Isnin, September 08, 2008

Apa Bezanya?

Kenyataannya ..

“Lin tu girlfriend Azman”

Status Azman, berkahwin.

Komen ..

“Alah! Biasalah, lelaki memang macam tu. Tak cukup satu kat rumah”

Kenyataan lain ..

“Hisham tu boyfriend As”

Status As, isteri orang beranak dua.

Komen ..

“Cis! Dah kahwin pun ada boyfriend? Pelik sungguh aku. Apa tak kena dengan si As tu? Gila ke apa?”

Kenapa?

19 ulasan:

  1. Tak ada beza sebenarnya...kerana dua-dua ada pasangan masing-masing.
    Yang berbeza ialah, ZAMAN DULU DGN ZAMAN SEKARANG...
    :P

    BalasPadam
  2. Nak story skit.Ni kisah benar. Baru berlaku dlm 3 hari sblm pose. Ada seorg prmpuan ni, dah kawin and ada 3 anak. Hsbd dia police officer(kira mcm inspector sahab la dlm citer hindustan). Dalam pada suami dia sebuk buat operasi membenteras jenayah, dia pun buat operasi jugak ngan org lain. Nak di jadikan citer, dah tentu laki tu polis..jadi banyak la sumber yg lakinye dpt ttng operasi bini dia tu. Puas tanya tak ngaku. Rumahtangga pun bermasaalah. Akhirnye depan Ustaz kat pej agama, dia terus ngaku ada affair ngan suami org. Masyaallah. Ada ke suami yg sanggup menerima si isterinya lagi kalau dah sampai tahap pergi sana-sini bersama . Tapi tak taula kalo bini dia ada sebab lain utk curang......Namun wajarkah curang? Patutkah? Berbaloikah? Alasannye....boring ngan life suami yg terlalu sebuk operasi..Cerita ni benar-benar beri pengajaran agar jgn abaikan pasangan anda. Walaupun alasan anda diterima hukum tetapi, kalaulah soal hati dan perasaan itu diambil kira alangkah amannye rumahtangga. Dan yg terbaru saya dengar mereka telah menyambut ramadan ini berasingan. Kesian ngan anak-anak yg belum memahami apa2

    BalasPadam
  3. http://pkrpasdap.blogspot.com

    lelaki- janji ada duit, sihat tubuh badan dan boleh sara anak dara orang ap dah kahwin. lelaki boleh kahwin 4, tapi kena sediakan payung nanti bini tua baling pisau, garpu, sudu, periuk...

    perempuan, kahwin satu aje, tapi kalau laki dia tak ambil tanggungjawab padanya, dia try cari lain. atau laki dia sakit macam cerita AKUKAH TANGGANG, tak ada hal.

    cakap bab nie syok...tapi perempuan mesti hentam habis. kena ingat, perempuan jual mahal nanti bukan sahaja tak kahwin atau kahwin lewat, tapi kena kahwin datuk orang...

    BalasPadam
  4. dua situasi yang sama, tetapi berlainan pandangan. Tidak boleh melihat sesuatu yang terkeluar dari landangan normal

    BalasPadam
  5. kalo lelaki.. x apa
    kalo pempuan.. siap ler kena kutuk

    biasa ler tuh

    tp lelaki kn berkuota 4 sbb tu org x heran sgt

    pempuan pasang lebih mmg pelik..

    BalasPadam
  6. Anntaj, zaman dulu pun ada dah bini orang ada affair dengan lelaki lain. Kalau laki orang apa lagi la ..

    BalasPadam
  7. Arryani, saya boleh bayangkan pegawai polis siasat isteri sendiri. Mesti sibuk si isteri cari allaby.

    BalasPadam
  8. Abe Mie, perempuan muda pun ada kawin dengan datuk .. selalu datuk berduit la

    BalasPadam
  9. Mira, memang lelaki ada kuota 4. Tapi ramai ada girlfriend, bilangan isteri masih SATU, tak bertambah pun.

    BalasPadam
  10. Salam bang

    Dua dua lelaki berkahwin yang ada
    girlfriend atau perempuan berkahwin yang ada boyfriend tak kuat iman.

    Sebesar mana sekali pun dugaan dan godaan kalau Iman kuat, besar, teguh Insya Allah, perkara sedemikian tidak akan berlaku dan Abang Mazidul kita tak perlu letih letihkan jari menaip.

    He he he

    Wasalam...

    Nota: Bang, minggu ni saya balik 'sarang' he he he

    BalasPadam
  11. Kisah curang ini sebenarnya pernah terjadi pada diri saya. Walupun kini saya dah bahagia tapi ingin saya kongsi disini perihal kisah ni dimana walaupun saya telah menjaga dia malah menyayangi dia ketika itu, bekas isteri saya ini masih lagi mencari 'lauk' lain. Alasan yg diberi kerana hendak dapatkan kontrak job atau tender lebih kurang lah. Walaupun saya pernah menangkap dia bersekedudukan dgn lelaki & bersedia memaafkannya sampai orang mengatakan saya ini dayus kerana menyangka dia akan berubah, beliau masih lagi mengulangi perbuatannya walaupun berjanji airmata dgn saya. Bukan saja orng tempatan malah orang antarabangsa juga dijadikan 'lauk' atau mangsanya. Akhirnya tak tahan lagi saya meninggalkan dia & memulakan hidup baru dengan isteri saya sekarang ini yg saya temui semasa proses keretakkan rumahtangga. Bukan bermaksud curang pada isteri saya ketika itu tetapi mencari seseorang yg dapat mengisi sesuatu yg hilang dalam kehidupan saya. Alhamdulillah kini saya benar2 bahagia & semoga ianya berpanjangan ke akhir hayat.

    BalasPadam
  12. memang lelaki ada kuota 4. Tapi ramai ada girlfriend, bilangan isteri masih SATU, tak bertambah pun.----> yess! Betul...
    "PECINTA AKAN TAAT PADA KEKASIHNYA"

    BalasPadam
  13. Blogger Mazidul Akmal Sidik berkata...

    Abe Mie, perempuan muda pun ada kawin dengan datuk .. selalu datuk berduit la

    AIK MACAM SINDIR SIAPA NIE? BANYAK JUGA PENGACARA DAN SELEBRITI KAT MAZIDUL KERJA CARI DATUK, ORANG KAYA, SULTAN..APA KOMEN?

    BalasPadam
  14. kita hidup bukan selamanya.. di akhirat kelak pasti ada balasannya.. terlepas hukum di dunia, di sana pasti terima.. nanti orang lain makan daging sedap, dia makan daging busuk..

    BalasPadam
  15. ada sebab laki leh kawin ramai ppuan tak leh

    BalasPadam
  16. salam
    bang,
    saya ada sesuatu ingin dikongsi
    saya email ke akaun abang
    mazidul360@yahoo.com
    kan?

    www.flickr.com/photos/beruduputeh

    BalasPadam
  17. Abe Mie, tak ada menyindir sesiapa cuma menyatakan kebenaran. Kawan2 bertemu pasangan jodoh mereka. kekadang bukan mencari tetapi dicari. Saya doakan SEMUA Datin pernah menjadi teman, hidup bahagia ..

    BalasPadam
  18. Matt, jika perempuan boleh kahwin ramai ..

    "Laki ke dua itu tak tahu pergi mana. Dia tengah mencari bini ke dua kut"

    Pelik gak kan?

    Beruduputeh, yup! Hantarkan ke emel saya. Tq

    Alid, Selamat pulang ke Mynmar. Jangan makan sireh banyak-banyak ..

    BalasPadam
  19. setia pd yg satu..cinta pdNya yg satu, yg terulung :)

    nk psg bnyk2 watpe...kita ni saling melengkapi partner kita..both dr segi kekurangan and kelebihan kita

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.