Rabu, September 10, 2008

Jangan Kerap Mengeluh

Dalam hidup setiap kita berdepan pelbagai masalah. Masalah besar maupun kecil. Justeru, ramai antara kita acapkali merungut.

“Aduh! Pening kepala dibuatnya. Aku dah demam 4 hari, pergi klinik jumpa doktor. Doktor cakap demam biasa, makan ubat ok katanya tapi badan masih panas ni”

Ada juga mengeluh ..

“I balik dari KL, penat bulan puasa ni, haus, lapar, sampai kat airport Kota Bharu, tengok tengok bumper kereta scratched, ada orang langgar. Nak repair pun sikit”

Malah tidak kurang berkata ..

“Sejak minggu lepas aku macam hilang selera nak makan. Risau juga ni”

Golongan bimbang mengungkapkan ..

“Kerja dah buat tapi payment tak masuk lagi. Susah sangat jadi subcon ni”

Tapi harus kita ingat, sewaktu kita berdepan dengan masalah terbabit ada golongan pada masa sama menghadapi masalah LEBIH besar. Ibu dan ayah baru kehilangan anak tercinta maut akibat kemalangan jalanraya, lebih pilu perasaan mereka. Pesakit kronik barah dirawat menggunakan kaedah kimoterapi lebih terseksa fizikalnya. Ibu tua disisih anak anak sekian lama menjelang hari lebaran, lebih merana jiwanya. Isteri kehilangan suami akibat dibunuh, diburu mimpi ngeri, lebih kecewa.

Maka, bersyukurlah. Elakkan daripada mengeluh. Jika difikirkan secara teliti, masalah kita tidak sebesar mana sebenarnya.

4 ulasan:

  1. Wahhh...
    Betul, harus ingat masalah orang lain lagi lebih besar. Dan kita harus bersyukur, dan jangan mengeluh.
    Teringat saya kata-kata seseorang kepada saya semalam dalam SMS,
    "Apapun,bersyukurlah dengan apa yg masih 'gud' sepanjang hari."
    Pada dia, "ThankS!!".
    Mula detik itu, saya tidak mahu lagi mengeluh kerana jika difikirkan secara teliti, masalah kita tidak sebesar mana sebenarnya.

    BalasPadam
  2. Salam bang ( salam kosong je...)

    Orang yang suka mengeluh mengikut definasi sekular ialah "mereka yang pesimitic, tidak ada arus fikiran ke arah penyelesaian sesuatu masalah yang di hadapinya"

    mengikut definasi ilmuan Islam ialah orang orang yang tidak sabar dan kurang yakin dengan diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau pun bila di landa masalah. Orang yang sabar adalah Optimimis. Tapi bukan sabar dengan cara berdiam diri sahaja, sebaliknya besabar dan berfikir atau berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi"

    Sekian

    Jazak Allah hu khairan

    Wasalammu...

    BalasPadam
  3. ya, setuju dengan abang mazidul.. mereka yang gemar mengeluh ini adalah mereka yang tidak tahu bersyukur.. setiap ujian yang datang itu pasti ada himah di sebaliknya.. jadi, sentiasa hargai apa yang ada di depan mata.. juga sentiasa fikir positif.. bila kita ada masalah, pasti ada orang lain yang lebih bermasalah dari kita..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.