Mei lalu, sewaktu mula menjadi blogger, tidak terlintas di hati blog ini mampu mencatat hits melebihi 46,000. Biarpun statistik itu terlalu jauh lebih rendah berbanding bilangan hits political blogs, saya tetap berpuas hati.
Saya masih belajar, belajar menulis dari hati. Belajar memahami intipati dan kisah kehidupan buat dicerna bersama anda semua, pembaca bukan sahaja berada di Malaysia malah di luar negara, antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Indonesia, Arab Saudi, Jepun.
Sesetangah pembaca awal kini regulars. Terima kasih atas sokongan itu. Terdapat juga pembaca baru sudi melontarkan pandangan melalui ruangan ulasan. Sekalung penghargaan kepada mereka.
Bagi majoriti blogger, impian mereka ingin meraih 1 juta hits. Itu tidak penting bagi saya. Mungkin tercapai, mungkin tidak. Tujuan lebih penting, agar catatan di blog ini mampu menyematkan sedikit sebanyak ilmu tambahan di dada. Justeru, khabarkan kepada rakan dan taulan berhubung kewujudan blog ini supaya kandungannya dikongsi lebih ramai.
Saya percaya, jika kita memiliki wang seringgit, diberikan 40 sen kepada rakan, maka wang kita berbaki 60 sen, kurang jumlahnya di tangan. Ilmu berbeza, dikongsi bersama orang lain, tidak langsung luak biar sebesar zarah sekalipun.

teruskan berblog kerna ianya mempunyai nilai kehidupan untuk dikongsi bersama terutama dari warga blog di sini
BalasPadamjarang org mcm u merencanakan kerja2 mereka di dlm blog sbb tu kitorang2 ni suka baca.. lgpun 360 mmg fav tv show famili kite
BalasPadamMajoriti blogger tidak penting, tetapi itu adalah satu HARAPAN.
BalasPadamYang penting ialah semoga blog ini mampu memberikan ilmu dan pengajaran.
Dan paling penting ialah kita khabarkan kepada kawan supaya ianya boleh dikongsi ramai...
GOOD!!!
Teruskan berblog Mazidul. Baca blog u dah mcm baca suratkhabar. nak kena baca hari hari.. kerana setiap hari berbeza beza
BalasPadamSalam bro , firstly slmt menyambut Ramadhan ..masih belum terlewat ..biler pandang bro d tv ingat kenangan d ITM ..kolej delima kolej perindu ..netball basketball..seksyen 2 ..hahah once upon atime..sweet memories..360 pendedahan berani ..syabas.
BalasPadamCongrats! Saya tak pernah miss baca blog ni w/pun kebelakngan ni terlewat.. byk sgt knowlegde yg blh sy dpt..
BalasPadamsy slalu uar2 kan ttg blog ni pd kwn2 yg lain..teruskan lg artikel yg bernas.
Cayok!! Cayok!!
P/S: masuklah blog sy..
terus kan bercerita ye abg mazidul..jgn jemu ;)
BalasPadamSalam bang
BalasPadamSaya dengan ini ingin memaklumkan bahawa SAYA SENTIASA MENYOKONG blog ini, dan kalau boleh ia di teruskan hingga 400 tahun lagi.
Istimewanya blg ini ialah kerana is tak ada kena mengena dengan politik.
hampir 85% blogger dari seluruh negara kebanyakkannya suka memasukkan cerita cerita politik dan yang lainnya cerita diri sendiri atau perniagaan berbilang tingkat ( Multi level marketing) termasuklah cerita cerita 'tiga-pangkah'.
Teruskan usaha encik yang murni dan tulus dan telus itu.
Wasalammu...
Jazak Allah hu khairan.
suka baca blog ni. banyak ilmu, iktibar dan juga panduan hidup boleh direnung dan dimunasabahkan. teruskan menulis... kami semua sedia membacanya.
BalasPadamteruskan menulis.. banyak ilmu yang dapat dicedok dari blog abang nih.. kena masuk hari2, kalau tak banyak yang kena di baca..
BalasPadamSaya ada sebiji epal, anda ada sebiji epal. Kita tukar epal tu , anda ada satu dan saya juga tetap ada satu. Jika and ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tu, kita masing-masing ada 2 ilmu.....Selamat berkarya.....
BalasPadamAsal jgn cmpur aduk politik bacin dah lah....Dah jemu ngan politik2 busuk, bacin dan hanyir....Lainla utk pembanggunan bangsa, kemajuan negara atau kebaikan utk smua warga.....
BalasPadamSweetheart, welcome to my blog. Yer la, saya memang suka kacau orang sejak dari azali ..
BalasPadamArryani, resassure, tak akan ada entry berhubung politik dlm blog ini. Tq
Nurdaniella, ilmu saya tak banyak. Apa ada saya share ..
Tanpa nama, bacalah ..
Ustaz Alid, huh! Rasa macam kat Mekah ..
Acu, jaga bf ustaz baik2. I'll be in Kuantan sbb ada jemputan berbuka puasa 20-21 Sept ini.
Azlin, terlewat asalkan tak lupa, ok.
Anntaj, terima kasih, cute.
Mira, tq kerana menonton 360. Salam untuk keluarga.
Belibuy, tq.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
BalasPadam