Selasa, September 02, 2008

Jangan Sakit Hati

“Aku semalam pagi pagi lagi bos dah angin, mengamuk. Siap hempas fail ke meja. Berleter sampai tengahari, sambung sampai ke petang. Tak tahu apa hal dia tu. Selalu tak macam tu. Sakit hati betul,” antara rungutan pekerja.

Dalam hidup ini kita barangkali pernah mengharungi pelbagai peristiwa pahit mengakibatkan kita berasa sakit hati. Kita marah, murung dan memendam rasa. Walhal itu semua tidak perlu berlaku.

Fahami hakikat ini. Kita sakit hati hanya jika kita memilih untuk berasa sakit hati. Formula saya ingin kongsikan bersama anda mudah dilaksanakan.

Jika bos mengamuk, biarkan dia mengamuk. Kita terima seadanya. Tetapi jangan lupa, belajar sekiranya kita melakukan kesilapan.

Katakan dengan bersopan dan tenang seandainya kita bersalah.

“Bos, that was my mistake. I am sorry. I will improve”

Selaku majikan dia selalunya mempunyai sebab musabab untuk memarahi pekerjanya. Itu hak dia. Jika marah secara semberono dia tidak layak bergelar bos. Bagaimanapun meminta maaf jalan terbaik melembutkan hati bos kerana bos adalah manusia seperti kita. Jika kita tampilkan sikap keegoan, pasti tidak tertanding sikap sama dimilikinya, insan lebih ‘berkuasa’.

Hakikatnya, perasaan sakit hati timbul JIKA kita membuat keputusan disakiti. Tujuan bos jelas, dia ingin kita rasa dimarahi bukan membuat kita berasa sakit hati.

Fikir begini ..

“Aku memilih untuk tidak sakit hati. Bos juga pernah dimarahi bosnya atau setidaknya dimarahi dan dileteri isteri di rumah. Mungkin dia dimarahi lebih dahsyat lagi berbanding marahnya kepada aku. Barangkali dia juga sakit hati. Kalau bos sakit hati, mengapa aku perlu merasainya?”

Maka anda senyumlah kerana itu satu kejayaan sebenarnya.

Lagi pun bos bukan marah sekali, perbuatan itu mungkin berulang. Jika tidak esok, lusa atau hari berikutnya. Jika setiap kali dia berang, kita berasa sakit hati, maka kesakitan kita rasai itu juga berulang.

Jadi mengapa harus sakit hati?

10 ulasan:

  1. wa ha ha.. kita pun tgh sakit hati ngan asben.. ok la pilih untuk tidak sakit hati la..

    BalasPadam
  2. kadangkala, ianya mungkin bertujuan untuk menyampaikan perasaan majikan itu sendiri kepada pekerjanya..

    marah selalu terjadi disebabkan oleh:-
    - emosi terganggu
    - tekanan kerja
    - masalah peribadi
    - rasa kurang selesa dgn sesuatu
    - ingin memepaskan sesuatu yang telah dipendam lama

    itu sahaja yang dapat saya kongsikan hari ini

    BalasPadam
  3. Salam Uncle Mazidul... Selamat Berpuasa..
    Artikel ni menarik perhatian sy.. Betul, sekuat2 manusia adalah apabila dia mampu menahan segala kemarahannya.. itulah insan paling penyabar.
    Tp, mana kt nak jumpa lg org mcm tu zaman skrg ni.. kalau dia diam sekalipun bila dimarah, tapi dalam hati pasti memberontak.. tak gitu?

    Lain org lain caranya..

    BalasPadam
  4. Tini, buat apa nak stress jika kita ada hak memilih, kan?

    BalasPadam
  5. Tini, buat apa nak stress jika kita ada hak memilih, kan?

    BalasPadam
  6. Azlin, kekadang masa muda kita mudah terusik. Bila dah tua sikit kita belajar untuk bersabar. Bila kita patut marah, kita tak marah pasti dalam jiwa terasa kepuasan.

    BalasPadam
  7. bukan semua manusia sempurna...

    p/s- geng mamak kne tembak hari ini

    BalasPadam
  8. Hi mazidul
    kena marah dan marah orang lain kan adat dalam kerja..tu tunjukan kita serius dalam keja

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum bang

    Susah jadi boss ni.

    Bila anak buah tak buat kerja betul, kita pening kepala, kalau di tegur kebanyakkan mereka sakit hati. dan mula memberontak dlam diam.

    Sepuluh tahun dulu pun saya selalu kena marah dan di tegur.

    Tapi dengan teguran itulah saya di sini sekarang.

    lagi satu tahniah kepada Sahabat saya yang dapat promotion sebagai 'EP' baru baru ini. TAHNIAH untuk beliau.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.