Jumaat, Oktober 07, 2011

TEMUI KRU 666 DI PASAR MALAM TAMAN SUBANG PERDANA MALAM INI

Kru 666, Razali, Adam, Boy, Farid dan saya akan berada di pasar malam Taman Subang Perdana, Shah Alam, Selangor pada jam 8 malam ini.

Kami akan berada di hadapan premis menjual pakaian terpakai, Z Bundle.

Kepada 6 pelanggan pertama, the early birds, t-shirt Penyingkap Fakta dijual dengan harga RM23 sahaja.

Harga sama ditawarkan kepada pembaca membuat panggilan untuk tempahan kepada Razali di talian 016 231 5812 SEBELUM jam 6 petang ini. Baju terbabit boleh diambil dan dibayar di lokasi kami berada.

Harga asal t-shirt, RM25.

Untuk melihat sampel baju, klik di sini.

Beberapa klip video rakaman tinjauan kami ke lokasi terpilih sebelum ini akan ditayang menggunakan laptop di lokasi sama.

Pengunjung juga boleh merakamkan gambar bersama kru 666 di antara jam 8 dan 10 malam ini.

Terima kasih.

3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.