Khamis, September 04, 2008

Saya Hairan

Saya hairan. Ketika harga minyak naik dan kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tiba-tiba Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Noh Omar membuat pengumuman mengejutkan masyarakat pengguna.

Kerajaan menurut beliau membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj 30 peratus ke atas tiket bas ekspres dan henti-henti berkuatkuasa antara 15 September dan 15 Oktober akan datang. Maksudnya pengguna terpaksa menanggung kenaikan harga tiket sebanyak 30 peratus. Jika dulu tambang bas RM10, kini RM13. Harga tambahan itu terpaksa ditelan mereka tidak memiliki kenderaan sendiri jika ingin berhari raya bersama keluarga di kampung

Sudah jatuh pengguna ditimpa tangga.

“Pengusaha bas sekolah dan kilang di seluruh negara enggan menyewakan bas mereka bagi musim perayaan, sukar mendapatkan bas tambahan,” antara kenyataan Presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Bas SeMalaysia, Datuk Ashraf Ali.

Tambah beliau biarpun dengan surcaj dipersetujui kerajaan, pengusaha bas mendakwa masih terpaksa berdepan kerugian jika beroperasi.

Menurut teori ekomoni, jika permintaan mengatasi penawaran (jumlah bas sedia ada tidak mampu menampung jumlah penumpang) maka kita boleh menjangka ada pihak bakal menaikkan sendiri harga tiket bas sesuka hati. Kewujudan golongan penangguk di air keruh tidak mampu kita sangkal. Mereka sentiasa mengintai ruang dan peluang meraih keuntungan berlipat ganda membiarkan pengguna papa kedana.

Bagi mereka berhajat pulang ke pantai timur menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu, lupakan sahaja. Tiket habis dijual.

Saya hairan. Kita bukan menyambut hari raya buat kali pertama tetapi masalah bas berulang setiap kali musim perayaan menjelang tiba. Barangkali rungutan pengguna bermusim. Rungutan luput begitu sahaja selepas berakhirnya hari raya.

[ Kata Mazidul: CC 1.8 kereta macam ‘minum’ minyak ]

5 ulasan:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    kita tender bas kat pelabur pula..biar ada persaingan...baru kita tahu bagaimana monopoli itu baik atau tidak.

    pening lah sekarang..semua orang desak PM dan kerajaan. sejak kejatuhan lepas pilihanraya, macam-macam timbul menyebabkan negara kita tak aman..

    BalasPadam
  2. betul abe_mie...katak_ayu dah makin takut dok kat mesia nie..since pilihanraya semuanya nak bersumpah..saya sungguh terkejut menda2 ni.Macam Tuhan bagi petanda kiamat semakin hampir..astaghfirullah..satu lagi..recently..byk kejadian tembak menembak depan mata lah..on the dot la..apa la..mcm x selamat di negara sendiri..bunuh, tembak mcm mainan..tak suka org tu,terus bunuh..hey!!!Polis ke sape nak bertanggungjawab nie..abg polis..cuba komen skit!

    BalasPadam
  3. Salam ..

    Katak_78, Izinkan saya memperbetulkan sedikit kata ganti nama digunakan. Saya BUKAN polis. I have never been a police officer and would not become one. Cuma pernah bercita-cita menjadi GURU sewaktu kecil dahulu.

    Komen saya ..

    Pihak POLIS tidak sewenang-wenangnya menembak mati setiap penjenayah samada warga tempatan maupun asing. Mereka maut, individu atau kumpulan pernah terbabit dalam kes jenayah berat berulang, antaranya kes culik, samun bersenjata, rompakan dan bunuh. Mereka, jika dibiarkan hidup berkebarangkalian besar mampu mengorbankan nyawa awam seperti nyawa saya, PUAN dan Abg Mie.

    Seperti juga guru. Masakan merotan setiap murid melakukan kesalahan tanpa usul periksa. Jika pelajar bising, mungkin dimarahi. Tetapi jika murid lelaki mencabul pelajar berlainan jantina, dia mungkin dirotan atau dicaj di mahkamah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan ..

    Selamat terus berpuasa.

    BalasPadam
  4. Dgr berita pg td, myk nak turun harga lg sblum raya ni? turunlah byk sikit... sy pening kepala fikir duit myk... dpt gaji habis ke myk..
    Sy jarang naik bas, saya tak tahu harga tiket.. tp bg saya naik bas lg jimat. Setakat lebih RM3 tu korban je lah... asal dpt balik kg.. kalau naik kerete sendiri lg teruk.. dgn tol lg.. mesti lbih dr itu.

    Kita baru sambut MERDEKA kan? tp
    POLITIK tak Merdeka lg ar..

    Selamat berpuasa semua.. SeMoGa Sihat Selalu. Amin,

    BalasPadam
  5. Salam bang,

    Kesian kat orang susah yang tak mampun beli kereta, susah lagi bila makin tak mampu nak beli tiket bas.

    Dah banyak negara saya pergi, Malaysia memang 'Home-sweet-home'

    Tapi dari segi ekonomi, yang di gunakan oleh pemerintah jauh berbeza.

    Kebanyakkannya = "Rakyat kena tanggung, samada sedia atau tidak"

    Contoh: di Bangkok Gaji TB20,000.00 - belanja harian isirumah keluarga berpendapatan sederhana TB200.00 sehari

    di Malaysia Gaji MYR2000.00 - belanja harian MY50.00

    (harga barang berdasarkan barang keperluan, kuantiti dan jenis yang sama)

    Barang lain jangan cakap la, segala galanya mahal.

    Bulan Ramadhan kali ni juga, nampak jauh berbeza, kerana paling murah barang barang adalah RM5.00 berbanding tahun lepas cuma RM3.00.

    Sesiapa yang biasa ke Negara lain dalam Asia Tenggara ni mesti faham.

    Pemerintah tak nampak perkara ni ke? Atau pun buat buat tak nampak atau memang tak nampak sebab mereka tu kaya raya....

    Wallahu aklam....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.