Isnin, Oktober 10, 2011

PENJELASAN KETUA PENGARAH JPJ

Sebelum ini, saya menulis tampalan bertajuk 'Warga Asing Menang Tender 'Nombor Cantik' JPJ'.

Berikut penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan dihantar melalui emel kepada saya untuk disiarkan di blog ini.


'Tuan,
 
Adalah dimaklumkan di bawah peraturan yang ditetapkan, bidaan nombor pendaftaran atau tempahan di kaunter adalah terbuka kepada semua individu atau syarikat termasuk juga bukan warganegara. Salah satu syarat yang ditetapkan ialah mengemukakan salinan identiti pengenalan diri sama ada kad pengenalan atau pasport bagi bukan warganegara. Peraturan dan syarat-syarat ini telah dimaklumkan di dalam Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Tawaran (M.V.10).
 
2.      Jabatan menawarkan kepada pembida yang meletakkan harga yang tertinggi. Bayaran baki tawaran perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dan hendaklah didaftarkan dalam masa 3 bulan. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi, nombor pendaftaran tersebut akan ditawarkan kepada yang berminat.
 
3.      Pertukaran nombor pendaftaran sebelum didaftarkan adalah tidak dibenarkan kecuali kepada suami, isteri, adik-beradik atau ibu bapa. Selepas daripada pendaftaran kenderaan, Jabatan tidak menghalang proses tukar milikan kenderaan atau pertukaran nombor pendaftaran (interchange).
 
4.      Merujuk kepada kes yang tuan ajukan, adalah dimaklumkan bagi tempahan no. siri WVV yang diterima olej JPJ Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ialah sebanyak 3,705 permohonan. Permohonan yang diterima bagi bukan warganegara ialah sebanyak 873 permohonan dan permohonan bagi bukan warganegara yang berjaya dalam tempahan no. siri WVV ialah sebanyak 535 permohonan. Memang terdapat warga asing membida nombor pendaftaran di JPJ Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan menggunakan pasport sebagai identiti pengenalan. Mereka juga tertakluk sama kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan.
 
5.      Pertukaran nombor pendaftaran tidak dibenarkan selain kepada suami isteri, adik beradik, ibu bapa, adalah salah satu langkah atau preventif yang dilakukan oleh Jabatan. Dengan cara ini, dapat menghalang pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan menjual nombor pendaftaran. Walau bagaimanapun, sekiranya proses pendaftaran telah berlaku dan kemudiannya menjual kenderaan tersebut, pihak Jabatan tidak dapat membendungnya.
 
6.      Mana-mana individu atau syarikat yang berminat dengan sesuatu nombor pendaftaran, mereka amatlah digalakkan untuk membuat bidaan tanpa menggunakan perkhidmatan orang tengah atau agen. Peraturan sedia ada amat jelas dan mudah. Peraturan-peraturan telah dinyatakan di borang Pengurusan Peraturan-Peraturan Tawaran Nombor Pendaftaran dan juga di dalam portal Jabatan. Ambillah kesempatan untuk berurusan secara terus dengan Jabatan atau mendapat khidmat nasihat daripada Pegawai Perhubungan Pelanggan Jabatan (PRO).
 
Sekian, terima kasih.

(SOLAH MAT HASSAN)
10 Oktober 2011'

9 ulasan:

  1. SMTI
    Ayat akhir perkara 5 itulah yg menjadi 'loophole'nya. Nombor dibida, menang, daftar (ke atas kenderaan) secara sah. Seterusnya 'kenderaan' itu dijual beserta nombor cantik...pada hakikatnya, tiada pergerakan 'kenderaan' pun yg perlu terbabit, cuma paperwork sahaja yang membolehkan nombor cantik itu bertukar tangan, waimma kepada selain suami/isteri/adikberadik/ibubapa.
    Wallahua'lam. Ia muslihat depan mata, tetapi ia memang sah dari segi undang2...badan penguatkuasa memang tak boleh kata apa...melainkan bertindak selangkah lebih jauh lah...yang sangat jarang berlaku di negara ini.

    BalasPadam
  2. oohhh begitu...kalau macam tu tak hairanlah pembantu rumah pun boleh beli nombor cantik....

    BalasPadam
  3. org ader duit ok lah..
    kita nie janji ader insurans dgn road tax dh la..

    BalasPadam
  4. Salam en mazidul..saya merasa muskil atas penjelasan jpj ini. Mmg dalam aturan kata mcm tu..tetapi bagaimana ejen atau penjual no plet ni boleh memnjual no pendaftaran yg masih belhm didaftarkan kepada org lain?

    Sy pernah menyamar utk beli no plet yg diiklankan dan bertanya andainya ingin meletakkan plet itu kt kenderaan sediaada saya. Ejen itu ckp x de masalah boleh buat interchange. Sy cuba tanya prosesnya..dia bgtau sy perlu byr no mana yg berkenan dan resit akan dikeluarkan atas nama sy..resit tersebut drp jpj dan sy boleb saja utk daftar no itu pada kenderaan baru atau interchange ke kenderaan sediaada sebab no itu belum didaftarkan.

    Jika sapa2 tak percaya boleh saja call terus mana2 ejen yg banyak dok beriklan dlm internet ni

    Agak lucu sebenarnya warga asing tender plet pendaftaran malaysia yer..dan ajaibnya hampir kesemua yg tender itu memenangi bidaan...mgkn juga plet malaysia ada signifikan pada mereka. Mungkin siapa yg tahu.

    Dan satu lg strategi, daftar nama kampeni bisnes ROB..hanya rm50 dan boleb daftar kampeni dan masuk lah tender plet..tak percaya cuba tgk nama2 kampeni yg masuk tender tu..agak lucu juga nama..yelah nama yg main rembat aje..ada yg bub nama salon..dobi..caffe..dll..

    Percaya atau tidak, tukar nama sebelum daftar adalah boleh..jika tidak tak denya ejen2 kt luar tu dok promote..dan yg lagi pelik..boleh plak extend nombor tu melangkaui tahun!!!

    Sila siasat

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.