Sabtu, September 13, 2008

Carilah Sahabat

Sesungguhnya sukar mencari kawan. Kawan sudi bersama sewaktu susah dan senang. Apatah lagi mencari kawan boleh dinaikkan martabatnya kepada ‘sahabat’. Insan susah senang tetap bersama kita.

Ramai insan kita temui dalam perjalanan hidup jarang kekok bersama sewaktu kita senang. Waktu hidup kita mewah, waktu kita tidak bermasalah. Sebaik bahana maupun bala datang menjengah, majoriti insan bergelar kawan itu hilang melarikan diri.

Justeru, berhati-hatilah dalam mencari kawan. Jika ada sahabat, peliharalah perhubungan sehingga ke akhir hayat.

7 ulasan:

  1. For my lovely friends....

    1)kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
    2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
    3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
    4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
    5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
    6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru
    muncul..
    7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
    8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. sekejap ade skjp tak de..
    9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
    10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

    Walau kita punya couple,
    teman still paling setia...
    Walau kita punya harta banyak,
    teman still paling berharga...

    "PeRSaHaBaTaN YaNg SeJaTi aKaN MeMBaWa KeRiNDuaN YaNg aBaDi. oLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN. aMBiLLaH SeDiKiT MaSa uNTuK MeNgiNGaTi KaWaN-KaWaN yG SeNTiaSa MeMBeRi SoKoNgaN uNTuK aNDa..dan SeNTiaSa diSaMpiNg KiTa TaTKaLa SuSaH MaHuPuN SeNaNg."

    BalasPadam
  2. peh azlin...penuh makne isi yang ingin disampaikan

    BalasPadam
  3. Friends?
    apa itu kawan?
    kawan itu mcm coklat..
    sgt sedap lor...
    nyum..nyum..

    tapi kadang2 mcm cili..
    sgt pedas..
    tapi kadang2 makan pedas pun okey gak..
    kalau selalu suke sgt pada cili..
    nnt kene apendiks..
    betol tak?

    so kawan tu apa bagi korang?

    ia hadir bila kita perlukan,
    ia dtg bila kita gembira,
    dan akan ada sampai bila?

    TAPI betul ke?

    sampai bila2?

    kadang2 kan kita sunyi,
    kawan di mana?
    kita menangis?

    kawan oh kawan...
    mana kau?

    bile tersepit...
    kawan lupa kawan?

    tapi betul ke?

    kawan mcm tu ke?

    tepuk dada tanya hati...!

    apakah pengertian bagi seorang KAWAN!

    dan apa pula KAWAN itu nak mengertikan erti persahabatan pada seorang KAWAN...

    bagi aku...

    KAWAN...teman seumur hidup!

    hargai kawan2 semua...
    sayang mereka...

    walau kadang kadang..
    kawan tak pernah memahami hati ini!

    tetap dalam hati..

    KAWAN sampai MATI!!!

    BalasPadam
  4. Sahabat..ada la seorang dua yang amat bermakna..Yang lain2 tu cuma teman berhibur sahaja.

    BalasPadam
  5. kawan tu bersepah di mana-mana
    sesiapa yg mesra sudah dianggap kawan,tapi yg nak dptkan title 'sahabat' tuh,ada laa sorang dua.Itu pun kalau ada.Punya laa susah nak boleh nikmat sahabat yg sebegitu.

    BalasPadam
  6. kawan tu umpama bintang2 di langit.. walaupun ada waktu2nya tak dapat dilihat tapi kita tau mereka tetap ada di sana...

    BalasPadam
  7. tiada makna sahabat dalam hidup saya kerana kerap kali di tikam dari belakang...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.