“Sebab apa lari?,” tanya saya kepada lelaki kudung kaki kanan menyorok di belakang kereta diletak di tepi jalan berhampiran Bazar Ramadan Kelana Jaya.
Dia hanya tersenyum.
“Orang mana ni?,” soal saya.
“Thailand,” jawabnya ringkas.
Menurut pengemis berusia 35 tahun itu, dia berhijrah ke Malaysia sejak 3 tahun lalu. Kini menetap di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bertandang ke Bazar Ramadan mengemis, dakwanya datang menaiki bas.
“Kaki tu kena apa?”
“Saya dulu askar, kena tembak, cedera teruk, lepas tu potong,” jelasnya fasih berbahasa tempatan.
“Berapa boleh dapat sehari mengemis di sini?”
“Lapan puluh ringgit, seratus pun boleh,” katanya.
Pengemis itu berkata dia berkahwin sejak 12 tahun lalu dan keluarganya menetap bersamanya.
“Anak berapa orang?,” saya sekadar ingin tahu.
“Enam orang, umur 2 tahun paling kecil, 11 tahun paling besar,” jawabnya sambil tersenyum.
“Haaa?”

yang bawah kes sindiket...yang atas kes sebenar..benar tak benar tuh..kita tak tau kan..tapi yang pentingnyer...nawaitul seseorang menderma dan yang meminta tuh pun sama...kalau dah jadi taukeh tuh...tunggu laa kau menjawab dekat akhirat nanti...kalau yang kes benar pula..banyak lagi cara lain untuk mencari duit selain dari mengemis nieh walaupun cacat sebenarnya...walaupun keadaan politik tengah macam tsunami,tapi ada pihak yang memang bertanggung jawab bagi O.K.U nie...kalau boleh ker pasar ramadhan untuk mintak sedekah...mesti boleh dapatkan bantuan dari pihak kerajaan kan? kepada semua...jangan jadikan sesuatu kecacatan atau mala petaka sebagai satu alasan untuk kita berhentikan diri kita dari apa yang boleh atau mampu lakukan...mungkin sesetengah pembaca akan kata..."ko senang laa cakap sebab kau tau macam dia org" memang saya tak macam dia org..tapi saya dah buat 2 operation untuk membetulkan tangan saya dan sampai saya mati laa besi itu akan ada di tangan saya...terkejut bang?nanti saya tunjukkan parut dan gambar besi tuh kat abang mazidul....saya memang pernah nak give up jugak..tapi fikirkan...selagi kita nie boleh bergerak...teruskan lah dan bangkit balik dari apa yang kita telah jatuh..."why do we fall? so that we can learn how to get up" kata2 dari cerita batman masa dia jatuh perigi tuh...sedangkan yang buta pun boleh dapat master dan degree...
BalasPadambtul apa kata nik tu...apa2 pun, nak seribu daya, tak nak seribu dalih...
BalasPadamkesian anak2 dia...amik jadi anak angkat bleh..?? nak yg 2 thn tu :)
patutla mcm kenal pakcik tuh..selalu nampak die..tiap2 ari kat bazar ramadhan balakng umah saya tuh...
BalasPadamterlalu ramai mereka di sana....
rakyat malaysia ni pemurah... mungkin kerana kesenangan kita sekarang and hati rakyat kita yg mudah tersentuh bila berdepan dgn mereka2x ini.
BalasPadam