Ahad, September 28, 2008

Petua Elak Mengantuk

“Mengantuknya mata, macamana nak bawa kereta ni?,” antara keluhan pemandu sewaktu pulang berhari raya.

Justeru, majoriti mereka mengambil keputusan berhenti di kawasan rehat, tidur buat seketika sebelum menyambung kembali perjalanan.

Sewaktu membuat liputan gempa bumi di Muko Muko, Sumatera Barat, Indonesia saya terpegun melihat kebolehan lelaki berusia 37 tahun memandu kereta tanpa henti dalam jarak 400 kilometer.

“Kamu tidak mengantuk?,” soal saya.

“Ngak Pak. Saya bisa saja memandu mobil ini,” balasnya.

“Apa formulanya?”

“Oh! Bapak tahu bawang merah, kecil?,” tanyanya.

Saya menganggukkan kepala.

“Masukkan ke dalam mulut. Kemam saja Pak, pasti tidak mengantuk,” jelasnya.

Cubalah ..

5 ulasan:

  1. Oh! Bapak tahu bawang merah, kecil?,” tanyanya.

    abe MIE rasa, lepas telan benda tu, kita tak mengantuk lagi dua tiga hari sebab kena cari tandas cepat-cepat.

    salah satu nak hilang mengantuk, semasa berbuka puasa minum air suam banyak2 dan makan kurma aje...jangan kedarah sampai kenyang lepas tu pandu kereta balik kampung..

    BalasPadam
  2. bawa saja cili padi.
    bila mengantuk cuba gigit sikit hujung cili padi tu hehe.

    BalasPadam
  3. Kalau tak mau mengantuk, cara saya:-

    1) Kalau nak bertolak masa malam, tidur sekejap dalam 1 jam sebelum drive. Even tidur2 ayam pun okay.

    2) Jangan makan nasi or benda-benda berat masa on the way atau 1-2 jam sebelum drive.

    3) Minuman tenaga seperti red-bull atau Ali-Cafe akan membantu juga. Tapi dari pengalaman saya, ada certain brand yang tak ada effect pada certain orang. Contohnya saya cuma ada dapat effect dari Ali-Cafe. Jadi, kena rajin berexperimen.

    Dengan petua2 diatas, saya boleh drive even sampai 1000km non-stop. Tapi sebenarnya tak berapa bagus, baik stop after 3 jam ke.. sekurang-kurangnya stretch badan sikit, letak air kat muka. Bukan apa.. kadang2 mungkin kita masih segar tapi sudah tak berapa 'alert'.

    BalasPadam
  4. kemam bawang merah kecik..1st time dengar nieh...hehehehe..

    BalasPadam
  5. Kemam bawang merah kecik..? Iye ker? kot2 ar time tu tertelan, huh tercekik terus, tak masal kena operate..Senang je kalo sy, makan lah hacks..tak pun tukar2 memandu.

    ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.