Jumaat, September 12, 2008

Ditikam Dan Kelar [ Edisi Awal ]

Suami berusia 48 tahun membunuh isteri dan pembantu rumahnya, kejadian berlaku pada 8 pagi tadi di rumah teres dua tingkat di Jalan Wawasan 3/8 Taman Warisan, Puchong, Selangor.

Bermula dengan pertengkaran kecil, suspek kemudian dilapor menikam pembantu rumah dikenali sebagai Shalin berusia 20 tahun. Sebaik melihat kejadian itu, isteri suspek berusia 37 tahun duduk di ruang tamu menjerit meminta ibu mertuanya membawa 3 anak pasangan terbabit berusia antara 4 bulan dan 4 tahun keluar dari rumah. Bagaimanapun, dia dikelar suspek, pekerja kedai menjual barangan logam di Puchong.

Pasukan Forensik menemui pisau digunakan membunuh ke dua mangsa di tempat kejadian. Polis masih menyiasat motif pembunuhan dan menganggap kes selesai berikutan penahanan suspek terbabit.

3 ulasan:

  1. Kenapa laa keadaan hidup berkeluarga skrg terlalu byk yg bermasalah seolah2 terdesak dgn kelangsungan hidup
    Pertimbangan yg waras bukan lg satu kewajaran di dlm menangani satu2 masalah hanya dgn amukan perasaan yg tidak terkawal shj menjadi penyelesaian
    Kesannya,semua yg terlibat menanggung rasa dan derita

    BalasPadam
  2. takut nye...
    org skrg makin susah nak kawal marah...
    minta di jauh kan dpt suami yg baran..Amin

    BalasPadam
  3. suami 2 xda perasaan langsung ke???xberperikemansiaan langsung...cam ne nak maju

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.