Ini satu lagi kisah benar. Kisah tiada tokok tambah sebagai penyedap berita.
Sewaktu ke pasar malam di Selangor saya terlihat lelaki berkopiah putih duduk selesa di kerusi plastik berhampiran laluan pejalan kaki. Di hadapannya kotak derma dipenuhi wang ringgit. Tepi kotak sama ditampal nota ‘Pegawai untuk di hubungi’ beserta nombor telefon bimbit. Inginkan kepastian pantas saya mengeluarkan telefon dari beg galas dan mendail nombor tercatat.
“Eh! Encik Mazidul tak payah dail nombor tu sebab nanti handphone saya berbunyi. Nombor saya tu,” kata lelaki itu bersopan sambil tersenyum.
“Ok. So, encik ni pegawai apa ya?,” soal saya keliru.
“’Pegawai’ tu kan ertinya ‘person in charge’. Kalau saya pergi sembahyang, kotak derma ni tinggal sini. Tahulah kan, orang kita ramai pemurah. Jadi kalau ada sesiapa nak derma banyak, bolehlah dia call saya,” jelasnya.
“Tapi kenapa kena tulis perkataan ‘pegawai’? Bukan apa, nanti orang ramai confused, dia orang keliru ingatkan encik ni pegawai jabatan agama collect derma,” saya menjelaskan.
Dia mendiamkan diri, barangkali berasa sedikit terkejut dengan persoalan saya lontarkan.
“Derma ni untuk apa?,” tanya saya lagi.
“Oh! Macam ni. Keluarga saya ada tanah di Tanjung Bidara, Melaka. Nak pecah lot, kecil sangat. Jadi mak saya minta bina rumah anak yatim dan miskin. Modal anggaran dalam lapan puluh ribu ringgit. Mula kutip derma ni sejak 2 bulan lalu. Tak dapat banyak pun. Sehari adalah seratus lebih,” ujarnya tenang.
Spontan saya terlihat nombor akaun bank tempatan ditampal di sisi kotak derma.
“Nombor akaun Maybank tu siapa punya?,” soal saya.
“Akaun mak saya,” pantas balasnya.
“Maksudnya, duit tunai derma orang ramai atau cek semua masuk ke dalam akaun tu?”
Dia menganggukkan kepala.
“Rumah anak yatim dan miskin ni dah di register ke sebelum kutip derma?”
“Belum lagi,” jawabnya.
Di atas penutup kotak derma, buku resit tinggal separuh.
“Orang kita ni kekadang pelik. Bila derma jarang nak ambil resit. Bagi kemudian jalan,” katanya berkongsi pengalaman.
“Resit siapa cetak?,” respon saya.
“Saya cetak sendiri,” katanya.
“Usaha membina rumah anak yatim dan miskin ni bagus. Saya setuju sangat. Tapi kutip derma masuk akaun mak, resit cetak sendiri, lepas tu mengaku pegawai, pelik juga saya”
Saya hanya sekadar berterus terang. Meluahkan keresahan fikiran.
“Alah! Encik Mazidul kalau hari jumaat pergilah ke Masjid Negara tu. Punyalah ramai orang minta derma, berlambak, entah sesiapa. Ada tu hanya bayar ‘duit tong’ lapan puluh ringgit pada taukeh. Duit derma selebihnya masuk poket dia orang. That’s more wrong,” ujarnya selamba.
“More wrong? Ertinya apa encik buat ni ‘wrong’ ke?,” soal saya balik sambil cuba tersenyum.
Dia terdiam.
“Saya bukanlah arif sangat berhubung prosedur kutip derma ni. Tapi saya tahu, kalau encik dari Melaka memang tak boleh cross border, kutip derma di sini tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor. Itu saya dah check dulu. Kekadang kita ni terlupa, niat tak menghalalkan cara,” sambung saya.
“Fasal ‘pegawai’ tu saya akan ubahlah. Nanti saya tulis nama saya saja,” katanya.
“Banyak lagi kena ubah,” balas saya sebelum beredar meninggalkan pengutip derma itu.

jadi, duit yang dikutip itu bukan untuk bina rumah anak yatim ke?
BalasPadam"niat tidak menghalalkan cara" isu yang menarik untuk dibahaskan
BalasPadamp/s- bagaimana pula dgn pelajar pondok dari utara yang nmpak berlegar2 di tengah semenanjung berjalan ke hulu ke hilir membawa kalendar dan ubat angin semata2 meminta simpati dari masyarakat.
tidak bersekolahkah mereka??
Salam, sy tak berani nak komen lebih2 bulan puasa ni.. tp bila sy bc artikel ni mcm ada yg tak kena.. pasti ke duit derma tu utk dibuat rumah anak yatim? lain benar caranya.. sumenya sdn bhd. b4ni pun sy ada tgk 999 pasal kes derma ni..benda ni tak akan lenyap mcm tu je lah.
BalasPadamMmg tak dpt dinafikan, rkyat malaysia mmg pemurah & prihatin. that's why lah ramai yg ambil kesempatan. Sedihnya org kita sendiri yg buat mcm tu. Dah byk sy jumpa, kat jln TAR,PUDURAYA, JEJANTAS..
Sebelum ni sy ada mkn kat area Pertama. dtg lah sorng hamba Allah ni, bdk prempuan dlm 6,7 tahun. minta duit.. kami bg.. setakat RM2,3 ringgit ape lah sgt..
tak lama lepas tu, bdk tu dtg blik ke meja k'org, tp dia bwk geng. 5,6org kecik2..
dia mtk lg duit, tp kali ni kami tak bagi. bila tgk kami tak layan, bdk yg pertama td cubit lengan sy.. terus blah. apa ni? nak mintak derma ke nak mengugut org?
Uncle Mazidul, komen pulak alin punya cerita ni..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamemm...pengutip derma nie mana2 tempat pun dia ada..kita nie pulak bg je derma tanpa memikir kan kebenaran nye..tapi tu la kan,tak kan nak soal lak pengutip derma tu.nanti org ckp byk songeh lak..nak derma,derma je la...tak nak derma,jln terus...hanya Allah je yg tau niat sebenar diaorg ;)
BalasPadamentahlah yer.. zaman sekarang ni, macam2 cara orang nak cari duit cara mudah ni.. mula2 mintak derma nak buat rumah anak2 yatim.. nanti bila dah siap dan dah ada penghuninya, anak2 yatim tu pulak yang dihantar untuk mengutip derma.. seringkali juga terjumpa anak2 yang sepatutnya bersekolah tapi duduk di stesyen2 minyak untuk mengutip derma.. sedih bila melihat semua ni, lebih2 lagi mereka semuanya melayu dan pastinya Islam...
BalasPadamSalam Saudara,
BalasPadammmg ramai yang ambil kesempatan di atas kebaikan dan keramahan rakyat malaysia. Saya tak heran kalau bermacam-macam cara yang orang ambil untuk kutip derma. Kadang-kadang bila kita terlalu baik untuk menolong orang lain yang akan ambil peluang dan kesempatan
Itulah pasal, pihak yang berkuasa macam lepas tangan dengan perkara ni.
BalasPadamPada mereka selagi tak ada orang 'report' selagi itu mereka tak ambil tindakan.
Sama macam isu 'Pembantu rumah' tu. Dah beroperasi lebih 25 tahun, tapi tak ada sesiapa yang ambil tindakan.
Mungkin sebab rakyat Malaysia ni baik hati belaka, sebab itu ramai yang ambil kesempatan.
Bertuahnya bumi Malaysia ini.
Tak bertuahnya kita kerana selalau kena tipu, barang mahal, gaji tak naik, segala gala nya mahal.
Hmmmm