Isnin, September 22, 2008

Berita Biar Melegakan

Awal Julai lalu harga minyak dunia berada pada tahap US148 (RM482) setong berbanding di bawah US100 (RM340) kini.

Kabinet bersidang rabu ini, 24 September bakal menentukan harga petrol dan diesel tempatan. Jika diturunkan pasti ramai menganggap tindakan itu sebagai ‘hadiah’ hari raya.

Ketika ini masyarakat terus merungut. Kenaikan harga minyak tempoh hari sekaligus melonjakkan harga barang keperluan harian. Harga barangan sama tidak berkurangan biarpun pihak kerajaan membuat keputusan menurunkan sedikit harga bahan api sebelum ini.

Sedang kemelut politik melanda, penurunan harga minyak pasti sedikit sebanyak melegakan masyarakat pelbilang kaum di negara kita.

9 ulasan:

  1. Bro...

    Betul ke nak turun ni? atau gula2x politik lagi? Bak guruh dilangit

    BalasPadam
  2. Out OF topic jap..

    nak tya Uncle Mazidul, ada dpt tak kiriman email dr sy,
    (aline_aries@yahoo.com @ nenekrock)

    P/S: kalo ada just inform yer.. TQ

    BalasPadam
  3. Harap2 bukan sahaja harga petrol yg turun bahkan semua harga barangan yg naik sebelum ni pun kena turun juga laa...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum Abang Mazidul...
    G pun harap-harap minyak turun. Ada jugaklah khabar menggembirakan org macam G ni.
    Insyaallah G nak beli VIVA...
    P/S: Bila nak datang KB lg???

    BalasPadam
  5. hopefully bukan gimik politik lagi...

    BalasPadam
  6. Faizal, harga minyak expected diturunkan 30 sen by khamis ni ..

    Azlin, you hantar mail banyak sangat ..

    aku, kalau gimik politik tapi harga betul turun, kira ok la

    BalasPadam
  7. برشكور دڠن نعمت الله يڠ تيدق ترهيڠڬ كڤد كيت - تاڤق كاكي

    BalasPadam
  8. harga petrol..turun..harga barang lain? confirm tak turun...sedikit sebanyak kenaikan harga dah melanda kita...inflasi pada tahun ini dan beberapa tahun lagi adalah dijangka dalam 7.7% ..kalau nak fikirkan..tinggi tuh..tapi itu lah berita yang saya dapat..sekadar nak berkongsi...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.