Rabu, Mei 04, 2011

Siapa Karanka? Pemandu Teksi? Hantu?

12 Mac lalu saya menulis tampalan Pemandu Teksi Taiko.

Hari ini blogger-tanpa-tampalan, karanka menghantar komen berikut.

'Salam en. Mazidul

Saya nak komen sedikit dengan pandangan yang terlalu negatif dalam blog anda.

Berhubung dengan kenyataan encik berkenaan kekurangan teksi di LCCT itu adalah tidak benar. Teksi teksi di LCCT ini dipanggil naik ke terminal mengikut giliran. Teksi teksi ini berada di kawasan tunggu sedia (pool) untuk naik ke terminal jika pihak pengurusan teksi memanggil mereka untuk ke terminal.

Gambar ketika kejadian saya rakam dan muatkan di dalam tampalan terbabit. Jika banyak teksi pada waktu kejadian seperti didakwa, pasti jelas kelihatan di dalam gambar. Incase Karanka tidak berpeluang melihat gambar dirakamkan pada jam 11.52  malam  itu secara teliti, saya muatkan gambar sama, sekali lagi.


Untuk rekod, teknik superimpose tidak diapplikasikan kepada gambar di atas.

Ayam_katik: Pemandu teksi yang gagal menggunakan meter ini hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Blovedd: Harga tambang di LCCT bukanlah ditentukan oleh pemandu teksi. Tambang yang dikenakan telah diluluskan oleh pihak berkuasa.

Pida Sanglang: Dari KLIA ke Puchong RM120? Mungkin encik naik limo premier rasanya. Saya tak percaya tambang limo KLIA (budjet) semahal itu. Ini kerana limo mempunyai sistem pemantauan yang terbaik kerana mereka mempunyai penguatkuasa sendiri yang tiada kompromi dengan pemandu.

Zack2015: Tak semua pemandu teksi tidak berbudi bahasa.

Berkebetulan, saya terjumpa seorang daripada mereka.

Laukbrunei: Encik boleh memilih samada menggunakan perkhidmatan teksi ataupun bas. Saya percaya tak semua pemandu teksi bersikap sedemikian.

Ahmad: Tak perlulah kita mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa kepada pemandu2 teksi. Kata-kata itu kurang enak kalau dibaca. BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

Semua pemandu teksi harus sama memahami maksud phrasa BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

Cubaan: Di sini tak timbul soal potong line. Bukan pemandu teksi yang menentukan atau mengarahkan penumpang membeli tiket. Ini terpulang pada penumpang itu sendiri.

Afiq Zainal: Perkara ini mudah saja, jika ada perkara yang anda tidak berpuashati anda boleh terus menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkannya. Orang kita kebanyakkannya hanya bercakap di belakang saja. Kerajaan kan dah bagi saluran di mana kita boleh melaporkan masalah berkaitan perkhidmatan awam di Malaysia.

Saya percaya banyak laporan telah dikemukana penumpang tidak berpuas hati selama ini.

Nina: Awak bukan Tuhan untuk menilai semua pemandu teksi di Malaysia makan duit haram. Tak semestinya org yang makan gaji di pejabat tu makan duit halal tiap2bulan. Orang yang  datang kerja dengan orang yang datang bekerja adalah 2 watak yang berbeza.

En. Mazidul hanya mencari salah pemandu teksi dan tidak pula melihat kesalahan penumpang. Ada juga penumpang yang cuba menipu ketika menggunakan perkhidmatan teksi di LCCT. Sebagai pemandu teksi, kami nak melaporkan perkara tersebut?

Saya mencatatkan fakta berhubung kisah benar saya tempuhi, tidak lebih daripada itu.  Usah cuba menegakkan benang basah, fakta tidak perlu disangkal. Dalam banyak kes, sikap sebilangan pemandu teksi dipertikaikan penumpang, berikutan itu saluran aduan disediakan pihak berkuasa. Saluran untuk penumpang teraniaya dan tertipu menyalurkan aduan mereka.

Jika terlalu ramai penumpang menganiaya pemandu teksi, pasti pihak kerajaan mewujudkan ruang untuk pemandu teksi mengemukakan aduan terhadap penumpang mereka.

Setakat ini saluran itu TIDAK disediakan.

Saya mencari salah pemandu teksi?

Ha! Ha! Ha! Sukar mengulas jika blogger menulis menggunakan kepala lutut. Barangkali untuk rujukan, Karanka boleh membaca tampalan Terima Kasih Puan Aniza.

Sikap peramah, beradap serta kejujurannya menjalankan tugas sebagai pemandu teksi dipuji.

Contoh 1: Penumpang berkenaan tinggal di Regency Hartamas, Jalan Duta dan membeli tiket Sri Hartamas. Sistem kopun dijual mengikut zon. Tambang Sri Hartamas RM73.50 manakala Regency Hartamas ialah RM84.00. Siapa yg akan menanggung kerugian sebanyak RM10.50 berkenaan?

Contoh 2: Saya mengambil 2 org penumpang dr LCCT. Tiket tertulis Jalan Kuchai Lama. Sampai saja di destinasi tersebut seorg penumpang saja yg turun manakala seorg lagi meminta saya htr ke Ampang dan akan menambah RM10. Di LCCT satu kopun satu destinasi. Kami diherdik kerana enggan menghantar. Teksi LCCT tidak mempunyai meter dan saya mencadangkan agar dia mengambil teksi lembah kelang. Berapa penumpang tu untung jika dia berbuat demikian? Tambang ke Kuchai Lama RM73.50 dan Ampang RM84.30. Hampir 100% penumpang untung'

Karanka, usah jadi pelontar komen hantu, tanpa identiti berani melontarkan komen. Be a genteman, perkenalkan diri saudara.

10 ulasan:

  1. hmm...maybe karanka ni pemandu yg berhemah tapi sebab nila setitik....

    tak pun nila nya banyak gk...bertitik2...hehe

    Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Saya juga selalu gunakan limo dan teksi di LCCT atau KLIA. Juga ada pengalaman ngeri dan manis dengan pemandu teksi.

    Kalau nasib baik, pemandu teksi bagai rakan yang boleh bersembang macam-macam cerita. kalau nasib tak baik...macam pengalaman En.Mazidul.

    Saya pernah diherdik, dibuang beg dalam becak air lopak hadapan rumah, dimalukan dengan jiran-jiran dan memandu macam pelesit dari KLIA semata-mata sebab pemandu limo tersebut kecewa kena bayar tol lebih. Padahal, semasa naik limo berkenaan, saya sudah tanyakan dia 2 kali sama ada dia tahu atau tidak lokasi dituju dan dia mengaku dia tahu.

    Bila dia tersalah jalan dua tiga kali dan saya tunjukkan jalan yang betul, dia mula marah-marah dan memaki dengan kata-kata yang kesat, memecut dan brek teksi dengan mengejut dan memalukan saya dengan jiran-jiran dihadapan rumah.

    Kalaulah setiap pemandu teksi atau limo mengamalkan budaya ini, agaknya selamat tak penumpang? Walaupun umurnya layak digelar ATOK, namun, respek saya jatuh hingga bawah tapak kaki. Saya tidak pasti apa berlaku kepada dia tetapi saya telah laporkan hal ini kepada pihak pengurusan KLIA dan kementerian pengangkutan. Patutnya kena lapor ke JPJ dan pengguna sama, seterusnya TV3 ;)

    BalasPadam
  3. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau rasa diri benar kenapa perlu takut? Sikap macam ni saya boleh samakan dengan penghantar surat layang ke pejabat saya, kita dah sediakan ruang aduan, pegi hantar emel layang kepada Ketua Pengarah, kalau tak puas hati isi borang aduan, isi nama, IC, no telefon, kita siasat betul2, setakat guna nama samaran sapa nak layan?

    BalasPadam
  4. nape sy xboleh komen di ruangan en.mazidul..

    BalasPadam
  5. Pemandu teksi 50:50 ada yg ok dan ada juga yg tak ok. Saya byk kali dh terkena dengan pemandu teksi, lebih2 lagi pemandu teksi di stesen komuter serdang.

    Pemandu teksi ramai tak menggunakan meter. Meter hanya sebagai hiasan.

    Pakcik saya pemandu teksi tapi ok je ikut peraturan dan mesra pelanggan tetapi kadang2 ditipu oleh penumpang. Macam-macam hal.

    BalasPadam
  6. b'ckp psal teksi ni,sy pun ada pengalaman gak..mgkin sy xtau atau pemandu teksi 2 yg nk "cekik darah"..tp ni bkn dr lcct ke mna2 destinasi je..sekadar dr stesen lrt universiti ke kolej kediaman dlm um..biasanya teksi yg sy naiki akan ambil byrn dr sy bdasarkan meter,tp ada sekali 2 seorg pemandu teksi 2 b'balah dgn sy psal meter jgak.dy kata sy menipu,sbb xkn dekat pun nk kna pkai meter jgak..sy kata slalu pun mmg mcm 2 pun selalunya.lma jgak ktaorg b'balah.dh la byrn yg dy mntak 2 mahal dr kebiasaan sy byr.rsa xptot gk ada sstgah pemandu teksi mcm 2,apalg pljr mcm sy..

    BalasPadam
  7. seremban to klia RM90.OO lebih kurang...
    teksi guna NGV. mahal x?

    BalasPadam
  8. salam bro Mazidul, ni 1st time saya comment, saya pernah kene LCCT-Bandar saujana Putra = RM60, harga tak kisah sangat sebab dah tgh malam, Isteri saya lapar jadi saya beli MCD tapau untuk makan di rumah, tapi pemandu tu boleh sound kenapa tak makan je kat sana nanti kereta ni berbau lak..orang lain masuk nanti tak selesa..dah la ckp kurang ajar, kan bagus dia sound baik2, boleh la kita yang tak tau ni minta maaf. orang lain masuk nanti tak selesa.. MCD apa la bau sangat lain la saya bawa durian or ssambal petai..

    BalasPadam
  9. Saya pernah bawa teksi 10 tahun lalu dan cadang nak bawa semula bulan ni. Sebab? Kerja sesuai untuk otai lebih 40thn payah kat Malaysia ni. gerun orang dengar kita pernah dapat makan gaji gaji angka besar sebelum ni. takpa, saya redha...kena gak sara famili kan? OK, drebar teksi Mazidul tu mungkin dah lama sesangat bawa teksi tak rehat. Kalau dia teksi LCCT/KLIA pool tak boleh dia mengelak untuk bawa penumpang ni. TAPI no excuse dia nak guna bahsa kesat ni...dia silap sana dan memakan diri dia.

    Kekawan lain, ramai tak kenal dunia bawa teksi ni...unsur tipu menipu ni mainan industri ni. Syarikat teksi tipu drebar teksi, mekanit meter ubahsuai meter ikut sedap bos syarikat teksi, drebar enggan guna meter, polis saman (betul/sama olok) teksi buat salah. Macam2. Apa pun, jgn putus asa guna teksi. Ramai masih OK luar sana. Percayalah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.