Rabu, April 30, 2014

OPERASI NIGER II (KANDUNGAN BEG DIDEDAHKAN)


November 2013, saya melaporkan tindakan sebilangan warga Nigeria dikatakan meraba sebilangan penduduk wanita di Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Klik di sini.

Melalui tinjauan berulang saya lakukan ke lokasi terbabit, majoriti penduduk tempatan ditemui, meluahkan rasa tidak senang hati berikutan kebanjiran warga Nigeria di situ. Tengah malam tadi, saya menyertai operasi bersama pihak berkuasa di penempatan agak tersorok itu, klik di sini.

Unit apartmen diperiksa oleh pasukan diketuai oleh anak kelahiran Alor Setar, Kedah, Inspektor S. Kali, mewakili Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, menarik perhatian saya.

Pintu ditampal pelekat Pasukan Polis Diraja Malaysia diketuk pada kira-kira jam 1 pagi.


Muncul lelaki Afrika bertubuh sasa, membuka pintu, dikunci dari luar dan dalam. 

"Ini mesti polis Afrika tetapi menggunakan logo kita," gurau anggota berada di sekitar pintu.


Pasukan serbuan kemudian menggeledah unit terbabit.


Seperti kelaziman, sebilangan daripada mereka mendakwa paspot antarabangsa disimpan oleh pihak pengurusan kolej, tempat mereka belajar. Dokumen perjalanan warga asing diberkas, diperiksa oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia, JIM.  

Mereka sepatutnya berada di rumah, tidur bersama pasangan tetapi demi tugas, keselesaan itu dikesampingkan buat seketika.


"Cuba tengok, di atas kotak suis berhampiran bahagian atas pintu, di hampir setiap unit, diletakkan air di dalam botol mineral," bisik Kali, pegawai sebelum ini bertugas di Cawangan Jenayah Berat, D9.



Dilihat, tubuh Kali tidak sesasa badan warga Nigeria diperiksa tetapi semangat beliau dan anggota ternyata kental untuk memastikan penduduk tempatan di lokasi itu berubah lebih selesa.



Pada fikiran saya, operasi bersepadu seperti ini wajar dijalankan secara berkala agar warga asing menetap di situ tidak naik lemak. Sekaligus pihak berkuasa berpeluang membendung kegiatan bersabit jenayah menghantui ramai penduduk. Flora Damansara bukan sahaja mendepani masalah lambakan warga asing malah sebelum ini beberapa kes bunuh dan bunuh diri juga berlaku di penempatan sama.


Lalu saya mendekati seorang daripada penghuni rumah untuk merungkai misteri itu. 

"The switch box is hot, so we put water on top of it," dakwa lelaki Nigeria terbabit. 


Namun penjelasan diungkapkan tidak begitu masuk akal. Barangkali sebilangan pembaca boleh mengutarakan huraian lebih logik.

Perlukah kotak suis disejukkan? Untuk tujuan apa?

Penyewa unit mendakwa berstatus pelajar tetapi sebilangan memiliki kenderaan sendiri dan lesen memandu Malaysia. Mungkin anak golongan hidup mewah di negara asal. Kenyataan itu menerjah pemikiran saya.


Justeru tidak hairan jika mereka juga berpeluang mengepit wanita tempatan dan warga asing dari Filipina tatkala berada di negara kita. Di rak kasut berhampiran pintu, saya merakamkan gambar beberapa pasang kasut, pastinya bukan milik lelaki menetap di unit sama.


Kebanyakan unit rumah didiami oleh warga Nigeria, dilengkapi kemudahan peti ais, perabot dan set audio video, televisyen berskrin besar.


Semua lelaki terbabit kemudian dibawa ke kaunter sementara penguatkuasa JIM di blok berbeza.



Barangkali kerana terlalu meluat melihat gelagat warga Afrika di sekitar apartmen itu, beberapa penyewa tampil memberikan maklumat kepada pihak polis. Maklumat disalurkan juga tepat dan amat membantu dalam perlaksanaan operasi. 

Kita semua akur, bukan semua warga Afrika bermastautin di Malaysia, berperangai buruk tetapi sebilangan terbabit dalam kes jenayah serta menampilkan sikap tidak bermoral, ternyata mencemarkan imej mereka secara keseluruhannya.

Pun begitu, warga asing lain juga tidak lekang melakukan kesalahan sekaligus melanggar undang-undang termaktub.

Lelaki warga Nepal di bawah mempunyai kisah menarik untuk dikongsikan.


Timbul keraguan melampau ketika salinan dokumen perjalanannya diperiksa oleh kakitangan JIM. Dokumen dikemukakan oleh Vishnu, 20 tahun, dipercayai palsu.



Dia mendakwa, sebelum ini bertugas di kilang di Johor Bahru, Johor tetapi gagal menamakan lokasi spesifik serta nama kilang itu.


"Look at it carefully, is this your picture Vishnu?," soal saya.

"No, that document was given to me," balasnya jujur.

Unit terakhir diserbu, terletak di tingkat 24.

Setelah Kali mengetuk pintu berulang kali, tiada sebarang respon. Pada kira-kira jam 1.30 pagi, anggota polis bertugas terpaksa memecahkan pintu untuk masuk melakukan pemeriksaan.




Penghuni gagal menunjukkan dokumen perjalanan, digari setelah memakai baju. 


Secara cemat dan berkumpulan, anggota polis kemudian menggeledah bilik di unit terbabit. 



Pakaian ditemui, juga pastinya bukan milik lelaki. Tentunya saya berasa hairan, kasut dan pakaian wanita dijumpai di beberapa unit diserbu tetapi tiada pula kelihatan kelibat wanita di situ. Mungkin mereka tidur di tempat lain kerana bosan dirangkul lelaki sama, setiap malam.

Seorang daripada mereka menemui beg.

"Whose bag is this?," soalnya kepada penghuni rumah.



Namun tiada antara mereka mengaku. Lalu seorang daripada penyewa rumah dipanggil sebagai saksi untuk melihat proses beg dibuka untuk mengelakkan sebarang tohmahan terhadap pegawai serta anggota polis melaksanakan tugas.



Menurut Kali, polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung sumber wang tunai itu diperolehi. Seorang daripada lelaki Nigeria diberkas kemudian mendakwa wang berjumlah kira-kira RM11,000.

OPERASI NIGER I


Kira-kira jam 12 malam tadi, saya membuat liputan operasi bersepadu bersama Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor. Turut membantu kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara, JPN dan 13 kakitangan Jabatan Imigresen Putrajaya.

Lokasi sasaran, penempatan 'panas' di Flora Damansara.

Dua hari lalu, saya ke lokasi sama. Difahamkan, sejak kebelakangan ini, sebilangan lelaki warga Afrika dipercayai menjadi dalang, melacurkan wanita Filipina.

"Bukan hanya wanita Filipina, gadis Melayu berusia 19 tahun turut dilacurkan. Ada satu unit rumah di tingkat 20, ditampal pelekat polis. Kerap kali saya melihat lelaki Nigeria memasuki rumah itu bersama wanita Filipina," dakwa sumber saya.

Seperti dijangka, warga Afrika terutama dari Nigeria, bertindak bak Belanda mendapat tanah. Mereka semakin berani, menyeringaikan taring, membina koloni di penempatan itu. 

"Lelaki Nigeria amat menakutkan. Satu hari, saya menaiki lif dan menekan butang untuk ke tingkat 19. Dia masuk ke dalam lif sama dan menekan butang ke tingkat 20. Sebaik sampai ke tingkat 19,  saya bergegas menuju rumah. Tanpa berlengah, saya pantas mengunci pintu. Sebelum masuk, saya menyedari lelaki Nigeria itu sedang menuruni tangga dari tingkat atas dan menuju ke arah unit rumah saya. Dia kemudian mengetuk pintu, merayu untuk dibenarkan masuk. Ketika itu tubuh saya menggigil ketakutan, bimbang jika perkara buruk berlaku. Setelah berulangkali mengetuk pintu, dia kemudian beredar," ujar penduduk, 'LIza', 25 tahun.

Kisah ditempuh oleh Liza bukan unik, acapkali dilaporkan berlaku sebelum itu.

Jam 12.10 malan tadi, saya dimaklumkan oleh kakitangan JPN, berkumpul di lobi blok, anggota polis telah naik untuk melakukan pemeriksaan dari unit ke unit di apartmen 26 tingkat itu.

Saya ditemankan oleh sahabat baik, naik ke tingkat 20.


Akhirnya, kami menemui rumah dimaksudkan oleh sumber, pintu unit ditampal pelekat Pasukan Polis Diraja Malaysia.


Tatkala itu Inspektor S. Kali bersama 10 anggota sedang melakukan pemeriksaan di unit lain. 


Mereka tidak bersalah selagi tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah. 


Majoriti lelaki Nigeria diperiksa mendakwa pelajar kolej swasta. Sebilangan daripada memiliki paspot, sebilangan lagi tidak.


"Tengok, pintu rumah ini diselak dua kunci, dari luar bermangga," ujar Kali.

Saya memerhatikan wajah pegawai polis itu, serius tetapi mesra media. Hemat saya, itulah antara kualiti sepatutnya dimiliki oleh setiap pegawai polis di Malaysia.


Semua lelaki warga asing, kebanyakan bertubuh tegap itu kemudian dibawa keluar dari unit terbabit dan dokumen mereka kemudian diperiksa secara lebih teliti oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen.


Dua lagi unit diperiksa oleh pasukan sama selepas itu. Di satu daripada unit terbabit, pihak berkuasa, menemui beg pakaian di bawah di dalam bilik.

Pada awalnya, tiada antara lelaki Nigeria di unit itu mengaku pemilik beg. 


Apakah kandungannya? Ikuti kisah seterusnya di siri kedua laporan ini.