Jumaat, September 19, 2008

Bagi Free Aku Tolak

“Badan gemuk macam tu siapa hendak? Tak selera aku. Bagi free pun aku tolak”

Komen jarang dilontarkan secara terbuka di kalangan masyarakat kita tetapi kerap diperkatakan. Jelas, lelaki atau wanita mengalami masalah berlebihan berat badan, obesiti jarang dipilih menjadi kekasih maupun pasangan hidup, suami atau isteri. Apapun, kaum hawa obes dipandang lebih malang berbanding kaum adam.

“Lelaki lain, kalau gemukpun ada lagi orang nak. Masih sedap dipeluk,” antara pandangan biasa kita dengar.

Mungkin sebab itulah wanita bertubuh besar seringkali runsing. Terhimpit dek keadaan sekaligus mengakibatkan tekanan dalam kehidupan seharian. Majoriti daripada wanita obes sanggup berhabisan wang demi mencapai berat badan ideal. Maka slimming centers tumbuh bak cendawan selepas hujan. Setiap satu menawarkan formula bertujuan sama, membuang lebihan lemak di badan.

Dalam soal ini, jangan sesekali berlaku hipokrit ..

“Itu kekurangan dia, hati mungkin baik”

Jika benar hati baik menjadi pilihan, kenapa masih ramai wanita gemuk tidak mendapat pasangan? Majoriti mereka sekadar sudi diangkat menjadi kawan maupun sahabat sahaja.

Masalah obesiti bukan berbentuk domestik malah global tetapi tidak di Afrika. Wanita gemuk di benua terbesar itu dianggap berstatus tinggi menjadi rebutan kerana dikatakan cukup makan berbanding wanita ‘lidi’ terdedah kepada kebuluran. Maksudnya, jika anda wanita mempunyai berat badan lingkungan 50 kilogram, tinggal di Afrika, pasti kedengaran komen ..

“No way man. She’s too skinny. That’s not my taste!’

Peliknya dunia ..



20 ulasan:

  1. dunia mmg pelik...ada yang mengeleng bermakna ya dan ada yg mengangguk tanda tidak

    BalasPadam
  2. pdangan sy ni bkn pd dasar emosi tp ni skadar pndapat brdasarkn fenomena yg sy tgk masa ni..

    mostly,lelaki akn mncari psngan yg ade kriteria:
    -rupa yg sedap dipandang+slim ler
    -kematangan(mcm mn die kwl emosi)
    -agama

    prmpuan x dpt tidak,pst akn menilai melalui:
    -agama

    tp ade jg wanita yg sgt mmntgkan rupa namun itu bkn majoriti..

    BalasPadam
  3. itu namanya manusia nie x pernah bersyukur....suke melihat kekurangan orang lain.tpi diri sendiri??? entah2 diri sendiri lebih banyak kekurangannya daripada wanita yg gemuk tu...

    BalasPadam
  4. "love people for WHO they are, not WHAT they are" ;)

    BalasPadam
  5. To be honest saya ni pun big size tapi xder la obses sangat nak kurus. Saya x kisah asalkan sihat walafiat dan alhamdulillah setakat ni saya masih cergas.

    Anyway, berbalik kpd isu lelaki/wanita gemuk bukan menjadi pilihan, rasanya x dapat dinafikan memang situasi ini wujud cuma bukan pada semua orang. Tapi kena yakin jugak jodoh pertemuan di tangan Tuhan siapa pun x boleh sangkal ketentuan-Nya klu diri masing2 dikurniakan jodoh yg sebegitu.

    Yg berbadan besar kena ada fikiran positif. Jgn sebab size kita nak rendah diri x tentu pasal. Kalau ada niat nak menguruskan badan, do it the right way...jangan sampai menyeksa diri sendiri.

    Good luck kepada yg in process of slimming down. Siapa tyau lepas ni saya pun terikut gak nak kurus kan? Insyaallah...

    BalasPadam
  6. msFigure, lelaki dan perempuan berbadan besar selalunya kerap berasa 'inferior' tetapi ramai menampilkan sikap ceria.

    Saya tidak dapat menafikan hakikat, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan.

    Ada lelaki berbadan kecil sering terpikat dan ingin menjadikan perempuan bertubuh besar sebagai pasangan. Opposite attract barangkali ..

    BalasPadam
  7. Atie, kekurangan dari aspek fizikal selalunya dipandang lebih menonjol berbanding perangai buruk dimiliki ramai.

    BalasPadam
  8. Raudhah, pilihan manusia ni pelbagai. Wanita dan lelaki gemuk selalunya lebih menjaga hati pasangan berbanding ramai membuat pasangan macam baju, boleh ditukar secara mudah.

    BalasPadam
  9. memang selera manusia tak sama ,tapi saya nasihatkan pada wanita berbadan besar di luar sana tidak perlu merendah diri..jodoh tu tetap ada...tuhan memang dah tulis untuk kita..cuma saya harap jgn jadikan soal jodoh satu masalah kerana takut anda terperangkap dalam cinta lelaki yg palsu dan materialistik....nak sapu duit kita ajer....

    cara paling jimat nak kurus, amalkan berpuasa..sunat..dan kurangkan kalori..pokok pangkal hati ...kalau nak kita akan berusaha...

    BalasPadam
  10. "Ada lelaki berbadan kecil sering terpikat dan ingin menjadikan perempuan bertubuh besar sebagai pasangan. Opposite attract barangkali .."

    p/s- cam tengah terjadi pada saya je he...23x

    BalasPadam
  11. Masturah, yup! Saya setuju. Ada lelaki mengambil kesempatan mengikis wanita dilihat memerlukan teman, bukan pasangan.

    BalasPadam
  12. Belibuy, it's ok. Asalkan sdr disayangi sepanjang hayat. Saya percaya itu boleh berlaku kerana sayang tidak ditentukan saiz badan.

    BalasPadam
  13. thank abg mazidul..insya'lah kalau menjadi saya jemput abg mazidul datang ek

    BalasPadam
  14. Saya pernah buat assignmnt bg colum advtrial utk tabloid magazine dulu, Kitaorg nk advertise kn iklan utk sbuah spa. Yg photographer saya ni pulak badan kussssemangat.Bayangkan tinggi baru lima kaki tapi berat 80 kg. Dia nak cuba sauna herba yg kononnye boleh buang lmak kat badan. Belum smpt dia nk msuk bilik sauna, terus tokeh tu ckap, awak tak ada kesan masuk ini sauna sbb saya tau mak awk pun gemok. Ini gemok baka, bukan gemok lemak. Kawan saya pun apa lagi, merah padam muka malu. terus balik rumah.Kesian dia.Smpai skrg dia tkut nk msuk sauna. Tkut kena tegur lagi.Tapi yg penting dia dah kawin. Ada ape org sukakan org gemuk. Rambut sama hitam taste lain-lain.

    BalasPadam
  15. Masalah pasangan gemuk atau kurus..semua bergantung pada jodoh..saya ada ramai juga kengkawan perempuan yang gemuk tetapi percintaan dia orang sungguh gembira,zaman skrg dah x kisah dalam berpasangan dan dah x memilih sesangat..

    p/s:-kakak saya ada berckp pada saya,dia berbadan gemuk..wat apa sibuk-sibuk nak berdiet bagai yang penting kita harus tau nak jaga kesihatan,nanti dah mati badan tetap tinggal tulang juga..kata dia..

    BalasPadam
  16. fizow, kekdang perlu diingat, kegemukan dan kesihatan mempunyai hubungkait rapat.

    BalasPadam
  17. Obesiti pada masa kini merupakan satu isu yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan secara serius.Rata-rata generasi Y merupakan pelopor kepada masalah kegemukan dan kini ia menjadi satu tren kepada generasi milenia yang lahir sebagai bayi obesiti.. dimana silapnya?? pemakanan? susu lembu berbagai jenama pun tumbuh bagai cendawan pada era 90an, begitu juga fast food... salah siapa?

    BalasPadam
  18. Dulu selalu kudengar kata-kata ini..
    "Hai gendut!" @
    "oii buncit!! ko makan daging berapa kilo hah?" ungkapan yg sering menjengah telinga ketika di bangku sekolah .. tatkala dewasa lain pula dialognya..
    "awak tak sesuai dengan saya.. saya kurus ..badan awak besar la.. awak kena kuruskan badan, lepas tu baru kita declair" .. ungkapan yg membuatkan aku berjalan kaki tanpa tujuan dari Puduraya ke KLCC..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.