Khamis, September 25, 2008

Besar Untung Besar Denda

Mahkamah Majestrit Jalan Duta, Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda antara 5 dan 15 ribu ringgit ke atas 3 ‘ulat’ mengikut Seksyen 110A Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mereka ditahan dalam ‘Ops Ulat’ Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ pada 6 September lalu.

Setakat ini 13 ulat berjaya ditahan, 5 minta dibicarakan.

“Majoriti ulat ni Melayu, Cina ada satu, India satu,” ujar sumber menghubungi saya.

“Sebab apa seorang tu kena denda sampai 15 ribu?,” soal saya pada jam 2.15 petang tadi.

“Oh! Sebab masa sesi rayuan dibuat, katanya tanggunggan dia dua orang sebab tu jadi ulat. Majestrit tak terima alasan dia,” jelasnya.

Dalam hati terdetak, besar untung maka besar dendanya.

4 ulasan:

  1. kerja susah lah sekarang saudara mazidul... kalau tak jadi ulat, jadi ular pun ada macam gores dan menang. kerja kilang berapa gaji diaorang nak kasi?

    berniaga tak boleh sebab kos tinggi dan pendatang aje dibenarkan macam 360 terjah kat KL baru-baru ini..

    dulu kat universiti jadi ulat buku, sekarang keluar minta kerja jadi ulat tiket pula...

    wat cam ner

    BalasPadam
  2. “Majoriti ulat ni Melayu, Cina ada satu, India satu,” 'Malaysia..truely asian" bak kata dalam iklan promosi cuti cuti Malaysia hahahaha...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Terus terang ckap, saya biasa berurusan dgn ulat sbb kdg2 ada hal pnting utk ke destinasi. Selalunye nak ke KL atau Terengganu. Nak dptkn tiket segeralah kira....Tapi tak lah mahal sgt hrga tkit. Kadang2 saya dpt hrga murah. Saya pun tak tau dia tu ulat ke ular....hehehe.Yg pnting saya sampai.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.