Khamis, September 18, 2008

Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari

[ Pengemis tua ]

“Jomlah. Kita masuk kejap. Kalau you boring kita keluar, janji,” ajak rakan.

“Alamak bang! Maaf banyak-banyak, saya tak berapa minat dangdut ni,” balas saya.

“Kalau nak tengok perangai orang veteran jomlah. Orang tua tak sedar diripun ramai kat dalam, jom,” desaknya lagi dalam nada bergurau.

Pelawaan itu membuka hati saya melangkah masuk ke pusat dangdut di Melaka Tengah, Melaka.

“Ini Ina, girl kerja kat sini,” rakan memperkenalkan saya kepada wanita berusia 34 tahun, berstatus janda.

‘Girl’, pelayan pelanggan atau gro.

Dalam suasana kelam dihiasi lampu neon biru berputar saya terpandang lelaki tua ligat berdansa diiringi lagu kopi dangdut. Rambutnya putih beruban, bertubuh rendah kelihatan segak berbaju kemeja. Pasangannya gadis muda seksi berbaju low cut menampakkan pangkal dada, saya anggarkan berusia dalam lingkungan awal 20 an.

“Siapa tu?,” tanya saya kepada Ina.

“Orang tua tu bang, sejak kebelakangan ni memang selalu ke sini. Dengar kata dia baru jual tanah pusaka di Tangga Batu. Dapat 120 ribu. Dia tu hebat, kalau booking girl bukan satu, tiga sekali, selagi tak habis duit tak balik. Buka saja tempat ni, adalah muka dia,” jawab ibu kepada dua anak itu.

“Berapa umurnya tu?,” soal saya.

“58,” balas Ina.

Terfikir, ayah dan suami siapakah dia? Usia lebih separuh abad masih tidak penat. Tenaganya bak orang muda. Letih berdansa dia meneguk air dari botol Chivas, arak berharga ratusan ringgit sambil memeluk anak gadis barangkali seusia anaknya.

“Lelaki, macam tulah selalunya. Umur tak jadi masalah. Pokok pangkalnya, kalau duit banyak, ramai perempuan suka. Cuba poket kosong, tak ada siapa nak. Tapi perempuan kat sinipun sama. Langsung tak berkisah, semua fikir duit. Dapat tips seratus dua, suka. Walhal orang tua tu sebaya ayah dia orang, dipeluk sepanjang malam. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Kalau Tuhan cabut nyawa tengah terkinja-kinja tu, baru dia tahu, sia-sia hidup selama ni.” bisik rakan terdengar perbualan kami.

Saya harap tidak semua lelaki berduit di usia tua begitu.

5 ulasan:

  1. Nauzubillahiminzalik...
    Jauhkanlah org2 ni dari hidup aku dan keluarga aku. Amin..!!

    BalasPadam
  2. ni mesti club kt melaka raya.dari dulu sampai skarang,x penah sunyi tempat tu.
    ade satu kes dulu,uncle ni mati dekat tempat jual cucuk2 tepi club tu, sakit jantung....maybe pasal cucuk bintang sakan sangat kot sebelum tu....

    BalasPadam
  3. mcm nie la kehidupan org skang...
    xpenah fikir akhirat...yg tau keseronokkan dunia aje...nauzubillah...mintak dijauhkan bende2 neh dari suami dan anak2 atie kelak....

    BalasPadam
  4. apa lagi eaddy...jom laa...dangdut satu kali...hahahahaha...tempat lain semua dah pergi..dangdut jer tak pernah pijak,...bukannyer apa..nak tau apa yang dimaksudkan "club dangdut" kami kami nie tidak berduit..jadi tak payah risau...hehheheh...

    BalasPadam
  5. Apa perasaan lelaki tua itu jika anak gadisnya pula dipeluk sakan oleh lelaki tua sebaya dirinya?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.