Isnin, September 01, 2008

Pengkid: Luahan Tanpa Imbuhan

Bingkisan berhubung pengkid bakal disiarkan 360 pada jam 9 malam, 3 September akan datang. Promo dipaparkan dari masa ke semasa. Justeru, ada pihak mula melatah.

Saya tersenyum semasa membaca komen dilontarkan ‘sick of it’ pada entry ‘Pengkid’ dalam blog ini. Saya publish kan komen itu tanpa pra sangka.

Pengkid bukan isu baru tetapi menarik perhatian media. Liputan dibuat berulangkali. Mungkin ‘angle’ nya sahaja berbeza. ‘Sick of it’ tidak perlu bimbang, semua informasi dipaparkan nanti hasil temubual dan luahan hati respondan, pengkid. Bukan direka sendiri. Hakikatnya, memang ada golongan kecewa dengan pengkid. Mana tidaknya suami terpaksa berpisah dengan 2 anak akibat isteri dinikahi selama 7 tahun ‘dilarikan’ pengkit sekelip mata. Keluarga di Melaka pula berkongsi pengalaman pedih anak gadis mereka berusia 21 tahun menghilangkan diri bersama pasangannya, pengkit 27 tahun. Suami dan keluarga terbabit pastinya tidak menganggap pengkid golongan mereka sayangi. Biarpun pengkid itu berkerjaya dan berjaya.

“Pengkid ni special bang. Dulu masa saya jadi girlfriend dia, setiap kali pergi shopping, dia ‘took care’ semua. Kalau kata tak cukup duit, dia usaha dapatkan duit. Caring gila. Lelaki jarang jumpa jenis macam tu,” antara komen diperdengarkan kepada saya.

“Bukan ke selalu jika memberi akan 'menerima'?,” itu soalan saya.

Gadis itu hanya tersenyum.

“Tapi saya dah lama berpisah dengan dia. Tak larat la nak layan. Saya ni perempuan, saya suka lelaki. Dari awal saya dah cakap dengan dia tapi dia boleh cakap balik kat saya ‘kalau awak ada boyfriend pun, saya akan rampas awak daripada dia’,” katanya.

Jika anda menonton nanti, dengarilah luahan hati pengkid ditemubual wartawan Teh Syuhaida Sharip. Luahan tanpa imbuhan dan paksaan. Harris dan kumpulan Sahabat cuba mencari gadis Melaka dilaporkan berpeleseran bersama pengkid di Kuala Lumpur. Manakala Liza berkongsi pengakuan suami ‘kehilangan’ isteri. Saya menemubual Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi.

Kepada pembaca beragama Islam, selamat menjalani ibadah puasa di sepanjang Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan mulia ini sedikit sebanyak mampu mengembalikan setiap perkara songsang ke jalan lebih lurus.

5 ulasan:

  1. erm,...dunia dah nak kiamat...lepas ni ble tak abg polis bangkitkan isu samseng di sekolah?Belum pernah ada kannn....kalo tgk kat u-tube..budak2 gadoh kat skul mcm xde cekgu plak atau warden kat situ..ngeri tul...

    BalasPadam
  2. Pertama sekali nak ucapkan selamat berpuasa untuk encik mazidulsemoga ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada diri mazidul sekeluarga...rasanya kes pengkid ni lebih kurang sama ngn Gay cuma bezanya diaorang ni terang2 membuat hubungan manakala si gay ni dalam 'kelam'. Kekadang terfikir macmana lah time 'uzur' bagi pengkid ni kalau selamanya berlagak 'gagah'

    BalasPadam
  3. Memang isu pengkid tidak habis diperkatakan.. mereka bukannya satu golongan yng boleh kita abaikan.. ramai daripada mereka yang berjaya. Ada juga mempunyai pendidikan tinggi. Ada yang berkeluarga, dan ada pula yang menjadi orang ke-3 dalam rumah tangga orang lain.

    Tetapi kena fikir dari segi positif kenapa golongan ini menjadi kegilaan sesetengah golongan wanita walaupun mereka sudah berkeluarga?? Adakah ianya kerana kurangnya kaun adam yang berwibawa @ bermutu untuk kaum hawa. Just fikirkan

    nie salah satu entry saya mengenai pengkid
    --> http://belibuy.blogspot.com/2008/06/pengkid.html

    BalasPadam
  4. Cuba highlightkan pada Ketua Polis Negara kerana anggota polis wanita paling ramai jadi pengkid. Mungkin kerjaya mempengaruhi, maksud saya mereka tidak perlu berbaju kurung atau skirt atau kain, memanjang memakai jeans dan kemeja. Saranan saya anggota beruniform wanita terutama polis diwajibkan memakai baju kurung setiap seminggu sekali untuk apa2 majlis rasmi jadi mereka mau tak mau terpaksa menjadi 'wanita', rambut juga kenakan peraturan tidak boleh digunting terlalu pendek...mungkin gejala pengkid dalam polis boleh dikurangkan...harap en mazidul buat segmen pengkid siri 2, tumpukan pada pengkid2 polis pulak, ada berani???

    BalasPadam
  5. kalau korg perasan,pekerja MCD byk pengkid...aku dah lama usha mende nih...apehal ntah..bro mazidul,try aa buat research kat MCD mane2,mesti ade je pengkid....kalau xsilap aku la...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.