Selasa, September 30, 2008

Tewas Dalam Kemenangan

Terbit fajar 1 Syawal 1429 Hijrah esok, umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari ‘kemenangan’ mengharung pelbagai cabaran di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagaimanapun ada golongan ‘tewas’ pagi tadi.

12 wanita warga Indonesia terkorban, mati lemas akibat tongkang kayu dinaiki pecah lalu karam dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia. Lokasi tragedi, perairan Pintu Gedung, 15 kilometer dari Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor. Tongkang dengan muatan maksima 80 orang disumbat 137 penumpang, semuanya tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Dilaporkan, setiap penumpang membayar tambang antara RM300 dan RM800. Antara mangsa berjaya diselamatkan kapal dagang melintasi laluan sama, bayi berusia 7 bulan.

6 lelaki dipercayai tekong tongkang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan lanjut.

3 ulasan:

  1. Dude

    Saw this on Buletin Utama. Sedih for the mangsa and angry with the "tokey".

    :(

    ManB

    BalasPadam
  2. macamana mereka keluar masuk ke Malaysia tanpa ada apa-apa dokumen pengenalan yang sah?

    adakah orang dalam yang jaga perairan sedang tidur atau sedang menikmati juadah rasuah?

    di mana kecanggihan teknologi hendak mengesan penceroboh kalau beginipun cara orang indo ke malaysia kita gagal? kalau berperang agaknya sudah banyak senjata diseludup masuk....

    tuhan nak tunjuk apa yang perlu kita lakukan untuk menjaga negara sendiri daripada pencerobohan pendatang.

    datang ke malaysia pakailah pasport atau melalui cara yang sah. jangan main redah aje. siapa tak marah?

    kenapa pertahanan sempadan antara malaysia dan singapura, lebih baik singapura?

    BalasPadam
  3. agaknye kita nye tenologi x dapat nk kesan tongkang2 yang kecik ni... maklumla bdn tongkang ni pun dr kayu jer... yg bwk tongkang lak asenye org malaysia + indonesia... masuk sempadan malaysia, menyamar org malaysia... masuk sempadan indon jd boyan... cmne dorg nk check???

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.