Selasa, September 09, 2008

Benci Dan Sayang Biar Berpada

“I benci dia. Benci! Benci! Benci!”

Ungkapan kerap kita dengar. Benci, perasaan terdorong akibat kita tidak gemar dengan perlakuan maupun perbuatan orang lain. Barangkali orang itu secara sengaja atau tidak menyakitkan hati, mengguris perasaan atau menjatuhkan maruah diri kita. Biarpun suatu ketika dia mungkin pernah kita sayangi sebelum dibenci. Barangkali sebelum dia dibenci kita pernah berkata ..

“I sayang you. Sayang! Sayang! Sayang!”

.. kepadanya.

Kata saya, jangan terlalu mudah membenci seperti juga usah terlalu mudah menyayangi kerana sayang boleh bertukar benci, benci boleh bertukar sayang andai ditakdirkan. Benci dan sayang biar berpada, itu pesanan orang terdahulu.

Kepada gadis, jangan terlepas kata kepada lelaki. Umpamanya ..

“Aku menyampah, meluat dan benci tengok dia tu”

Acap kali berlaku, ‘dia’ itu kemudian ditakdirkan menjadi kekasih dan suami disayangi hingga ke akhir hayat.

Kepada pasangan bercinta, ingat ..

Segalanya bermula dengan detik manis. Jika di penghujung, perhubungan manis bertukar pahit, terimalah dengan hati terbuka. Tamatkan perhubungan itu secara baik sepertimana ia bermula. Cuba jangan membenci bekas kekasih kerana hakikat tidak terpadam dek minda, suatu ketika, dia insan pernah kita sayangi.

8 ulasan:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    nak tanya 360 nak buat pasal apa pada minggu nie? tak tengok TV lagi.

    minta ceritakan tentang kehidupan rakyat malaysia- dahulu dan kini. negara kita kini dah ikut jadi negara indonesia, pakistan dan thai....kacau bilau

    bukan bertemakan politik, tetapi sebagai perbandingan. ambil kenyataan dari prof khoo kay kim, dan orang lama. apa harapan rakyat kita kini?

    BalasPadam
  2. 360 minggu ini merungkai kisah dilema didepani peniaga kecil. Ceritapun belum siap lagi ..

    BalasPadam
  3. benar tu..

    kekadang org yg paling kta benci akn jd org yg kita paling sayang suatu masa kelak..

    sbb tu org ckp kalo syg seseorang jgn 100%.. kalo benci pun jgn 100%.. kena ada balance gak spy x menyakitkan diri sendiri

    BalasPadam
  4. yes..jangan sesekali terlepas cakap kerana kadang2 apa yang pernah kita tidak suka itulah yang selalunya kita akan dapat, dan menjadi milik kita. Dan selalunya apa yang kita suka, tetapi tidak menjadi milik kita...TENTANG INI tentunya kita akan katakan "Takdir.." Kena terima. Ada bermula dengan SAYANG,berakhir dengan BENCI dan ada juga nermula dengan BENCI akan berakhir dengan SAYANG...
    Jadi fikir-fikirkan...hanya kita yang boleh kata segalanya. Berpada-pada..Yess!Kedua-duanya harus berpada-pada.. Tetapi selalunya yang bermula dan berakhir...antara "BENCI dan SAYANG" dan "SAYANG dan BENCI"..
    Tetapi jangan sesekali bermula dengan BENCI dan berakhir dengan BENCI. Tetapi yang sebaik-sebaiknya, bermulalah dengan SAYANG dan berakhir dengan SAYANG..
    :P

    BalasPadam
  5. nak sayang kat orang mmg senang..tapi bile dah sayang u mcm2 dugaan sepanjang perhubungan tu....bile dah jumpe sesorang tu, memula kita ingat, his/she's the one,...tapi kekadang, panas tak sampai ke petang...nak start relationship mmg senang...tapi nak mengakhiri adalah sesuatu yang sukar... lebih2 lagi bile perhubungan tu dah lama....betul x???

    BalasPadam
  6. benar tu, perasaan tu biar berpada2.. jangan terlalu membenci kelak dialah yang disayangi.. jangan pula terlalu menyayangi kelak bila hati disakiti, dialah yang paling dibenci.. hidup ini biar berpada.. segala2nya harus bersederhana..

    BalasPadam
  7. isteri ambe sekarang,seorang gadis yg dahulunya tidak pernah ambe hampiri dan cuba utk mengenali walaupun dirinya hampir di sisi
    namun sekarang telah menjadi seorang suri di dalam hati dan memberikan ambe 3 anakanda yg cukup sifat,dan tidak pernah ambe melafazkan cinta kpd dirinya hanya perasaan sayang di dlm hati yg terus dipupuk dan dibina setiap hari.

    BalasPadam
  8. Abe Mie, sebenarnya dari perspektif saya, kacau bilau ni adalah di sbbkn oleh hanya segelintir individu yg ego, tamak, sombong dan berkepentingan utk diri sndiri. Kalaulah minda mereka dibuka sedikit dan berikan laluan kepada siapa yg dipilih rakyat, tidak akan berlaku kacau bilau. Rakyat pula di sogokkan dengan kononnye kebebasan bersuara media, walhal, ada media (tidak semua) yg berlatarbelakangkan rating dan keuntungan. Ada penulis yg mengejar nama dan sanggup mengenepikan etika2 yg sepatutnya ada bagi seorg penulis yg bermoral. (Hanya sekadar pandangan peribadi) Kalau silap maafkan saya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.