Saya ke bazar Ramadan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Di celah-celah orang ramai terpandang pengemis wanita kerdil bertudung. Menampung raga plastik menagih simpati orang ramai. Lalu dia saya hampiri.
“Orang mana ni?,” soal saya berbisik.
Dia mendongak memandang tanpa respon.
“Dia orang Mynmar. Boleh cakap Melayu tu. Tapi bila ditanya pura-pura tak tahu. Saya pernah tengok kereta Mercedes hantar dia bang. Ada 6 orang dalam kereta tu, semua cacat. Kereta tu drop dia orang kat sini minta sedekah,” celah peniaga popia berdiri tidak jauh dari kami.
Kenyataan sama pernah dimaklumkan kepada saya sebelum ini.
“Siapa hantar datang sini?,” soal saya lagi.
“Taukeh,” jawabnya.
Setiap kali saya cuba merakamkan wajahnya, dia pantas memusingkan tubuh kenit membelakangkan saya. Raga biru di tangannya dipenuhi wang derma orang ramai. Maklumlah, Ramadan bulan bersedekah, berpusu-pusu orang ramai menghulurkan sumbangan.
Berasa tidak selesa gambarnya dirakam, pengemis itu mengesut melarikan diri. Saya mengikutnya perlahan. Tiada niat bertindak zalim sekadar ingin tahu berhubung identitinya.
“Ini sindiket la bang. Nanti tengok dalam pukul 8, bila bazar tutup ada kereta ambil dia,” ujar peniaga air tebu sambil mata mengekori kelibat pengemis itu.
Saya tersenyum.
“Dah 18 hari saya perhatikan, dia minta sedekah dari jam 4 petang sampai 8 malam, cikai-cikai pun saya anggarkan dia boleh dapat dalam dua ratus ringgit. Mungkin dia dapat sikit saja, selebihnya taukeh dia ambil,” sambungnya lagi.
Ini pesan bijak pandai agama ..
“Jika ingin bersedekah carilah sasaran tertentu, rumah anak yatim, rumah orang tua, ibu tunggal, bukan diberi secara rambang kepada mereka datang meminta. Islam tidak menggalakkan penganutnya menjadi pengemis”

rasanya ada jugak ternmpk die tadi kat bazar... mula2 tergerak juga hati ingin menghulur seberapa yang ada..tetapi niat terus berhenti bila melihat berapa byknya sumbangan yang diterima
BalasPadamp/s- maka duit derma ikhlas saya terpaksa saya hulurkan pada yang benar2 memerlukannya
-xnmpk pun abg mazidul td
memg ade nampak tadi kat bazar...saya hampir-hampir terlanggar..kesian memang kesian tapi....
BalasPadamdalam islam pun suruh berusaha sendiri bukan dengan cara yang senang meminta-minta...
saya ada dalam kereta tadi sebab tak der parking...adik saya yang nampak abang mazidul...pakai baju merah kan? heheheheheh...
BalasPadamMacam2 hal lah.. dunia..dunia.. nasib baik aku berada di landasan yg betul. syukur! murahkanlah rezeki org2 yg berada di sekeliling aku.. selamatkanlah mereka.. amin..
BalasPadamsusah jugak nak bagi sedekah sekarang ni...mana2 pun byk sindiket...yg buat2 buta rabun pastu ada pengiring tu lagi tension...ramai yg camgitu...tu pun ada yg sedekah jugak...ikut niat kita laa kot
BalasPadamkalau kita ikhlas, alhamdulillah...yg negatifnya, biar org tu and sindiket dia yg tanggung...janji kita dah dpt pahala bersedekah...