Rabu, September 24, 2008

Sugar Daddy Sugar Baby

Surat khabar tempatan melaporkan segelintir pelajar perempuan kolej kejururawatan di Lembah Klang didakwa memiliki ‘sugar daddy’. Sugar daddy, lelaki selalunya berusia tetapi kaya. Pelajar, ‘sugar baby’ ingin menikmati hidup mewah secara mudah pada usia muda. Sesetengah sugar baby ‘dijaga’ lebih daripada seorang sugar daddy, meraih purata wang poket lebih seribu sebulan. Justeru membolehkan mereka bergaya membeli pakaian baru. Malah ada sugar daddy dipercayai sanggup menyediakan pelbagai kemudahan lain, antaranya kenderaan dan rumah untuk sugar baby.

Saya percaya sugar daddy tidak sekadar memberi begitu sahaja, mereka juga ‘menerima’, ada give and take.

Apa mereka terima sebenarnya?

25 ulasan:

  1. Sesungguhnya gejala sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini, semuanya berpunca dari duit.

    Percayalah, DUIT SATU DUNIA PUN TIDAK BOLE MEMBELI KASIH SAYANG.

    Itu yang saya pelajari dari filem Mein Aisa Hi Hoon.

    Persoalannya, di mana penguatkuasaan kolej tersebut, atau sekadar memandang sebelah mata.

    Ia melibatkan komitmen semua pihak. jangan hanya pandai menuding jari di atas apa yang belaku hari ini, tapi kita harus sama-sama cari jalan untuk memperbaiki kehidupan kita bersama.

    Hidup Mazidul, teruskan perjuangan Tuan.

    BalasPadam
  2. Encik mazidul ni tanya soalan maut ni.. Apa mereka terima sebenarnya?.. Tak pasti lah ek apa yg mereka dapat.. Yg pasti benda ni mesti memberi kepuasan kepada sugar Daddy ni kan....

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. mereka terima duit raya atually selepas itu dapatlah sugar daddy berbudi n sugar baby terbalas bodi..lagi hebat dr menyimpan mistress..bro ..dunia akhir zaman di kala itu umat islam umpama buih di pantai ....isu masalah sosial tak lari dr kaum sendiri .. tapi harus di ingat ..islam tu bukan melayu dan melayu itu belum tentu islam, cam pak arab gak ..islam itu bukan bangsa arab ..dan arab itu belum tentu islam ..nak jadi seorang islam kita wajib mengucap dua kalimah 9 kali sehari .. bukan sekali seumur hidup..9 kali dtgnyer dr sholat kita waktu bacaan surah tahayat awal dan akhir ...ermmmm

    BalasPadam
  5. takde manusia yang boleh bagi duit free kat orang...dalam kes nih, slalu kite dengar, sugar baby akan serahkan badan kat sugar daddy...allahualam

    BalasPadam
  6. situasi begini mmg sudah lama berlaku.. ada yang kita sedar ada yang kita tidak sedar.

    perkara ini kita tidak boleh dihalang disebabkan environment factor yg ada disekeliling mereka..tekanan pembelajaran dan kewangan memaksa mereka mencari jalan mudah untuk hidup senang.

    Jika di fikirkan denagn akal fikiran, ber"sugar" ini lebih menjamin masa depan mereka berbanding melacurkan diri. Ini kerana mereka lebih dihargai dan di sayangi

    dari pandangan lain, mereka ini selalu digunakan sebagai tempat untuk bermesra dan bermanja bg mereka yang kurang mendapat kasih syg (ye ke kurang or korg yg gatal xnk layan isteri korg nie) ini menyebabkan ade sesetgah mak datin pulak memasang anak ikan untuk membalas perbuatan suami mereka yg tidak menjadi tempat untuk mereka bermanja dan bermesra

    p/s- base on truth stories.. dh berlaku kat depan mata pun

    BalasPadam
  7. Apalah nak jadi.Kenapa jadi macam ni? Rasanya tiang agama perlulah kukuh,kalau tidak hancur masyarakat dan pewaris kita.

    BalasPadam
  8. zaman skrg ni, klu ada duit suma boleh jadi..student2 plak xcukup duit nk harapkan PTPTn sikit sgt..dunia..dunia

    BalasPadam
  9. semestinya mereka menerima jugak :). takkan la nak invest beribu2 macam tu je kan.

    BalasPadam
  10. salam,
    kalau tak terima apa-apa sebagai balasan, orang tak nak buat baik dengan orang. tak nak tanggung anak orang. sudah tentu balasannya pelbagai. antaranya :- belaian manja anak muda, urutan, teman untuk berjalan dan teman tidur, teman untuk bersantai dan sewaktu dengannya yang mana membawa kebahagiaan kepada si pelabur!!!. takkan tak tahu en. mazidul?

    BalasPadam
  11. Saya ada story sikit. Tapi dah lama dah Citer ni.Biar saya singkap balik. Ada dua kes,

    Pertama ada student ni, baru form 5, tapi dah jadi sgar bby. Tak ada siapa yg nak kwn dgn dia kat sek. Tapi dia tak peduli. Setiap kali bunyi loceng menandakan tamatnya waktu blajar, driver dia dah tunggu kat pagar sek. Masa tu cikgu pun tak tau. Kwn2 lain pulak mlas nak amik tau. Dia diberikan bunglow dan siap disediakan driver sbb dia tak ada lesen.

    Kes kedua, dia ni kerani biasa je. Tapi punyalah mewah. Hnd beg dia je dah beribu ringgit. Duduk kondo mewah. Bergaul dgn bangsa asing je. Tak nak kwn ngan bngsa sndiri. Tak campur org. Tapi bila dia nampak budak2 ofis bergossip dia akan dtg dan sergah, "yg korang dok sebuk kan hal org lain apasal", last2 org tak amik tau hal dia. Pas tu dia boring terus pindah.

    Tapi cerita ni dah lama sgt. Dah 15 thn. Skrg lagi advance..Tak dpt nak bygkan. Agaknye sekarang dorang jadi apa lah...Dah kerepot2 agaknye. Tu pun kalau masih hidup.

    BalasPadam
  12. sbb tulah kita takleh nk halang org yg dh tua kawen lg..sbb mereka juga mnusia yg ade nafsu..msyarakat pndg serong pd org tua yg ingin kawen dgn bini muda mnyebbkn jalan ini dipilih..

    sumenya ade cause and effect kan..

    BalasPadam
  13. Sahabat Gunung, kegiatan pelajar ni tersembunyi. Asrama dia orang pun bukan controlled. They can go out freely at any time. Kesempatan itu ada ..

    BalasPadam
  14. Hazim, perkataan 'kepuasan' tu cukup subjektif.

    BalasPadam
  15. Pergh! Sweetheart ni boleh berkawan dengan Azlin ..

    BalasPadam
  16. Belibuy, banyak tahu pasal 'anak ikan' yer?

    BalasPadam
  17. Cikya, tiang kekadang runtu jugak. Kena tengok simen jenis apa kut ..

    Rahmanraof, PTPTN masih banyak hal. Pelajar dapat pun bukan banyak kat tangan. Denngar kurang seribu setahun.

    Fareydo, jangan melabur dalam skim cepat kaya dah. Tapi ada juga kaya, kalau jadi pioneer.

    Arryani, bunglow tu atas nama siapalah agaknya, kan?

    Raudhah, kekadang orang tua kahwin kerana sunyi. Nak beramal ibadat seronok jika berteman ..

    BalasPadam
  18. dh biasa dgn "sugar" n "anak ikan" yang lagi dasyat dari itu pun tau... zaman dlm MPP dulu byk maklumat yg boleh diketahui...bukan dari satu University..yang lain2 pun boleh dpt maklumat

    buat sahabat gunung--> kolej bukan seperti asrama sekolah dimana aktiviti mmg terkawal..so tidak boleh disalahkan pada pihak pengerusan.. kekdg aktiviti "Sugar" ini bukan ramai boleh sedari.. yg dtg naik kete besar2 tue xsemestinya sugar mungkin bapak dorg jugak..xsemestinya dorg kuar memalam..siang2 pun boleh pe

    BalasPadam
  19. PTPTN adalah tempat pelajar berlajar berhutang he..23x (dh nk dekat sama dgn along...xbyr ikut time mula lah mengejar huhuhu)

    BalasPadam
  20. sedihnye tengok siaran 360 hari ni..dekat2 nk raya ni la kita hilang keluarga dan saudara..

    BalasPadam
  21. betapa nipisnya iman di dada senipis kulit bawang.. kerana duit, sanggup menggadaikan diri dan maruah.. mereka tak fikir dosa dan juga ibu bapa.. ingatlah, kita hidup bukannya menongkat langit.. suatu hari kita pasti akan meninggalkan dunia ini dan segala isinya...

    BalasPadam
  22. wahhh..hangat...hangat...hehehe...tapi benda nieh dah lama dah berada di kalangan kita..saya sendiri mempunyai kawan yang ada "sugar daddy nyer" memang satu sen pun tak boleh beli kasih sayang...tapi cuba kita balik..kasih sayang ker yang dia org nak? apa2 pun..ini topic hangat..hahahaha...

    BalasPadam
  23. Terus kepada soalan abang Mazidul tu, jawpan nya ialah mereka terima SEX.
    Secara logiknya apa lagi yang budak perempuan tu boleh bagi?

    NOTA: Apalah pembaca lain tulis panjang panjang tapi takde jawapan.

    BalasPadam
  24. apa diorang boleh bagi?
    perhatian..
    kasih sayang(konon nya lah..)
    belai mesra..
    gedik2..
    lemah gemalai..
    seks..
    badan pon tegang lagi.siapa mahu tolak..
    saya ada kawan.dia berduit.bukan nya susah pun.tapi dia gemar kan lelaki 'matang'.setiap negara dia pergi,dia akan pastikan ada seorang di sisi.nak salahkan duit pun tak jugak..layanan lelaki 'matang' lagi umph kot..hahahah!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.