Jumaat, Ogos 19, 2011

Lebih 70 Jam Untuk TM Menangani Masalah Internet Pelanggan? UPDATED Tindakan

Sebelum ini pelbagai bentuk ketidakpuasan hati dilontarkan pengguna Streamyx TM. Saya hanya mendengar sahaja keluhan mereka.

Untuk rekod, saya mula menggunakan perkhidmatan Streamyx pada Disember 2009.

Biarpun wayar dipasang berselirat oleh kontraktor dilantik TM, telefon dan modem diletakkan di tempat sempurna dan terpelihara.


Sejak malam tadi, saya tidak mampu mengakses kemudahan internet, lalu jam 8.30 pagi tadi saya menhubungi nombor ajaib TM '100'.

Seperti dijangka, panggilan dijawab oleh 'robot'.

"TM, boleh saya bantu?," soal petugas Khidmat Pelanggan.

"Saya tak boleh akses internet. Di laptop kata connected tetapi lampu internet di modem tak menyala," jelas saya.


"Sebelum itu boleh saya dapatkan username terlebih dahulu," pintanya.

Saya memenuhi permintaan itu.

Untuk rekod, saya berjaya menghubungi petugas itu selepas membuat 2 panggilan awal terputus.

"Ini pun saya tak berapa dengar suara awak sebab slow sangat," ujar saya.

Saya percaya terdapat gangguan talian telefon TM.

"Itulah kalau ada gangguan talian, selalunya internet pun bermasalah juga. Cuba encik Mazidul buat direct connection talian telefon terus ke modem, by pass kotak," celahnya.

Berikut kotak dimaksudkannya.


Saya mengikut arahannya biarpun terkial-kial mencari hujung pangkal wayar bersimpul. Lambang kerja sambil lewa bak melepas batuk di tangga.


Peringatan saya, jika pengguna sibuk, usah semakkan pemikiran mengikut arahan petugas seperti pengalaman saya lalui pagi tadi.

"Macam inilah encik, saya bukan technician TM, jadi kalau kita ringkaskan bicara, berapa lama masalah ini boleh diselesaikan? 24 jam? 48 jam? Atau 72 jam?," soal saya.

Tanpa teragak-agak dia pantas menjawab soalan itu.

"72 jam, untuk techinician datang, itu pun dia kena buat pemeriksaan dahulu, tengok jenis kerosakan macam mana," jelasnya.

Saya teruja buat seketika

Baca fakta dicatatkan di Wikipedia berhubung TM Net.

'TM Net is an  internet service provider in Malaysia. It is the largest fixed line broadband provider in Malaysia. It also provides Internet Protocol television and other multimedia services. TM net is a wholly owned subsidiary of Malaysia's main telecommunication provider, TM Bhd. TM Net was established in 1995 by Telekom Malaysia Bhd, as part of Malaysia National Broadband Plan'


"Bila technician boleh datang?," tanya saya sekali lagi.

"Dalam tempoh 72 jam. Nanti dia orang akan menghubungi encik menggunakan telefon bimbit," janji petugas berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.

"Maksudnya, saya kena duduk di rumah 3 hari untuk menunggu technician itu datang ke?," soal saya lagi. 

Dia terdiam.

"Saya membayar bil internet untuk 30 hari. Kalau untuk memperbaiki kerosakan memerlukan masa 3 hari, saya bayar bil untuk 27 hari boleh?," saya mengusiknya.

"Tentang itu encik kena berurusan dengan bahagian billing, saya hanya menerima aduan sahaja," jawaban klise dilontarkan.

"Saya tahu awak tidak ubah bak 'robot', hanya membaca maklumat memang sedia tercatat. Baiklah, kalau macam itu, saya hendak bercakap dengan supervisor awak, boleh?," pinta saya.

Berikutan lebih 3 minit gagang telefon dibiarkan sunyi, berulang kali saya melihat skrin telefon bimbit bimbang talian terputus.

Barangkali harga muzik terlalu mahal sebagai isyarat petugas masih memberikan perhatian kepada pelanggan menunggu. Jika dimainkan lagu Hari Raya sekalipun, cukup untuk menyejukkan sedikit hati pelanggan mula membara.

Syarikat korporat berusia 16 tahun memerlukan 72 jam untuk mengatasi masalah diadukan pelanggan?

Hairan.

Kira-kira jam 9.10 pagi tadi, penyelia petugas terbabit bercakap dengan saya. Lalu saya perjelaskan perincian masalah didepani.

"Puan orang Johor, Perak atau Melaka? Berusia lewat 20 an atau awal 30 an?," soal saya.

"Orang Johor, awal 30 an," jawabnya.

Kekadang saya juga berasa hairan dengan kemampuan meneka butiran peribadi individu tidak pernah saya kenali. Barangakali itu anugerah Allah kepada saya.

"Sebenarnya 72 jam itu tempoh maksimum masalah akan diselesaikan," jelasnya. 

Namun mereka berdua gagal memberikan waktu jangkaan untuk techniican hadir ke rumah saya.

Jam 11.15 pagi dan 12.42 tengah hari tadi, dua kali telefon rumah berdering. Dua panggilan dari TM Net itu terputus sebaik dijawab.

Bangang sungguh! Kenyataan itu tiba-tiba terlintas di hati. Apa tidaknya, kira-kira 3 jam sebelum itu saya telah melaporkan fakta berhubung kerosakan talian telefon rumah, tidakkah maklumat itu dicatatkan? Untuk memudahkan perhubungan, saya juga meninggalkan nombor telefon bimbit kepada petugas khidmat pelanggan terbabit.

Barangkali TM gagal mengkoordinasikan maklumat disalurkan kepada petugas Khidmat Pelanggan kepada kakitangan teknikal mereka. Sia-sia saya membuang masa bercakap lama, mujur bil ditanggung TM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhasrat melihat bandaraya Kuala Lumpur dilengkapkan dengan kemudahan jalur lebar percuma untuk memudahkan rakyat tempatan dan pelancong mengakses maklumat di hujung jari secara percuma.

Menghairankan TM memerlukan masa lebih 70 jam hanya untuk memperbaiki kegagalan hubungan internet pelanggan. Tambah mengejutkan, saya bukan menetap di daerah pedalaman seperti Lubuk Antu, Tebedu atau Serikin di Sarawak. Barangkali penduduk di kawasan terbabit menikmati kemudahan perkhidmatan jalur lebar lebih baik dan efisyen.

Timbul persoalan, apakah antara faktor menyebabkan kelewatan perkhidmatan membaik pulih terbabit?

Kekurangan kakitangan teknikal? Atau TM dihujani terlalu banyak komplen perlu ditangani? Seperti bilangan titisan hujan membasahi bumi.

"Sreamyx sekarang ini, slow," itu keluhan biasa didengari.

Sila klik wall Facebook saya untuk membaca antara keluhan dikongsikan orang ramai berhubung servis TM. Sebelum itu, InsyaAllah saya akan menambahkan nama pembaca sebagai friends secepat mungkin,  jika sudi.

Saya pernah berhadapan masalah hampir sama tetapi melalui kenalan di TM, komplen itu diselesaikan dengan kadar segera, klik di sini dan di sini.

Hemat saya, pelanggan boleh menunggu tetapi biarlah ada waktu jangkaannya. Mereka juga mempunyai kerja lain harus dilangsaikan selain menunggu technician tidak kunjung tiba.


Kemas Kini

Jam 11.51, saya menghubungi pegawai TM di Shah Alam, Selangor.

"Jam 3 petang selepas solat Jumaat nanti, ada techician akan ke sana," ujar beliau.

Jam 3.02  petang saya menerima panggilan.

"Bang tolong reset modem, saya ada di luar," kata juru teknik terbabit.

Bergegas saya ke lokasi dimaksudkan dan merakam beberapa gambar.


"Card internet rosak mungkin sebab panas," ujar Akram.

Akram Mohd Ramli, 30 tahun, anak kelahiran Sitiwan, Perak, baru mendirikan rumah tangga Jun lalu.

"Ramai juga customers bermasalah di kawasan ini," jelasnya sewaktu saya dekati.

Malangnya setelah membuat pemeriksaan, sambungan internet di rumah saya masih gagal dipulihkan semula.

"Configuration lari," jelas Akram.


Bekas pelajar Politeknik Johor Bahru itu melaksanakan tugasnya dengan rapi.

Waktu itu kru 666, bapa kepada 2 anak, Razali Harun berada di rumah saya. Sambung internet di rumahnya juga didakwa bermasalah.


"Saya sejak malam tadi lagi internet memang tak ada connection. Itu kita angin satu badan. Petugas Khidmat Pelanggan siap suruh kita buat direct connection lah, itulah, inilah. Saya cakap, saya tidak tahu," celahnya.

"Betul ke kalau hendak repair kerosakan macam ini memerlukan masa sehingga 72 jam?," soal saya.

Telah lama saya ingin mengajukan soalan itu.

"Bergantung kepada keadaan, kalau major break down memang lama tetapi kalau kes biasa, kurang 24 jam, kita sudah perbaiki," balas Akram.

Pada waktu itu saya terfikir, adakah petugas Khidmat Pelanggan menganggap setiap kes diadukan, kerosakan serius lalu sewenang-wenangnya memaklumkan semua pelanggan kononnya mereka perlu menunggu lama sebelum juru teknik datang membuat pemeriksaan.

... atau mereka diarahkan berkata begitu untuk menyelamatkan tengkuk TM Net daripada diamuk pelanggan?

Terbukti dalam kes ini, masalah diselesaikan dalam tempoh 7 jam sahaja dari masa aduan dibuat.

"Telefon ini sudah rosak," kata juru teknik itu kepada saya.

Pantas dia menggantikan dengan telefon baru sekaligus wayar sebelumnya berselirat diikat kemas.


"Macam mana berjumpa isteri?," soal saya.

Entah mengapa tiba-tiba soalan itu terpancul dari mulut saya.

"Kami sama sekolah masa di Sitiwan dahulu, lepas itu masing-masing melanjutkan pelajaran. Masa reunion tahun lepas terjumpa balik. Kami kemudian berhubung melalui Facebook," jelasnya.

So sweet.

Mungkin ada di kalangan pelanggan sedang bercinta melalui Facebook terganggu akibat kegagalan sambungan internet selama 7 jam hari ini, kenyataan itu secara spontan terlintas di benak fikiran saya.

"Nanti baca blog saya mazidulakmal.com," ujar saya kepadanya.

"Saya ada juga membaca blog abang tapi abang janganlah ambil gambar saya," balasnya.

"Akram, saya menulis fasal fakta, kalau TM lembab, saya tulis lembab tetapi kalau masalah boleh ditangani dalam jangka waktu singkat, saya tulis juga fakta itu untuk dikongsikan dengan masyarakat," ujar saya.


Apapun terima kasih kepada TM kerana bertindak pantas mengatasi masalah pelanggannya, tidak sampai 72 jam.

47 ulasan:

  1. company kerajaan. biasa la. makan gaji buta. pernah dulu nak pasang streamyx bodoh ni pun nak kena amek mse stgh tahun. selagi customer x amek tindakan sndri, jgn harap la akn ade progress.

    BalasPadam
  2. Kakcik telah beberapa kali mengalami masalah yang Sdr hadapi ini. Samapi kakcik pernah bercakap dengan suara yang bergetar (menahan marah) 'awak nak suruh saya tunggu sampai 72 jam ke 75 jam ke, saya dah tak peduli. Kalau masalah ini tak selesai hari ini, saya akan tamatkan perkhidmatan streamyx dan ganti dengan yang lain'.

    Eh! boleh pulak dia orang datang...

    Sekali lagi, kakcik juga diajar pasal penyambungan itu. Kakcik cakap 'saya tak faham bab-bab teknikal ni!'

    BalasPadam
  3. Salam...memang macam tu lah kalau line internet ada masalah...saya yg melayu ni diminta oleh org office telefon TM..dan diorang akan tanya modem jenis apa, splitter dan pelbagai soalan teknikal yang org biasa macam saya tak tahu....sehinggakan sekarang dah mahir dan boleh menjadi kontraktor TM untuk membuat penyambungan internet(joke )...apa diorg tak boleh ke datang utk memperbaiki masalah pelanggan dgn kadar segera?...diorang ni lemak sangat, dah swasta pun kerja masih lembab dan perkhidmatan taraf sebelum merdeka!!!

    BalasPadam
  4. kasi hantam itu TM. bil tiap-tiap bulan kita bayar, tapi service mcm *****. mentang2 dah kaya boleh dia buat suka hati atuk nenek dia. mahathir cakap "MELAYU MUDAH LUPA".

    BalasPadam
  5. 72 jam?

    Cepat tu.

    Saya kene tggu seminggu. Selepas amukan tahap hantu!

    Sekarang ni pun lembab yg amat2...malas nk kol.

    BalasPadam
  6. Bro, terasa aku... He he he. Tapi kami ni jaga link Asia, bukan retail. Tang bil 27 hari tu memang saya setuju sangat, tang music masa menunggu tu, itu sebenarnya tertakluk kepada budi bicara kontraktor call center. 72 jam ialah standard script yang harusdi hafal oleh semua call centre staff... Tempatnya kat Semua House, KL. Rasanya kalau teruk lagi, elok jumpa je dengan Dato' Zam, CEO TM, rumah dia tak jauh dari rumah Bro Dol. Slow talk sikit pasal staff dia tak efficient.

    BalasPadam
  7. Bro Dol, kerajaan patut benarkan syarikat lain buat perkhidmatan sama macam TM, begitu juga Astro, baru dia tahu langit tinggi rendah, walaupun Menara dia tinggi. Konon. Nyampah ai....

    BalasPadam
  8. memang nak kena sound sikit depa tu. bila problem tidak pulak boleh potong bayar.

    BalasPadam
  9. Salam.
    Memang service TM masih lemah...

    Saya memang sangat kecewa dgn kelemahan service yang diberikan @_@

    Tapi kan...TM Net sudah lama tidak wujud, sejak tahun 2008 kan sudah di tukarkan ke TM Broadband.

    Saya rasa saudara Mazidul kena tukar nama tu bagi mengelakkan kekeliruan.

    BalasPadam
  10. Hadap je la bro... nak buat mcm mana..

    Kuasa dominasi. Kalau nak laju, cuba x bayar. laju je surat pink sampai. Bila customer ada masalah, buat2 x nampak - err.. bukan customer ada masalah(service/product yg ada masalah).

    Kes2 mcm nie diterajui oleh TMNet (walau pun service provider yg baru/lain pun mcm tu).

    Nak call support, dah banyak kali call support (tu belum masuk bab menunggu atas talian) nak complaint, dah banyak kali complaint. Apa lagi yg customer mampu buat utk mendapatkan service/charge yg adil?

    Harap2 kita semua dpt cari rezeki yg halal utk diri sendiri & anak2.

    BalasPadam
  11. salam.. kalau ckp psl TM ni mmg xakan habis la.. sure ade je bende yg xpuas hati.. kalau ckp operator tm xsekolah, nnt ade org mrh..tp mmg sume org pon tau operator tm tu ckp ikut skrip jer.. bile tanyer ape2 sume xtau,tah hape yg di tau pn xtaula. ckp cam customer bodoh giler.sy bukan pandai sgt tp sy dulu student networking, sikit sebyk sy tau knp streamyx tu probl.. tp operator jwb soalan kite mcm kite ni bodoh giler xtau pape.. tanyer camne nk elakkn splitter cpt rosak pon xtau... kalau tanyer sume xtau baik xpyh call.. tanyer kt kdi pc world lg bagus.. xsakit ati

    BalasPadam
  12. Nobody is perfect.. teknologi dicipta oleh manusia dan manusia pun banyak silapnya..

    BalasPadam
  13. Saya hari tu berapa lama baru kontraktor TM ada untuk buat sambungan telefon yang kedua.

    Boleh pulak bila telefon kontraktor TM yang sepatutnya datang seperti dalam appointment letter yang dikeluarkan oleh TM diorang kata tak tau apa2 pasal appointment.

    Sedang di bandor ni servis memang agak mengecewakan. Apatah lagi bagi pengguna di luar bandar.

    BalasPadam
  14. smti...
    MZIskandar: "hadap jer bro .." best ayat tu...
    "kita ni mentimun..."

    BalasPadam
  15. Selalunya saya menjadi pembaca setia, hari ini ingin berkongsi masalah yang sama.

    Internet Streamyx dirumah selalu terputus. satu jam boleh dua tiga kali terputus tanpa sebab. Saya seperti bro maz call talian keramat TM dan seperti biasa, beberapa perkara diarahkan untuk kita "self diagnostic" untuk selesaikan masalah tersebut.

    Setelah dua tiga kali buat panggilan, dierorg pun inform technical person dierorg akan datang. Technition dierorg datang dan bagi jawapan yang paling tak logik di akan. "owhhh ini sebab en surf facebook kerap sangat". dengar alasan macam tu terus rasa nak gelak, Yang pelik, jiran sebelah takpernah berlaku masalah terputus-terputus ni.

    So back to the problem bro mazidul. Dulu saya selalu jadi begitu. bila call callcenter saya akan inform dierorg "please reset my account". then lepas reset. Baru boleh connect internet.

    BalasPadam
  16. Dengar cter masalah streamyx ni disebabkan pelan VIP tu...mcm diank tirikan...

    Oh ya Astro tetap naikkan bayaran pakej bulanan ker?

    BalasPadam
  17. selalu juga berlaku line tiba2 tak connect.Mula2 dulu selalu juga saya call dan dapat arahan buat itu buat ini sampai berjam2,betul2 buang masa...lepas tu bila tak dapat baru mereka hantar teknician...kali kedua berlaku saya suruh adik saya hantar email sahaja..lagi cepat mereka bertindak,esok terus call dan datang... tapi masalah tetap sama berlaku lagi bila setting streamx lari.Last2 saya setting sendiri.Saya ikut apa dia org buat dan apabila ada masalah connection,saya reset dan connect sendiri.Biar rosak,asal puas hati. Setakat ini ok,biasa bila tak boleh connect,saya reset sahaja.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum,

    Cuba En. Mazidul buat satu tinjauan mengenai celcom broadband dan celcom 3g data usage.

    Ini pun satu perkara menarik.

    Utk rekod, sy pernah bawak celcom ke tribunal pengguna utk tuntutan atas perkhidmatan yang sangat2 pemBOHONG!

    Sekadar cadangan.

    BalasPadam
  19. TM bagi time 72 jam tu sebagai estimation rasanya, play safe. Sebab kalau dia bagitau masalah abg MAZ boleh settle dlm tempoh 24 jam tapi tak dapat juga selesai, mmg kena taruk lagi la..So bila bagi 72jam dan masalah selesai lebih cepat, kan nampak yang TM buat kerja bagus. Semua tu SOP syarikat masing2

    BalasPadam
  20. bila cakap tentang TM terlalu banyak yang saya dah lalui.. perkara basic apabila masa tidak ditepati.. Bro Mazidul TM janji 72jam, 7jam lebey dh settle.. ok sangat dah tu..

    izinkan saya share antara masalah paling teruk yang dihadapi dengan TM.

    26/4/2010 - hantar borang permohonan penukaran nama akaun, dijanjikan selesai 3 hari bekerja. Namun KECUAIAN staff, borang permohonan HILANG! Saya terpaksa call 100 beberapa kali.

    6/5/2010 proses penukaran nama dibuat. Manual termination Streamyx dibuat. Dijanjikan penyambungan semula pada 9/5/2010 (Ahad), namun dikatakan semua technician TM cuti.

    Penyambungan semula dibuat pada 10/5/2010 setelah 4 hari tanpa internet.

    BalasPadam
  21. Itu dia bagi statement berunsur disclaimer. Kalau kata 24 jam nanti, dibuatnya overdue, susah pulak. Jadi untuk semua kes, dia bagi 72 jam tak kira kes serius atau tidak.

    Baru-baru ni pun saya mengalami masalah dengan Streamyx. Saya buat aduan pukul 10 malam. Keesokan harinya dalam pukul 10 pagi, technician TM call saya dan bagitau problem dah resolved. Punca? Ada connection yang "longgar" di cawangan ibusawat (kotak kat luar tu lah).

    BalasPadam
  22. orang terkenal mmg la service dia cepat....org macam kami ni sebulan pun tak siap..asik tanya nama ambik no. telefon...pas tu senyap...tahap sampai naik meroyan la menahan sabar...akhirnya tutup akaun puas hati...oleh kerana kita tutup akaun bila kita nak ambik unifi dia buat hal lagi sampai dkt dua bulan....mmg makan gaji buta diorang ni

    BalasPadam
  23. smti.
    tutup jelah TM ni...aku dah lama stop TM penipu...time bil cepat je sampai.....hampeh punya syarikat nasional.

    BalasPadam
  24. last week line telefon rumah saya juga bermasalah..pagi saya call 100, t/h mereka dtg dan repair, ptg ada ada customer sevice tm follow up dan tanya status terkini. Alhamdulillah, settle dlm satu hari.

    BalasPadam
  25. pandangan saya TM kena kena contohi TNB didalam kerja-kerja senggaraan...dan menyediakan unit sengaraan seperti pasukan TNB...selalunya TNB akan pulihkan bekalan dlm masa 3-5 jam bermula panggilan dibuat..sekiranya major dia akan sediakan genset bergerak..
    Walaupun kos operasi tinggi, tp itulah yg sepatutnya dibuat sebab pengguna perlu membayar untuk tempoh sebulan

    BalasPadam
  26. Haha...bayar sewa sebulan...tapi time rosak sewa tetap dikira sebulan juga... Bil cepat je sampai...Tak lama lagi Celcom pulak...raya dah dekat. Apa boleh buat bro dah tak de pilihan...yang ade pun 2 X 5 je.

    BalasPadam
  27. salam..
    saya rasa terpanggil komen ke sini.. saya CSR Streamyx. Apa yang encik mazidul lalui tu adalah salah satu dari senario sebenar. saya sebagai CSR streamyx memang ada skripnnya sendiri dan pelbagai prosedur yang perlu dilalui, lagipun perbualan dirakam.

    mengenai 72 jam tu, memang kawasan lembah klang sahaja itupun bergantung kepada punca kerosakan. Kalau luar lembah klang yang ambil masa 24 jam pun sama. ada juga kes yang settle dalam dua jam sahaja. jadi, detail yang tepat untuk report kepada technician. mengenai avaibality technician, itu kena tanya pihak berkenaan.

    saya pun faham mengenai perasaan semua yang ada masalah internet, sebab saya pun gunakan streamyx kerana so far, inilah yang terbaik (di kawasan saya line OK). Harap dapat ajukan masalah kepada tm helpdesk. Kami CSR streamyx memang sedia membantu selagi yang boleh.

    CSR streamyx
    http://shakiddo.blogspot.com/

    BalasPadam
  28. betul kata kid tu...saya pon slh seorg dr CSR Streamyx (sebelum nie la..skrg da transfer pergi unifi)...perbualan dgn cust sumenye dirakam..kami x bllh beri janji sesuka ati kami..lagi pon technician y dihantar tu ade 1 lg department y handle..kami sebagai frontliner akan buat report tuk pihak cust dan dlm ms y sama cuba juga menyelesaikan mslh cust dgn buat troubleshooting dr site frontiner dlu.klau msih x blh kami akan open report tuk cust..tp mcm y diberitahu oleh kid td...bergantung pd technician availability juga...apa2 pon kami akan cube bantu sedaya upaya kami..sebarang mslh blh email pd tm helpdesk..ape2 pn sy suke bc blog abg mazidul...lagi2 psl paranormal tu..mmg best la~ ^_^V

    BalasPadam
  29. itulah akibatnye klu monopoli. pengguna tak dpt servis terbaik.yg untg hanya TM.

    BalasPadam
  30. oh, red rambutan keje kat TM jugak ke? rasaya kalo tak mengamuk pun diorg akan datang jugak ..72 jam tu max time yg dorg jangka..script yg betul spatutnya adalah "dalam masa 72 jam bergantung pada kerosakkan" sbnrnya lps report siap, appointment terus dihantar pada technician side, tp sbb kekangan masa atau kekurangan kakitgn yg buat technician tu lmbt smpi,psl tu estimated 72jam..sy ada 2 acc, 1 under staff package, 1 lg acc customer biasa..tak kira account yg mana 1, kalo ngamuk ke x ke..diorg kan dtg a day after.

    Ttg troubleshooting cabut splitter,jenama modem and direct connection tu sbb nak gather info utk troubleshoot masalah2 kecil yg customer bleh settlekn sendiri, network card disable ke, splitter rosak ke..configuration corrupt ke..cable longgar ke..rasanya,x salah kalo customer buat troubleshoot dan bleh browse lps buat troubleshoot yg simple, compare than keep saying "sy bukan techical people" dan kena tunggu '72 jam'..

    sy bg komen ikhlas, TM tak byr apa pun, tp saja nk share dgn pembaca blog ni.dan ni pdapat perbadi sy, bukan dr pihak TM.

    BalasPadam
  31. jemput semua untuk ke nukilan pendapat CSR streamyx.

    http://shakiddo.blogspot.com/2011/08/blogger-shakiddo-jawab-masalah-mazidul.html

    BalasPadam
  32. Well done Kid & tukang merepek.
    Keep it up.

    We are 1 TM.Challenge

    BalasPadam
  33. Salam Bro mazidul,

    Saya di fahamkan, Tak silap almost majoriti punca network problem adalah di sebebkan masalah internal wiring customer sendiri..info sy dapat masa perbualan tgh buat aduan streamyx rumah sy rosak

    Contoh seperti spliter rosak, wayar telefon tercabut etc2,.. sebab2 tu kena troubleshoot dulu.Once dah buat and comfirm bukan salah cust baru tech datang...Tapi biasa la, sy sendiri pun tidak berapa suka kalau di berikan jargon2 teknikal.

    So far dah jadi user TM ni dah lama, xde la suffer exp yg truk sgt...Janji tau saluran betul, rosak buat aduan.. if lewat mintak rebate !! Kebanyakkan orang tidak tahu dan pikir TM mencekik duit even streamyx problem,:P

    Kalau nak buat aduan minta rebate, email je kat help@tm.com.my..

    BalasPadam
  34. btl ckp Jari Pun Berkata tu..sebenarnye basic troubleshooting membantu cust jugal..klu mslh tu berpunca dr configuration modem sahaja bile cust da buat dy blh dpt connection tu balik ms tu jugak..xperlu anta technician..cust pon dpt gune internet semula dgn kadar segera...

    BalasPadam
  35. saya juga pernah alami perkara yang sama. operator siap mengeluh dalam talian lagi sebab saya tak reti nak buat direct connection ke apa tu..sakitnya hati bila fikir2 balik.

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum
    Saya sekadar nak berkongsi sebab saya pernh bertugas sebagai customer service/helpdesk support nih tapi untuk private company..
    Memang kitorg semua ditugaskan menjawab panggilan dan menjalankan minor troubleshooting untuk semua masalah customer yang datang.
    Mengenai masalah 72jam tu, saya rasa memang lambat. Tapi itu juga adalah salah satu daripada ketetapan yang ditetapkan oleh syarikat.
    Sebagai contoh, jika saya mendapat call daripada customer, saya akan cuba untuk selesaikan masalah tersebut melalui telefon dahulu.
    Jika customer mahu bekerjasama, maka InsyaAllah masalah tersebut akan dapat diselesaikan dengan cepat jika hanya masalah-masalah yang kecil berlaku.
    Jika tidak berjaya diselesaikan, pihak kami akan menghubungi engineer untuk melihat masalah tersebut. Masa yang diperuntukkan adalah dalam 48 jam.
    Jadi, dalam tempoh itu, masalah tersebut hendaklah diselesaikan. Tidak kiralah dalam masa sejam ke,dua jam ke, 24 jam ke. Janji dalam tempoh 48jam, masalah tersebut selesai.
    Jadi, pada pendapat saya, begitulah juga dengan TM(72jam).
    Mengenai pemasangan yang tidak terurus, saya berpendapat itu adalah atas kualiti kerja engineer yang bertugas semasa pemasangan device tersebut.
    Sepatutnya, pemasangan haruslah tersusun dan kemas supaya pelanggan mudah untuk bekerjasama ketika proses troubleshooting melalui telefon.
    Mengenai nombor ajaib TM'100' tersebut, nombor itu akan sentiasa dapat dihubungi 24jam jika talian internet disebelah pihak TM sentiasa bagus.
    Satu perisian telefon digunakan paga komputer, jadi segala call yang masuk akan dijawab melalu komputer dan direkodkan.
    Para pekerja service provider ini akan bekerja 24/7 mengikut shif mereka.
    Maafkan saya jika salah mengenai fakta diatas jikalau terdapat cara lain digunakan(saya menulis berdasarkan pengalaman)
    Kemudian, mengenai 'robot' yang menjawab panggilan, kami semua dilatih supaya mengucap selamat, memperkenalkan diri, dan bersedia untuk membantu.
    Memanglah sama sahaja dialognya(saya juga pernah bekerja sebagai operator/customer service di hotel)
    Username diminta supaya kami dapat melihat status pengguna, dan cuba untuk melihat dimana kerosakan berlaku.
    jikalau masalah yang lain diutarakan, terdapat pelbagai jawapan yang akan diberikan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang bekerja dan belajar.
    Jadi, saya turut tersentuh mengenai panggilan 'robot' tersebut. Bukan kami hendak membaca skrip, tapi itu adalah prosedur yang perlu dilakukan.
    Jadi saya rasa itu sajalah yang ingin dikongsikan. Maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa.
    Sekadar meluahkan pendapat dan pengalaman.
    Kerja sebagai customer service/helpdesk support ini memanglah perlukan pengalaman, ilmu, dan paling penting kesabaran.
    Sekian..

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum En Mazidul,
    jika terdapat sebarang masalah berkaitan TM especially on telefon, streamyx or unifi, email di:

    1. Rapid Response Team: rrt@tm.com.my dan sertakan(nama, No akaun Streamyx/telefon, Streamyx username, no untuk dihubungi)

    2. Unifi Response Team:
    urt@tm.com.my dan sertakan (nama, No akaun Unifi, Unifi username, no untuk dihubungi)

    If ada apa2 isu lain, boleh dikongsikan ke Twitter TMConnects or TMCorp, ada person yg sedia memberi response.

    TQ

    BalasPadam
  38. Salam....

    Saya sgt bersetuju dgn insan 'Unknown' diatas...ingat semua umat...kite hanya manusia..jike letakkan 'ANDA' sekalipun sebagai CEO TM...saya YAKIN dan PASTI TM akan lebih teruk dan Bankrup....jangan lah nak marah kpd call centre tuh...sbb mereka hanya menjalankan tugas..makan gaji...jangan berlagak seperti anda tidak pernah melakukan kesilapan...bagus sgt ker kerja 'ANDA'...perfect sgt ker kerja 'ANDA' tuh...kte sesama manusia perlulah beringat...jika ade kesilapan..saling tgur menegur lah...xperlulah nak menjatuhkan martabat org lain...bukan ajaran ISLAM tuh...
    maaf lah jika ade yg terasa..cume..ingatlah tiada yg perfect dlm dunia neh..jadi...kita hidup lah dlm hukum alam yg sudah sedia tertulis neh...mgkn jika ade yg kurang kte bole perbaiki..yg bagus kita elok kan lagi...
    selamat hari raya maaf zahir batin...

    BalasPadam
  39. saya hanyalah seorang pengguna streamyx , dan seorang staff TM .
    saya ingin merujuk kepada beberapa masalah / isu yang ditimbulkan.

    1. wiring .. perlu diingatkan bahawa staff/kontraktor hanya membuat penyambungan .. terpulang kepada tuan rumah untuk menyusun atau mencantikkan wiring antara line , splitter dan modem.

    2. 72jam untuk pembaikan ... adakah tuan gembira jika pembaikan dijanjikan 2 / 3 jam ...tetapi masalah sebenarnya mengambil masa mungkin berhari-hari.

    3. Adakah tuan sendiri tahu bagaimana sebuah sambungan streamyx dibuat .. tahukah tuan bahawa untuk satu sambungan dari ibusawat terdekat sehingga ke rumah tuan mungkin mengambil jarak sehingga 4km dan setiap inci dari jarak itu boleh menyebabkan masalah kepada streamyx tuan.

    mungkin juga kalau tuan boleh bersabar ..sabar juga pengguna internet tegar ..tetapi tidaklah saya akan hilang akal fikiran , serta budi bahasa sekiranya terganggu internet selama 2-3 hari ...sedangkan sambungan internet itu berfungsi dengan baik sejak 2009..

    BalasPadam
  40. SALAM, ADA PRO & CONS TENTANG PERKARA INI. PELANGGAN PERLU MENUNGGU 72JAM HANYALAH BAGI KWSN LEMBAH KLANG SAHAJA, BAGI KWSN SELAIN LEMBAH KLANG, HANYE MEMERLUKAN MASA 7 JAM. SETIAP PELANGGAN ADA KATEGORI MENGIKUT 'PRIORITY'. ITU DAH LUMRAH, MANA2 PUN. KALAU KITA ADA NAMA, BERPANGKAT, BERPENGARUH, ADA ORANG DALAM, SAYA PERCAYA DALAM TEMPOH KURANG 4 JAM MSLH INTERNET AKAN SELESAI. HARUS DIINGAT PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN TM 75% ADALAH GRADUAN UNIVERSITI DAN BUKANNYA TARAF2 SPM MAHUPUN PMR. MEREKA DILATIH LEBIH DARI 1 BULAN. 'MINOR TROUBLESHOOTING' DIPERLUKAN SBLM MEMBUKA REPOT, 'AT LEAST' ITU ADALAH SATU BENTUK PENDIDIKAN KEPADA PELANGGAN,JIKA MENGALAMI MASALAH. CONTOHNYA MCM MAZIDUL, TGK SET TELEFON PUN DAH TAHU ZAMAN TOK KADUK, SEPATUTNYA ANDA LEBIH PEKA DAN BOLEH GUNA INISIATIF LAIN. WALAUBAGAIMANAPUN, MAZIDUL MEMUJI TM KERANA MSLH DISELESAIKAN DLM TEMPOH 7 JAM, KURANG 65JAM DRPD WAKTU MENUNGGU SEPATUTNYA. MSLH ITU PUN DISELESAIKAN SUDAH TENTU ATAS DASAR 'PRIORITY' MAZIDUL SENDIRI. BEGITU JUGA MENGENAI MAZIDUL NAK BAYAR BIL UTK TEMPOH 27HARI SAHAJA. KALAU BEGITU, LEPAS INI PELANGGAN BOLEH CIPTA POLISI SENDIRI, CTHNYE KITA BYR KERETA BULAN2 DENGAN BAYARAN TETAP. KALAU KITA GUNA KERETA UTK TEMPOH 10HARI JE SEBULAN, JADI KITA PUN PATUT BYR UTK TEMPOH BERKENAAN JUGAK KE? WALAUPUN ITU ADALAH LOAN, TP ADA LINK JUGAK DGN CERITA INI. ITU BELUM CAMPUR KALAU KERETA MASUK BENGKEL.ADAKAH OWNER BENGKEL TU AKAN TANGGUNG LOAN KERETA KITA? FIKIR2 KAN LAH. KALAU ADA SIAPA2 MASIH KABUR, PERGILAH JOIN TM SBG STAF..

    BalasPadam
  41. Untuk pengetahuan semua, TM Call Center telah menghantar wakil bertemu saya.

    Mesej saya sampaikan mudah. Jika hanya saya melontarkan komen berhubung servis mereka, abaikan. Sebaliknya, jika TM Call Center menerima banyak komplen lain, kaji semula kaedah menjawab telefon di kalangan CSX.

    Saya percaya mesej itu telah disampaikan kepada pihak atasan TM.

    Mr Mama, compare apple to apple and please jangan menggunakan huruf besar di ruangan komen ini.

    Cara awak menulis berbeza berbanding cara orang lain. Capital letters lambang jeritan atau bersifat kurang beradab. Itukah maksud awak?

    BalasPadam
  42. Azhar Desa, saya bukan satu satunya pelanggan Streamyx.

    Adakah semua pelanggan Streamyx WAJIB tahu berhubung jawaban kepada semua persoalan awak?

    Let me ask you a question, are you writing your comment on behalf of TM?

    Please state it clearly.

    So, maksudnya, saya tidak berhak melontarkan komen berhubung TM? TM terlalu kebal untuk dikritik oleh pengguna atau pelanggan?

    Thanks.

    BalasPadam
  43. Insan, satu lagi pengkomen tanpa telor.

    Lontar batu sembunyi tangan.

    No identity.

    Thanks.

    BalasPadam
  44. Ultra, thanks for the information.

    Maklumat sebegitu berguna untuk semua pelanggan Streamyx rather then sebilangan penyokong Call Center bersifat defensive.

    Thanks again bro.

    BalasPadam
  45. Saya 'unknown' di atas yang menulis panjang lebar. Bukan niat nk letak 'unknown', tapi sebab xbiasa berblog dan komen2 nh..Just terniat nak komen,tu je..Trimas to insan sbb memahami..semua benda ada pros/cons dia tersendiri..

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum..Pertama2nya...sy knal kan diri seselamat yg mgkin...xleh ooo bahaye, sy ni staff TM. Periuk Nasik x gitu. Tp masalh ini mmg wujud, sedia wujud dan agak sebati dlm TM dan juga kebanyakkan GLC yg lain. Ia mungkin bermula semasa GLc masih lg dlm kerajaan..sedikit attitude goverment servant di bawa sama se lari dengan pengkorpratan entiti ini.
    Masalah yang ade...overlapping staff, staff kurang tmpat penting, lebih tempat yg kurang penting...staff bawahan memberi saranan pun biasanya x didengari..kecik sgt...iyelah mentimun. Staff TM sekarang klu x silap mencecah 30 ribu. Termsuklah yg diambil utk projek HSBB. Jika dulu wpun berpengalaman kerja kontraktor telekomunikasi tp kelulusan belajar bidang lain xkan diambil tetapi sekarang tidak lagi. Dari kelulusan Mekanikal hgga ke mekatronik..turut diambil demi menyediakan anak muda Malaysia mendapat pekerjaan. Hasilnya belajar lain, kerja benda lain..Lgsg la x faham kot. Klu belajar IT shj xpe asas networking tentu xkn faham network TM (malaysia) yg pelbagai jenis. Belum dikira lagi jenis modem yg mmg banyak (tolong SME wat bisnes..import dr CHina..rege murah..charge kat TM berganda2). Sesetengahnya diuji dan direjek ttp dgn bantuan politik tetap diambil dgn terpaksa.Hal ini akan memaksa teknician memerah otak utk memahirkan diri dgn berpuluh jenis peralatan, modem, testgear, dll.
    Sy sendiri..ade staff package utk line telefon biasa, CDMA dan streamyx selalunya terpaksa memperkenalkan diri sbg staff utk cbe diambil penting tp sampai hampir 1 minggu lebih utk hidupkan telefon. Tekniocian dtg, check pastu balik. Bila Sy col tye, frontliner 100 ckp teknician x update lg tu..walhal dia dtg pagi, petang kita col tye. Belom lg internet, semunggu raya dpt wireless signal je xpe line internet. Pas raya bru teknician dtg check.Ape nk kate, staff package tu..Dgn byk giler jenis modem, byk giler servis, byk giler Vendors, byk gilers unit dan bahagian, byk giler prosedur..birokrasi akan memanjangkan usia komplen, usia breakdown, usia masa teknician/vendor nk dtg repair dan bayak lagi. Kene ingta jugat selaku GLC, TM dibebankan dgn obligation dgn Kerajaan dlm bentuk kontrak dgn GLC len, company len, individu2 len, CSR, SME, PLC(Politic's Link Company) dsb.Cbe amati pepatah sy..Pepatah sy "WHEN A BIG ENTITY YOU BECOME, THERE WILL BE A HUGE FAT INSIDE YOU AND ALSO A BIG DISPOSAL (waste) ALSO" Renung2kanlah dan jangan lupe fikirkan dgn akal dan iman..kerana keduanya adalah mata dan cahaya buat kita selama kita masih bernyawa. Wasalam

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.