasan:

  1. Macam tak ada apa-apa tindakan pun dari KDN. Mereka kerja pun secara terang-terang, bukan sorok-sorok, semasa kerja tak pakai topeng pun. Kalau betul ada pemantauan dan tindakan tegas dari KDN tentu mereka tak berani buat kerja ni.

    BalasPadam
  2. ptg smlm pi tmpt ni..ada yg reti ckp melayu dn ada jga tidak..sesuka hati je mtak ic..jgn harap le..last2 kasi masuk gak..hampeh..mgmt mna uph diaorg ni..

    BalasPadam
  3. Di apartment saya, pengawalnya semua rakyat Malaysia. Pernah suatu masa dahulu syarikat keselamatan yang dilantik oleh apartment management membekalkan pengawal dari myanmar dan bangladsh, dan yang amat menyedihkan, mereka tidak tahu langsung berbahasa Malaysia atau Inggeris. Penduduk2 apartment menghantarkan memorandum bantahan mengenai pengawal asing dan tidak berapa lama selepas itu, syarikat tersebut ditamatkan perkhidmatannya.

    BalasPadam
  4. Ada sesuatu yang tak kena, nak buktikan itu memakan masa dan tenaga.

    BalasPadam
  5. PATi tersebut hanya menjalankan tugas. Kerja pengawal keselamatan lebih rilex ma. Punca masalah terletak kepada syarikat pengawal keselamatan dan KDN.

    Entahlah Bro. Saya tak tau apa tugas KDN. PATI menjadi pengawal keselamatan, Pendatang Nigeria berlambak datang atas tiket kolej swasta, Mat Lombok pula bawa lari perempuan melayu. Ditambah lagi dengan kebanjiran pelacur assing.

    BalasPadam
  6. Sedang kan negara sendiri tak dapat dijaga, ni nak jd penjaga keselamatan di negara kita pulak.ish....tak layak ni.

    Terbaru di blog Aku"Nuffnang Sana-Sini ( I QUIT ??? )"

    BalasPadam
  7. pendapat saya.. pihak berwajib patut review balik syarikat-syarikat pengawal keselamatan yg menggajikan pendatang asing ni...

    BalasPadam
  8. Pengawal Keselamatan PATI ni buat kite lagi rase tidak selamat!

    BalasPadam
  9. usj 20, tiap2 minggu saya datang ke situ, dan setiap kali jugaklah dia tanya kemana saya nak pegi.. rasa mcm nak bagi pelempang jer...
    nampak kan mereka tidak peka.. orang mcm tu pun boleh diupah jadi jaga??

    kadang2 saya main redah jer kon yang diaorang pacakkan kat depan tu...

    BalasPadam
  10. SMTI ... dah lama benda ni berlaku, so nampak macam tak ada perubahan. So nampak la macam tak ada tindakan dibuat.

    BalasPadam
  11. smti..
    adakalanya perlu mendalami perundangan..bukan nak jadi lawyer tp sekadar perlindungan diri sendiri dr diperbodohkan..

    BalasPadam
  12. memang boleh dipertikaikan tahap keselamatan kita kalau warga asing yang jaga kita. Apa dah takde warga Malaysia ke yg layak atau warga kita terlalu byk songeh atau memilih untuk bekerja?

    BalasPadam
  13. baru sy tau..
    pengawal hanya utk rakyat msia dn bekas askar nepal..

    BalasPadam
  14. tmpt saye dulu org Nepal yg jage...ok orgnyer..mesra..pastuh kerja mmg rajin..keta nak msk takder maen redah ajer..ader stiker pastuh keta yg mmg dikenali dier bg msk..angkat tgn aper sumer...skang pengawal dier mcm melayu tp slalu borak ngan org2 situ tp keje tido dlm booth...tgk tv..pastuh selalu hilang..entrance nak msk bleh muat satu keta ajer..slalu nak bertembung dgn keta lain kalo tak hati2...try ar dtg apartment flora taman impian ehsan

    BalasPadam
  15. SMTI


    saya tinggal kt sini masa bujang dulu2 ni...

    BalasPadam
  16. SMTI

    Hangatnya sekejap lepas tu timbul ler balik pengawal-pengawal yang tak layak untuk jawatan itu.. kalau dari akar umbi tak tegas berkenaan isu, sampai bila-bila pun isu ini takkan selesai dan makin ramailah PATI dalam negara kita ini.

    BalasPadam
  17. SMTI.. Merah ka? Biru ka? Lama ka? Baru ka?

    BalasPadam
  18. ... kelayakan itu satu soal, mutu & amanah kerja pun paling utama, jika memang tak layak ditambah pula tanpa sikap hormat warga tempatan sungguh saya amat benci & angin! ...

    BalasPadam
  19. sebenarnya masalah berkaitan pengawal keselamatan adalah kerana kesilapan semua pihak...warga malaysia yg berkualiti tidak mahu menjadi pengawal kerana gaji murah..bila minta naik gaji syarikat cakap tak mampu sebab pelanggan tidak mahu bayar payment yg berpatutan jadi sebenarnya semua sekali terlibat syarikat tak mau naik gaji...pelanggan tak mau bayar payment yg berpatutan pihak berwajib pulak cume buat tak tau

    BalasPadam
  20. SMTI...kalu kat penang ni, agaknya...kalau saya tanya semua guard yg jaga masa saya buat renovation tu..mungkin semuanya PATI...agaknyalah sebab belum sempat tanya..mungkin lepas ni nak tanyalah...hehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.