Selasa, Oktober 11, 2011

MAYDAY! MAYDAY! SAYA JATUH CINTA

Salam kepada semua pembaca blog ini.

Ketika kali pertama berkunjung ke pejabat Cinta Aroma Enterprise, syarikat pengeluar Kasturi Syifa', saya dapat merasakan keistimewaan sikap pengusaha produk terbabit. Bukan kerana kopiah di kepala tetapi kerana sikap keterbukaan pemikiran mereka.


Tampalan pertama berhubung Kasturi Syifa' saya nukilkan pada 1 Ogos lalu, klik di sini.

Sudikah Al-hafiz bekerjasama dengan kru Penyingkap Fakta 666?

Itu antara persoalan utama bermain di minda saya dan kru lain sebelum bertemu mereka. Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, tanggapan awal tetap wujud di minda kami. Cuma barangkali tidak dinyatakan secara terbuka.

Syukur ke hadrat Allah, pertemuan di antara kru 666 bersama perawat Kasturi Syifa' bukan sahaja membuka ruang perkenalan malahan mencipta persahabatan.

"666 berfungsi untuk menyingkap fakta di sebalik pelbagai dakwaan berhubung kes membabitkan entiti paranormal. Kami menggunakan peralatan elektronik untuk merakamkan audio dan visual seperti kamera video dan digital. Sudah terlalu lama masyarakat kita dimomokkan dengan kisah hantu, sebilangan tanpa bukti sahih dan kami berhasrat untuk mengikis perasaan takut tanpa asas akibat berita disebarkan," ujar saya.

Alhamdulillah, objektif kami difahami oleh mereka.

Sewaktu ingin beredar, setiap kru 666 dihadiahkan 2 botol minyak wangi Kasturi Syifa'. 

"Pesakit boleh datang mendapatkan rawatan secara percuma di pejabat kami tetapi tidak dimestikan membeli produk," ujar ustaz Hafiz.

Saat itu hati kecil saya tersentuh lalu jatuh cinta.

Masyarakat tahu, sebilangan individu atau kumpulan menggunakan kaedah rawatan secara tradisional dan Islam secara jelas mengenakan bayaran tetap kepada pesakit. Malahan tidak kurang juga meminta pesakit menjelaskan sejumlah deposit sebelum rawatan dilaksanakan. Tambah parah, apabila majoriti pesakit terpaksa menunggu dalam tempoh tertentu sebelum berpeluang untuk dirawat. Kejadian itu berlaku barangkali kerana bilangan pesakit terlalu ramai sedangkan masa perawat terhad.

Melaui pengamatan saya, masalah sebegitu tidak timbul di Kasturi Syifa'. Malahan perawat kelihatan gembira menawarkan khidmat mereka secara percuma kepada orang ramai.

Mayday! Mayday!

Lazimnya itu kod dicatatkan oleh perawat di wall Facebook sebaik dimaklumkan berita kebarangkalian pesakit akan berkunjung ke pusat rawatan mereka. Jelasnya, berbekalkan kaedah dan ilmu hafalan 30 juzuk Al-Quran di minda, mereka menghulurkan bantuan kepada pesakit tanpa membebankan mereka. 

Memantau komunikasi antara perawat di Facebook mereka, saya sekali lagi jatuh cinta. Saya jatuh cinta dengan keikhlasan dan sikap keterbukaan mereka.


Lalu saya mencuba produk digelar Kasturi Syifa' dan tanpa gesaan dan paksaan, hasilnya saya nukilkan di sini.

Untuk rekod, saya sama sekali tidak dibayar barang sesen pun oleh syarikat Cinta Aroma Enterprise untuk menulis tampalan itu. Biar saya menjadi testimonial kepada diri sendiri dan keluarga.

Sejak pertemuan pertama, jambatan persahabatan dibina menjadi semakin kukuh, sila klik di sini dan di sini untuk melihat 'jambatan' itu.


Pembaca sekelian.

Halfest (Halal Festival) 2011 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC di antara 12 dan 16 Oktober ini.

Jika selama ini, ribuan pembaca hanya sekadar membaca nama minyak wangi Kasturi Syifa, kali ini rebut peluang untuk bertemu tulang belakang di sebalik produk itu.

Saya difahamkan, jika tiada aral melintang, perawat Kasturi Syifa' bakal berada di booth 3165, Dewan Tun Razak 3, PWTC, untuk menawarkan perkhidmatan kaunseling dan rawatan secara PERCUMA.

Pada masa sama, sebilangan kru 666 juga akan berada di lokasi sama untuk bertemu orang ramai. Jika berminat, pembaca juga boleh mendapatkan baju Penyingkap Fakta di booth Kasturi Syifa. 

Datanglah, siapa tahu pertemuan kelak bakal menciptakan persahabatan antara kita semua.

Terima kasih.

4 ulasan:

  1. Mayday! Mayday! Mayday! Saya pun sudah jatuh cinta!

    Kerana itu membuat satu keputusan yg besar bagi saya utk menjadi Stokis daerah Shah Alam.

    Saya tidak beriklan di sini - tetapi percayalah Haruman Kasturi Syifa', As-Syafi & Al-Kafi merupakan produk 'alami' membantu merawat rohani & jasmani.

    Sekiranya anda yakin betapa hebatnya aura Al-Quran maka percayalah, dengan izin-Nya niat baik anda dimakbulkan.

    Cuba dulu, baru tahu. Sekali bau, terbau-bau InsyaAllah mahu selalu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.